Wednesday, October 16, 2013


Vincent Tan konglemerat Cina yang tidak asing lagi..

PATUTLAH wang mengalir bagai air lalu di sepanjang pemilihan UMNO 2013 ini rupa-rupanya empat orang konglemerat atau taikun daripada berbagai bangsa serta abang seorang calon dikatakan berhempas pulas termasuklah memperuntukkan kewangan kepada setiap perwakilan yang boleh mengundi agar calon yang mereka ketengahkan dipilih dalam Pemilihan UMNO nanti.

Antara empat konglemerat tersebut yang dikatakan terlibat adalah Tan Sri Ananda Krisnan,Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhray yang menyumbang sumber kewangan bagi memastikan calon tersebut dipilih oleh perwakilan UMNO pada Sabtu ini dan ada sumber yang mendakwa bahawa setiap perwakilan agak mewah malah lebih mewah lagi jentera-jentera kempen yang dilantik.
Friday, October 11, 2013


Perjuangan sebenar Sahlan adalah Saifuddin!

PERWAKILAN UMNO Bahagian Pokok Sena bakal beruntung dan dilimpahi wang ringgit bagi membeli undi apabila calon Ketua Bahagian Pokok Sena,Ahmad Lebai Sudin dan juga calon Timbalan Ketua Bahagian iaitu Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri,Shahlan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerana seluruh jentera daripada agensi KEMAS dan BTN telah digerakkan bagi memenangkan calon tersebut dan barangkali kerana Shahlan Ismail itu seorang tokoh `hebat’ Pengarah KEMAS Negeri telah memanggil seluruh ahli KEMAS di Daerah Pokok Sena bermesyuarat bagi menentukan kemenangan calon mereka terutama sekali Sahlan Ismail.


Ada pihak yang mendakwa sumber kewangan daripada BTN juga digunakan malah Pengarah Negeri dan juga Tenaga Penggerak (TP) BTN digunakan sewenang-wenangnya  untuk berkempen bagi memenangkan Sahlan Ismail dan Ahmad Lebai Sudin dengan apa cara sekalipun dan lebih mendukacitakan lagi bilamana kedua mereka ini dilihat sedang memperorak perandakan UMNO Bahagian tersebut hingga memaksa seorang pegawai KEMAS bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian walaupun tidak dipersetujui oleh suami wanita terbabit namun mereka mengggunakan kononnya itu adalah arahan daripada Presiden parti dan dipercayai kengganan wanita tersebut menarik diri,hubungan suami isteri tersebut telah musnah hasil dari taklik dari suami tersebut.
Monday, October 7, 2013


Bergaya Mokhtar di luar negara!

TIDAK perlu dikesalkan lagi kerana segala-galanya di Biro Tata Negara (BTN) diumpamakan seperti retak yang sedang menanti belah,agensi yang bakal rebah tersungkur  apatah lagi semua orang termasuk Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri,mantan Timbalan Menteri Ahmad Maslan yang mengawal BTN sebelum ini dan kini Razali Ibrahim pun dilihat seperti tidak mampu untuk menyekat kegilaan serta kerakusan pimpinan BTN yang sedang galak menyalahguna kuasa, mempergunakan peruntukan sewenang-wenangnya dan mencatur kedudukan rakan-rakan dari ABIM untuk ditempatkan di dalam BTN dan punca kepada semua ini sejak dilantik Raja Arif,Mokhtar dan Hanapi untuk mengurus BTN.

Kita pernah mengingatkan sebelum ini bahawa ABIM dan PTD akan menguasai BTN  tetapi malangnya pandangan kita dikesampingkan tetapi hari ini apa sudah jadi dan kerana Razali Ibrahim Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN bukan datang dari rangkaian ABIM,suara dan arahan Timbalan Menteri  ini sekadar suara-suara biasa yang tidak perlu dihormati malah kedudukan Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri diperlekehkan oleh pengurusan tertinggi BTN malah ada usaha sedang dilakukan untuk menyingkir Timbalan Menteri ini dari mengurusselia BTN.Kita juga diberitahu selain 3 Stooges ini,Shalan dan Ahmad Fairus juga begitu berkuasa menentukan perjalanan BTN.
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers