Thursday, January 31, 2013
Anak pembangkang,bapa Ketua Pengarah..!
TINGGAL tidak berapa lama lagi dan mungkin untuk beberapa hari sahaja akan berlangsungnya PRU13 dan semua pimpinan termasuklah PM Najib sendiri mengandaikan PRU13 adalah PRU yang paling getir serta kritikal untuk UMNO dan Barisan Nasional lantas digerakkan usaha serta diperkasakan segala gerak kerja parti serta
Tuesday, January 29, 2013
Farid Shahran- Mantan Timbalan Presiden ABIM
KEBIMBANGAN  Biro Tata Negara (BTN) diresapi budaya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),pertubuhan yang mendokong perjuangan Anwar Ibrahim dilihat makin menjadi kenyataan dan akhirnya orang-orang ABIM mula menguasai BTN ketika ini malah beberapa blog termasuklah laman sosial yang melaporkan sebelum ini
Thursday, January 17, 2013
Kalau perlu,Raja Arif adakan sidang media...
BERBAGAI-BAGAI pendedahan di buat di media maya terutama dan semuanya bermula di sini,disusuli oleh blog ini dan ini tentang penyelewengan dan salah laku pimpinan tertinggi Biro Tata Negara (BTN) membabitkan Ketua Pengarah,Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran) dan Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) namun sehingga ke
Saturday, January 12, 2013

Melayu jadi barua dan anjing DAP!
APABILA DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan.  Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus. 
Wednesday, January 2, 2013


Rafizi bagai sara hidupnya dengan fitnah

RAFIZI RAMLI semakin tidak bermoral dan tindakan terbarunya memalsukan dokumen berhubung pembelian barang kemas kononnya milik isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor membuktikan lagi betapa jahatnya permainan politik Pengarah Strategi PKR ini yang semakin terdesak untuk terus memfitnah Perdana Menteri dan dan mencalarkan imej Rosmah Mansor.


Bila Deepark Jaikishan menjelaskan bahawa  beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan  Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas  yang didakwa Rafizi sebagai sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.


Deepak menegaskan bahawa ,beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut malah Deepark sendiri mengakui bahawa beliau tidak pernah pun melihat dokumen ataupun inbois yang ditunjukan oleh Rafizi tersebut.


Poltik yang Rafizi mainkan ini cukup jijik malah kita tidak menyangka anak muda yang dikatakan berpendidikan tinggi ini boleh begitu sekali mengulangi fitnah demi fitnah terhadap keluarga Perdana Menteri dan barangkali kerana yakin bahawa Perdana Menteri maupun Rosmah tidak akan mengambil tindakan undang-undang,beliau secara semborono mengangkat yang palsu sebagai benar.


Terlalu banyak fitnah anak muda ini terhadap kepimpinan negara.Beliau seperti langsung tidak takut dengan dosa malah beliau dilihat sanggup berdosa demi melebarkan fitnah terhadap pemimpin nombor satu Negara ini.Beliau seolah-olah dilihat saban hari sentiasa berfikir bagaimana untuk menyusun fitnah-fitnah bagi dilemparkan kepada kepimpinan sedia ada.


Sayang sungguh terhadap anak muda yang sepatutnya mengisi  kepimpinan Negara dengan ilmu yang beliau  belajar hingga keluar Negara akhirnya memilih untuk menjadi pemfitnah tegar.Beliau memilih untuk menjadi perkakas politik yang paling tidak berguna kepada PKR dan paling tidak bermaruah sebgai seorang manusia dan sekaligus memperlihatkan betapa busuk dan hinanya Rafizi serta keluarga beliau sekali.


Dalam mengejar cita-cita politiknya,Rafizi mengenepikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam,Rafizi mengenepikan dosa serta pahala,Rafizi meletakkan maruah di aras paling bawah dan dengan memperalatkan Deepark,Rafizi merekayasakan segala macam fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Dendam sungguh anak muda yang tidak berguna ini kepada Najib dan Rosmah.


Rafizi telah terlalu banyak berbohong dan kita tidak pelik kalau anak muda ini disuruh berbohong kerana PKR itu sendiri parti yang penuh dengan segala pembohongan bersiri mereka tetapi kita tidak menduga dalam mereka berusaha untuk menyentap Najib dan Rosmah, Rafizi menjadi manusia yang hilang akal budinya.


Sampai bila Deepark akan serang Rosmah..?
Rafizi memalukan anak-anak muda sezaman ataupun seangkatan dengannya malah tindakan beliau mempergunakan segala kepalsuan Deepark itu membuktikan bahawa Negara ini amat malang memiliki warganegaranya seperti Rafizi. Rafizi mengambil kesempatan diatas kesempitan Deepark,kesempitan inilah Rafizi dagangkan kononnya untuk membuktikn bahawa beliau seorang Pengarah Strategi yang baik sedangkan hakikatnya sifat serta jiwanya lebih busuk dari bangkai biawak dijalanan.


Kita tahu Rafizi makan upah dari partinya tetapi apalah ada pada upah yang sepatutnya halal untuk sama-sama dimakan oleh keluarganya akhirnya menjadi haram bila beliau bertindak seperti ini.Rafzi sedang menjamu keluarganya dengan hasil pendapatan memfitnah orang lain. 


Dan kita juga tahu beliau adalah perkakas yang digunakan oleh Anwar untuk terus menyerang Najib dan Rosmah tetapi kita tidak menduga bahawa anak muda yang kita sangka cerdik serta bijak ini sanggup menjadi alat untuk kepentingan orang lain.Baca juga disini..


Deepark dalam sidang akhbarnya dikatakan akan mengambil tindakn undang-undang terhadap Rafizi yang mempergunakan nama beliau untuk memfitnah Rosmah kononnya dokumen tersebut datang daripada beliau tetapi kita juga tidak terkejut sekiraya Deepark menarik balik tindakan beliau nanti kerana kekangan kewangannya dan telah dibuktikan pun sebelum ini bahawa moral Deepark sendiri pun diragui serta banyak pembohongannya.


Rafizi pula semakin hilang pedoman serta pegangan hidupnya dan semakin jelas untuk dilihat berbakti kepada parti PKR,beliau bersedia untuk melakukan apa sahaja termasuklah mencipta berbagai-bagai lagi fitnah terhadap PM dan juga Rosmah.



\


Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers