Tuesday, August 6, 2013

Firdaus banyak tidak tahu tentang BTN!

MEMBACA laporan Utusan Malaysia tentang saranan Ahli Dewan Negara Dato' Dr Firdaus Abdullah ketika berucap di Dewan Negara supaya Biro Tata Negara (BTN) kembali berperanan dalam proses pembinaan Negara Bangsa, menjadikan saya terkejut dan terkasima buat seketika dan dalam fikiran saya terus dihujani dengan pelbagai persoalan, apakah niat dan tujuan Dr Firdaus sebagai seorang ahli akademik terkemuka melontarkan cadangan tersebut?

Apakah beliau juga tidak mengikuti perkembangan semasa atau sebagai orang yang tajam pemikiran beliau cuba mengajar seseorang melalui kaedah pukul anak, sindir menantu dan pada hari yang sama saya ingin menulis maklum balas terhadap cadangan beliau di Dewan Negara tersebut namun niat itu ditahan-tahan supaya bersabar untuk melihat dahulu respon daripada pihak BTN yang disebut di dalam Dewan Negara itu.

Tapi tunggu punya tunggu sampai ke hari ini, BTN melalui pegawai-pegawai kanan yang sepatutnya terus menyediakan jawapan balas kepada Timbalan Menteri yang sepatutnya menjawab segera kerana ianya penting untuk Razali Ibrahim sebagai pemimpin yang disebut-sebut akan bertanding Majlis Tertinggi UMNO, sampai ke 28 Ramadhan ini, tiada jawapan, maka biarlah penjelasannya saya berikan untuk makluman Dr Firdaus dan orang-orang Melayu keseluruhannya yang sama fikiran dengan Dr Firdaus.
Monday, August 5, 2013

Adakah calon perlu restu Najib?

GENDANG pemilihan UMNO sudah pun berbunyi dan sudah ada pun yang mula menawarkan diri bertanding untuk merebut kedudukan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan tidak kurang juga yang menawarkan diri menentang penyandang jawatan Naib-Naib Presiden yang ketika ini disandang oleh Zahid Hamidi,Hishamuddin Tun Hussien dan Shafie Afdal.

Membaca senarai LIHAT DISINIbeberap muka baru dicadangkan untuk dicalonkan oleh ahli-ahli UMNO yang akan muka bermesyuarat sejurus selapas sambutan Aidil Fitrnanti namun nama-nama yang disenaraikan seakan meminggirkan tokoh-tokoh agamawan seperti Jamil Khir Baharom yang sepatutnya turut dicadangkan untuk dicalonkan ke jawatan Majlis Tertinggi UMNO itu.
Thursday, August 1, 2013


Ya Allah..Lindungilah PM kami!

NEGARA telah memasuki satu fasa yang tidak pernah dijangka malah sejak Merdeka sampailah negara di ambang menyambut 56 tahun Kemerdekaan pada tahun ini,segala-galanya telah berubah,perubahan yang terpaksa dihadapi oleh seluruh pimpinan Barisan Nasional selepas PRU 13.


Namun tepatlah pesanan pujangga lama, "apa yang kita semai,itulah yang akan kita tuai" tetapi siapakah yang mulai menyemai apa yang hari ini dituai? Apakah Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman menyemai apa yang berlaku hari ini? Apakah Bapa Pembangunan Almarhum Tun Abdul Razak menyemai benih yang mula tumbuh hari ini? Apakah Bapa Perpaduan Almarhum Tun Hussin Onn juga menyemai benih yang berlaku hari ini?Apakah Bapa Pemodenan Tun Dr Mahathir menyemai benih apa yang telah tumbuh ini atau Tun Abdullah juga terlibat menyemai hasil yang sedang dituai pada hari ini?


Rasanya semua jelas apa yang berlaku pada hari ini bukan datang dari hasil semaian semua bekas Perdana Menteri kita dan kalau pun ada seharusnya Perdana Menteri hari ini boleh mengubahnya dengan `political will’ yang sedia ada dan rasanya apa yang berlaku hari ini adaah kerana faktor semasa yang dilihat cuba membuat pendekatan baru dan popular dengan mengorbankan semua asas politik dan keselamatan yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. 
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers