Tuesday, February 21, 2012
9:32 AM
|
Mimpi mereka tetap sama! |
DEBAT antara Chua Soi Lek
(CSL) dan Lim Guang Eng (LGE) sudah pun berlalu dan mungkin masyarakat Cina
banyak mendapat munafaat hasil dari debat tersebut yang juga disiarkan secara
langsung oleh sebuah syarikat TV swasta.
Debat yang berlangsung itu
telah membuka banyak perkara tentang DAP dan LGE.Malah LGE yang selama ini
sering menuduh UMNO dan Melayu rasis menempelak dirinya sendiri bilamana LGE
membuktikan bahawa DAP adalah adalah parti yang cukup rasis apabila secara total
menolak orang Melayu Islam menjadi Perdana Menteri negara ini dan mahu jawatan
Perdana Menteri itu dibuka kepada semua kaum terutamanya parti yang menang
besar di parlimen.
Kenyataan LGE ini seperti
membayangkan dan yakin bahawa pakatan pembangkang akan menang dalam PRU13 nanti
dan dengan kedudukan kerusi Parlimen yang mereka tandingi kalau mahu
dibandingkan dengan PAS dan juga PKR,DAP bertanding di lebih kerusi daripada
rakan pembangkang mereka yang lain yang memungkinkan mereka akan menerajui kuasa.
Di mana pendirian PAS ekoran
kenyataan LGE ini?Adakah PAS bersetuju dengan kata dua Ketua Menteri Pulau
Pinang seperti yang dilaporkan ini?Sekiranya PAS menerima sebulat suara maka jelaslah PAS telah
membuktikan bahawa mereka adalah pengkhianat kepada bangsa mereka sendiri dan
LGE juga menolak Ketuanan Melayu di Malaysia yang selama ini menjamin kedudukan
semua kaum dan lebih meletakkan ketuanan rakyat sebagai asas perjuangan mereka.
Sanggupkah orang Melayu
dalam negara ini bertuankan Perdana Menteri daripada bangsa lain sekaligus
mengkhinati prinsip yang terpatri kemas antara kaum sejak merdeka dulu?Dan apakah
hanya kerana mereka dihasut untuk membenci UMNO dan Barisan Nasional, rakyat di
negara ini menelan segala dasar yang DAP perjuangkan dengan memperalatkan PAS
serta DAP bagi tujuan itu.
Ketuanan Rakyat gagasa DAP
ini tidak jauh bezanya dan mungkin hanya bertukar nama daripada Malaysia
Malaysian yang mereka perjuangkan selama ini malah mereka mula yakin akan
berkuasa secara mutlak di negara ini apabila sudah pun ada satu dua Melayu
yang menyokong gerakan ala-komunis mereka ini.
LGE juga mengambil peluang
dari debat itu dengan menyerang gagasan 1Malaysia sebagai Gagasan 1Penipuan sedangkan
secara halusnya kaum Cinalah yang mengaut untung atau laba daripada gagasan ini
kalau mahu dibandingkan dengan kaum-kaum lain dalam negara ini.
Kaum Cina buktikan mereka boleh satu podium tapi Melayu? |
Timbul juga persoalan,
mengapa debat antara CSL dan LGE diadakan dalam Bahasa Cina?Adakah mereka ini
tidak mengikhtiraf Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan?Meskipun CSL
mempertahankan dan berjaya mematahkan hujah-hujah retorik yang dilaungkan LGE
ketika debat itu namun yang jelas kaum
Cina boleh berada di dalam satu dewan untuk memikir dan membuat keputusan
tentang nasib dan masa depan mereka kalau mahu dibandingkan dengan Melayu yang
tersu bertelagah sesama sendiri.
Pada kaum Cina sesiapa
sahaja yang memerintah, nasib mereka terjamin.Baik DAP ataupun MCA dan mereka
membuktikan dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini bahawa mereka tidak
hairan dengan segala bantuan dan janji kerajaan pada mereka,akhirnya mereka
tetap memilih pembangkang.Kerajaan gigit jari dan terus terpedaya dengan
kelicikan undi Cina.
Pepatah pun ada
menyebut,meskipun tidur malam mereka berlainan bantal dan tempat namun mimpi
mereka tetap sama dan kejayaan menemukan dua pemimpin Cina dalam satu debat
mencerminkan bahawa kaum Cina lebih awal membuka langkah kerjasama bagi
mempertahankan bangsa mereka walaupun MCA itu adalah komponen terbesar Barisan
Nasional.Dan kita setuju debat itu tidak merubah apa-apa pun,mereka tetap
untung dan Melayu terus berbalah,terasing dan bakal terpinggir.
PRU12 membuktikan bahawa
Cina bukan lagi kawan yang setia dan beberapa pilhanraya kecil lagi membuktikan
bahawa mereka terus mengigit tangan kerajaan yang menjaga kehidupan serta
perniagaan mereka selama ini.Kesetiaan mereka telah punah ranah!
LGE rasis! |
Kita percaya tidak semua
Cina bersikap sedemikan rupa tapi apalah ertinya kalau hanya seorang sahaja
Cina yang setia tetapi beribu Cina lain sanggup menjadi pengkhianat untuk
mengkhianati perjanjian pemimpin –pemimpin mereka terdahulu dan lihat sahajalah
bagaimana LGE mengambil peluang untuk menghasut Cina-Cina yang hadir dalam
debat tersebut bagi menyokong gerakan yang DAP perjuangkan.
DAP sudah berjaya PAS
perlalatkan dan PKR hanya kerana mahu memperjuangkan Anwar Ibrahim rela menelan
apa sahaja perubahan politik yang DAP bawa.Lohat sahaja apa yang berlaku di Selangor,meskipun
Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar namun segala kuasa dan pergerakannya di
kawal sepenuhnya oleh DAP hingga Khalid dilihat seperti badut sarkas.
Kesetiaan CSL terhadap
Barisan Nasional (kalau ada) belum tentu mampu menarik kembali sokongan kaum
itu terhadap Barisan Nasional dan kaum Cina sendiri harus melihat gerakan DAP
itu umpama sebuah gerakan subversif yang boleh menghancurkan pembinaan negara
bangsa yang sedang berlangsung dengan penuh harmoni ketika ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
0 comments:
Post a Comment