Friday, January 20, 2012
12:16 AM
|
Lewat tapi ok! |
TINDAKAN Shahrizat Abdul Jalil menyaman fitnah MP Ampang Zuraida Kamarudin dan
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli sebanyak RM100 juta meskipun dilihat tidak mampu membasuh
segala noda dan dosa serta fitnah yang dilemparkan kedua mereka ini terhadap
beliau namun sekurang-kurangnya Shahrizat akhirnya berani mengambil tindakan
terhadap keceluparan dan kebiadapan pemimpin pembangkang ini.
Walaupun tindakan ini lewat
dimana sepatutnya Shahrizat mengambil tindakan menyaman kedua mereka ini
apabila kedua mereka mula membuka mulut menyerang dan memfitnah beliau kononnya
beliau terlibat dalam isu National Fedlot Corporation (NFC),milik suaminya.Kedua-dua mereka ini jelas berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan kepimpinan Shahrziat dalam parti dan juga kerajaan.
Imej Shahrizat teruk
dicemarkan oleh keceluparan pembangkang ini dan apa sahaja keputusan di sebalik
saman fitnah ini ianya tidak mampu membersihkan namanya kerana pembangkang
telah menjaja isu ini sekian lama dan dilihat berjaya memahatkan dalam fikiran
rakyat yang Shahrizat terbabit dalam NFC
ini.
Kita setuju bahawa tindakan
ini betul dan amat dialu-alukan tapi apa ertinya lagi kerana bukan sahaja
Shahrizat dicemarkan imej dan reputasi nya malah kerajaan diheret sama oleh
pembangkang kononnya bersekongkol di sebalik penyalahgunaan dana serta
pinjaman.
Shahrizat sepatutnya dari
dulu lagi mengambil keputusan menyaman kedua-dua mereka ini ataupun sesiapa
sahaja yang terlibat memfitnah beliau dalam isu NFC ini tetapi sikap bertolak
ansur Shahrizat dibunuh oleh persepsi pembangkang yang dilemparkan kepadanya dan
akhirnya Shahrizat tidak ada pilihan selain menyaman mereka ini
yang memfitnahnya terlibat dalam perniagaan milik suaminya itu.
Setelah teruk dicemar serta
diburukkan oleh pembangkang barulah Shahrizat `terbuka hati’ untuk mengambil
tindakan yang difailkan oleh peguam Muhamad Shafee Abdullah itu dan adakah
pembangkang lain akan menghentikan tomahan ini?Banyak pihak betrpendapat bahawa
Shahrizat harus mengambil perintah injuksi lebih awal bagi mengelakkan sebarang
tekanan,tomahan dan mehnah hingga mengheret sama kerajaan dalam isu ini.
Kalaupun Shahrizat memang
dalam kes ini tapi kemenangannya adalah atas luka-luka yang pedih ditinggalkan
pembangkang dan sebagai seorang pemimpin,wanita,ibu dan isteri,kita bersimpati
atas nasib yang menimpa Shahrizat tapi apakan daya dalam politik matmalat
menghalalkan cara,musuh politiknya akan berbuat apa sahaja baik yang ditegah
agama sekalipun untuk mencari simpati,undi dan sokongan.
Selama ini pembangkang terutamanya
Zuraida Kamaruddin yang tidak berpeluang untuk menyerang Shahrizat tapi isu NFC
seperti bola tanggung kepada mereka dan kesempatan ionilah mereka rekayasakan
segala fitnah untuk mencemarkan imej dan reputasi di mata rakyat,tujuannya
hanyalah untuk melemahkan juga Pergerakan Wanita UMNO Malaysai yang dipimpin
oleh Shahrizat.
Andainya Shahrizat mengambil
keputusan menyaman kedua-dua pencelupar ini sebelum Perhimpunan Agung UMNO yang
baru lalu,imej parti serta kerajaan sekaligus imej peribadinya tidak akan dijaja
semurah ini oleh pembangkang kerana mereka menyedari bahawa Shahrizat mempunyai
kekuatan tersendiri dalam membina
pengaruh dan kekuatan Wanita UMNO menjelang PRU13 nanti .
Pembangkang terutamanya
Ketua Wanita KeADILan ini mengambil kesempatan menyerang Shahrizat walaupun
berkali-kali Shahrizat menafikan tentang pembabitan beliau dalam kelulusan
projek itu kerana Zuraida sedar dan
berkeyakinan bahawa untuk membunuh
kekuatan Wanita UMNO,Shahrizat harus disentap turun daripada jawatan itu
bermodalkan fitnah serta cercaan terhadap Shahrizat.Kumpulan pembangkang ini
mengasak Shahrizat dari segenap penjuru dan karier politik Shahrizat harus
dimatikan dengan apa cara sekalipun.Usaha mereka ini nampak seperti mula
mendatangkan hasil.
Walaupun tindakan seperti
ini keji serta kotor apalagi pilihan Wanita KeADILan ada melainkan terus
mencemarkan imej Shahrizat,akhirnya Shahrziat mengambil cuti 3 minggu bagi
melancarkan perjalanan siasatan polis serta SPRM dalam isu NFC ini.
Dan kita juga amat berharap
Shahrizat bukan sahaja mengambil tindakan ke atas pemimpin geladangan seperti
Zuraidah dan Rafizi ini tetapi beliau harus mengambil tindakan kepada semua
yang terbabit menyerang,menghina dan mencacinya walaupun mungkin daripada
rakyat biasa yang termakan hasutan pembangkang ini.
Zaman berlaku baik,menjawab
dengan fakta dan bukti sudah tidak `makan’ hari ini dan sebab itulah Anwar
menggunakan senjata menyaman bagi menutup mulut pengkritik ataupun pemimpin
yang menuduhna sebagai contoh bagaimana Anwar menyaman Anifah Aman.
Walaupun sudah terlewat
tetapi sekurang-kurangnya dengan tindakan menyaman ini.kita harapkan kebenaran
akan terbukti dan Shahrizat terlepas dari `seksa’ akibat daripada perniagaan
suamina yang selama ini ditegaskan oleh Shahrziat bahawa beliau tidak pernah
mencampuri sebarang urusan perniagaan milik suami dan anak-anaknya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Saman sajalah jangan takut!
ReplyDeletebukan sengaja melambat2kan kot?
ReplyDeletemungkin sengaja nak biar depa terus2an menghambur fitnah sampai tak ingat dunia..bila bukti dah banyak..hah, ambik kau 100juta. hehe
TOO SLOW!!
ReplyDeleteSEPATUTNYA SHARIZAT DAN JUGA KERAJAAN MENYAMAN MEREKA DARI AWAL LAGI.
PEMBANGKANG NI SEMUA BUKAN PARTI POLITIK.
TAPI PARTI PULERTIK!!
BAU MULOT MEREKA SAMA BAU JAMBAN SAMA!!
YANG BUKAN ISLAM DAN JUGA YANG ISLAM SAMA JER!!
Lambat tindakan saman bukan satu kesilapan kerana dosa terhimpun yang ditanggung kedua dua balaci Anwar ini akan memakan diri sendiri seumur hidup.
ReplyDeletebiar lambat tetapi tetap berani ke makamah dari pada langsung tiada tindakan seperti kes cincin rosmah tu!!!
ReplyDeleteSalam Tuan , harap dapat tuan link kan blog sy ke blog hebat tuan , blog tuan tlh sy link kan ke blog saya http://gombakharapan.blogspot.com
ReplyDelete