Wednesday, July 31, 2013


Najib Oh Najib!

PM NAJIB asalnya seorang pemimpin yang hebat,penuh potensi dan melangkah ke dalam dunia politik dengan cukup bergaya selepas kembali ke rahmatullah Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak sebagai Menteri Besar dan ahli politik paling muda di zaman itu malah beliau menaiki tangga demi tangga dalam politik tanpa kontraversi dan penuh dengan kebanggaan.


Namun sebaik sahaja mengambil alih teraju kepimpinan Negara daripada Pak Lah (Tun) dan buat pertama kali memimpin Negara berhadapan dengan PRU13 dan akhirnya parti pimpinan beliau menang 133 kerusi,bintang kepimpinan Najib dilihat mula bercelaru,sekejap malap dan sekejap terang malah PM Najib dilihat oleh ramai orang ketika inisebagai seorang nakhoda yang gagal melayari bahtera serta tewas ketika meredah gelombang ganas lautan politik negara.
Monday, July 15, 2013


Allah memilih Tengku Zaihan untuk memimpin Kuala Besut!

TEMPOH cuma tinggal 9 hari sahaja lagi untuk seluruh rakyat Terengganu mengetahui samada hasrat PAS untuk menawan serta menggugat kerajaan Barisan Nasional Terengganu dengan catatan sejarah 16 :16 akan terlaksana ataupun tidak ataupun BN Terengganu terus kukuh menguasai Kerajaan Negeri dan segalanya terletak ditangan seramai 17,683 pemilih berdaftar,mereka inilah yang akan menjadi penentu kepada demokrasi dalam Negara ini.


Sejak  dari hari kematian Allahyarham DrRrahman,PAS dan Anwar Ibrahim dan ketua menjadikan kematian Wakil Rakyat BN ini sebagai khabar gembira saolah-olah mereka begitu yakin dan pasti akan menang dan langsung tidak menghormati perasaan sedih keluarga Allahyarham malah apa sahaja balasungkawa yang menimpa BN,semuanya dijadikan khabar gembira oleh kumpulan manusia durjana ini yang berpegang pada matlamat menghalalkan cara.


Namun hakikatnya mimpi PAS dan pembangkang rupa-rupanya tidaklah seindah realiti yang ada, bermula dari pemilihan calon sehinggalah tempoh berkempenyang  tinggali 9 hari lagi,PAS berhadapan dengan jalan yangcukup  berliku biarpun  mereka cuba sedaya upaya mengajak rakyat Kuala Besut untuk mencipta sejarah 16:16.
Monday, July 8, 2013


KINI seluruh mata,telinga dan mulut penganalisis politik semuanya tertumpu kepada PRK Kuala Besut yang menjadi PRK pertama selepas PRU 13 dan menjadi medan penentuan kedudukan kerajaan BarisanN asional Terengganu malah segala telahan,ramalan dan andaian telah dibuat oleh pakar-pakar peramal politik bermula dari pemilihan calon, tarikh penamaan dan tarikh pengundian. 

Sama ada semua ramalan dari Nujum Politik itu betul atau menyimpang, semuanya  makin terjawab kerana hari yang ditunggu makin menjelang tiba dan kini semua telah tahu bahawa penamaan calon akan diadakan pada 12hb Julai 2013 dan pengundian awal dan pengundian penuh pada 20 dan 24 hb Julai 2013 serta pengumuman calon BN akan dibuat oleh YAB TPM pada hari Selasa 9hb Julai nanti.

Maka akan berdebarlah sesiapa yang sedang menunggu saat itu dan pada BN siapa pun menjadi calon, kerusi N01 Kuala Besut ini seakan pasti  menjadi milik BN sama ada nama popular seperti Zahanapi Sagaf AJK Bhg UMNO, Ustaz Nik Zulhaniza, hatta nama Idris Jusoh sendiri yang akan menjadi taruhan kepada BN, rasanya lebih 17 ribu pengundi Kuala Besut akan memberi sokongan kepada BN kerana terbukti BN adalah parti yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin besar yang selalu mendengar denyut nadi rakyat..
Friday, July 5, 2013


Tahniah Shahlan...!

TAHNIAH PM Najib atas perlantikan Shahlan Nasution sebagai Pengarah Strategik Jabatan Perdana Menteri dan tahniah juga di atas sebarang keputusan yang PM Najib lakukan yang mungkin bagi PM Najib segalanya betul dan benar belaka dengan langsung tidak mengambil peduli dengan segala kritikan,pandangan dan lebih memilih pandangan serta nasihat daripada Penasihat-Penasihat beliau yang selama ini mengelilingi beliau hingga  berjaya memperolehi 133 kerusi dalam PRU13 lalu.

Kita diluar ini harus menerima dengan berlapang dada bahawa jelaslah tidak ada kuasa atau apa sahaja yang boleh memisahkan PM Najib dengan rakan-rakan beliau kecuali mati dan PM Najib membuktikan bahawa beliau mendokong semangat setiakawan yang cukup tebal walaupun diluar sini sudah mula bercerita segala keputusan yang PM Najib lakukan langsung tidak mencermin kehendak akar umbi ataupun dengan kata mudah slogan `dengar denyut nadi rakyat; hanyalah retorik semata-mata.
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers