Tuesday, March 27, 2012
9:28 AM
|
Ishak Surin YDP PAS WP |
UNSUR-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.
Bagaimanapun,
kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak
menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja.
Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan
adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.
Itulah
yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap
Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75,
menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang
ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak
pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi
s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang
menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.
Ishak
Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran
WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00
pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Bandar
Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.Kesemua
ahli-ahli rombongan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR.
Tindakan
Ishak Surin yang kemudian membaca dan mengaminkan doa agar Tanah Warisan Bangsa
termasuklah Tokong Mee Thor Gan di Ampang, dilihat sudah amat keterlaluan.
Memang
benar, tidak salah berdoa di dalam tokong, bahkan di mana-mana termasuklah di
dalam tandas dan bilik air apatah di kandang babi. Tetapi berdoa di
dalam Islam, mempunyai tatacara dan disiplin yang sangat tersendiri, sekaligus
menunjukkan betapa hambanya mereka yang memohon munajat serta berdoa kepada
Khaliq yang Maha Mengetahui. Permohonan munajat atau doa seringkali disunatkan
dengan cara-cara atau kaedah yang lebih bersopan kerana doa tersebut diharap
dapat dikabulkan oleh Allah Taala.
Kalau
Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di
Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu
biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita
Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin
ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang
menyengutukan Allah Taala dengan pelbagai patung dewa?
Manhaj
manakah yang dituruti oleh Ishak Surin dan PAS?
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
salam bro,mohon dipautkan blog kami di blog tuan.
ReplyDeletebersama kita jayakan misi menawan kelantan pru 13
kerjasama bro kami ucapkan terima kasih
http://gelombang-merah.blogspot.com/
Kenapa pulak YDP PAS sanggup masuk tokong?Tu sebab nak sebarkan ajaran Islam atau nak bagi ceramah politik?
ReplyDeleteUndi beb,kalau perlu solat pun kat tokong n gereja.janji DAPAT UNDI.wat camne Timbalan Presiden SEKOLAH TAK HABIS.
Delete