Saturday, December 31, 2011
![]() |
Sebab Jamil Khir UMNO! |
PEMBANGKANG
dalam saat kehabisan modal poltik mula bercempera melemparkan fitnah dengan
wewenangnya dan mangsa terbar kepada politik fitnah yang dbuka atas nama kilang
pembangkang ini adalah Jamil Khir Baharom.
Pembangkang
menyerang Jamil Khir kononnya menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman
sedangkan segala bayaran adalah dating dari dana khas kerajaan yang memang
disediakan untuk pembayaran segala kos guaman membabitkan Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan.
Pembangkang cuba setiap masa mencetuskan fitnah-fitnah terbaru baru bagi menghasut serta mengelirukan rakyat
dan taktkit-taktik sebegini akan mereka terus daya usahakan sehingga PRU13
nanti malah sebelum ini mereka menyerang rumah Jamil Khir yang dikatakan sebuah
rumah yang diubahsuai dengan nilai jutaan ringgit.
Jamil
Khir memberikan mesej yang cukup jelas menafikan sebarang penglibatan beliau
dalam isu wang zakat itu dan sekalgus menafikan segala fitnah yang dilempatkan
terhadap dirinya.
`Jangan
main tuduh-tuduh tanpa bukti, sebab kita bukan sahaja hendak hidup atas dunia,
tapi kena menjawab di akhirat sana, itu,’ itu mesej Jamil Khir yang amat jelas
bagi menafikan segala laporan songsang pembangkang terhadap dirinya.
Beliau
berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes
tuntutan qazaf Anwar Ibrahim bukannya daripada
wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dari dana khas yang
disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman tersebut.
"Setiap
tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan
untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara
baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya.
Beliau
berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan serta fitnah penyelewengan wang zakat MAIWP bagi
pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan,
Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf tersebut.
.
Sambil
menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu
negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir
berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum
disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin
negara dan kerajaan.
Beliau
berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak
menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.Mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya anggoata pentadbiran kerajaan boros,rasuah dan sebagainya.
"Saya
rasa amat tidak wajar seorang Muslim memfitnah sedemikian rupa dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak
Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang
bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.
Menurutnya
pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk
dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok
membabitkan pembangkang termasuk qazaf dan kes liwat Anwar yang sedang menunggu keputusan ketika ini
.
Mengulas
mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan
di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu
dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai Menteri dan pembayaran
bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
"Biasalah
kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu Mejar Jeneral, dua
bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak
buat pinjaman (perumahan)," katanya.
Beliau
juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan
berharap semua pihak memahami keadaan sebenar serta tidak terus memburukakan dirinya bagi meraih untung politik.
PILIHAN
Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin hampir. Semakin sibuk parti politik mengatur
strategi menawan hati rakyat. Pengundi yang dinamakan 'akar umbi' nampak
semakin penting. Ramai juga wakil rakyat mula bekerja dan sedar serta memahami
slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri iaitu 'Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan'.
Apa
jua perkara yang didahulukan kepada rakyat dan harus diberi kepada rakyat,
tentulah setiap wakil rakyat mengetahui tugas masing-masing.
Kepada
'pemimpin' yang sedang melobi untuk menjadi calon, serta yang masih mahu kekal
jadi calon, atau apa yang disebut sebagai winnable candidate (calon boleh
menang), seharusnya sudah merangka usaha untuk berbakti kepada rakyat.
Ada
beberapa wakil rakyat sudah mula memperbanyakkan walk about atau datang
terus kepada pengundi di kawasan masing-masing. Tidak kurang juga yang berusaha
menyediakan 'profil' diri sebagai calon kepada 'agensi kerajaan' yang
ditugaskan untuk menilai senarai calon-calon yang berkelayakan.
Amalan
turun padang serta melawat kawasan-kawasan pengundi amat baik. Bertanya khabar
dan mendekati pengundi 'akar umbi' seharusnya dibuat sejak mula memegang tugas
wakil rakyat lagi dan tentulah ia salah satu cara 'pengundi' melihat wakil
rakyat mereka bekerja.
Tidak
kiralah dengan apa cara sekalipun, berjalan kaki, naik basikal, bas, kereta api
dan lain-lain lagi yang disebut 'merasai denyut nadi rakyat', susah senang
rakyat dirasai bersama. Rakyat tentu lebih tahu menilai siapa wakil rakyat
'sejati' atau yang datang bermusim penuh kepura-puraan.
Bagi
wakil rakyat sejati mereka tahu sasaran mereka. Mereka kenal pengundi dan
pemimpin tempatan di kawasan mereka. Biarlah sedikit yang datang mendengar
ucapannya asalkan sasaran yang datang adalah memang pengundi 'akar umbi' yang
memang berada di kawasan yang dilawatinya.
Apalah
ertinya dapat mengumpul sehingga 10,000 orang dalam sesuatu majlis program
pemimpin tetapi yang datang adalah pengundi luar atau tetamu 'import' yang
datang meramaikan majlis.
Pernah
penulis melihat 'si penganjur' majlis terpaksa mengumpulkan mahasiswa-mahasiswa
universiti atau pelajar-pelajar sekolah untuk meramaikan majlis. Bukankah lebih
baik bertemu dengan lima orang penduduk tempatan dalam sesuatu kawasan
berbanding dengan jemputan 10,000 'orang luar' yang datang ke tempat kita?
Berjumpa dengan 'sasaran yang tepat' tentu boleh mencipta sesuatu atau dapat
mendekati pengundi.
Bagi
wakil rakyat sejati, mereka nampak lebih 'semula jadi'. Cara mereka berbakti
dipenuhi dengan keikhlasan dan mereka benar-benar berusaha memimpin dan
mendekati rakyat. Ciri-ciri inilah yang menguatkan mereka di akar umbi. Ada
'parti' atau 'tiada parti', wakil rakyat seperti ini tetap kuat dan kukuh.
Bertanding atas kerusi mana pun mereka mungkin akan menang. Barisan nasional
(BN) tentu memerlukan wakil rakyat seperti ini untuk kekal menang.
Wakil
rakyat sejati adalah wakil rakyat pencetus. Mereka tidak perlu terikat dengan
sesiapa. Rakyat di akar umbi dalam kawasannya sentiasa memilihnya menjadi
pemimpin. Tidak mencalonkan mereka dalam pilihan raya bermakna satu kesilapan.
Mereka
menentukan hala tuju. Jika mereka melompat parti atau menjadi calon bebas
bermakna secara langsung ia memberi kesan kepada sesebuah parti. Itulah
hebatnya penangan wakil rakyat sejati.
Apabila
Perdana Menteri mengumumkan calon yang akan bertanding nanti adalah calon yang
diterima rakyat atau winnable candidate maka berlumba-lumbalah semua
wakil rakyat menggelar diri sebagai calon winnable candidate.
Ada
yang berpura-pura rela digugur dan tidak dicalonkan untuk mendapat simpati
rakyat. Tidak kurang yang merasa dirinya menjadi calon sudah memulakan operasi
melobi pelbagai pihak. Itulah adat resam politik yang ada sandiwara dan
permainan.
Ada
pula pengerusi perhubungan negeri sudah berkira-kira menyusun semua pengikutnya
menjadi calon yang dikira winnable candidate tanpa kajian mendalam
terhadap bakal calon kerana jika tersilap gaya boleh meruntuhkan penguasaan
parti dalam PRU13 nanti.
Di
Sabah misalnya, sudah terdengar spekulasi bertiup kencang mengenai penubuhan
parti baru, lompat parti, perebutan kerusi dan perpecahan parti. Kita akan
sama-sama saksikan sama ada BN masih mampu mempertahankan rekod cemerlangnya
(24 Parlimen, 59 Dewan Undangan Negeri) atau dikuburkan oleh 'pihak lain.'
Pergilah
ke kawasan di seluruh negeri Sabah dan buatlah kajian secara mendalam serta
dengarlah suara-suara dari akar umbi sebelum memberikan keputusan untuk memilih
calon yang winnable candidate.
Mungkin
akan ditemui masalah sebenar rakyat dan kritikan-kritikan yang pelbagai
daripada mereka terhadap wakil rakyat yang menjaga kawasan tersebut. Malah para
pengundi ini boleh memberikan pandangan, siapa yang layak atau tidak layak
menjadi wakil rakyat mereka nanti.
Calon
winnable candidate yang diharapkan bukan muncul di atas meja atau
laporan agensi (yang terdedah kepada ketirisan) tetapi apa yang dimahukan oleh
rakyat sebenar. Inilah cabaran sebenar Perdana Menteri dan pengerusi
perhubungan negeri.
Di
atas kertas, sesiapa saja boleh memenangi 222 kerusi Parlimen. Bagi BN,
pencapaian kemenangan majoriti mudah dan dua pertiga adalah sangat diperlukan
untuk meneruskan survival parti dan pemerintahan di negara ini.
Begitu
juga bagi parti pembangkang yang memenangi 83 kerusi Parlimen sekarang, adalah
tidak mencukupi untuk menubuh kerajaan dan berharap pada PRU13 nanti, kerusi
mereka akan bertambah. Tentulah harapan pada PRU13, sejarah dicipta oleh setiap
parti masing-masing.
Bagi
BN Negeri Sabah, 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN tentu tidak mudah
dipertahankan hanya dengan laporan pihak yang menyedapkan rasa kepada pucuk
pimpinan. Analisis strategi berikut mungkin boleh membantu setelah dipadankan
dengan calon winnable candidate BN iaitu;
(i)
Tawan dan Tahan (T&T)
Tumpu
kawasan yang sedia menang. Mempertahankan kemenangan.
(ii)
Tawan dan Ambil (T&A)
Tawan
semula kawasan yang dulu pernah menang dan diyakini boleh menang semula dalam
PRU13
(iii)
Tawan dan Rampas (T&R)
Tawan
kawasan yang tidak pernah menang tetapi boleh diyakini menang sehingga 70
peratus sokongan.
(iv)
Tinggal Terus (T&T)
Tidak
perlu menawan kawasan yang jelas 'hitam' dan memang tidak boleh menang.
Persoalannya
apakah BN Sabah sudah bersedia? Sudahkah ada calon winnable candidate
yang diterima rakyat dan memuaskan hati semua orang? Apakah BN sudah bersedia
untuk menghadapi pembangkang dengan banyak isu dalaman yang tidak diselesaikan
sebelum PRU13? Dan begitu banyak persoalan lagi. Paling pasti rakyat akar umbi
akan menjadi penentu.-UM
Friday, December 30, 2011
KITA perlu beritahu Badrul
Amin yang mengaku Ustaz itu bahawa Imam Mahdi bukan perlakuannya seperti dalam
gambar-gambar di bawah ini. Pemuda yang datang dari Timur pun banyak jenis
Timurnya dan mungkin Timur yang jauh dan kalau beliau mahu menghasut rakyatnya
pun untuk taksub kepada Anwar,janganlah paparkan sangat bahawa beliau
sebenarnya Ustaz yang masih belum cukup akal cerdiknya.
Kita pun pelik makin hari
makin ramai Ustaz atapun yang mengaku Ustaz cacat akal mereka.Mudah benar gelap
mata hati dan kita tidak tahu mereka ini sebenarna ustaz jenis apa.Sepatutnya
Ustaz ataupun yang mengaku Ustaz ini lebih takut daripada orang lain tentang
dosa dan neraka tapi sejak akhir-akhir ini mereka inilah yang semakin hari
semakin ramai dekat dengan siksaan kubur dan api neraka.
Hassan Ali itu bukan Ustaz
dan beliau mengaku beliau adalah sekular dan masuk menyertai PAS kerana pada
awalnya tertarik dengan kepimpinan Ulama tapi bila beliau sedar perjuangan PAS
itu telah tergelincir dari landasan awal yang terbina,beliau tegur tapi
malangnya teguran beliau di tolak dan hari ini beliau di cerca oleh golongan
yang mengaku ulama,ustaz ataupun yang tahu urusan agama ini.
![]() |
Imam Mahdi tidak langgan pelacur |
![]() |
Imam Mahdi tidak gila menari begini... |
![]() |
Perangai Imam Mahdi bukan begini! |
![]() |
Imam Mahdi tidak ada kes liwat.. |
Ada juga jenis ustaz ataupun
ulamak ini suka keluarkan fatwa ikut musim.Kalau musim pilihanraya akan
keluarlah fatwa mengundi itu dan ini adalah haram dan neraka tempatnya dan
ustaz-ustaz yang seperti Badrul Amin ni akan tumbuh seperti cendawan di musim
hujan mengepalai kilang-kilang fitanh dan merekalah pengasasnya.
Ada juga jenis ustaz ataupun
yang mengaku ulamak ini pantang bertemu dengan pihak media ataupun dapat
peluang berceramah.mereka ini akan gunakan peluang itu untuk cari glamour dan
bukannya konsisten mempertahankan hukum seperti yang terdapat dalam Al-Qur`an
dan sunnah.Ustaz begini pun banyak juga bilangannya.
Lagi gila bila ramai jenis
ustaz-ustaz gila ini bila mereka menyokong gerakan memurtadkan orang
Islam.Bertambah gila bila mereka menyokong kalimah Allah digunakan gereja dan
ramai lagi Ustaz gila macam Badrul Amin yang menghina ilmu yang mereka
pelajari.Lagi hina mereka ini bila menyokong orang bukan Islam merobohkan
masjid atau surau kononnya untuk pembangunan.
Bertambah gila lagi
ustaz-ustaz ini bila mereka boleh bersekongkol dengan peliwat dan penzina di
mana merekalah yang sepatutnya mengajak yang sesat ini kembali ke jalan benar.
Bila ustaz ataupun yang tahu
ilmu agama ini bersahaja menipu dan memutarbelitkan fakta serta bukti,dimana
lagi rakyat yang mahu menambah ilmu agama mahu menambahkan ilmu agama mereka
kalau hari ini dalam Negara ini semakin ramai ustaz yang gila serta sesat dan
menyesatkan.
Ataupun mereka ini sebenarnya tidak beragama dan hanya menggunakan
serba,kopiah serta jubah sebagai alat untuk mengkelabukan mata rakyat kononnya
mahu yakinkan rakyat bahawa ilmu agama mereka tinggi?Wallah hu alam…!
Wednesday, December 28, 2011
![]() |
Imam Mahdi atau Dajjal? |
DULU Wan
Azizah kata,anugerah Tuhan dan disambut
pula oleh anaknya sebagai Papa Hebat dan terbaru Badrul Amin yang mengaku Ustaz
mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan kita tidak tahu selepas ini apa
lagi kegilaan para manusia yang taksub dengan Anwar ini akan labelkan beliau.
Kita akui Anwar memang
anugerah Tuhan kerana tidak ada orang Melayu seperti beliau yang sanggup
berbohong dan menipu,enggan bersumpah,bijak mengalih isu,petah berbicara untuik
memukau bagi mengeliru serta menghasut rakyat hingga orang ramai yang mendengar
ceramah ataupun kata-katanya boleh terlopong mengangguk benar dan mengiyakan
segala kata-kata Anwar.
Kita akui Anwar memang
seorang Papa hebat seperti yang Nurul Izah katakan itu kerana tidak ada lelaki
yang seusia Anwar masih ghairah untuk meliwat dan bukan satu lelaki yang
diliwatnya malah setakat yang kita tahu lebih dari seorang dan mungkin Anwar
sahaja yang boleh mengesahkan bahawa ada lelaki lain yang tidak tampil kerana
suka sama suka.
Memang Anwar Papa yang Hebat
kerana dalam usianya begitu beliau masih mampu melanggang pelacur dari China
hingga perlakuan seksnya dirakam dalam video dan boleh dilihat sehingga hari
ini baik dalam youtube ataupun sudah ada yang menyimpan untuk keloksi peribadi
tentang kehebatan papa ini.
Tapi kita tercari-cari
dimana letaknya taraf Imam Mahdi seperti yang dinyatakan oleh Badrul Amin yang
mengaku ustaz itu. Ada yang konfius,Imam Mahdi kah atau Dajjal?Imam Mahdi boleh
diertikan secara bebas yang memberik makna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk".Ini mungkion
betul kerana Anwar sejak berpolitik beliau sering mendapat petunjuk yang
salah.Mengangkat yang bathil sebagai hak dan menolak segala bukti dan kebenaran.
Bebalnya Badrul Amin yang mengaku ustaz ini dan
sedang menyalahgunakan ilmu agamanya kerana di atas dunia ini tidak ada seorang
pun yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan cirri-cirinya kecuali Rasululullah s.w.a.Rasululullah
dibimbing oleh wahyu sedangkan Badrul yang mengaku ustaz ini dibimbing oleh
nafsu serakah
Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Mahdi
berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan
memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini)
sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur
kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim).Sabda
Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak
cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)
Badrul
Amin sedang memutarbelitkan sabda ini.Anwar perlekehkan keadilan,Anwar khinati
kemakmuran yang sedang rakyat kecapi dalam Negara ini dan sebenarnya Anwar
menzalimi batang tubuhnya sendiri tetapi menuding kea rah orang lain kononnya
berlaku zalim pada dirinya. Inilah Anugerah Tuhan yang disebutkan di atas tadi.
Badrul
Amin cuba menyeleweng dari fakta dan sejarah. Kita tidak pelik dan hairan
kerana pembangkang untuk menghalalkan segala ceritera politik mereka, mereka
bukan sahaja sanggup berbohong dan menipu malah sirah Rasulullah S.A.W pun
mereka sanggup selewengkan dan demi Papa hebat ini,mereka sanggup cipta sendiri
hadis dan sunnah.
Kita yakin Imam Mahdi tidak berzina,tidak melanggan pelacur Cina,bukan gay atau homoseksual,bukan menipu isteri dan anak-anak,tidak berbohong kepada rakyat dan sentiasa mengangkat agamanya lebih tinggi dari segala-galanya tapi Imam Mahdi yang Badrul Amin maksudkan ini penuh dengan skandal serta kebejatan moral.
Jika
diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan
seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti
mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka,
begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara
agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.
Imam Mahdi
adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui
Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut
tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin
manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan
oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:
Alif,
laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu
mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan
izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha
Terpuji
Itu
sirah Imam Mahdi tapi jauh bezanya dengan cerita berkaitan Anwar.Anwar
mengkhianati agama,menganjurkan perpecahan dan perbalahan,menyokong gerakan
Lesbian,gay,biseksual dan transesksual malah l;ebih celaka lagi bila Anwar cukup
tega menghina Al Qur`an dan sunnah.Anwar tidak pernah malu untuk
berbohong,tidak pernah rasa malu apabila kegiatan seksnya diketahui umum.Anwar
langsung tidak ada perasaan malu terhadap anak-anak dan isterinya.
Tuhan baru PKR?Ini isteri,anak atau penyedap? |
Anwar
cuma percaya pada keadilan andainya ada kena mengena dengan dirinya dan
tindakan terbaru Badrul Amin ini akan sekali lagi menimbulkan perdebatan dan
boila wujud perdebatan akan menimbulkan perpecahan.Jadi tidak cukiup dengan PAS
yang memperolokkan agama kini muncul pula lelaki dari Sabah yang mengaku Usraz
ini menobatkan Anwar sebagai Imam Mahdi.
Jelas
depan mata,Anwar menggunakan PAS berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan seolah-olah
keadaan hari ini telah kembali di masa sebelum Nabi Muhammad S.A.W di angkat
menjadi Rasulullah. Masa itu kaum Arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan
puak mereka sendiri dan mereka tidak
pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan masalah.Inilah juga yang sedang berlaku
dalam Negara kita,Anwar menggunakan anugerah dan kehebatannya untuk
memecahbelahkan umat.
Gila
Badrul Amin ini bukan baru.Gila orang yang mencari makan dengan jualan
kaset-kaset ceramah ini sudah lama.Sebelum ini beliau pernah mendoakan supaya
PM Najib ditimpa bala kerana kononnya Najib menzalimi Anwar tetapi kegilaan
beliau yang paling dicipta kerana cuba menjadi Tuhan.
Ustaz gila ini perlu
tahu bahawa kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri
melainkan kerana takdir Allah malah Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa
dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah S.W.T. mengislahkannya dalam
suatu malam, seperti yang dnukilkan dalam sebuah hadis :
Telah bersabda
Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi
berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam."
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah).
Pemimpin
yang mendapat petunjuk dari Allah harus dan sentiasa berusaha menyatukan
kembali perpecahan ini tetapi Anwar yang badrul Amin maksudkan itu tidak ada
apa-apa.Hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan mengulangi
kesilapan-kesilapan yang sama. Bukan sahaja Anwar perlu bertaubat, Badrul Amin
juga perlu bertaubat.
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
2018 TAHUN KEJAYAAN BUAT BN7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
2136291
Bila Keris Di Asam Limau

- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Just an amusing observation..5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Download | Easy Surfing Fitness8 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-