Wednesday, February 1, 2012



Darjah kebesaran untuk tokoh!
MAJLIS Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan baru sahaja selesai dilangsungkan di Istana Melawati,Putrajaya dan semua penerima membawa  balik gelaran dan Darjah Kebesaran serta  Pingat masing-masing,ada yang dikalungkan,diselempang dan diselitkan oleh DYMM YDP Agung dan berjejeranlah ucapan tanniah antara satu sama lain atas penghormatan yang mereka perolehi.

Namun dalam masa yang sama,sudah ada  orang tersenyum simpul melihat keputusan Panel Pemilihan Penganugerahan Darjah Kebesaran,Bintang Dan Pingat Wilayah Persekutuan  yang diPengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mereka mula mempersoalkan justifikasi apa yang digunakan sebagai penanda aras dalam memilih calon-calon untuk diberikan darjah serta pingat itu malah darjah kebesaran yang sepatutnya diterima oleh pemimpin politik,masyarakat  dan tokoh-tokoh yang berjasa dalam Wilayah Persekutuan akhirnya  turut diberikan tempat dan ruang kepada orang luar dari Wilayah Persekutuan.Sudah lari dari tajuk asal!

Kita tidak mempertikaikan rezeki masing-masing.Andai mereka berhak  menerimanya sesiapa sahaja perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Panel tersebut tetapi untuk pemilihan kali ini ketara kita tidak tahu mekanisme apa yang digunakan untuk mengukur kemampuan individu bagi dipilih menerima gelaran itu tapi paling jelas semangat  Wilayah Persekutuan sudah lenyap walaupun anugerah yang diperkenalkan pada Februari 2008 setelah diluluskan oleh kabinet pada Jun 2007 adalah untuk penggiat,aktivis masyarakat yang berjasa dan bermastautin dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya dan Labuan.

Saya tidak berhajat untuk menyebut dan mengulas latarbelakang setiap orang yang dipilih oleh panel untuk menerima darjah tersebut.Memang ada yang benar-benar layak dan sebagai menghargai peranan serta kelayakan mereka itu amat wajar Kementerian Wilayah Persekutuan menghargai jasa dan sumbangan mereka tetapi bila yang tidak layak ianya harus ditegur supaya darjah kebesaran dan pingat Wilayah Persekutuan ini dihargai dan dihormati ramai dan bukannya sekadar  menjadi seperti pingat atau darjah kebesaran dalam Pengakap ataupun Pandu Puteri semata-mata.

Raja Nong Chik sebagai Pengerusi Panel harus melihat dengan lebih teliti,cermat serta berhemah supaya rakyat di luar tidak mentertawakannya sebagaimana beliau diketawakan sebelum ini bila menukar lagu Rasmi Wilayah Persektuan walaupun lagu tersebut bertahun dinyanyikan dan menggantikan dengan lagu baru yang beliau sukai.

Hargai jasa dan peranan warga sendiri!
Bila seorang Timbalan Ketua  UMNO Bahagian  menerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato Sri membayangkan seolah-olah 11 Ketua Bahagian UMNO lain tidak layak menerima gelaran tersebut dan Mneteri Wilayah Persekutuan pun tidalk layak untuk darjah itu.

Kita ucap tahinah kepada Halim Samad kerana darjah kebesaran itu tetapi sudah ada yang bercakap beliau menerima darjah tersebut sebab beliau kawan Perdana Menteri dan bukan kerana jasa ataupun sumbangannya kepada Wilayah Persekutuan.Mudahnya! Darjah kebesaran dan Pingat ini hanya untuk kawan-kawan sahajakah?Walaupun berjasa dan menyumbang kepada Wilayah Persekutuan tetapi kerana bukan kawan Perdana Menteri,Menteri ataupun KSU dan Datuk Bandar memang tidak layakkah untuk dihargai?

Jadi 11 Ketua UMNO Bahagian yang berjuang untuk masyarakat serta orang ramai rupanya bukan pemimpin masyarakat yang berjasa kepada warga Wilayah Persekutuan dan mereka ini hanya layak hadir dalam majlis untuk menyaksikan seorang kawan pemimpin menerima darjah kebesaran sahaja.Itu sahajakah yang layak kepada Ketua UMNO dalam Wilayah Persekutuan ini?Ini merupakan penghinaan secara nyata kepada khidmat masyarakat yang mereka tbuar selama ini..

Dan pemilihan seorang Ketua Wanita Bahagian untuk gelaran Datuk Wilayah Persekutuan  pun agak pelik,janggal dan tidak kena pada waktunya  kerana Naib Ketua Wanita UMNO Negeri  dinafikan hak untuk  menerima gelaran atau darjah itu sedangkan beliau adalah seorang  YB Senator yang  tentunya lebih banyak peranan dan jasa untuk warga Wilayah Persekutuan.

RNC jangan khinati modul asal!
Sudah tidak ada lagikah Ketua Pemuda UMNO dalam Wilayah Persekutuan ini  atau  Ketua Puteri Negeri yang berkelayakan hingga terpaksa menganugerahkan gelaran Datuk kepada Ketua Pemuda UMNO dari luar Wilayah Persekutuan? Ramai penerima yang datang dari luar dan atas dasar dan jasa apa mereka dari luar ini dianugerahkan darjah dan pingat itu?Kawan,membina rangkaian perniagaan atau ada kepentingan lain?

Jangan sesekali sesiapa pun berniaga atau melelong gadaikan darjah dan pingat kebesaran Wilayah Persekutuan untuk kepentingan diri, dasar sewaktu menggubal Penganugerahan Darjah Dan Pingat Kebesaran Wilayah Persekutuan pada thun 2007 itu harus dihormati dan diperkasakan sepanjang masa.

Darjah ataupun pingat-pingat kebesaran jangan dijadikan modal politik kerana di sebalik darjah dan kebesaran ini terletaknya pernghormatan rakyat dan orang ramai.Jangan jadikan darjah kebesaran dan pingat dalam Wilayah Prsektuan ini seperti bagaimana mudahnya kita membeli goreng pisang ditepi jalan. Darjah dan pingat Wilayah Persekutuan adalah untuk orang yang berjasa kepada Wilayah Persekutuan ini.

1 comment:

  1. Salam saudara blogger, saya ingin memohon jasa baik saudara untuk memautkan suapan daripada blog saya kepada blog saudara. Semoga dengan kerjasama kita, Malaysia dapat ditawan secara keseluruhan pada pru13 nanti. Sekiranya saudara telah memautkan blog saya, ribuan terima kasih diucapkan, dan andainya suapan daripada blog saudara tercicir dari berada dalam senarai suapan saya, sila maklumkan. tq

    blog saya ialah lamanizzs.blogspot.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..