Wednesday, October 31, 2012

Benarkah JJ yang menyusun calon PRU13?

BILA Setiausaha Agung UMNO,Tengku Adnan Tengku Mansor mendedah serta menafikan bahawa UMNO maupun BN tidak pernah melantik  ataupun memberi izin kepada mana-mana  individu untuk memilih atau mengenalpasti nama-nama calon bagi disenaraikan pada PRU13 nanti  sekaligus menutup gerakan seorang pemimpin UMNO yang juga dikatakan sebagai orang kepercayaan PM Najib yang sedang ligat menyusun senarai calon-calon ketika ini.

Kenyataan tegas Tengku Adnan itu juga mungkin lahir setelah beliau menyedari ataupun dimaklumkan oleh pihak-pihak tertentu bahawa ada yang mengaku rapat dan diberi kuasa oleh Presiden parti bagi menyenaraikan nama-calon untuk PRU13 nanti dan tindakan Ku Nan ini betul dan tepat pada waktunya kerana UMNO ada lebih kurang 16 agensi yang membantu mengenalpasti calon-calon `winnable candidate’ dan bukannya `cable candidate’ dan tugas mengenal pasti calon ini bukan dari individu terbabit.

Malah pemimpin yang dimaksudkan sudah pun menjelajah ke beberapa buah negeri termasuklah mengadap Ketua Negeri masing-masing yang bukan sahaja berkenaan dengan nama calon malah difahamkan memohon restu untuk pertukaran nama Menteri Besar dengan nama yang beliau cadangkan termasuklah di Johor dan di Pahang,negeri kelahiran Presiden UMNO  bila pemimpin ini secara semborono mahu melakukan transformasi politik mengikut acuan beliau,alasannya Presiden parti yang suruh dan beliau orang kepercayaan Presiden.

Malah di kawasan beliau sendiri pun,beliau tidak menyenaraikan kesemua pemegang jawatan ADUN dan mahu digantikan dengan semua muka baru dan tindakan ini dilihat seperti beliau mahu membentuk empayar politiknya tersendiri tanpa cabaran terutamanya dalam pemilihan parti nanti dan kesemua nama-nama calon yang dikenalpasti bukan dari kalangan yang `boleh menang’ tetapi menyirat kepentingan peribadi.

Seandainya PM Najib terpedaya dengan helah individu yang dikenali sebagai rakan rapatnya ini  ataupun `inner circle;nya ini, nasib Najib akan sama dengan Pak Lah apabila terlalu mempercayai orang-orang yang rapat dengannya dan menelan bulat-bulat keputusan yang dibuat itu tanpa menyelidiki  asas pencalonan  tersebut,segala tansforamsi politik serta janji Najib untuk menolak pencalonan walaupun dari kalangan rakan rapatnya demi mementingkan kemenangan besar parti dalam PRU13 nanti hanya tinggal cakap-cakap semata-mata.Najib kena ambil iktibar di atas segala kejadian yang menimpa Pak Lah.

Malah pemimpin yang dikatakan penuh dengan masalah moral ini termasuklah satu kes polis jika tidak dibendung lajaknya menentukan senario politik tanahiar ianya bakal memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada PM Najib malah kepada UMNO itu sendiri dan Najib harus berhati-hati bagi menjamin survival politik UMNO dan dikatakan juga pemimpin ini bakal menjadi liabaliti kepada Najib dan UMNO jika terus kekal bertanding nanti.

Menjaja nama Najib yang suruh cari calon merupakan satu tindakan ataupun perbuatan yang paling tidak bermoral kerana calon-calon yang disenaraikan itu boleh diibaratkan ramai yang kalah sebelum bertanding dan sebarang laporan mengenai prestasi calon ini di kawasan masing-masing perlu ditapis sewajarnya kerana ada juga yang mendakwa laporan dari agensi  seperti JASA ataupun BTN harus mengikut telunjuk beliau sebelum disampaikan kepada PM Najib.

Kenyataan tegas Ku Nan tutup spekulasi!
Najib tidak akan terus kekal sebagai Perdana Menteri jika hanya beliau seorang sahaja yang menang dalam PRU13 nanti dan Najib kena yakin dan percaya andainya ada berita disampaikan kepadanya oleh pemimpin ini,itu semua cerita bohong dari orang yang bodoh sombong!

Bila kenyataan Tengku Adnan itu timbul,ramai yang menuding jari  dan berpaling ke arah Jamaludin Jarjis (JJ) yang dikatakan sedang menjalankan gerakan menyusun nama-nama calon ini dan kita berharap bukan JJ yang dimaksudkan dan kalaulah benar JJ orangnnya di sebalik semua gerakan ini,PM Najib bakal menerima petaka sepertima mana zaman Pak Lah satu ketika dulu apabila 3K dikaitkan sebagai punca kejatuhan Pak Lah dari tahta Perdana Menteri.

Kita tidak nafikan JJ mempunyai hubungan yang amat akrab dengan PM Najib tetapi PM Najib pula janganlah menganggap keakraban itu sebagai satu tiket untuk beliau menyerahkan segala tanggungjawab parti kepada JJ kerana kita bimbang keakraban tersebut disalahgunakan dan kalau benar Najib tidak memberi izin kepada mana-mana pemimpin termasuklah JJ sendiri,PM Najib perlu berterus terang bahawa JJ bukan orangnya dan bersetuju dengan kenyataan Ku Nan bahawa tidak ada pemimpin poilitik yang beliau arahkan bagi mengenalpasti calon-calon untuk PRU13 nanti kerana beliau ada kaedah tersendiri.

Dan kalau JJ merasakan bahawa bukan beliau individu yang dimaksudkan,beliau kena berterus terang dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak terlibat  dan tidak berkuasa menentukan siapa calon dan bukan orang yang dimaksudkan sedang  menyusun senarai calon-calon bagi PRU13 nanti.

Kita tidak mahu semua usaha keras Najib selama ini memperkasa parti dan mereformasikan politik UMNO menjadi sia-sia sekiranya dalam masa yang sama beliau dikelilingi oleh musang-musang berbulu ayam yang mengkhiantinya dari dalam. Kita tidak mahu Najib tersalah pilih calon,Najib ingat winnable tetapi rupanya `cable candidate’ yang disusun oleh orang-orang tertentu.

Dan Najib haru mengarahkan gerakan menyusun calon-calon ini dihentikan dan kalau terus dibiarkan berterusan,Najib kena bersedia untuk menjadi imam bagi mentalkinkan UMNO dan BN selepas PRU13 nanti.

Tuesday, October 30, 2012


Sekian lama Najib dimalukan oleh portal ini..

TANAH Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula 26 Nov hingga 1 Dis ini jangan sesekali dibenarkan  dan dihalalkan untuk dipijak  walau seinci pun oleh-mana wakil akhbar on line terutama sekali MalaysiaKini,Free Malaysian Today dan juga Malaysia Insider apatah lagi akhbar-akhbar milik pembangkang seperti Harakah,Suara Keadilan,Rocket atau apa sahaja yang berkaitan dengan mereka.

Membenarkan mereka ini memijak tanah perhimpunan tersebut dan membuat laporan tentang perhimpunan itu  seolah-olah memperlihatkan UMNO ketandusan laporan,kemaruk tulisan dari mereka  dan sekaligus menjadikan UMNO  seolah-olah muka yang tidak tahu malu kerana membenarkan musuh,penyamun,pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara yang diperjuang serta dipertahakan oleh UMNO selama ini.

Suara On Line ini sekian lama mencerca,menghina dan memuarbelitkan fakta terutama sekali melibatkan UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO itu sendiri malah kehadiran mereka walaupun tidak diundang untuk taklimat media oleh Ibu Pejabat UMNO baru-baru ini membayangkan bahawa pemberita mereka jenis muka yang tidak tahu malu ibarat muka mereka telah ditampal oleh kulit babi.

Tak dijemput pun mereka sanggup tebalkan muka hadir untuk taklimat tersebut dan menjamah makanan yang UMNO hidangkan walaupun selama ini merekalah yang mencaci maki UMNO dan Barisan Nasional.Jenis sial mereka sudah tidak rasa malu samalah seperti idola mereka,Anwar Ibrahim!

UMNO tidak perlu mengharap laporan yang adil serta saksama dari corak pemberitaan yang jijik serta busuk ini kerana walau bagaimana baik atau jayanya Perhimpunan tersebut, keparat-keparat media ini pasti akan memutarbelitkan fakta dengan teori-teori auta mereka dan sebagai agen asing seperti yang didakwa sebelum ini,Malaysikini terutamanya akan tetap mencari jalan untuk melapor atau menulis berita-berita yang berbau fitnah.

Ibu pejabat UMNO pasti ada rekod untuk menyokong mereka bagi menghalang ibls-iblis yang berselindung di sebalik kebebasan media ini bagaimana mereka memutarbelit serta menyelinap masuk bagi mencari keburukan UMNO untuk didedahkan kepada umum ataupun dijadikan bahan dagangan untuk menjual Negara kepada pihak asing dan dengan apa cara sekalipun penyangak-penyangak media ini harus dihalang bukan sekadar memijak,melintasi bangunan yang menempatkan perhimpunan  tersebut pun jangan dibenarkan sama sekali.

Ku Nan jangan bertolak ansur...
Kumpulan media online ini adalah umpama anjing berkeliaran yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidu dan mencari segala kelemahan UMNO untuk upah yang sedikit bagi diberi makan oleh tuan mereka dan mereka inilah perkakas yang digunakan bagai menjahanamkan kestabilan negara serta perpaduan kaum.

UMNO juga  tidak perlu dan diberi amaran untuk tidak bertolak ansur dan mempercayai slogan telus dan adil dalam laporan mereka kerana terbukti MalaysianKini,Malaysian Insider dan Free Malaysia Today,pemberita mereka dididik untuk jadi seorang penulis yang tidak bermoral dan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah meruntuhkan negara ini  dan mereka sedang gigih berusaha kearah itu menjadi media sokongan mengulingkan kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh UMNO.

Lebih malang lagi kebanyakan pemberita yang berkerja di syarikat ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam tetapi mereka ini sanggup dan rela diperkudakan untuk menjadi tunggangan pihak asing untuk mengkhianati agama,bangsa dan negara mereka.

Sekali lagi diingatkan kepada kepimpinan ibu pejabat UMNO,jangan sesekali dibenarkan ataupun diberikan tempat kepada mereka ini kerana mereka tidak layak untuk berada bersama-sama dalam majlis tersebut malah mereka ini halal untuk kita ludah mereka ini lantaran perbuatan serta pembabitan mereka selama ini yang sepanjang masa memutarbelitkan laporan dalam setiap penulisan mereka.Jangan sampai salakan anjing-anjing ini menyakitkan telinga kita..!

Pemberita ini boleh berubah wajah pada bila-bila masa dan menjadi seperti sesumpah yang dukar dikenali dan kadang-kadang mereka ini ibarat buluh yang pepat dluar tetapi rencung didalam dan kalau UMNO bertolak ansur dalam waktu yang hampr dengan PRU13 in dengan memberi muka kepada mereka,UMNO bakal berdepan dengan situasi yang tidakl terkawal bakal dicetuskan oleh kalangan pemberita fasik dan munafik ini,




Tuesday, October 23, 2012
Usaha memurtadkan Melayu melalui lagunya..
LAGU Harapan Bangsa yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor merupakan satu lagi usaha terancang pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan  anak-anak Melayu di negara ini terutama sekali  golongan muda serta generasi baru yang meminati dunia muzik tempatan ataupun yang mengagumi penyanyi itu sendiri.

Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan tidak harus melihat lagu ini sebagai hiburan semata-mata tetapi lagu ini harus dilihat sebagai usaha dakwah Kristian untuk memurtadkan anak-anak muda di negara ini dan harus bertindak menyekat lagu ini dari disiarkan ataupun diedarkan secara terbuka.
 

Meskipun penyanyinya mendakwa beliau menyanyikan lagu tersebut bagi peminatnya di Sabah dan Sarawak namun beliau lupa bahawa kedua buah negeri itu pun masih tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan yang harus dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia dan kalau mahu peminat Kristiannya menggemari dan mengangkat lagu tersebut sabagai usaha dakwah mereka,mengapa tidak dinyanyikan dalam bahasa lain selain dari Bahasa Melayu.

 
Berkongsi pandangan dengan Zahid Mat Arip,Mursyidul Am TIBAI,beliau ternyata resah dan kecewa bila lagu ini disiarkan secara berleluasa di You Tube dan didendangkan oleh penyanyi tersebut dalam majlis-majlis terbuka.
 
“Saya mohon  Menteri mengarahkan SKMM menarik balik atau `mengnyahkan’ lagu tersebut daripada You Tube sebagaimana dilakukan terhadap filem yang menghina Nabi SAW baru-baru ini dan gesaan ini dibuat bukan sebagai Mursyidul Am Tibai tetapi sebagai seorang bapa kepada anak,abang kepada adik dan sebagai seorang anggota masyarakat bergama Islam kerana penyebaran lagu ini bertentangan dengan  prinsip Perlembagaan Persekutuan FASA (1) Perkara 3 yang memperuntukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
`Menteri mesti nyahkan lagu tersebut dari Youtube'-Zahid
“Adakah Rais Yatim ataupun sesiapa sahaja orang Islam dalam negara ini mahu anak-anak mereka menyanyikan lagu ini?Menghafal lagu ini? Lagu ini jelas mengundang keresahan masyarakat dan langsung tidak bernilai untuk memupuk perpaduan nasional,”tegas Zahid  Mat Arip.
 
“Kita percaya hari ini sudah ada anak-anak Melayu yang menyanyikan lagu ini.Mungkin mereka menganggap ianya sebagai hiburan tetapi mereka lupa dalam masa yang sama,mereka boleh menjadi syirik,murtad kerana memuja Tuhan lain selain daripada Allah SWT,” katanya lagi.
 
Bila lagu ini dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia,jelas ianya bertujuan jahat.Secara halus usaha memurtadkan anak-anak Melayu dilakukan oleh Jaclyn bila dihalusi seluruh senikata lagu tersebut dan memberi makna bahawa mereka menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menobatkan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
 
Lagu ini jelas bertujuan jahat kerana dinyanyikan dalam Bahasa Melayu dan tidak dinyanyi dalam Bahasa Inggeris.Jelas secara halus ada usaha terancang pihak Kristian untuk memurtadkan orang Islam.

 
Agenda penyanyi,pencipta dan penulis lirik lagu ini menyamai agenda politk DAP yang mendapat pelindungan khas dari Mursyidul Am PAS Nik Aziz bila didedahkan dalam Parlimen baru-baru ini bahawa DAP akan menukarkan kedudukan agama rasmi Negara termasuklah seluruh Perlembagaan Persekutuan.
 
PAS langsung tidak menentang agenda tersirat lagu ini dan semua pemimpin Melayu seperti berdiam diri barangkali terhibur dengan nyanyian penyanyi tersebut hingga mereka lalai melihat segala kandungan lirik-liriknya.
 
Walaupun sebagai penyanyi,pihak Kristian berjaya memperalatkan populariti penyanyi ini untuk menerus ataupun mengukuhkan agenda mereka dan sesiapa sahaja anak-anak Melayu yang meminati penyanyi ini harus merasa tersinggung dengan lagu Harapan Bangsa ini.
 
Lagu ini perlu ditentang sebelum ianya disebarluaskan dan Rais Yatim harus bertindak sebelum ianya menjadi perang agama yang sukar dibendung nanti.
Thursday, October 18, 2012

Rais dan Fuad perlu kenalpasti petualang!

KEBANJIRAN penyokong-penyokong pembangkang ataupun agen-agen asing dalam kerajaan maupun agensi-agensinya bukan lagi menjadi rahsia umum malah ada yang secara terang-terangan,.secara terbuka dan tidak segan silu lagi mendokong prinsip perjuangan pembangkang walaupun mereka ini menerima gaji,elaun dan segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah.

Mencari mereka dalam pentadbiran kerajaan mungkin memakan masa yang agak lama kerana sikap mereka yang seperti gunting dalam lipatan ataupun api dalam sekam tetapi  kita agak terperanjat apabila agensi seperti   Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  yang secara total menggerakkan agenda parti pemerintah juga turt dihuni oleh kakitangan yang bersikap seperti talam dua muka ini.

Kalau sebelum ini didedahkan agensi-agensi lain seperti BTN dan jabatan kerajaan lain turut dihuni oleh manusia-manusia yang bersifat talam dua muka ini kali ini  JASA pula dibuktikan ada kakitangan mereka yang telunjuk lurus tapi kelingking berkait dan cukup merbahaya kalau kakitangan JASA ini terus kekal di jabatan sedia ada ataupun di dalam JASA itu sendiri.

JASA di bawah kawalselia Kementerian Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan serta dipimpin oleh Fuad Hassan.
Dalam usaha sebahagian besar kakitangan JASA ini memacu untuk menarik sokongan tanpa berbelah bagi rakyat kepada kerajaan sedia ada rupa-rupanya ada dari kalangan mereka yang menggunakan media social terutama sekali Facebook untuk menyerang kerajaan dari dalam dan menyokong parti pembangkang.

Kita hairan bagaimana pengurusan JASA boleh terlepas pandang sebelum melantik mereka ini dan ditempatkan di bahagian yang cukup strategic iaitiu Bahagian Kewangan dan menggunakan kemudahan sedia ada mereka yang dimaksudkan menyatakan endirian secara terbuka terutama sekali kepada arti PAS.

Cuba lihat pembangkang di negeri-negeri yang mereka perintah,sebelum menerima kakitangan baru,mereka menapis segala maklumat serta latar belakang sebelum menawarkan sebarang jawatan yang dipohon tetapi jauh berbeza dengan kerajaan Barisa Nasional termasuklah agensi-agensinya menerima sesiapa sahaja tanpa menyelidiki  latar belakang adakah mereka itu agen,penyokong pembangkang yang berpotensi menjahanamkan peracangan kerajaan dari dalam.

Saya tidak bersedia  untuk peringkat ini  mendedahkan siapa di sebalik menggunakan nama samaran di Facebook dengan nama  Pencetus Idea tapi akan mendedahkan secara terperinci maklumat beliau setelah melayari Facebooknya dan melihat komen-komennya serta posting-postingnya termasuklah  komen-komen beliau di Facebook kakitangan JASA yang lain termasuklah Timbalan Ketua Pengarah JASA,Dato Abu Talib Harun,jelaslah Pencetus Idea adalah peyambung lidah pembangkang yang bertopengkan sebagai pegawai JASA.

JASA yang  dibangunkan khusus untuk menjadi agensi utama,menarik sokongan rakyat,mengumpul maklumat,menganjurkan  program dan mengerakkan gerakan rakyat serta menjadi mata telinga dan kekuatan jiwa raga untuk kerajaan dan juga Barisan Nasional tidak boleh sesekali walau dalam sesaat pun mempunyai seorang yang berjiwa pembelot seperti ini.

Siapa yang berani mengesahkan bahawa Pencetus Idea ini tidak akan menyalurkan maklumat kepada pihak lawan?Sedangkan yang berada di sekliling Perdana Menteri pun boleh menjual maklumat apa sangat dengan pegawai yang Gred 41 ini dan kalau JASA merasakan tindak tanduk pegawainya ini tidak mampu menggangu gugat operasi mereka,dipersilakan untuk terus mengekalkannya namun menempatkan pegawai ini di Bahagian Kewangan,banyak risikonya kalau tiba-tiba beliau mengambil keputusan meletak jawatan. 

JASA yang sedang dikhianati..
Kes Rafizi Ramli semasa bertugas di Petronas harus menjadi rujukan kepada pengurusan tertinggi JASA.Lihat bagaimana Rafizi menyerang Petronas walaupun beliau berbohong tetapi sebagai orang yang pernah berada di dalam Petronas.beliau mampu menyakin rakyat dengan putarbelitnya dan pegawai JASA yang dimaksudkan ini juga boleh menadi belati tajam yang akan merobekkan agenda-agenda JASA.

Sesiapa yang ada akaun Facebook,cuba layari muka buku Pencetus Idea ini dan lihatlah pendirian politiknya melalui tulisan ataupun komen-komennya dan adakah tepat pemilihan beliau untuk berada di dalam JASA?

Kita bersimpati dengan kesungguhan kakitangan JASA yang lain yang menumpahkan taat setia kepada pemerintahan tetapi dalam masa yang sama ada rakan mereka yang menikam dari belakang.

Kita terima setiap orang boleh berbeza fahaman politik tetapi JASA adalah agensi kerajaan yang difahamkan setiap kakitangannya wajib menandatangani akujanji sebelum menerima jawatan di JASA dan tidak ada siapa pun yang boleh menafikan bahawa JASA yang juga turut dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas adalah antara badan yang paling efisen membantu kerajaan serta Barisan Nasional untuk mengekalkan pemerintahan.

Saya berhenti setakat ini dulu untuk melihat respon dari pihak JASA..

Saturday, October 13, 2012


Apakah pendirian politiknya jejaskan SPRM?

TIMBALAN Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Shukri Abdul mula diragui kredibiliti serta intergriti beliau yang dilihat lebih condong serta memberikan perhatian yang luar biasa terhadap kes-kes yang membabitkan pemimpin-pemimpin kerajaan ataupun penyokong-penyokong Barisan Nasional dan lebih malang lagi beliau dikatakan antara  penyokong tegar PAS apabila melihat kepada latar belakang keluarganya di Kedah dan orang Kedah tahu kedudukan bapa Shukri dalam PAS Kedah..

Shukri Abdull sebelum ini pernah menjadi  Pengarah BPR  Kelantan pada tahun 1990an dikatakan seperti tidak berminat  dan bersungguh-sungguh untuk mendakwa kes-kes yang melibatkan kepimpinan pembangkang dan kalau ada tindakan pun mahkamah akan membebaskan kerana tidak mempunyai bukti yang cukup dan ini berbeza dengan kes-kes yang melibatkan kepimpinan kerajaan walaupun baru khabar angin sudah ada arahan untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.

Pandangan serong mula dihalakan kepada Shukri Abdull apabila melihat kepada betapa efisen atau bersungguhnya unit yang beliau ketuai untuk menyelongkar dan mencari hingga ke akar umbi bukti-bukti untuk disabitkan apabila dikaitkan dengan pemimpin-pemin kerajaan ataupun pemimpin Barisan Nasional dan sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin pembangkang didajwa di mahkamah kerena rasuah atau menyeleweng.Adakah dimata Shukri,semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini suci bersih?

Adakah di mata Shukri semua pemimpin pembangkang dalam Negara ini diberikan imuniti bagi melakukan kesalahan ataupun rasuah?Semasa memegang jawatan di Kelantan,cuab sebut satu sahaja pemimpin pembangkang yang pernah Shukri heret ke mahkamah untuk didakwa?

Dengan sikap yang dilihat berat sebelah Shukri Abdull sejak akhir-akhir ini kita percaya kes yang dilaporkan oleh GAPs (Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) berkaitan dengan pembelian bas mewah oleh Khalid Ibrahim akan di siasat seperti melepaskan batuk ditangga dan kata dua atau tempoh  yang diberikan oleh Hamidun,Pengerusi GAPS hanyalah sekadar angin lalu yang tidak akan merubah persepkstif siasatan oleh suruhanjaya ini.

Hamidzun mungkin menyedari laporan yang dibuatknya akan dibakulsampahkan oleh SPRM dan sebab itulah beliau memberikan tempoh kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim dan untuk laporan GAPs ini,kita yakin aka nada kenyataan selepas ini bahawa Khalid tidak bersalah,Khalid tidak rasuah dan Khalid tidak menyalahgunakan kuasa.Cuba Khir Toyo yang terlibat?

Bukan sahaja GAPs,mana-mana NGO  yang membuat laporan berkaitan penyelewengan ataupun salah laku pemimpin pembangkang,SPRM seolah-olah menjadikan telinga mereka pekak badak tetapi tengok sahaja kes yang melibatkan Ketua Menteri Melaka,cukup bersungguh Shkri Abdull mengarahkan siasatan dibuka dan siap siaga dengan kenyataan akhbarnya sekali.

Adakah laporan GAPs ini akan jadi sia-saia?
Lihat juga isu membabitkan pembelian lembu yang membabitkan Khalid serta beberapa isu lain yang melibatkan pembangkang,SPRM seakan memandang sepintas lalu dan dilihat seperti tidak berminat  untuk menyiasat hingga ke akar umbi bagi mencari bukti dan dalam kes TALAM,lihat sahaja bagaimana SPRM bergerak seolah-olah gerakan mereka seperti kura-kura.Cukup lembab!

Cara Shukri Abdull mengendali Unit Opreasi SPRM dilihat terlalu pro kepada pembangkang dan sebagai bukti apabila ada laporan yang berkaitan dengan pemimpin UMNO,beliau mengarahkan pasukannya untuk terus menyiasat dan mendakwa mereka di mahkamah dan kalau kalah sekalipun ataupun kes tidak cukup kuat untuk didakwa,sekurang-kurangnya SPRM berjaya memalukan pemimpin terbabit.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang dilihat seperti tidak ada kes kepada SPRM untuk disiasat dan sebab itulah pembangkang dilihat bermaharjalela di Selangor,Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang dan adakah Shukri juga boleh dilabelkan sepertimana pendedahan sebelum ini bahawa ada `lanun-lanun’ yang bertopeng berada di dalam kerajaan bagi menjatuhkan ataupun menggulingkan kerajaan dari dalam dan adakah Shukri Abdull ini salah seorang darinya?

Nasib Khalid lebih baik dari Khir!
Andai Shukri ada kepentingan,beliau tidak layak berada di dalam Suruhanjaya  tersebut serta patut dilucutkan sebagai Ketua di Unit Operasi Dan Pendakwaan SPRM dan dipindahkan kepada bahagian-bahagian lain supaya SPRM dilihat betul-betul sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas,berintegriti dan bukan menjadi alat kepada mana-mana pihak serta tidak menggunakan kuasa yang diberikan untuk mengambil tindakan terpilih ataupun sewenang-wenangnya.

Dan kalau Shukri lebih berminat untuk menjadi orang politik,beliau boleh memilih untuk bersara awal dan mengambil tindakan seperti pegawai-pegawai kerajaan yang lain menyertai PAS bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional secara gentleman dan bukannya menjadi duri dalam daging ataupun gunting dalam lipatan.

Kita menghormati serta menyanjung tinggi kalau beliau memang bersungguh-sungguh untuk mengekang kegiatan rasuah dalam negara ini sepertimana amanah serta tanggungajawab yang diberikan oleh SPRM kepada beliau dan kumpulannya namun beliau harus jujur serta tidak memilih mangsa untuk menyiasat dan mengambil tindakan mendakwa di mahkamah.

Andai mereka menyiasat kes melibatkan pemimpin UMNO hingga ke akar umbi bagi mencari bukti dan saksi,prinsip yang sama juga harus digunakan untuk menyiasat kegiatan rasuah pemimpin-pemimpin pembangkang dan apa yang sedang berlaku di Selangor hari ini akan menjadi penanda aras kepada hasil siasatan yang akan diumumkan (itupun kalau mahu diumumkan) dan juga menjadi penanda aras kepada Bahagian Operasi Dan Pendakwaan SPRM ini.

Kita tidak berniat untuk memperkecil ataupun memperlekehkan SPRM tetapi kita tidak mahu SPRM yang ditubuhkan itu menjadi tali barut kepada pembangkang dan dalam semua orang melihat kerakusan pemimpin pembangkang melakukan rasuah di Selangor, kita menunggu mata mana yang akan digunakan oleh SPRM bagi melihat apa yang orang ramai lihat itu.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers