Wednesday, January 11, 2012
12:10 PM
|
Jerat makan diri! |
MEREKA
ini bagaikan sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan merusuh,megheret
rakyat serta Negara dalam kancah kemusnahan dan golongan taksub,ekstrimis
ataupun pelampau dalam kelompok pembangkang telah membuat persediaan yang cukup
rapi serta bersistematik malah bila kita melihat kejadian yang berlaku di
sekitar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan bahawa
ada rancangan jahat diatur untuk menganggugugat dan memecahkan kestabilan Negara.
Kita
boleh menuduh sesiapa sahaja di sebalik tiga letupan bom yang dipasang di
sekitar kompleks Mahkamah Tinggi itu.Mungkin dilakukan oleh agen asing,mungkin
juga dilakukan oleh kumpulan pembangkang ataupun mungkin dipasang oleh penaksub
kepada Anwar ataupun telah dipasang oleh golongan-golongan pelampau yang
menyusup masuk menjadi ahli kepada parti DAP.PKR dan juga PAS.
Kita
nampak perancangan mereka yang meletakkan bom tersebut seolah-olah berpandukan
kepada waktu yang biasa Hakim menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan dengan
keyakinan tinggi semua pihak termasuk Anwar sendiri bahawa beliau akan didapati
bersalah meliwat Saiful maka bom-bom
tersebut `timer’nya tepat pada waktu
hukuman dijatuhkan namun malangnya hukuman dijatuhkan sekitar jam 9.30 pagi dan
bukannya sekitar jam 10.00 pagi seperti biasanya.
Itu
`sambutan’ pada pembebasan sementara Anwar dan rakyat boleh bayangkan bagaimana
suasana sekitar mahkamah ataupun sekitar Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan yang
berhampiran dengannya seandainya Anwar didapati bersalah?Kita mungkin
menjangkakan 3 biji bom itu sahaja tetapi siapa yang berani menafikan bahawa
ada lagi bom-bom yang tidak sempat di pasang di beberapa tempat lain?
Paling
pasti Negara akan dilanda rusuhan yang sememangnya telah dirancang hasil dari
Jelajah 901 kumpulan yang taksub kepada anwar ini.Pasti wujud kegilaan untuk
meruntuhkan system demokrasi amalan Negara menjadikan Negara dipenuhi oleh
pengganas-pengganas yang bertopengkan agama serta hak asasi manusia.
“Siasatan
polis mendapati terdapat tiga letupan di sekitar kawasan berhampiran mahkamah dan
semua letupan ini dipercayai diletupkan secara jangka masa. Bahan-bahan yang
dijumpai di lokasi kejadian adalah serpihan kon plastik, bebola besi, jam dan
bateri.
“Kami masih meneruskan siasatan dan usaha mengesan mereka yang
bertanggungjawab sedang giat dijalankan. Polis turut mengharapkan kerjasama
dari orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk
tampil membantu siasatan,” kenyataan Ketua
Polis Kuala Lumpur, Dato Mohamad Salleh memperjelaskan lagi ada agenda jahat di
sebalik apa sahaja keputusan terhadap kes Anwar Ibrahim.
Kita tunggu siasatan polis. |
Kita
melihat bahawa memang wujud gerakan terancang seperti yang diuar-uarkan sebelum
ini bahawa kumpulan penyokong Anwar memang merancang untuk mewujudkan rusuhan
dengan menjadikan Negara kelam kabut dan sekaligus mampu memngheret
campurtangan asing bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di Mesir
dan Libya.
Mesir
dan Libya itu negara yang cukup gagah dan canggih segala kelengkapan pun mampu
ditumbangkan apalah sangat Malaysia yang tidak sebesar mana ini malah dengan
kekuatan sokongan dalam serta luar Negara,Negara ini amat mudah dimusnahkan
apatah lagi rakyatnya hari pun sudah berpecah belah.
Kita
boleh lihat tentang kerakusan kalangan penyokong pembangkang termasuklah
kalangan penyokong wanita yang bertudung litup serta bertudung hijab
mempamirkan kegilaan mereka dalam menyatakan sokongan kepada Anwar dan kumpulan
ini mampu bertindak dengan lebih ganas lagi sekirana keputusan Hakim hari itu
berbeza.
Malang jangan ditempah .dan inilah hasilnya bila taksub! |
Tapi
sayangnya skrip yang mereka tulis tidak sama dengan apa yang berlaku.Termasuk
Anwar semua pihak mengharap sangat tertuduh(Anwar) dijatuhkan hukuman bersalah
agar mereka mudah melaksanakan agenda jahat yang disusun tetapi perancangan
Allah tiada siapa yang tahu dan Negara masih selamat,rakyat masih aman damai
dan kerajaan masih berdiri teguh.
Parti
pembangkang memang mengharap sangat Anwar dijatuhkan hukuman bersalah kerana
keputusan mahkamah ini mampu dijadikan bahan kempen PRU13 untuk meraih undi dan
sokongan rakyat.Wan Azizah anak beranak akan kembali ke pentas dengan linangan
airmata seperti tahun 1999 lalu dan mereka akan meneruskan lakonan slapstick mereka
ini secara berterusan.
Tetapi
seperti ayat Al Qur`an yang selalu Anwar baca, Kita merancang,Allah juga
merancang.Rancangan kita kita tahu tetapi rancangan Allah kita tidak tahu.Allah
masih sayangkan Negara ini dan pemimpin yang menjaga agamaNya.Keputusan Hakim ada hikmahnya.
http://dongtalk.blogspot.com/2012/01/hakim-bijaksana.html...sila baca
http://dongtalk.blogspot.com/2012/01/hakim-bijaksana.html...sila baca
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Dulu Teman pernah beri klue pada BPN;
ReplyDelete"Anwar menghampiri revolusi...hati-hati dengan pergerakan di sebalik gunung itu". Syukur revolusi tak jadi, cuma tiga bom yang tak cukup modal jer yang meletup. Asal bom itu dari 'kawasan sebalik gunung'
Klue seterusnya;
"Pergerakkan "ditengah lautan" itu sedang berpusar, hati-hati dengan yang 'mengkhayalkan'"
hehehe macam Nostradamus plak...selamat mencari klue!!!