Saturday, December 31, 2011
9:23 PM
|
Sebab Jamil Khir UMNO! |
PEMBANGKANG
dalam saat kehabisan modal poltik mula bercempera melemparkan fitnah dengan
wewenangnya dan mangsa terbar kepada politik fitnah yang dbuka atas nama kilang
pembangkang ini adalah Jamil Khir Baharom.
Pembangkang
menyerang Jamil Khir kononnya menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman
sedangkan segala bayaran adalah dating dari dana khas kerajaan yang memang
disediakan untuk pembayaran segala kos guaman membabitkan Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan.
Pembangkang cuba setiap masa mencetuskan fitnah-fitnah terbaru baru bagi menghasut serta mengelirukan rakyat
dan taktkit-taktik sebegini akan mereka terus daya usahakan sehingga PRU13
nanti malah sebelum ini mereka menyerang rumah Jamil Khir yang dikatakan sebuah
rumah yang diubahsuai dengan nilai jutaan ringgit.
Jamil
Khir memberikan mesej yang cukup jelas menafikan sebarang penglibatan beliau
dalam isu wang zakat itu dan sekalgus menafikan segala fitnah yang dilempatkan
terhadap dirinya.
`Jangan
main tuduh-tuduh tanpa bukti, sebab kita bukan sahaja hendak hidup atas dunia,
tapi kena menjawab di akhirat sana, itu,’ itu mesej Jamil Khir yang amat jelas
bagi menafikan segala laporan songsang pembangkang terhadap dirinya.
Beliau
berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes
tuntutan qazaf Anwar Ibrahim bukannya daripada
wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dari dana khas yang
disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman tersebut.
"Setiap
tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan
untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara
baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya.
Beliau
berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan serta fitnah penyelewengan wang zakat MAIWP bagi
pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan,
Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf tersebut.
.
Sambil
menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu
negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir
berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum
disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin
negara dan kerajaan.
Beliau
berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak
menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.Mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya anggoata pentadbiran kerajaan boros,rasuah dan sebagainya.
"Saya
rasa amat tidak wajar seorang Muslim memfitnah sedemikian rupa dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak
Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang
bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.
Menurutnya
pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk
dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok
membabitkan pembangkang termasuk qazaf dan kes liwat Anwar yang sedang menunggu keputusan ketika ini
.
Mengulas
mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan
di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu
dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai Menteri dan pembayaran
bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
"Biasalah
kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu Mejar Jeneral, dua
bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak
buat pinjaman (perumahan)," katanya.
Beliau
juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan
berharap semua pihak memahami keadaan sebenar serta tidak terus memburukakan dirinya bagi meraih untung politik.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Depa mana boros ,
ReplyDeleteBeli kereta mewah, ketua depa buat tak tau bila beli.
Bukan laporan datang dari ketua audit negara ker? napa pembangkang jugak yg kene tibai?
ReplyDelete