Saturday, December 21, 2019
HAMPIR dua tahun berdiam diri, setelah lama memerhati,sejak bertukar kerajaan dari BN kepada PH,sejak PH mengistiharkan Manifesto bukan kitab suci dan tidak perlu dipatuhi.
Sejak melihat saban hari harta negara mula dijual satu persatu, rakyat terus terbeban,pemimpin lebih buruk dengan retoriknya.
Agama Islam mula dijajah, maka SanggahTokJanggut akan kembali semula mengurus massa.
Pengkhianatan kerajaan ini terhadap rakyat tidak boleh dibiarkan.Pencabulan pada demokrasi berParlimen perlu ditentang.Penderhakaan pada Perlembagaan Persekutuan perlu disanggah habis-habisan.
Saturday, September 22, 2018
Jadi tidak pelik lah jika tidak ada sebarang agenda negara dan perubahan memperbaiki dasar, sebaliknya meneruskan dasar dan agenda kerajaan lama yang diberi sedikit sentuhan perubahan dinama sahaja.
Kemuncak
kekalutan politik sesama mereka yang mencemaskan pimpinan kerajaan PH hari ini
pastinya bila PRK Port Dickson yang akan ditandingi Presiden PKR,Anwar Ibrahim
sebagai langkah pertama untuk beliau kembali ke Parlimen bagi merealisasikan hasrat
gerakan reformasi menjadikan beliau sebagai PM.
Melihat kepada fokus tumpuan
media kepada DSAI dan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan ketika ini pun seolah-olah
dapat dibaca bahawa popularitinya sudah mula mengalahkan TM.
Ini yang
menjadikan sebahagian ahli kabinet kerajaan yang ada sedikit kepanasan dan mula
menghitung nasib diatas papan catur kerana pastinya akan terpalit dengan
pertarungan baru.
Saturday, August 4, 2018
KETIKA perlembagaan didrafkan, warga Malaya menganggap itu adalah
kompromi terbaik. Imigran Cina dan India telah tinggal di situ hanya selama 2 generasi, paling lama. (kecuali
golongan peranakan Cina dan India (Chitty Peranakan) yang telah menetap sejak
1400an).
Pertama sekali saya ingin mengajak anda membayangkan senario ini.
Bayangkan dalam masa 8 tahun, generasi kedua bagi 6-8 juta orang Bangladesh,
Indonesia dan Nepal mula menuntut kewarganegaraan secara beramai-ramai,
berbekalkan fakta mereka dilahirkan di Malaysia, bercakap Bahasa Melayu lebih
baik dari orang Malaysia sendiri dan menjalani gaya hidup orang Malaysia.
Soalan pertama saya adalah, bagaimana hendak kita kurniakan
kewarganegaraan besar-besaran dan beramai-ramai kepada mereka?
Nenek saya pernah memberitahu, situasi satu masa dahulu adalah
serupa. Dia merupakan ahli MCA ketika zaman Tun Tan Cheng Lock. Orang Cina
tiada tempat bergantung. Negara China sedang berperang dengan Jepun dan Komunis
mengamalkan Polisi Tutup Pintu. Orang Taiwan menganggap orang Cina Malaysia
sebagai "hua Qiao" dan secara teknikalnya melabel kami seolah-olah
kami sememangnya telah berpindah keluar, seperti mereka yang di Amerika
Syarikat atau negara-negara Eropah.
Friday, August 3, 2018
TEPAT
jangkaan saya dan sehingga hari ini, tiada media yang melaporkan bahawa Lim Guan
Eng mengelak untuk menjawab soalan dari Wee Ka Siong mengenai hutang negara dan paling
kelakar, Astro Awani boleh pula buat laporan dengan tajuk "Hutang 1MDB:
KJ, Ka Siong 'terduduk' dengar jawapan Guan Eng".
Mujur
Hansard Parlimen telah keluar. Saya dah
teliti dan memang benar Guan Eng mengelak soalan. Dia divert isu dengan
bertanya kepada Wee Ka Siong sama ada beliau tahu atau tidak kerajaan telah
membayar hutang 1MDB sebanyak 7 billion. "Yes or no? Do you know or
not?" tanya beliau kepada Wee Ka Siong. Beliau ulang-ulang soalan itu
seperti budak sekolah bergaduh. Sedangkan perkara itu bukan jawapan kepada
persoalan yang diberikan kepada beliau. Inikah standard Menteri Kewangan?
Wee
Ka Siong bertanyakan tiga soalan kepada Lim Guan Eng dimana yang pertama
mengenai sama ada dua kompnen hutang - contingent liability dan lease payment
disembunyikan selama ini.
`SEBUAH
sistem organisasi kerajaan yang hancur'. Itu sahaja perkataan yang paling
sesuai digambarkan utk BTN, Biro Tatanegara yang satu ketika dahulu gah sebagai
sebuah agensi psywar kerajaan.
Sesuatu
yang tidak mengejutkan telah benar-benar berlaku. Terpampang dimuka depan
akhbar arus perdana, menjadi berita utama media sosial bahkan turut dijadikan tajuk
utama berita oleh stesen TV tentang berita kes tuntutan palsu dan penyelewengan
BTN Sarawak sehingga hampir semua pegawai telah ditahan reman malah ada yang
reman mereka masih dilanjutkan.
Dengan
kata lain, operasi pengurusan dan pentadbiran BTN Sarawak seakan lumpuh kerana
semua telah di tahan untuk siasatan oleh SPRM.
Monday, December 11, 2017
PAU 2017 telah melabuhkan tirainya.Sebagaimana PAU yg sebelum2 ini,
ianya ditutup dgn pelbagai laungan keramat, sumpah dan ikrar, motivasi
utk menyelamatkan kuasa Melayu melalui medan politik dgn luahan semangat
berbaur dgn airmata.
Kemudiannya masing2 pimpinan merumuskan PAU ini adalah yg terbaik dari pelbagai sudut mengikut cara dan pola berfikir, sekali sekala bersulam juga ayat membodek dan menjilat.. itulah realitinya setiap kali PAU dan setiap kali mengulas apa yg telah berlaku dlm PAU.
Kemudiannya masing2 pimpinan merumuskan PAU ini adalah yg terbaik dari pelbagai sudut mengikut cara dan pola berfikir, sekali sekala bersulam juga ayat membodek dan menjilat.. itulah realitinya setiap kali PAU dan setiap kali mengulas apa yg telah berlaku dlm PAU.

UCAPAN penangguhan yang ringkas dan
padat oleh YAB Presiden UMNO tiada tujuan lain melainkan meniup semangat
untuk ahli parti balik dan bekerja memenangkan parti.
Raih undi rakyat seramai mungkin untuk pastikan pangkah dacing pada PRU14.
Air mata ahli parti bawahan yang berada di luar dewan mengakhiri persidangan parti siasah terbesar umat Melayu hari ini.
Pasti mereka menangis kerana bimbang apakah keputusan PRU14 masih memihak kepada UMNO/BN untuk kekal memerintah tanahair ini.
Cuma, kita bimbang air mata ahli dan pemimpin parti di dewan merdeka tadi akan berakhir di Nilai bagi yang ke Selatan, di R&R Tapah bagi yang ke utara dan di Tol Gombak bagi yang ke timur.
Rayuan YAB Presiden supaya pemimpin di bahagian agar berbincang secara anak-beranak, bimbang bertukar macam mana nak cincang yang sepatutnya.
Entah ler... sejauh mana semangat pemimpin dan ahli parti UMNO ini. Bersangka baik lah...
Pasti mereka menangis kerana bimbang apakah keputusan PRU14 masih memihak kepada UMNO/BN untuk kekal memerintah tanahair ini.
Cuma, kita bimbang air mata ahli dan pemimpin parti di dewan merdeka tadi akan berakhir di Nilai bagi yang ke Selatan, di R&R Tapah bagi yang ke utara dan di Tol Gombak bagi yang ke timur.
Rayuan YAB Presiden supaya pemimpin di bahagian agar berbincang secara anak-beranak, bimbang bertukar macam mana nak cincang yang sepatutnya.
Entah ler... sejauh mana semangat pemimpin dan ahli parti UMNO ini. Bersangka baik lah...
Thursday, February 23, 2017
Dalam tempuh `mute' ini begitu
banyak perkara telah berlaku,dari senario politik kepartian sama ada melibatkan
BN, PAS, AMANAH, PKR, BERSATU dan lain-lain,yang boleh disimpulkan sebagai
makin banyak polemik,maka makin dekatlah PRU14.
Siapa yang mempunyai gerak kerja yang
lebih baik dan berkesan, peluang untuk mereka menang makin mudah dan besar. Apa
juga isu yang dimainkan dari seremeh-remeh isu seperti isu Mat Tere hinggalah yang mempunyai penjelasan teknikal seperti Himpunan
RUU 355 dan pembunuhan rakyat Korea, semuanya disangkutkan dengan politik
sebagai penyedap bagaikan `aji no moto'
dalam proses mempengaruhi sokongan.
Sunday, February 19, 2017
KUNING, Merah, Hijau, Oren dan
berbagai-bagai lagi warna di pamerkan oleh segerombolan manusia d dalam Negara ini
sebagai mewakili tanda protes mereka dengan mengilhamkan bersama berbagai-bagai
logo dan slogan malah apa yang kumpulan ini sedang lakukan
Sanggah Tok Janggut bakal beraksi kembali..akan lebih terbuka pendedahannya.
Wednesday, May 18, 2016
Satu
ketentuan Tuhan yang cuba ditafsirkan sebagai bala oleh sebahagian orang yang telah terpesong pegangan agama malah fikiran mereka juga telah rosak kerana hanya boleh menilai sesuatu yang
negatif sahaja tanpa cuba berfikir dan mentafsir peringatan Allah di dalam surah Yaasin ayat 82 dan 83 yang bermaksud
:
`SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA ADALAH APABILA IA MENGHENDAKI SESUATU TERJADI,
HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU “JADILAH ENGKAU”, MAKA IA PUN
TERUS TERJADI. OLEH ITU AKUILAH AKAN KESUCIAN ALLAH DENGAN MENGUCAP
SUBHANALLAH, TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP2 SESUATU DAN KEPADANYALAH
KAMU DIKEMBALIKAN…'
Thursday, May 5, 2016
PENGUMUMAN PM Najib tentang kedudukan Ahmad Razif yang terus kekal sebagai Menteri
Besar Terengganu telah melegakan banyak
pihak terutamanya `TeamRazif'(meminjam slogan TeamAdnan di Sarawak) dan ianya juga
sekali gus menjadikan `RazifFever' (sekali lagi meminjam tagline Sarawak
AdnanFever) menjadi semakin kebah.
Namun kepada ramai orang
yang memerhati sepak terajang politik Terengganu, pasti tertanya-tanya apakah
sebenarnya yang terjadi dan apa sudah jadi dan itulah karamatnya slogan "
tak pernah sebelum ini" yang menjadi `tagline' kebanggaan orang-orang
Terengganu dan mereka semua
tertanya-tanya apakah kesudahannya, apakah benar krisis ini sudah berakhir atau
ianya membuka episod krisis yang baru di Terengganu.
Saturday, October 17, 2015
![]() |
| Ibrahim Saad diumumkan KP BTN yang baru. |
PANJANG
jangkamasanya sebuah perjalanan perjuangan mengangkat nilai bangsa dengan permulaan tahun
2011 hingga kini tahun 2015 dan khabar yang singgah di telinga cukup untuk membuatkan
kita menarik nafas lega dan tidak ada perkataan lain yang pertama terucap melainkan
merafak rasa syukur bila dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa sudah ada
pengumuman daripada Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (JPM) iaitu Azalina Otrhman Said bahawa Biro Tata Negara (BTN) akan mendapat Ketua
Pengarah yang baru iaitu orang lama dalam BTN yang akan dinaikan pangkat menggantikan
Raja Arif Raja Ali iaitu Dato Ibrahim Saad.
Terbitnya
rasa syukur ini adalah kerana perjuangan yang panjang dan berliku yang di
tempuhi, akhirnya ada sedikit kemanisan dan erti. Perjuangan yang tidak
langsung sama sekali bertujuan peribadi tetapi semata-mata ingin menyelamatkan
salah satu agensi yang menjadi wadah kepada perjuangan bangsa dari dimusnahkan
dari dalam oleh sibangang dan sitolol yang menjadi utusan bagaikan `trojan
horse' dalam epik sejarah yang terkenal.
Sekalung
tahniah kepada PM Najib dan Menteri di
JPM diatas keputusan tepat dan bijak biarpun agak terlambat
untuk menukar KP BTN kerana masa yang ada cuma tinggal 2 tahun 6 bulan sahaja
lagi tetapi bak kata pujangga `some thing better than nothing',sekurang-kurangnya kalian akhirnya menyedari sesuatu perlu dilakukan bagi menyelamatkan agensi ini.
Monday, September 7, 2015
TIDAK ada yang lebih memilukan bila melihat bangsa terus dihina,deikeji serta diaibkan dan tidak terasa terhina sangat tatkala Bersih 0.1 hingga Bersih 0.3 tetapi Bersih 0.4 adalah satu perlakuan yang cukup sukar dimaafkan oleh orang-orang Melayu yang mempunyai hati serta perasaan dan jika tragedi hitam 13 Mei 1969 46 tahun yang lalu berlaku, kita faham waktu itu sebahagian orang Cina masih lagi kecewa dengan kemerdekaan Negara yang secara automatik mengangkat orang Melayu menjadi ketua.
Rasa angkuh mereka yang menguasai ekonomi menyebabkan mereka merasakan mereka lebih berhak kerana kononnya mereka lebih cerdik dan menguasai ekonomi (38% waktu itu), malah rasa sayang dan cinta kepada Tanah Melayu juga belum terbit kerana baru sahaja menjadi Warganegara.
Hasutan demi hasutan dibuat secara berpanjangan khususnya apabila Singapura disingkir keluar dari Malaysia dan mereka waktu itu cuba mengagalkan kemerdekaan Negara kerana telah menjadi syarat bahawa kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu akan kekal jika tiada sebarang perbalahan kaum dalam tempuh 10 tahun.
Mereka merancang dengan
sengaja untuk timbulkan perbalahan dalam tempoh itu kerana jika berlaku pasti
landskap negara akan bertukar dan mungkin mereka berpeluang memerintah negara
bila status kemerdekaan dikaji semula.
Namun syukur, perancangan jahat sebahagian Cina ini tidak berlaku dalam tempuh 10 tahun dari tarikh kemerdekaan sebaliknya berlaku 2 tahun selepas tamat tempuh perjanjian kemerdekaan. Bukan main dalam tempuh itu gerakan provokasi sebahagian Cina dibuat kepada orang Melayu dalam pelbagai kaedah. Bukan setakat kata-kata penghinaan “melayu balik kampung tanam jagung”, malah perbuatan mereka juga mencabar kesabaran orang Melayu melalui perbuatan dan tindakan yang memalukan.
Saturday, August 8, 2015
OMBAK
dan badai politik yang menimpa sesebuah parti politik dan dilalui oleh seorang
pemimpin adalah satu kurikulum dan modul wajib yang wajaib dilalui sebelum parti dan
pemimpin untuk diangkat ke satu darjat yg lebih tinggi dan Itulah yg sedang
dilalui oleh PM Najib dan parti yang sedang beliau pimpin.
Sebagai
pemerhati yang peka, vokal dan nakal,
saya sendiri seakan kehilangan kata-kata bila rakan follower dan friends dalam
dunia maya turut terperangkap antara "cubaan menegur dan cubaan
menggugur".
Saya kira tidak perlu menggulas dan menyenaraikan isu, krisis persepsi malah persoalan kredebiliti seorang PM yang sedang menjadi fokus kawan dan lawan tetapi persoalan sekarang ialah apakah kita sebagai penyokong dan pendokong turut juga terhumban ke perangkap lawan?
Tuesday, June 30, 2015
GERAKAN
DAP makin melampau dan mereka sedang hebat mengambil kesempatan di atas kemelut
yang sedang melanda bangsa Melayu dan partai-parti yang bertunjangkan kekuatan
orang-orang Melayu malah mereka sudah terlalu jauh dengan mempunyai keberanian
luar biasa menyerang kedudukan orang-orang Melayu serta agama Islam di negara ini.
Mereka
bagaikan sedar Melayu sudah hilang kekuatan,sudah mundur semangat sahsiah serta
jati diri sebagai orang Melayu yang dikatakan tuan kepada negara ini dan kerana
itu mereka mula mencorakkan politik mereka apatah lagi bila ada sebahagian
kelompok Melayu yang turut serta mempersetujui segala gerakan yang sedang
mereka lakukan ketika ini.
DAP
sudah tidak segan silu atau malu alah bila mereka menyerang institusi
Beraja,kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi
negara ini dan DAP berselindung disebalik dua tiga kerat Melayu yang semakin
lupa diri serta asal usul mereka menubuhkan Sekolah Demokrasi DAP yang
ditunjang oleh orang-orang Melyu sendiri.Mereka ini sanggup jadi alat,jadi
barua,jadi perkakas dan tali barut DAP demi memungkinkan cita-cita DAP untuk
berkuasa di Malaysia terlaksana.
Monday, March 23, 2015
![]() |
| Sampai bila mereka ini mahu mengemis kuasa? |
TIADA yang lebih menarik
perhatian seluruh para pemain dan pemerhati politik, penjawat awam dan
rakyat di pelbagai lapisan dan kedudukan serta latar belakang agama
melainkan isu hudud atau lebih tepat Pindaan Enakmen Kanun Syariah II 1993
merangkumi Hudud,Kisas dan Takzir yang pembentangannya di DUN Kelantan telah
diluluskan dengan mendapat sokongan sebulat suara termasuklah sokongan daripada 12 ADUN BN/UMNO.
Satu keputusan yang
telah menyebabkan para cyber trooper RBA dan rakan-rakan sekutu dengannya
hilang kata-kata dan telah terkunci papan keyboard masing-masing untuk terus merekayasa
fitnah dan cerita tentang 1MDB, jet baru kerajaan,GST dan juga
perkahwinan Puteri PM Najib.
Malah yang lebih menarik,
peristiwa yang akan tercatat dalam dokumentasi sejarah itu telah menjentik
telur sebahagian pimpinan politik untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan ada yang tergagap-gagap membuat
kenyataan berbaur marah,kesal dan saling ugut mengugut.
Serentak dengan itu
muncullah para penganalisis daripada kalangan `licence politician' berbekalkan
ilmu politik bertaraf PhD dan meramalkan akan berlaku itu dan ini manakala di
kalangan `experience politician' pula sanggup keluar dari pertapaan mengupas
berasaskan berapa banyak garam politik yang telah dimakan bahkan tidak kurang
juga `corporate politician' membuat analisa berasaskan disiplin bisnes
yang menjadi pegangan.
Wednesday, February 25, 2015
MENGAPA kau termenung oh adik berhati bingung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari menyusun seroja bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja jangan dimanja
puja lah ia sekadar sekadar saja.... Ini adalah sebahagian lirik lagu SEROJA nyanyian S. Efendi dan tidak ada yg lebih sayu bila mengenangkan kisah perjuangan bangsa Melayu. bait-bait lagu ini memberi pesan yang jelas bahawa perjuangan Melayu pasti penuh helah tipu daya dan lebih menyakitkan bila nama perjuangan Melayu digunakan untuk mencari habuan, mengisi tembolok dan menyelamatkan kedudukan.
Inilah
juga sebahagian daripada drama atas nama
Perjuangan Melayu yang akan dihidangkan pada 28hb Febuari 2015 nanti di Stadium
Bukit Jalil hasil daripada garapan Pengarah dan Penulis Skrip yang dibuat
secara tergesa-gesa ,semata-mata mengharapkan akan dicalonkan untuk menerima anugerah `grammy award' sebagai Filem
Terbaik Tahun 2015 dan sebab itulah
tajuk drama ini pun ditukar pada saat-saat akhir daripada RENAISSANCE MELAYU kepada MALAM PERPADUAN
MELAYU,walaupun istilah Renaissance tidak ada kaitan langsung dengan Perpaduan
yang sepatutnya akan merubah habis skrip dan dialog kerana perubahan nama
tersebut.
Monday, January 26, 2015
SEBENARNYA tika dan
saat ini, fikiran dan seluruh tumpuan tenaga saya sedang di
tumpukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Fikiran dan
emosi dikongsikan bersama, meratapi kemusnahan harta benda yang
menjadi sebahagian dari kehidupan mereka manakala tenaga fizikal dan
keringat turut dicurahkan membuat persiapan bagi mereka ini memulakan
kehidupan pasca banjir sekadar termampu. Semoga cabaran berasaskan
perancangan Allah ini memberi 1001 pengajaran yg bermakna.
Namun walaupun dalam keadaan begini, saya perlu terus menulis, menulis sesuatu yang ada kaitan dengan perjuangan bangsa dan kebenaran. Tulisan yang akan membuat telefon saya tidak berhenti berdering kerana dihubungi oleh pimpinan politik dan pentadbiran untuk bertanya dan mendapat penjelasan lanjut secara ekslusif...terima kasih atas perhatian pada setiap tulisan didalam blog ini.
Kali ini saya ingin
mengajak semua mengingati semula satu ayat Allah yang telah menjadi
popular dan diulang sebut dalam semua majlis penyokong gerakan Anwar
Ibrahim termasuk dikalangan pimpinan bukan Islam yg sengaja dihafal
untuk dijaja merata tempat bagi menarik simpati termasuklah oleh Gobala
Krishnan sejak 1998 lagi.
Thursday, December 25, 2014
![]() |
| Gerakan mengangkat pemikiran Anwar! |
TAHUN 2014 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.
tahun yang pada sesetengah orang menilainya sebagai tahun kegelapan
untuk Malaysia dan penilaian itu dibuat berasaskan kepada pelbagai
bala bencana menimpa negara seperti kehilangan MH 370, terhempasnya
MH 17, kemarau sehingga kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan
bencana yang menutup tirai Disember 2014 adalah banjir besar dan
cukup luar biasa melanda negara khususnya di Pantai Timur.
Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya,
paling kurang menguji sesiapa di kalangan kita yang akan bersyukur
dan siapa pula yang terus menjadi kufur, sambil berdoa semuga fajar
2015 akan membawa sinar yang lebih benderang walaupun mungkin
cahayanya hanya kelihatan di hujung terowong.
Namun apa juga bencana yg telah berlaku ianya tidak sehebat bencana yang dialami oleh Tun Mahathir dan Pak Lah hadapi. Bencana banjir, kemarau, hilang dan jatuh kapal terbang walaupun ianya melibatkan satu negara berkabung ianya tidak dirasai oleh pemimpin seteruk bencana gerakan menjatuhkan pemimpin khususnya PM. Bencana itu telah dirasai oleh Tun M dan juga Pak Lah, tapi belum dirasai oleh Najib.Apakah di tahun 2015, PM Najib akan turut sama merasai bencana ini?
Subscribe to:
Posts
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah6 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
-
-
-
-
-
CILI KASI TARUK! APSAL NAJIB SUDAH KOYAK KA?1 month ago
-
-
-
Just an amusing observation..8 months ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Saat Bila BERSATU Menjadi Hantu!3 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
















