Thursday, December 27, 2012


Najib jangan terpedaya....

KITA setuju dengan pendekatan dan juga sikap  PM Najib yang tidak menggemari cerita-cerita kurang menarik anggota kabinetnya, Menteri-Menteri Besar ataupun Ketua Menteri ataupun  kepimpinan di peringkat Bahagian disampaikan kepadanya dan sikap ini boleh kita puji tetapi PM Najib tidak boleh menolak mentah-mentah apa yang disampaikan kepada beliau oleh sesorang yang mungkin berniat baik supaya Najib tidak terpedaya ataupun diperalatkan oleh orang-orang yang berkepentingan.


Malah kita amat yakin sebagai Perdana Menteri PM boleh mengakseskan segala maklumat yang beliau terima untuk diserahkan kepada pihak berwajib bagi menyiasat segala laporan atauun cerita-cerita peribadi orang-orang sekeliling beliau bagi mencari kebenaran dan tidak boleh menganggap segala laporan itu ringan ataupun bertujuan untuk menjejaskan keperibadian seseorang itu.


Sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti,tugas dan tanggungjawab beliau amat berat dan dalam kesibukan beliau menguruskan Negara serta parti,kebimbangan yang dilahirkan oleh pihak-pihak tertentu adalah  khuatir PM Najib terlepas pandang beberapa perkara yang boleh menjejaskan imej beliau.


Dalam saat Najib bergerak aktif  untuk mengembalikan keyakinan rakyat hingga memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen menjelang PRU13 ini,ada pula  Naib Presiden yang sibuk menyusun gerakan politik untuk memperkukuh kedudukan dalam hiraki kepimpinan UMNO.


Dalam usaha Najib melestarikan slogan Rakyat Didahulukan,Pencapaian DiUtamakan,di Selatan tanahair kepimpinan Menteri Besar mula diragui oleh rakyat.Pembangunan projek mega dengan mengenepikan kepentingan Melayu mula menjadi buah mulut apatah lagi apabila hanya orang-orang tertentu sahaja BACA DISINI memonopoli projek-projek mewah di negeri itu.


Najib mungkin menolak segala laporan yang diberikan ataupun dibisikkan ke telinga beliau apa yang sedang berlaku di Johor hingga sudah ada seorang pemimpin yang melantik satu syarikat konsultan untuk membuat kaji selidik siapakah yang bakal menjadi Menteri Besar dan kerana konsultan itu beliau yang bayar maka namanya berada di tempat teratas sedangkan mengurus sebuah perbadanan pun penuh dengan masalah.


Mana mungkin PM Najib boleh melihat di depan mata sendiri baru beliau mahu yakin dan percaya apa sahaja kebejatan ataupun kerakusan rakan-rakan ataupun saudara mara beliau kerana tuntutan tugas serta tanggungjawab Najib begitu besar pada agama,bangsa dan Negara.


Najib ada agensi,Kementerian,polis dan tentera bagi membantu beliau mengumpul maklumat serta menyiasat segala laporan yang disampaikan kepadanya beliau dan beliau perlu menggunapakai laporan tersebut supaya tidak terjadi seperti zaman sebelum ini hingga BN hilang 2/3 di Parlimen serta kalah di beberapa buah negeri lantaran sikap pemimpin utamanya yang membuat keputusan tanpa merujuk kepada laporan pihak terbabit.


Begitu juga dalam soal mengurus dan menentukan calon-calon pilihanraya dan kerana sikap bersangka baik Najib terhadap orang-orang sekelilingnya,ada yang mengambil kesempatan menjaja bahawa mereka diarahkan oleh Perdana Menteri ataupun Presiden parti untuk mencari,memilih serta menilai calon-calon untuk diketengahkan dalam PRU13 ini dan kesempatan ini diambil oleh manusia rakus ini untuk memperkenalkan calon-calon dari kalangan mereka sekaligus memalsukan laporan-laporan daripada pihak agensi tentang latar belakang calon-calon itu.


Najib juga mesti berani berkata TIDAK ATAU NO,No atau tidak kepada sahabat,kawan lama,saudara mara,budak pejabat,Setpau,Pegawai Khas. Najib mesti juga berani kata NO kepada yang buat rayuan melalui Sultan ataupun Raja,Rosmah dan orang keliling supaya mereka ini dipilih menjadi calon pada PRU13 nanti.Dalam setiap kata maupun ucapan,Najib terbukti ada ketegasannya tapi dalam bertindak,setakat ini belum nampak lagi hasilnya.

Najib juga harus berani berkata No kepada yang merayu pegang lutut beliau supaya dipilih jadi calon,No juga kepada yang mengugut, NO juga kepada yang memiliki  DR palsu. ataupun PHD palsu,No juga kepada yang kata dia  winnable,No juga kepada yang tidak ada interaksi media baru. NO juga kepada Wanita atau Puteri kononnya kerana mahu lebih penyertaan wanita dalam kerajaan atau pembuat polisi sebab PRU13 ini adalah perang dan bukan untuk bersuka ria. Najib mesti cari askar perang yang sanggup mati mempertahankan UMNO dan BN.

Najib juga mesti juga berani kata NO kepada agensi yang kononnya cari calon seperti BTN, JASA dan lain-lain malah kalau ada bukti yang sabotaj,pancung sekarang dan Najib jangan tunggu. Najib mesti ada sifat berani macam Tun Razak,kalau Tun Razak dulu,beliau cuma berdehem orang sudah  takut, diamserta akur.Najib harus tahu bahawa sikap kuku besi itu mesti ada pada pemimpin.`you have to be cruel in order to be kind'.

Sikap Najib ini terpuji tetapi Najib lupa kerana keenganan beliau untuk mendengar dengan teliti laporan sikap pemimpin yang disampaikan kepadanya,ada yang mengambil kesempatan termasuklah mengumpul kekayaan dengan memperolehi berbagai-bagai projek mewah dengan menjual nama Najib kononnya yang merestui segala tindakan itu atas nama parti.BACA DISINI.


Najib sedang dikelilingi oleh lalat dan langau dan mereka ini berada di dalam kelompok orang-orang yang sememangnya jujur serta ikhlas untuk membantu Najib mengurus kerajaan dan parti tetapi kerana lalat dan langau ini maka ada cacatnya didalam ketulusan Najib memimpin Negara.


Kita mohon Najib sedar bahawa masih ada lagi yang sedang memegang belati berada di belakang Najib untuk menikam beliau bila sampai waktunya.Kita mohon Najib sedar bahawa masih ada orang-orang yang masih setia kepada Anwar tetapi berpura-pura menyokong Najib sedang mengelilingi beliau ataupun mungkin kerana Najib terlalu ramai dikelilingi oleh orang-orang Anwar ini hingga Najib sendiri sudah tidak berdaya untuk mengenal yang mana musuh,yang mana kawan.


Menjelang PRU13 ini,PM Najib perlu membuat pemutihan.Menyingkirkan musang berbulu ayam,mengenepikan musuh dalam selimut serta memadamkan api yang sedang membakar sekam kerana Najib dan UMNO perlu pemimpin yang menjunjung Perlembagaan parti dan tidak menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi hingga rakyat menjadi muak seta menyampah dengan sikap pemimpin yang bermuka-muka.

Cakap berjuang untuk rakyat tetapi yang jelasnya adalah sibuk  untuk mengisi nafsu tembolok sendiri.
Wednesday, December 26, 2012

Dua Cina bersepupu ini sedang menjajah Kelantan..

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber  Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.
 
Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas. 

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.
 
Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Hulu Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN.

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.
 
Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan. 

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS. 
 
Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri. 

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti. 

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi.
Wednesday, December 19, 2012

Parasit perlu disingkirkan...

KITA terima pandangan pemimpin atasan yang mahu semua ahli,kepimpinan bahagian serta cawangan dan juga penyokong-penyokong untuk memberikan  fokus bagi menentang segala penyelewengan serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan serta parti tetapi dalam maa yang sama,kita juga mahu pemimpin atasan turut fokus bagi memastikan kemenangan besar dalam PRU13 nanti dan tidak memperalatkan parti untuk kepentingan peribadi.

Demi kemenangan parti,semua orang bersetuju namun dalam masa yang sama beberapa kerat pemimpin yang berada di sekeliling PM Najib wajar menghentikan segala gerak kerja mereka yang boleh memudaratkan parti apabila dalam kita berusaha untuk terus memenangi hati rakyat,kalangan mereka ini pula sedang sibuk menyusun rakan-rakan untuk ditonjolkan sebagai calun PRU13 nanti yang tidak bertepatan dengan slogan Najib `winnable candidate’.

Tidak guna PM Najib berteriak masa ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO di Perhimpunan UMNO 2009 yang bertajuk Menakhoda Zaman itu sedangkan dalam masa yang sama masih ada parasit-parasit yang mengelilingi Najib dengan berbagai-bagai agenda peribadi dan PM Najib juga dilihat cukup keras memberikan peringatan tetapi dalam masa yang sama terlalu naïf untuk mengambil tindakan terutama sekali terhadap orang-orang yang berada di sekelilingnya hari ini.

Najib pasti pernah dengar kata orang-orang tua bahawa dalam memilih kawan kita kena berhati-hati kerana tersalah pilih ianya boleh menjadi duri dalam daging ataupun api dalam sekam dan Najib yang tidak pernah lekang impian serta harapannya supaya semua peringkat kepimpinan memberikan focus bagi menentukan hidup mati UMNO di PRU13 nanti,ada dari kalangannya yang mengaku sebagai kawan atau orang kanan beliau cukup rakus membina kekayaan.

Kita juga bersetuju dengan apa sahaja cadangan yang mahukan setiap dari kita tidak menyerang atau membongkar kebejatan moral atau apa sahaja salahlaku baik penyelewengan kuasa dan hubungan baik antara najib dengan rakan-rakannya di antara satu sama lain tetapi dalam masa yang sama,orang-orang disekeliling Najib jangan pula menggunakan kuasa serta pengaruh yang ada untuk menikam dari belakang rakan-rakan seperjuangan lain ataupun menhasut Najib untuk membuang pemimpin itu dan ini kerana mereka bukan datang dari satu kem,bukan kawan ataupun sahabat Najib ataupun tidak sehaluan gaya pemikiran politik mereka.

Kritikan demi kritikan yang dilakukan bukan untuk menjahanamkan UMNO ataupun Barisan Nasional tetapi kita tidak mahu menyokong ataupun memiliki pemimpin ataupun calon di PRU13 nanti seperti buluh yang pepat diluar tetapi rencung di dalam.

Politik puja puji atau ampu mengampu ini tidak lagi sesuai berada di era ini apatah lagi UMNO adalah parti milik tiga juta lebih ahlinya dan bukan harta emak bapak sesetengah pemimpin yang rakus yang menggunakan nama UMNO untuk mengisi tembolok mereka.

Ahli wajib mengkritik dan menegur ataupun mendesak pimpinan tertinggi parti mengambil tindakan seandainya mereka ini benar-benar menjadi pengkhianat kepada parti.Kehadirannya boleh menjadikan parti malu kerana adanya pemimpin begini,ahli berhak bersuara.

UMNO adalah parti keramat orang-orang Melayu dan kita tidak mahu ada lagi Anwar Ibrahim kedua dalam UMNO dan kita mengesan corak politik yang dibawakan oleh Anwar masa berada dalam UMNO dulu sedang dipraktikan oleh beberapa seorang dua pemimpin,ada yang menyusun calon-calon dengan memperalatkan nama Najib dan ada pula yang mengaut projek-projek tertentu menggunakan nama Najib dan juga UMNO.

Dalam MKT UMNO pun ada parasit...
Dalam kita berusaha membongkarkan segala kebejatan moral, penipuan,pembohongan serta fitnah bersiri pakatan jahat pembangkang, pemimpin atasan hanya dilihat berpeluk tubuh dan menyerahkan bulat-bulat kepada askar-askar bawahan untuk menangkis serangan pembangkang dan juga menyerahkan sewenang-wenangnya kepada PM Najib secara solo untuk menjawab segala tomahan pembangkang. 

Mereka ini jugalah yang mengaku kawan Najib,mengaku orang yang dekat dengan Najib tetapi malangnya saat Najib dan keluarganya diserang oleh fitnah pembangkang,apa yang mereka ini buat?

Mereka ini cakap sahaja pandai tapi akal mereka penuh dengan tipu daya.Yang penting saya tidak akan terpedaya.Perahu sudah diair,dayung sudah ditangan! Kita perlu tolak pemimpin yang dulunya asal ular lidi tetapi telah menjadi ular sawa dan sekarang sedang cuba menjadi anaconda.
Thursday, December 13, 2012

Mereka ini sanggup lakukan apa sahaja...
SYED Atief Syed Abu Bakar,anak muda dari Perlis mengulas panjang tentang keterlibatan pemimpin yang menjadikan diri mereka sebagai pelacur politik masa kini dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kaya dan berkuasa.

Mereka ini memperalatkan parti untuk mengisi tembolok mereka,mereka ini memperalatkan nama perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka,menjaja nama dengan menjadikan parti sebagai mangsa mereka.


Kata Syed Atief,kancah  politik Melayu, dalam mana jua parti, semakin terkepung dengan tawar-menawar imbuhan kewangan dan harta kebendaan untuk mengetepikan garapan perjuangan yang berprinsip, bermaruah dan terarah. Penggadaian prinsip dan maruah kerana imbuhan kewangan seperti ini tidak lebih daripada hakikat seorang pelacur. 


Sebagai parti yang sedang memegang tampuk kuasa, UMNO tidak lepas daripada menjadi lubuk rezeki kepada pelacur-pelacur politik. Para navigator politik menjadi sasaran utama punca rezeki mereka.


Resmi pelacur, berbogellah dia diatas ranjang bila mulut diperosok dengan wang ringgit dan harta kebendaan.  Resmi pelacur, bayar dulu baru boleh servis. Tiada duit, tiadalah servis.  Resmi pelacur, bila dibayar bolehlah diratah semahu-mahunya oleh pelanggan-pelanggan yang membayar.  Resmi pelacur, lagi tua lagi murah nilai maruah dan harga dirinya.


Harga langganan pelacur biasanya berbeza-beza mengikut umur dan pakej yang ditawarkan. Diantara pakej yang biasa ditawarkan ialah 1-way, 2-way dan 3-way.  Pelacur 3-way biasanya pelacur yang melangkaui usia 40 tahun yang terpaksa menyerahkan segalanya yang di dalam atau di luar tabi’ie untuk mendapat kadar bayaran yang diinginkannya.


Syed Atief terus vokal demi parti..
Pelacur-pelacur politik mengusahakan pelbagai helah dan muslihat untuk mengaut keuntungan besar untuk dirinya sendiri.  Muslihat yang paling mudah ialah dengan menjaja apa yang dikononkannya sebagai “perjuangan bangsa”. Momokan transformasi mereka tidak lebih sekadar bebelan retorik untuk mengalas kepentingan diri yang membuak-buak.


Pelacur politik boleh membohongi janji yang telah diucapkan.Hanyasanya kerana tiada imbuhan kewangan, janji boleh dimungkiri.Janji tidak ditepati.Janji dicapati.


Para pelanggan kepada pelacur-pelacur ini biasanya terdiri daripada individu yang tidak bermasalah dan tidak rasa bersalah untuk melacuri perjuangan bangsa, sehingga berbangkit isu lambakan buruh asing, perlakuan tidak berintegriti dan seumpamanya.

Invididu-individu yang melanggan pelacur politik biasanya mempunyai rekod yang panjang dan berulang-ulang dalam menasihat dan memunahsihat aktiviti pelacuran politik ini untuk menuruti kehendak percaturan politik para navigator kuasa.


Pelacur tetap pelacur. Jarang-jarang kita dengar pelanggan-pelanggan pelacur jatuh cinta kepada pelacur lantas diinsafkan pelacur itu hingga diambil menjadi kekasih hati yang berkekalan.  Hal yang demikian terjadi kerana dimata para pelanggan ini, pelacur tidak lebih ibarat lampin pakai buang. Dipakai sebagai alat untuk menyelesaikan sesuatu hajat untuk dibuang kemudiannya. Tiada jasa yang perlu dikenang.


Sudah tentulah si pelacur tidak sempat berfikir untuk menyedari hakikat ini kerana mereka sentiasa bergelut mencari pelanggan seterusnya demi survival sebuah kehidupan.  Dalam banyak keadaaan, pelacur-pelacur yang dahagakan harta kebendaan ini terpaksa memejamkan mata untuk merelakan gomolan pelanggan-pelanggan yang dipenuhi kudis-kudis HIV yang bernanah.


Setiap sindiket pelacuran mempunyai suatu lagi watak penting di belakang tabir, yakni bapa dan ibu ayam.  Watak ini biasanya tidak dicakapkan dengan panjang lebar kerana mereka sememangnya mempunyai kuasa yang luar biasa dan amat ditakuti.


Pelacur,

Ada yang barai, ada yang hancur,

Ada yang darai, ada yang campur,

Ada yang muda, ada yang berumur,

Ada yang sihat, ada yang uzur,

Ada yang menopause, ada yang subur.

Mengenal pelacur politik,

Body tak perlu lentik,

Muka tak perlu cantik,

Tapi baju kena bintik-bintik,

dan yang penting reti matematik.

Pelacuran politik bukan industri baru,

Dari dulu ada mengharu,

Cari duit nak shoru,

Ada yang menganggur, ada jugak Tok Guru.

Politik dan pelacuran,

Dimana ada suis, disitu ada karan,

Upahnya duit ataupun geran,

Janji dimungkir apa nak heran?
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers