Tuesday, January 17, 2012

Dalang menukar regim pemerintahan

KITA telah peringatkan berkali-kali bahawa UMNO dan kerajaan jangan memandang rendah keupayaan pembangkang kerana mereka bijak mencipta fitnah,handal menyusun kejahatan dan terlalu pakar menimbulkan persepsi bagi mengundang keresahan rakyat supaya kerajaan dan pemimpinnya dilihat korup,tidak bermoral dan sebagainya.

Strategi Blitzkrieg seperti yang ditulis sebelum ini disini mula mereka laksanakan secara ageresif setelah sekian lama mereka mengumpul isu,merekayasakan fitnah dan menyedari PRU13 makin dekat,seluruh jentera mereka diarahkan bergerak untuk membunuh karekter pemimpin dan kepimpinan UMNO serta kerajaan dan sekaligus mengelirukan pandangan ataupun penghormatan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin.

Fasa pertama mereka menyerang institusi kerajaan seperti  Angkatan Tentera  Malaysia dengan isu kehilangan enjin jet dan kapal selam, badan kehakiman, Polis Diraja Malaysia,Biro Tata Negara serta badan-badan strategic yang lain bagi membina persepsi negatif terhadap kerajaan.Tujuan utama mereka adalah untuk mengikis dan menghakis tahap kepercayaan  rakyat yang telah terbina sejak sekian lama setelah PM Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Perbuatan sabotaj ini seolah-olah seperti  satu penderhakaan kepada negara dan pembangkang meneruskan serangan fitnah mereka terhadap Rosmah Mansor dengan berbagai-bagai dakwaan liar supaya rakyat memandang sinis serta keji ke atas sebarang tindakan ataupun tingkah laku dan ketrampilan isteri PM Najib itu.Mereka berjaya memberikan persepsi buruk Rosmah di mata rakyat di luar.

Rosmah diserang dengan isu cincin,beg mewah dan isu wanita Monggolia tetap dikaitkan dengan beliau walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pihak yang bertanggungjawab namun pembangkang masih kekal mengambil kesempatan menyerang Rosmah dan Najib dalam isu ini.

Persoalannya,mengapa Rosmah diserang begitu rupa?Jawapannya cukup mudah kerana PM Najib tidak mempunyai sebarang isu moral untuk diketengahkan.Dan adakah ini bukan merupakan satu perbuatan kejai serta jijik pembangkang?Jelas di sini pembangkang gentar dengan transformasi yang dibawa oleh PM Najib dan barisan kabinetnya.

Isu basi FELDA didendangkan semula.GLC dan GOC turut tidak ketinggalan untuk difitnah oleh pembangkang. Mengapa pembangkang menjadi FELDA sebagai kambing hitam sedangkan disinilah berkampungnya anak-anak Melayu dan adakah hanya kerana mahu meraih undi,pembangkang begitu sekali terdesak hingga terpaksa menggadaikan hak serta kepentingan ekonomi Melayu dan menjadi peneroka FELDA mangsa mereka?

Pembangkang tidak sunyi mencipta isu.NFC yang mereka dedahkan pada Ogos 2010 tetapi tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan akhirnya menjadi senjata utama kepada mereka untuk menyerang kerajaan pada hujung tahun 2011 hingga ke hari ini dengan menjadi Laporan Audit Negara sebagai rujukan mereka.

Kita telah ingatkan kepada jentera kerajaan dan parti supaya jangan sama sekali memandang rendah keupayaan pembangkang dan jangan menyerah bulat-bulat kepada rakyat untuk menilai benar atau tidak segala tomahan itu kerana pakar-pakar strategik pembangkang ini bukan `kecik anak’,mereka terlatih dan dilatih oleh pakar-pakar luar negara yang berselindung di sebalik Ngo-Ngo seperti  Konrad Adenauer Foundtion (KAF) dan New Endownent For Demokract (NAD) yang bertanggungjawab menukar regim pemerintahan negara-negara lain sebelum ini.

Pakar-pakar strategic pembangkang ini akan sentiasa merencanakan agenda kepimpinan mereka malah kita percaya akan banyak lagi isu-isu serta kejutan-kejutan yang bakal mereka lakukan dan sekiranya kepimpinan kerajaan serta parti terus memandang rendah keupayaan mereka ini,kerajaan dan parti akan berdepan dengan masalah.

Pertubuhan Yahudi Jerman..
Sebab itulah dalam kita tidak sedar,kita diperdayakan dengan agenda Bersih yang didalangi oleh Bar Council yang mempunyai dana ratusan juta dari luar Negara (lihat Laporan Kewangan Bar Council)  dan kita percaya agenda mereka tidak akan terhenti setakat itu dan akan ada lagi Bersih selepas ini  dan salah satu agenda jelas mereka adalah LGBT atas alasan memperjuangkan hak asasi manusia.

Perancangan menumbang kerajaan serta menukar regim di dalam Negara kita ini adalah hanya satu perancangan mikro dari perancangan mikro yang lebih besar di peringkat dunia.Tidak mustahil Malaysia akan menjadi salah satu senarai Negara-negara yang tersenarai bersama dengan Negara-negara Libya,Turki,Kuwait,Mesir,Iraq dan Iran.

Satu peringatan penting untuk kerajaan,sesebuah negara itu hancur,tumbang ataupun musnah adalah lebih mudah sekiranya dihancurkan dari dalam serta  segala yang berlaku sepanjang pemerintahan PM Najib ini seharusnya dijadikan iktibar dan melihat gerakan yang didalangi oleh apa yang dimaksudkan di atas bukan sekadar isu politik semata-mata tetapi  satu gerakan menghacur serta memusnahkan  akidah.

Jangan suatu masa,jika hari ini anak-anak kita keluar ke sekolah mengangkat beg dan juga buku tetapi akhirnya satu ketika,anak-anak kita  keluar dari rumah mengangkat senjata untuk menuntut hak hidup di dalam negara dia seperti yang berlaku kepada umat Islam yang seagama di Palestine,Iraq dan juga Negara-negara lain.

Perang Salib belum berakhir!

1 comment:

  1. woww hebatnya... tak tahan, nak kena cilok ni.. maaf wak gue kopipaste ye? terima kasih daun keladi, kalau ada yang best lagi gue cilok lagi... hehehe (macam pernah dengar pantun ni) Jangan mare ya wak, gurau jer. cilok tetap cilok... haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..