Friday, March 2, 2012
11:30 PM
|
KITA sedar dan akui bahawa
bloger yang menggunakan nama Papagomo.Com sewajarnya merasa kecewa bila beliau
dikatakan menjadi punca Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ditamatkan
perkhidmatannya sedangkan hakikatnya Panglima tersebut memilih untuk bersara
dan tidak ada kena mengena dengan kebenaran yang diberikan kepada bloger
tersebut untuk turut sama menaiki kapal selam sewaktu pameran LIMA dulu.
Kita juga tidak tahu apa
masalah sebenar hingga wujudnya pertentangan pendapat begitu hebat serta kritikal
antara bloger-bloger ini dan hanya mereka tahu punca serta sebabnya bila
keputusan Panglima itu dikaitkan dengan kebenaran menaiki kapal selam itu.
Kita tidak berniat untuk
memanjang apa yang berlaku antara mereka namun kita amat berharap dengan
penjelasan yang diberikan oleh Panglima ini menutup segala ruang serta
perdebatan terbuka antara bloger-bloger hebat ini kerana fokus sebenarnya
adalah mempertahankan agama,bangsa dan negara serta kerajaan yang sedang
dipimpin oleh PM Najib ketika ini.
Biar kita noktahkan
segalanya disini kerana hasil dari pertikaian secara terbuka ini ianya lebih
menguntungkan pembangkang yang sememangnya mahu bloger-bloger pro kerjaan
berbalah sesama sendiri hingga antara mereka hilang fokus.
Baca tulisan PapaGomo disini…
Kerajaan dan BN sedang
menghadapi tekanan serta fitnah yang sentiasa direkayasakan oleh pembangkang
dan dengan penjelasan daripada Panglima ini kita harap ianya menutup segala
fitnah yang dilemparkan sesama sendiri kerana mereka semua ini adalah bersama-sama
mendokong aspirasi kerajaan serta bala tentera siber yang diharapkan oleh PM
Najib untuk mempertahankan kerajaan hari ini.
Mari kita cari titik
persamaan untuk kita membina kekuatan.Kerbersamaan dalam fikrah kita akan
menjamin halangan yang cukup besar untuk pembangkang mengkhianti kerajaan ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment