Saturday, February 25, 2012

Hadi bela pelacur murahan!
BERAPA harga atau upah  yang dibayar kepada ADUN-ADUN PAS di Kedah untuk memboikot majlis angkat sumpah Anggota Pentadbiran Kerajaan Kedah dan juga menghasut rakan-rakan yang lain untuk memaksa Azizan Razak melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah?

Kalau Anwar ataupun kumpulan Erdogan ataupun Anwarinas di sebalik kekalutan yang memungkinkan kerajaan PAS Kedah tumbang sebelum pilihanraya ,berapa banyakkah sumber kewangan yang diperuntukkan bagi menjayakan misi menyingkirkan seorang lagi pimpinan ulama untuk digantikan dengan pemimpin Islam yang liberal.

Hadi Awang dan Mustafa Ali telah pun lari keluar negara dan meninggalkan Azizan terkapai-kapai untukimenyelesaikan segala masalah yang ditimbulkan oleh golongan pimpinan yang berkiblatkan Erdogan ini malah seperti yang disebutkan sebelum ini dan juga dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, nama Mahfuz Omar kerap diperkatakan sebagai tangan ghaib yang sedang mencatur untuk menggulingkan Azizan bagi digantikan oleh Phahrolrazi yang dilihat begitu cenderung menyokong Islam Liberal yang dibawa oleh pakatan pembangkang ini.

Tidak mustahil Anwar menjadi punca kepada segala kekalutan ini sebagaimana beliau mencatur untuk menjadikan Peristiwa 16 September menjadi kenyataan,kalau tidak mampu ke Putrajaya pun sekutang-kurangnya Anwar telah berjaya mengkucar kacirkan seluruh pentadbiran PAS di Kedah dan Azizan jadi mangsa beliau yang keseterusnya.

Kita menjangkakan bagi mengabui mata rakyat dan menjadikan kumpulan mereka  dilihat sentiasa baik,kita percaya kemelut ini juga akan dipersalahkan ataupun diletakkan puncanya kepada UMNO.Mereka pasti akan menuding jari bahawa UMNOlah yang menjadi punca kelam kabut PAS Kedah ketika ini walaupun jelas tiga ataupun empat orang Exco yang bersekongkol itu adalah dari kalangan mereka sendiri yang menikam dari belakang.

Menyelak segala kejadian ini, pimpinan PAS negeri Kedah tidak jauh bezanya dengan pelacur yang memperdagangkan diri mereka untuk wang dan barangkali pelacur lebih mulia daripada tindakan beberapa exco PAS ini yang sanggup melacurkan perjuangan Islam mereka bagi mengejar upah atau habuan yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengkhinati prinsip perjuangan PAS selama ini.

Mereka sama sahaja dengan pelacur ini?
Namun kita tidak hairan apabila PAS sendiri sudah hilang arahtujunya maka wakil-wakil rakyatnya mengambil peluang untuk memperdagangkan parti itu dan terbukti dengan hasil dagangan mereka,PAS Kedah dan juga PAS Pusat menjadi satu gerakan Islam yang cukup keji dan hina.

Kita yakin bahawa bukan sedikit wang digunakan untuk menyingkirkan Azizan Razak darim kerusi menteri Besar Kedah dan tidak salah kalau kita mengambil ingatn Tun M sebelum ini bahawa ada anasir luar yang turut campurtangan menyalurkan sumber kewangan bagi melengkapkan agenda peribadi mereka.

Maka dengan mempergunakan seorang dua pemimpin PAS,mereka ini menghasut pemimpin-pemimpin lain untuk bersama mencipta Islam Baru di negara ini yang menjulang segala kemungkaran.Sasaran pertama kumpulan ini adalah Kedah kerana mereka sedar dan seolah-olah yakin bahawa  Azizan razak tidak mampu menyerap tekanan yang berlaku ketika ini kalau mahu dibandingkan dengan Nik aziz di Kelantan.

Azizan dilihat oleh kumpulan ini sebagai pemimpin ataupun Menteri Besar yang cukup lemah malah alasan pentadbiran kuku besi yang dibawa oleh Azizan hanyalah sekadar alasan kerana  mereka harus bertindak `membakar’ sokongan kepada kepimpinan negeri kerana mereka telah menerima wang yang besar bagi tujuan ini.

Anwar Ibrahim sedang senyum galak ketika ini kerana usahanya dilihat semakin berjaya.Kumpulan yang sedang menunggu laba hasil dari pengkhiantan terhadap parti mereka sudah mula membilang nasib baikl mereka kerana memperolehi upah yang cukup tinggi.PAS sudah jadi kandang menghimpunkan pelacur-pelacur seluruh negara

0 comments:

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..