Thursday, November 29, 2012


Jangan khianati usaha Najib!

PRESIDEN UMNO,Najib Razak telah melaksanakan tanggungjawabnya  dengan membentangkan ucapan dasarnya dan terserlah kesungguhannya memacu UMNO untuk terus kekal sebagai kerajaan terutama sekali berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti malah melalui ucapannya Najib berbicara tentang suara hati UMNO,tentang masa depan UMNO dan tentang masa depan Barisan Nasional yang perlu dipertahan,diperkukuhkan serta disiap siaga untuk mendepani cabaran serta dugaannya.

Kita seharusnya merasa simpati terhadap kesungguhan Najib,komitmen Najib terhadap partinya yang selama ini begitu kental mempertahankan agama,bangsa dan Negara dan Najib cekal mengemudikan parti walaupun fitnah terhadap beliau datang bertimpa-timpa.

Najib tidak peduli itu semua,beliau terus memandang ke hadapan dengan membiarkan cicak mengakrung mengelupur mengadu fitnah,tohmah serta mehnah.

Kita merasa simpati dengan Najib kerana dengan statistic ahli UMNO yang melebihi tiga juta orang ini,berapa ramai atau berapa juta ahli yang memahami erti perjuangan parti ini yang mampu menterjemahkan sokongan mereka ke dalam bentuk undi untuk UMNO dan Barsian Nasional.

Berapa ramai Ketua-Ketua Cawangan,Pengerusi JKKK,Jawatankuasa bahagian,jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO memahami nilai-nilai perjuangan dalam UMNO yang selama ini menjadi teras ataupun tulang belakang membangunkan Negara ini dan kenapa parti ini perlu dipertahan serta diberikan sokongan untuk menerajui Negara?

Apakah semua pemimpin tertinggi serta di peringkat akar umbi boleh mempastikan orang-orang atau rakyat di bawah wilayah kuasa mereka akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional atau berapa ramaikah daripada kalangan mereka yang masih lagi tidak faham perjuangan UMNO dengan meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan atau betapa pentingnya parti keramat umat Melayu ini.

Alangkah malangnya kalau sehingga hari ini ahli yang lebih 3 juta itu masih ada lagi yang tidak memahami harga ataupun nilai perjuangan UMNO ini dan kalau ada dimana puncanya,adakah sebab tidak berlaku secara terancang gerakan perkaderan serta penerangan kepada ahli-ahli atau generasi Y yang dikatakan semakin jauh dari UMNO termasuklah anak-anak pemimpin UMNO itu sendiri.Kalau ini puncanya,yang gagal adalah biro-biro yang ada dalam UMNO itu sendiri.

Jangan bubuh racun dalam madu yang Najib usahakan..
Penjawat awam yang melebih 800 ribu orang,siapa yang boleh memastikan berapa ramai atau berapa ratus ribu mereka ini akan mengundi Barisan Nasional dan berapa ramai tidak menyokong kerajaan hari ini?

Segalanya bertitik tolak dari kurangnya atau tidak jelas penerangan kepada dan tidak ada agensi khusus bertanggungjawab memberikan penerangan kepada mereka ini.

Kita mengharapkan sebagai contoh Biro Tata Negara (BTN) menyalurkan penerangan sedemikian tetapi mereka terlalu sibuk melaksanakan penerangan serta memprogramkan  tentang 1Malaysia,itupun penerangan mereka masih terawang-awang dan dillihat tidak berpijak di bumi nyata.

Sehingga hari ini seperti tidak ada lagi pendedahan tentang ancaman terhadap keselamatan Negara,kedudukan politik dan sebagainya.Ini jelas ketara kegagalan beberapa agensi yang sepatutnya memainkan peranan menerangkan kenapa UMNO dan kerajaan ini perlu dipertahankan.

Najib sepanjang masa berdepan dengan cabaran kepimpinan dan kita mengharapkan cabaran ini akan terus mematang serta memberikan kuasa luar biasa kepada beliau dan dalam usaha untuk terus memperkukuhkan parti dan kuasa kerajaan,beliau terpaksa mengeluarkan amaran demi amaran dan mengambil tindakan demi tindakan terhadap ahli-ahli yang sabotaj parti.

Tetapi apa pula amaran ataupun tindakan terhadap penjawat awam yang sabotaj kerajaan?Tatkala kepercayaan diberkan oleh kerajaan,berpakaian segak,siap dengan kot serta bertali leher dan sentiasa berpeluang mendengar denyut nadi Perdana Menteri di `morning prayer’  pada setiap Isnin awal bulan,dapat menaiki pesawat menjelajah seluruh negara atas nama tugas,tetapi hati  tetap busuk  menyokong pembangkang atas alasan jemaah dan taksub terhadap seseorang?

Apa makna menaiki pesawat atas nama tugas dengan tiket dibiayai kerajaan tetapi bila turun ke negeri, mereka ini mengadakan perjumpaaan ataupun pertemuan dengan calon PAS yang kalah pada PRU 12  dan bertemu juga dengan penyelidik di Yayasan Tok Kenali yang dikenal pasti sebagai orang kuat PAS dan mereka ini juga mengadakan perjumpaan di Besut,terengganu dengan penyokong-penyokong tegar pembangkang.Apa makna semua ini?Kenapa musuh dalam selimut masih terus mendapat tempat dan berkeliaran di sekeliling Najib?

Apakah gerakan ini tidak diketahui ataupun dipantau serta diambil tindakan oleh Ketua Setiausaha Negara dan dihukum oleh Perdana Menteri?Kita cukup simpati dengan Perdana Menteri kerana dalam usaha beliau memberikan madu kepada rakyat,kepada agama,bangsa dan Negara melalui gerakan mempertahankan UMNO untuk terus kukuh dan terus menerajui Negara, masih  ada lagi yang disekeliling beliau sedang berusaha mencampurkan racun ke dalam tempayan madu yang Najib usahakan.

Terus pertahankan UMNO demi agama,bangsa dan negara!
Mereka ini seperti mahu melihat UMNO ini hancur,mahu melihat UMNO ini tumbang melalui PRU13 nanti dan peluang berada dekat dengan kepimpinan Najib,mereka gunakan untuk secara perlahan menusuk sembilu tajam ke belakang Najib.

Mereka lupa tindakan mereka ini bukans ahaja boleh membunuh Najib tetapi boleh meruntuhkan segala-gala yang sedang dikecapi oleh rakyat Negara ini sejak merdeka hingga sekarang.

Melalui Perhimpunan Agung yang sedang berlangsung ketika ini,kita mengharap sangat kepada seluruh Melayu Islam untuk bangkit bersatu,bergerak sering bersama Najib demi mempertahankan agama,bangsa dan Negara ini.Mengharap sangat kepada seluruh bangsa Cina dan India untuk terus memberikan peluang kepada Najib kerana hasil dari kesungguhan kerajaan pimpinan UMNO inilah rakan-rakan dari bangsa Cina dan India mendapat segala keuntungan bukan sahaja politik tetapi turut menguasai ekonomi Negara ini.

Dan kepada cicak mengkarung yang sedang menyelinap di sekeliling Najib, kita juga berharap usainya PRU13 nanti,berbuatlah sesuatu kepada golongan yang jenis bermuka-muka ini dan kepada KSN,bertindaklah kepada pegawai-pegawai beliau yang menganggap Najib hanya ketua mereka tetapi idola mereka adalah Anwar Ibrahim.

Ayuh Melayu bersatulah!Mari kita tolak gerakan yang sedang hebat melaksanakan agenda asing untuk meruntuhkan Negara ini.
Monday, November 26, 2012

PAU2012 menuntut ketegasan dan keberanian Najib..!

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (PAU2012) kali ini merupakan penanda aras sejauh mana persediaan UMNO untuk menghadapi PRU13 dan juga merupakan `report card’ bagi mengukur pencapaian PM Najib serta seluruh kepimpinan UMNO di semua peringkat bagi mempertahankan kerajaan dan parti bagi berhadapan dengan Pilihanraya Umum Ke 13 nanti..

Menelusuri gagasan kepimpinan Najib, beliau mengambilalih pimpinan parti melalui perhimpunan lalu melontarkan slogan Ubah atau Rebah dengan memberikan kata dua kepada seluruh kepimpinan UMNO malah pada setiap kali pertemuan ,beliau menyifatkan bahawa PRU13 adalah tempoh getir untuk UMNO dan adakah semua kepimpinan  UMNO di semua peringkat telah benar-benar berubah?

Sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri Malaysia, Najib memperkenalkan berbagai-bagai slogan untuk dijadikan tangkal perjuangan UMNO dan kerajaan melalui proses transforamsi serta slogan 1Malaysia-Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan dan apakah segala transforamsi Najib ini diterima rakyat?Adakah setiap program transforamsi yang dilaksanakan mampu menterjemahkan undi rakyat untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional ataupun program yang terlaksana semuanya membuang masa?

Kita harap sangat perhimpunan kali ini jangan dijadikan seperti karnival jualan,pesta akhir tahun  ataupun tempat mengasah bakat untuk bergelar pemidato,tempat untuk mengampu pemimpin tapi perhimpunan kali ini harus menjadi gelanggang  membuktikan bahawa UMNO telah benar-benar berubah,mereka tidak lagi dihantui mimpi ngeri 2008 dan PAU 2012 benar-benar menyerlahkan keyakinan untuk berdepan dengan cabaran PRU13 dan memenanginya.

Perhimpunan kali ini harus benar-benar berjaya membuktikan bahawa seluruh jentera parti benar-benar sudah siapa siaga persediaannya dan sebarang laporan yang dihantar kepada PM Najib tidak menipu beliau  dan kita tidak mahu laporan-laporan yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan bersifat kosmetik  dan retorik semata-mata terutamanya JASA dan BTN yang dilihat semakin lesu serta hilang sentuhan politik mereka.Dari kalangan agensi ini pun ramai yang berusaha menonjolkan diri untuk menjadi calon PRU13.

Kita sedar Najib sedang berdepan dengan cabaran demi cabaran dalam mempertahankan parti serta kerajaan yang beliau pimpin terutama sekali mengenalpasti calon-calon yang benar`winnable seperti yang beliau utarakan dalam perhimpunan lalu dan tidak terperangkap dengan calon-calon `wincable’ yang dicadangkan oleh orang-orang sekeliing beliau dan dalam masa yang sama kerajaan pimpinan Najib sering termasuk dalam perangkap pembangkang melalui isu-isu semasa.Ini pun Najib yang kena selesaikan.

Dalam masa yang sama Najib juga harus menyedari bahawa setiap kali datangnya PRU,akan muncullah kumpulan-kumpulan yang mahu mengaut keuntungan semata-mata baik kumpulan dalam parti ataupun agensi yang berniaga barangan logistik dan sudah ada pun agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan program sebab mahu berikan kontrak pembekalan kepada kawan-kawan mereka seperti membekal makanan untuk seminar,mencetak risalah dan buku serta berbagai-bagai lagi.

Tidak cukup dengan kumpulan sendiri,muncul juga pertubuhan-pertubuhan yang berselindung di sebalik nama hak asasi mengugut Najib dan kerajaan supaya tunduk kepada desakan mereka sekiranya UMNO dan Barisan Nasional mahu undi daripada mereka ini termasuklah Dong Zong yang pada setiap kali PRU akan muncul dengan agenda mereka.Ini pun cabaran besar yang sedang menanti Najib

Benarkah sudah berubah?
Jurucakap-jurucakap atau wakil-wakil UMNO yang diberikan tanggungjawab untuk membahaskan segala usul yang telah diputusakn jangan sesekali perasan ataupun syok sendiri kerana mereka memikul amanah parti,amanah rakyat yang cukup besar dan berhentilah membudayakan politik mengampu,puja dan puji ini kerana kita tidak mahu perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan terakhir sebagai sebuah kerajaan dan budaya politik baru yang dibawa oleh golongan muda perlu diterima oleh golongan veteran dan perlu diserap oleh orang-orang lama dalam parti dan kerajaan.

Kita mahu melihat perhimpunan kali ini adakah UMNO sudah benar-benar pulih dari peristiwa tsunami 2008 yang  begitu banyak undi protes terhadap calon-calon yang diketengahkan dan adakah UMNO sudah benar-benar mengambil pengajaran daripada peristiwa itu atau mereka masih leka dengan mengharapkan rakyat tahu membezakan parti yang memerintah dan yang membangkang.

Kita juga mahu melihat satu deklarasi diterjemahkan bahawa semua ahli UMNO bersedia untuk berkerja dengan parti dan bukan berkerja kerana apa yang parti bagi malah semua ahli baik perwakilan,pemerhati dan seluruh Majlis Kerja Tertinggi UMNO harus menjadikan perhimpunan UMNO esok sebagai perhimpunan yang paling keramat.Jika ada perkara-perkara yang perlu disingkirkan,ianya harus disingkirkan jauh-jauh sebelum menjadi barah bernanah yang busuk serta mula hingga boleh membantutkan usaha UMNO mempertahankan kerajaan.

Melalui perhimpunan lalu,sumpah Baiah dilakukan,Ubah Atau Rebah bergema dalam Dewan Merdeka,semua peringkat kepimpinan disedarkan dan menyedari betapa pentingnya UMNO dan Barisan Nasional dipertahankan dan Najib mengambil tanggungjawab terus memacu Negara memperkenalkan segala pembaharuan dan memansuhkan segala undang-undang yang dikatakan lapuk serta tidak bertamadun.Demi rakyat Najib tunduk dan akur kepada segala tuntutan.

Perhimpunan kali ini kita mahu melihat ketegasan dan keberanian Najib mengambil tindakan kerana beliau telah melakukan segala-galanya untuk rakyat dan Negara ini dan perhimpunan UMNO 2012 ini,kali ini benar-benar menuntut komitmen,pengorbanan demi mempertahankan agama,bangsa dan negara.Berubah atau tidaknya UMNO sebahagian besar diukur dari Perhimpunan Agong ini.

Ingat UMNO..rakyat diluar sedang memerhatikan apa sahaja yang berlaku melalui Perhimpunan ini.Jangan dikecewa ataupun dikhianati harapan rakyat.Ditangan UMNO terletaknnya tanggungjawab serta amanah bagi mempertahankan bangsa Melayu,agama Islam dan negara tercinta ini.
Monday, November 19, 2012


Penjahat yang berselindung disebalik serban dan kopiah..

KITA harus merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada adik Nik Aziz,Nik Razi Nik Mat yang memimpin bacaan doa untuk menjahanamkan UMNO dan juga berterima kasih kepada Nik Aziz yang telah menjatuhkan hukum murtad kepada UMNO,sebuah parti yang ahlinya adalah orang-orang Melayu Islam kerana gabungan suara dua beradik ini membuktikan bahawa mereka adalah antara  pemimpin yang jahat berada dalam PAS,rendah akal budinya dan jubah serta janggut hanyalah alat untuk menutup kejahatan serta kebatilan mereka dan membuktikan PAS sedang nazak serta menunggu masa untuk ditalkinkan.


Ini sahajalah modal politik Nik Aziz yang selama ini menjadikan agama islam sebagai barua parti mereka untuk menafikan ataupun mencela UMNO agar rakyat mengundi serta menyokong PAS yang begitu  lama mencari peluang untuk membunuh UMNO dan dengan menggunakan janggut,serban serta serba sedikit pengetahuan agama,mereka bergabung sebagai sebuh pakatan jahat dengan memulai Amanat Hadi di Bukit Peradung unutk mengakfirkan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO.


Modal Islam ini mereka bawa sehingga ke hari ini walaupun mereka sendiri bergelumangndengan najis babi dalam pakatan pembangkang kerana  mereka sendiri tahu untuk mengalahkan UMNO dalam sifir fakta serta kejayaan,PAS umpama buih ditengah lautan kerana mereka ini tidak menyumbang walau sebesar hama sekalipun kepada kemajuan negara malah kehadiran mereka dalam kancah politik tanhair umpama sebuah gerakan ajaran sesat yang bertopengkan Islam dan memutarbelitkan ayat-ayat Al-Qur`an serta hadis.


Kita juga berterima kasih kepada Tuhan kerana memanjangkan usia Nik Aziz kerana akhirnya kita semakin mengenali  batang tubuh Nik Aziz bahawa beliau  tidak ubah seperti seorang Yahudi Israel yang sedang menyerang orang-orang Islam di Semenanjung Gaza ketika ini.


Nik Aziz dan kumpulan penjahat yang berada dalam PAS ketika ini seakan habis ikhtiar politik untuk menewaskan UMNO dan tindakan terbaru memurtadkan UMNO dan adiknya mendokan kehancuran UMNO merupakan tindakan paling terdesak apabila beliau menyedari orang-orang Melayu semakin menjauhkan diri dari parti PAS.


Demimu DAP..hancurkanlah Melayu di bumi ini..!
Setiap kali Nik Aziz bertindak gila hingga ada yang berkata bahawa pakaian bersunnahkan Nabi yang Nik Aziz pakai berbeza jauh dengan tindakannya menjadikan UMNO semakin kuat,menjadikan pemimpinnya semakin sihat.Kalau mahu diikutkan doanya, Tun M sudah lama mati,PM Najib sudah lama pecah perut dan sesiapa yang mengatakan Nik Aziz kononnya Nik Aziz ini zuhud,keramat atau apa sahaja,sudah ramai orang yang herot mulutnya tetapi setiap doa jahat dan sial datang dari mulut Nik Aziz serta pengikut-pengikutnya tidak pernah dimakbulkan Allah.Nik Aziz umpama bangkai yang bernyawa.


Barangkali kita tidak pernah terfikir apabila melihat kepada gaya berpakaiannya,hebatnya beliau menuturkan ayat-ayat Al Qur`an,beliau sanggup mengkafirkan sesama islam,beliau sanggup menghukumkan murtad seseorang yang tidak bersependirian dengan beliau dan partinya dan dalam usianya yang sedang menunggu hari mati,beliau sudah dijangkiti penyakit `down sindrom”..Malang,masa yang sepatutnya beliau gunakan untuk bertaubat dan meminta ampun dari Allah tidak digunakan sebaiknya tetapi beliau lebih memilih untuk terus melakukan dosa fitnah berterusan.


Nik Aziz harus mencerminkan diri dan PAS sendiri perlu bermuhasabah mengapa parti mereka terus gagal dan sentiasa gagal malah di PRU13 nantipun mereka akan tetap gagal kerana pepatah pun ada menyebut kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa.


Pernah Nik Aziz dengar UMNO mendoakan kehancuran PAS?Pernah UMNO memperdagangkan segala hukum Islam termasuklah Hudud bagi memancing undi?Pernah UMNO mengkafirkan sesama islam?

Ini semua UMNO tidak pernah lakukan kerana perjuangan Islam UMNO dilakukan secara tersirat,mendaulatkan islam dengan penuh tertib dan berhemah.Sesiapa sahaja boleh membaca Perlembagaan UMNO dan bacalah tanggungjawab UMNO terhadap Islam.


Meskipun UMNO dilihat begitu buruk oleh Nik Aziz dan PAS,UMNO tidak pernah mendoakan PAS ataupun Nik Aziz,Hadi Awang senasib dengan Firaun,Qarun,Namrud dan Abu Lahab kerana UMNO mendokong prinsip demokrasi tetapi berlainan dengan PAS,untuk meraih undi,mereka sanggup dan telah lakukan apa sahaja.


Serban hanyalah alat untuk selindung sifat keji..
Kalau beginilah cara serta corak politik PAS,mereka tidak payahlah bermimpi untuk menggantikan UMNO dan dengan kerusi yang tidak cukup untuk memimpin kerajaan,tidak usahlah berkhayal untuk memimpin negara ini kerana mereka sebenarnya telah dijadikan alat oleh DAP dan PKR.PAS hanya sebuah kertas lukisan ataupun kanvas yang boleh dicatkan ataupun dilukiskan apa sahaja mengikut kemahuan DAP dan PKR.


PAS cuma sebuah jamban tua dihujung kampung,didalamnya penuh dengan najis dan bangkai yang memualkan.Kepada semua orang Melayu Islam yang masih berada dalam PAS,renungkanlah ke dalam diri.Apakah kita sanggup berperang ataupun bermandi darah dengan Melayu Islam dalam UMNO sedangkan yang sedang menanti untuk mengaut untung dan laba adalah orang-orang kafir yang berada dalam DAP dan PKR?


Bertaubatlah Nik Aziz selagi pintu taubat masih terbuka dan jalan terbaik untuk Nik Aziz dan pasukan jahatnya adalah bubarkan PAS dan kembali dalam satu saf,satu jemaah untuk bersama-sama UMNO menentang kebangkitan kafir laknatullah yang sedang mahu menghancurkan Islam hari ini.Jangan gadai akidah hanya kerana mahu menang pilihanraya..
Saturday, November 17, 2012

Jangan ada lagi sesiapa cuba khinati Najib!

UMNO tidak boleh silap lagi dan sebarang pengkhianatan yang cuba dilakukan terhadap UMNO perlu ditentang dan dihalang dengan apa cara sekalipun kerana tempoh UMNO berdepan dengan rasa dukacitanya  harus dihentikan segera daripada terus dimamah oleh pengkhianat-pengkhianat yang brselindung di sebalik nama ahli ataupun  pemimpin--pemimpin tertentu yang sedang menjaja mimpi.

Kita mula mengesan bila semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke 13,semakin galak puak-puak tertentu  yang mengaku rapat dan intim dengan pejabat Perdana Menteri sedang menjaja nama Presiden,Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung kononnya mereka telah diarahkan oleh pucuk pimpinan supaya menyenarai pendekkan nama-nama calon untuk diketengahkan dalam pilihanraya nanti.

Mereka ini mengaku diarah oleh Perdana Menteri,ada juga yang mengaku mereka lah sebenarnya Setiausaha Agung UMNO yang boleh memanggil semua ketua-Ketua bahagian bagi mengadakan mesyuarat di hotel-hotel tertentu untuk mengenalpasti nama-nama calon ataupun mengarahkan nama-nama orang-orang tertentu supaya dicalonkan dan mereka akan berusaha menyakini Presiden bahawa itulah `winnbale candidate’nya.

Dari Utara sampai ke Selatan termasuklah ke Sabah dan Sarawak mereka bergerak dengan pasukan yang mereka lantik sendiri  walaupun tugas mengenalpasti calon ini bukan tugas mereka apatah lagi penyenaraian calon-calon yang mereka lakukan adalah mengikut naluri mereka sendiri termasuklah menyenaraikan Setiausaha Politik mereka sendiri sebagai calonya.

Tidak cukup dengan itu mereka semakin melampui batas dengan mengadap Sultan ataupun Raja-Raja di negeri-negeri tertentu dengan menyembahkan senarai calon-calon baru untuk mengantikan Menteri Besar sedia ada,mereka cuba mempengaruhi Sultan ataupun Raja di negeri masing-masing kononnya itu adalah arahan daripada Perdana Menteri.Setakat yang kita tahu mereka ini telahpun mengadap Sultan Johor dan Sultan Pahang.

Gerakan mereka ini mengimbau kembali zaman Pak Lah yang dikaitkan dengan onar daripada Tingkat Empat hingga Pak Lah hilang 2/3 pada PRU12 setelah mencapai kejayaan gilang gemilang pada PRU11 dan gerakan yang didalangi oleh orang-orang tertentu ini jika tidak dibendung olh PM Najib,beliau bakal mengulangi nasib yang sama seperti Pak Lah ataupun berkemungkina besar PM Najib akan hilang kerajaan yang mahu dipertahankan ini.

Rakyat ataupun  ahli-ahli di peringkat akar umbi berusaha gigih dengan transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri tetapi dalam masa yang sama kelibat orang-orang yang mengaku rapat dengan Najib sedang mengatur rakan-rakan terentu termasuklah sudah bersedia dengan nama-nama Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru.

Kita tidak tahu adakah Najib sedar ataupun tidak ataupun sememangnya Najib merelakan tentang kelibat orang-orang yang mengaku rapat dengan beliau ini yang begitu gigih menjual nama beliau ini dan mereka ini akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk mengumpulkan semua Ketua-Ketua Bahagian dan dijanjikan dengan bermacam-macam janji,penyakit mereka ini sama sahaja dengan Anwar Ibrahim yang berjanji jawatan Timbalan Perdana Menteri serta jawatan-jawatan Menteri kepada setiap orang yang ditemuinya.

Kita amat yakin UMNO dan BN akan terus memerintah negara ini walaupun pembangkang menggunakan segala cara untuk meruntuhkan Barisan nasional hinggalah mengadakan Solat Hajat sempenan Muktamar PAS di Kelantan baru-baru ini tetapi  membiarkan paraist-parasit ini mengawal parti dari dalam.UMNO akan terus berada di jalan sukar  untuk mempertahankan kerajaan selagi parasit-parasit ini tidak dinyahkan dari parti.

Najib harus bertindak walaupun terpaksa mengambil tindakan bukan sahaja terhadap rakannya sendiri tetapi kalau terpaksa mengambil tindakan terhadap saudara maranya, Najib harus lakukan kerana beliau pernah berjanji dalam Perhimpunan UMNO Ke 11 bahawa untuk menang besar beliau bersedia untuk mengorbankan sesiapa sahaja dengan tidak menyenaraikan mereka sebagai calon baik calon baru ataupun yang mempertahankan kedudukan.

Untuk PRU13 ini Najib perlukan pasukan baru yang hebat serta kuat bagi memenangi hati rakyat.Najib tidak boleh lagi menyimpan calon-calon yang sedang merantaikan perjalanan Najib untuk terus berjuang untuk rakyat dan bukannya mengikat Najib supaya tunduk kepada percaturan peribadi mereka.

UMNO jangan sesekali mengulangi semula kesilapan 2008.Saat pembangkang semakin gila,sasau,nyanyuk serta bercelaru ini,UMNO harus terus bangkit menerajang masa silam mereka yang pernah luka.Lepada parasit-parasit ini,cukup dan hentikanlah buat kerja-kerja gila ini...!
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers