Thursday, December 25, 2014
Gerakan mengangkat pemikiran Anwar!
TAHUN 2014 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. tahun yang pada sesetengah orang menilainya sebagai tahun kegelapan untuk Malaysia dan penilaian itu dibuat berasaskan kepada pelbagai bala bencana menimpa negara seperti kehilangan MH 370, terhempasnya MH 17, kemarau sehingga kekurangan bekalan air, tanah runtuh dan bencana yang menutup tirai Disember 2014 adalah banjir besar dan cukup luar biasa melanda negara khususnya di Pantai Timur. 

Segala musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya, paling kurang menguji sesiapa di kalangan kita yang akan bersyukur dan siapa pula yang terus menjadi kufur, sambil berdoa semuga fajar 2015 akan membawa sinar yang lebih benderang walaupun mungkin cahayanya hanya kelihatan di hujung  terowong.

Namun apa juga bencana yg telah berlaku ianya tidak sehebat bencana yang dialami oleh Tun Mahathir dan Pak Lah hadapi. Bencana banjir, kemarau, hilang dan jatuh kapal terbang walaupun ianya melibatkan satu negara berkabung ianya tidak dirasai oleh pemimpin seteruk bencana gerakan menjatuhkan pemimpin khususnya PM. Bencana itu telah dirasai oleh Tun M dan juga Pak Lah, tapi belum dirasai oleh Najib.Apakah di tahun 2015, PM Najib akan turut sama merasai bencana ini?
Saturday, December 6, 2014
Harapan besar di bahu Ahmad Razif..
SENTUHAN ringkas dan manja tentang apa yang berlaku di Terengganu baru-baru ini melalui Facebook Rafi Awg Kechik II rupa-rupanya telah dijadikan modal dan bahan polemik oleh seorang anak Terenganu yang mempunyai cita-cita politik di Kuala Nerus untuk menghasut MBAhmad Razif dan rakyat Terengganu kononnya penulis berniat jahat untuk menjatuhkan maruah MB dan rakyat Terengganu sehinggakan beliau menggerakkan satu gelombang untuk menyerang kredibiliti penulis.

Penulis faham maksud anak Kuala Nerus di Putrajaya berbuat demikian,ini kerana beliau kini sedang menghitung hari untuk disingkirkan dari kerusi empuk di Putrajaya atas sebab kegagalannya menjadi Ketua Jabatan dan tindakan yang beliau lakukan adalah untuk menjadi juara di mata MB itu saolah-olah satu strategi mencari nyawa untuk mencari tempat dalam kerajaan negeri dan mencari kedudukan dalam politik Terengganu. 

Sebab itulah disebar merata didalam FB dan media maya, poster yang dibuat oleh para macai kepada budak Kg Pengkalan Arang ini gambar penulis dengan ayat `kechik pada Rafi, besar pada rakyat Terenganu dan Rafi perlu mohon maaf'. 

Monday, December 1, 2014
Bakal karamkah bahtera pimpinan PM Najib?
TIRAI  PAU 2014 telah selamat dilabuhkan dengan mencantumkan seluruh perasaan para perwakilan dan pimpinan UMNO dengan roh kebersamaan,solidariti dan `wahdatul fikr' untuk menunaikan tanggungjawab fardu kifayah kepada agama dan bangsa yang dimanifestasikan dengan penuh sebak melalui lagu WARISAN, sebuah lagu yang liriknya menggambarkan kedudukan orang Melayu dan memotivasikan orang-orang Melayu untuk bertindak demi masa depan. 

Warisan juga menjadi sebuah lagu yang bila bergema boleh menghadirkan pelbagai memek muka, ada yang bersemangat, ada yang hiba, ada yang gerun, ada yang geram, menyampah, mencebik bibir dan tidak kurang juga yang kepanasan bagaikan syaitan mendengar ayat suci Al-Qur'an dan sebab itulah bukan perkara yang ajaib jika agensi yang secara `legitemate' ditubuhkan pada 1974  oleh PM pada waktu itu Tun Abdul Razak, ayahanda kepada PM Najib untuk melatih dan membina Melayu pun kepanasan bila dengar lagu ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tatarertib jika lagu ini berkumandang dalam program latihan mereka. 
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers