Friday, January 6, 2012
10:00 AM
|
Gaya seorang peliwat! |
RISALAH yang dipaparkan
dibawah ini adalah sebahagain daripada risalah provakasi yang diedarkan secara
manual oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim menjelang 9 Januari nanti dan
risalah ini jelas berniat jahat untuk memberikan tekanan kepada mahkamah bagi
membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat.
Kita percaya risalah sebegin
telahpun disebarluaskan bukan sekadar manual tetapi diemailkan kepada kalangan
yang bersimpati serta menyokong pembohong nombor wahid negara ini dan jelas
risalah ini cukup menghina sistem kehakiman Negara apabila kumpulan yang
terdesak ini telah membuat keptusan sendiri tanpa menunggu keputusan mahkamah.
Ini satu penghinaan yang
cukup jelas kepada institusi kehakiman negara ,mereka menjadi Hakim,mereka
menjadi mahkamah walaupun segala yang mereka catat di risalah tersebut boleh
disanggah secara terperinci dengan
hujah-hujah yang berteraskan fakta,bukti serta undang-undang dan tujuan mereka
ini hanya untuk mengelirukan orang-orang kampong ataupun rakyat yang cetek
pengetahuan undang-undang supaya yakin dan percaya Anwear tidak bersalah
walaupun Karpal Singh dalam pembelaannya mengakui wujud perlakuan liwat suka
sama suka antara Anwar dan Saiful.
Pihak polis juga disarankan
untuk menyiasat risalah yang sedang tersebar ini kerana jelas orang yang
mengedarkanya cuba menghasut rakyat bangkit menentang institusi kehakiman negara
dan mereka ini boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.
Risalah ini menghina mahkamah,mendahului keputusan mahkamah dan menghasut |
Seperti mana Azmin Ali
menghasut seluruh penyokong PKR untuk turun beramai-ramai di Mahkamah Jalan
Duta pada hari tersebut dan ini dianggap sebagai hasutan oleh pihak polis,risalah
dan orang yang mencetak risalah ini juga perlu didakwa dan boleh dikenakan
hukumna setimpal ISA.
Tidak cukup dengan pawang,dukun
serta bomoh yang ditemui di Phuket,Indonesia dan di beberapa tempat lain
digunakan untuk menyelamatkan Anwar daripada terhukum atas kes jenayah liwat yang
beliau lakukan, Anwar cuba meraih simpati negara luar dan hari ini beliau akan
bertemu ( 6 Januari 2012) dengan diplomat asing untuk menagih simpati.
Kita juga ucapkan Selamat Datang kepada penyokong Anwar yang ditipu oleh Azmin Ali ke Kuala Lumpur.Datanglah walaupun anda tidak tahu apa yang anda perjuangkan.Datanglah kerana anda hanya dibayar RM50- RM200 seorang.
Kepada mahasiswa,berkumpullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan anda tidak perlu menduduki peperiksaan di universiti kerana bagi anda Anwar lebih penting daripada masa depan anda dan keluarga.Teruskanlah jadi manusia yang terpelajar tetapi sebenarnya bodoh tahap bebal.
Kepada rakyat yang jahil serta taksub kepada Anwar,dipersilakan ke Kuala Lumpur.Sebagai pejuang anda tidak perlu takut dan bimbang dengan tindakan pihak berkuasa.Bodohnya kita kerana tidak tahu membezakan yang mana hak dan yang mana bathil.
Dan kepada pihak berkuasa,kalau ada tangkapan kali ini,jamulah makanan terbaik kepada mereka,sediakan khemah yang harga sewanya berpuluh ribu untuk meraikan gerombolan pengkhianat negara ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
kadang2 aku pening. mana satu kementerian dalam negeri mana satu kementerian kebajikan masyarakat.
ReplyDeleteusin~~~
ReplyDeleteaku lagi le peningnya, sebenaqnya hisyammuddin tu pegang portfolio apa? menteri keselamatan dalam negeri ka, menteri amaran dalam negeri ka ataupun menteri kebajikan pembangkang dalam negeri?
Dan kepada pihak berkuasa,kalau ada tangkapan kali ini,jamulah makanan terbaik kepada mereka,sediakan khemah yang harga sewanya berpuluh ribu untuk meraikan gerombolan pengkhianat negara ini.
ReplyDeleteKata2 nie aku sokong...kalu leh sewakan hotel1 5 bintang buat pendemo pendemo nie...
TAHNIAH KUMPULAN MAHASISWA YANG RASIONAL DAN BERANI BERSUARA. INI YANG KITA MAHU TERDAPAT DI IPTA. GOLONGAN YANG PANDAI TIDAK BOLEH MEMBISU SERIBU BAHASA. YANG BIJAK DAN RASIONAL PERLU BERSUARA MEMPERTAHAN HAK DAN KEBAJIKAN RAMAI. JANGAN TUNDUK KEPADA GOLONGAN KECIL YANG LANTANG DAN CABUL. MELAWAN DSAI DALAM KONTEKS KINI IALAH SATU IBADAH YANG MULIA. TAHNIAH.
ReplyDelete