Monday, September 24, 2012

Kurangkan bercakap,ambil tindakan!
SUDAH sampai masanya Pengerusi,Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR),Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berhenti bercakap dan menggunakan media  untuk mempertahankan kredebiliti SPR yang selama ini diserang serta difitnah oleh pembangkang terutama sekali Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution.

Aziz Yusuf sudah terlalu banyak bercakap dan seperti sudah jadi orang politik.Ketegasan ketua atau pemimpin bukan dilihat daripada percakapan semata-mata tetapi adalah mengambil tindakan untuk melindungi badan-badan yang mereka wakili.

Kita melihat SPR ini sudah menjadi seperti satu badan politik sedangkan mereka sebenarnya adalah sebuah badan bebas yang perlantikan mereka dipersetujui serta disahkan oleh DYMM YDP Agung namun mereka ini seperti hilang taring serta bisanya apabila berjaya diperangkap oleh pembangkang untuk mengikut rentak dan tari kumpulan yang sekian lama menyerang kredbiltii SPR ini.

Kita melihat seolah-olah SPR ini tidak ada kuasa untuk mengheret mereka yang selama ini memfitnah SPR hingga setiap kali ditohmah,Aziz Yusuf terpaksa menjawabnya melalui media massa yang mana sepatutnya SPR telah mendakwa Saifuddin Nasution ini di mahkamah kerana SUA PKR ini berterusan memfitnah,memperlekeh serta mempersendakan suruhanjaya itu.

SPR menjawab dengan fakta-faktanya manakalah Siafuddin ataupun pembangkang lain terus dengan auta mereka bagi mengeliru serta menghasut rakyat untuk turut sama mencerca SPR dan kalaulah Aziz Yusuf merasakan menggunakan akhabr atau media lain boleh menyelesaikan masalah,ternayat Aziz silap.

Mustahil sebuah Suruhanjaya seperti SPR ini tidak mempunyai kuasa-kuasa tertentu termasuklah membuat laporan polis di atas segala fitnah yang dilemparkan terhadap suruhanjaya itu apatah lagi SPR bukan sekali difitnah malah berulang-ulang kali yang dilihat seolah-olah SPR ini sebuah badan yang tidak bermaruah hingga boleh dipijak semahu-mahunya oleh pembangkang. Dan sampai bila SPR mahu mereka difitnah begini?

Saifuddin akan terus fitnah SPR!
SPR seperti tiada kekuatan dan hanya bersandarkan kepada penafian semata-mata dengan mendedahkan bukti-bukti bahawa apa yang dilemparkan oleh pembangkang selama ini adalah fitnah semata-mata dan penafian beginti tidak akan menyelesaikan segala gerakan terancang untuk memalukan SPR kerana politik pembangkang yang penuh putar belit boleh melupuskan segala bukti yang SPR berikan.

Kita mahu SPR bertindak lebih jauh bagi menjaga kredebilti badan tersebut dengan mengheret sesiapa sahaja yang memfitnah mereka ke mahkamah kerana sebagai sebuah badan bebas yang diberikan tanggungjawab daripada PRU pertama hingga ke PRU 13 nanti,mereka harus dilihat bebas dengan bermaruah.Untuk itu SPR perlu bertindak berdasarkan undang-undang Negara yang sedia ada.

Manakala Saifuddin,andainya beliau meragui ketelusan SPR dalam mengendalikan Pilihanraya di Negara ini,beliau tidak perlu bertanding dalam pilhanraya nanti  ataupun sebagai menghukum segala keceluparan serta kebiadapan Saifuddin Nasuition terhadap SPR, SPR menarik diri daripada menguruskan pencalonan ataupun pilihanraya melibatkan Saifuddin ataupun menggunakan kuasa yang ada yang diberikan kepada SPR untuk tidak menerima Saifuddin sebagai calon pilihanraya.

Kita percaya SPR ada peraturan atau kuasa-kuasa tertentu yang boleh menghukum ahli-ahli politik yang biadap seperti Saifudin ini dan sekiranya SPR tidak menggunakan apa sahaja peruntukan ataupun undang-undang yang sedia ada,kita yakin suruhanjaya ini akan senasib dengan badan-badan lain yan sebelum ini telah dikeji dan diperlekehkan oleh pembangkang.

Wednesday, September 19, 2012

Cina DAP terus biadap dan kurang ajar
NGEH  Koo Ham memang seorang  pemimpin politik yang kurang ajar,Cina DAP yang paling biadap pernah negara ini lahirkan dan dilihat menganggap isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang ditentang oleh seluruh umat Islam di dunia termasuklah Malaysia sebagai tindakan politik,membuang masa dan tenaga.

Kebiadapan dan kurang ajar Ahli Parlimen Beruas dicetuskan dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam "Innocence of Muslims" dan Cina DAP ini tidak melihat apa yang berlaku di negara-negara  Islam luar yang menentang penerbitan filem itu sebagai seuatu yang sensitive baginya dalam memelihara perpaduan kaum dan kebebasan beragama di Negara ini.

Keceluparan Cina DAP ini dilihat boleh memakan diri seandai beliau mengambil iktibar kemusnahan dan kerosakan hasil daripada penentangan orang-orang Islam di seluruh dunia  dalam mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad SAW itu termasuklah dibunuh seorang Duta Amerika  sebagai tindak balas di atas penghinaan tersebut.

Cina DAP biadap ini bagaikan menyiram minyak ke atas api kemarahan umat Islam yang bergabung tanpa mengira fahaman politik menyelar penerbitan filem tersebut dan beliau mengambil kesempatan untuk membakar jiwa umat Islam di Negara ini tanpa memikirkan kesan terhadap dirinya ataupun agama yang beliau anuti.

Kalaulah seorang Duta Amerika boleh dibunuh di jalanan bagaikan menyembelih anjing gila,kita bimbang Cina DAP ini juga menjadi mangsa kemarahan umat Islam lain di Negara ini yang mengambil tindakan yang serupa terhadap beliau sekiranya beliau berterusan memperlekehkan segala bantahan yang sedang dibuat hari ini.

Kalau Ngeh Koo Ham berfikir banyak kali dengan melihat segala kemusnahan yang berlaku di Negara-negara luar hasil daripada penghinaan melalui filem tersebut, Cina DAP ini tidak akan menulis begitu dalam tweeternya tapi kerana mungkin beliau merasakan umat Islam negara ini telah berjaya dipecahbelahkan dan sementelahan PAS pula berdiri di belakang mereka sebagai rakan kongsi,beliau tidak takut walau seinci pun untuk menghina junjungan besar umat Islam ini.

Barangkali Cina DAP ini menganggap apa yang sedang disuara serta dibantah oleh seluruh umat Islam hari ini sebagai satu kerja main-main dan kerana menganggap begitulah beliau menyindir Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebagai mahu mengambil kesempatan untuk berpolitik dan menganggap usaha Khairy Jamaluddin itu sebagai membuang masa dan tenaga.

Saat orang Islam membara marahnya,Cina DAP ini tuang minyak atas apai yang marak!
Ini jelas Ngeh Koh Ham bagaikan menganggap penghinaan terhadap junjungan besar umat islam seluruh dunia dan sekiranya Ngeh Koo Ham tidak menarik balik serta meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Negara ini, kita bimbang kesabaran umat Islam yang selama ini dipijak-pijak oleh DAP akan terhakis malah menjurus kepada perang agama antara agama anutan Ngeh Koo Ham dengan Islam.

Persoalan agama bukan satu perkara main-main tetapi kita tidak tahu mungkin rakan DAP iaitu PAS menganggap ataupun bersetuju dengan kenyataan ataupun sindiran Ngeh Koh Ham ini kerana sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin Islam dari PAS yang bersuara menentang tweet yang dilakukan oleh Cina DAP ini.

Kegilaan Cina DAP ini perlu disekat dan tindakan perlu diambil kerana dibimbangi nyawanya akan terancam oleh golongan exstrimis agama yang non partisan yang akan menghalalkan darahnya sebagaimana dihalalkan darah Penerbit ataupun Pengarah filem ini kerana kalau mahu dibandingkan nilai atau harga antara Ngeh Koh Ham dengan Duta Amerika yang dibunuh itu, Cina DAP ini tidak bernilai walau sesen pun untuk dihukum atas segala keceluparan dan kebiadapannya.

Ngeh Koh Ham sedang mengocak serta menjadi api dalam sekam terhadap kebebasan beragama di negara ini dan juga terhadap Islam agama Persekutuan dmalah penghinaan beliau ini tidak wajar sama sekali dimaafkan walaupun Islam tidak menganjurkan keganasan.

Cukuplah Melayu dihina dan jangan pula Islam terus dibenarkan untuk dipersenda dan diperlekehkan dan jangan sesekali kalimah Syahadah diputuskan hasil dari tindakan Cina DAP yang gila ini
Tuesday, September 18, 2012

KATA Naib Presiden UMNO,Ahmad Zahid Hamidi Barisan Nasional telah menyenarai pendek 2,181 calon untuk dipertimbangkan bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihanraya Umum Ke 13 nanti.

Bagaimana pun katanya,hanya 727 calon akan mendapat watikah untuk bertanding bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN daripada PM Najib dengan jumlah keseluruhan DUN ialah 576 tetapi hanya 505 kerusi dipertandingkan kali ini kerana 71 lagi adalah kerusi DUN Sarawak yang sudah pun mengadakan Pilihanraya Negeri pada April tahun lalu.

Saya tertarik untuk mengulas tentang CALON dan WATIKAH ini seperti yang disebut oleh Naib Presiden UMNO itu dan kenyataan Ahmad Zahid ini dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar tempatan hari ini kerana  sudah ada pun yang mendakwa mereka telahpun dipilih  dan dimuktamadkan oleh Najib untuk menjadi calon di kerusi Parlimen-parlimen tertentu dan sudahpun menerima watikah daripada PM Najib yang mengesahkan bahawa merekalah calonnya.

Ahmad Zahid yang dipetik sebagai berkata `Nama calon yang berjaya tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah untuk bertanding dikeluarkan,kadang-kadang sejam sebelum hari penamaan calon..’jika benar adakah  dakwaan dua tiga orang yang mengaku diberikan watikah itu sudah dimuktamadkan sebagai calon dan bagaimana dengan 724 calon yang lain-lain itu?Jadi benarkah kenyataan Zahid ini?

Kalau benar mereka ini sudah mendapat watikah,adakah PM Najib sudah mendapat persetujuan semua Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden parti-parti komponen sebelum memberikan watikah ini ataupun mereka ini sengaja `melacurkan’ nama Najib kerana kegilaan mereka untuk menjadi calon pilihanraya?

Kerana penyakit `gila’nak jadi calon ini mereka ini beriya-iya mempengaruhi orang-orang di bawah kononnya PM Najib telah pilih mereka sebagai calon pilihanraya dan orang-orang di bawah diberikan keyakinan apatah lagi apabila melihat calon-calon yang mendakwa itu mempunyai hubungan rapat ataupun secara langsung dengan Perdana Menteri.

Barangkali mereka ini benar.Watikah yang diterima oleh PM Najib itu juga benar dan kalau semuanya benar,PM Najib perlu menguar-uarkan dan juga memberikan watikah kepada bakal-bakal calon di 724 kerusi tersebut supaya Najib dilihat tidak pilih bulu dan sekaligus memudahkan mereka ini berkerja demi memenangkan pilihanraya nanti.

Kata Ahmad Zahid Hamidi lagi, nama tidak akan dimuktamadkan sehingga watikah dikeluarkan dan kalau ada pun watikah ianya watikah kosong yang tidak mempunyai nama sesiapa dan persoalan timbul kepada kita, adakah PM Najib telah melaksanakan satu transformasi politik dengan memberikan watikah yang telah pun diisi dengan nama-nama calon ataupun mereka sendiri yang meletakkan nama mereka sebagai calon di parlimen-parlimen tertentu walaupun belum dimuktamadkan lagi?

Tidak adil seandainya PM Najib hanya bersetuju memberikan watikah perlantikan sebagai calon kepada orang-orang tertentu sahaja sedangkan beratus lagi kawasan-kawasan lain dan mungkin termasuk Najib sendiri pun belum ada watikah seperti yang disebutkan itu ataupun sekadar wayang untuk memberikan tekanan kepada Najib supaya bersetuju memilih mereka yang disebutkan itu sebagai calon walaupun belum ada keputusan muktamad.

PM Najib juga perlu mengumumkan persetujuan pertukaran kawasan Parlimen milik parti komponen yang diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi kerana kita bimbang apabila melihat dibeberapa buah kawasan Parlimen  yang asalnya bukan milik UMNO,ada usaha  dijalankan untuk merampas kerusi tersebut daripada menjadi milik parti komponen.

Adakah kerana mereka ini Ketua Bahagian,Ketua Wanita,Ketua Pemuda dan juga Ketua Puteri,mereka wajib dipilih sebagai calon?Adakah juga kerana mereka ini pegawai-pegawai Najib,Menteri ataupun Timbalan Menteri,itu adalah tiket atau `Kad Hijau’ untuk mereka lepas tanpa sebarang halangan untuk menjadi calon?

Taktik menjaja nama Najib akhir-akhir ini makin menjadi-jadi dan walaupun kita percaya dan penuh yakin bahawa PM Najib tidak akan mudah tergoda dengan sandiawara yang dimainkan ini namun kebimbangan kita ada apabila ada juga konspirasi antara pegawai-pegawai agensi yang diberikan tugas untuk mengenalpasti calon mencadangkan nama-nama dari kalangan mereka boleh menggelapkan mata Najib.

Sebagai  contoh musim Rumah Terbuka Aidilfitri lalu, kita melihat bukan agenda ukhwah yang menjadi keutamaan tetapi rata-ratanya bercakap tentang siapa calon dan ada yang tidak segan silu menegaskan sekiranya bukan Ketua mereka dicalon,mereka akan gerakkan ahli untuk sabotaj parti.

Barangkali kerana terdengar kenyataan sebeginilah,Timbalan Presiden memberikan amaran akan memecat sesiapa sahaja yang mensabotaj parti dalam RU13 nanti
Monday, September 10, 2012

Untung janda,untung lagi pemimpin PAS!
AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abby Abady sesat dan menyesatkan malah `kepulangan’ kononnya kepada sebuah Islam bagaikan tidak memberi erti apa-apa,bukan satu keinsafan malah jauh sekali mahu bertaubat,

‘Keinsafan’ Arbaiyah yang masih mencukur keningnya,bibirnya sentiasa merah menyala disapu berbagai jenama lipstik ini patut dihormati oleh sesiapa pun termasuklah orang yang tidak waras tetapi apabila beliau menjaja kecabulan mulutnya dengan menghina orang lain di sana-sini termasuklah rakan-rakan artisnya membuktikan bahawa beliau sebenarnya belum sedikit pun bertaubat dan ternyata perubahan yang beliau laungkan itu umpama bangkai yang diselindung disebalik sehelai lalang.

Semua orang tahu baik dari LembahKeramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam melalui Gerak Khas sehinggalah kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru,manusia yang lahirnya bernama Arbaiyah ini  tidak sedikit pun mempunyai pendidikan agama hingga melayakkan beliau bercakap soal hukum,halal atau haram maupun syurga atau neraka
.
Tapi pentas yang diberikan oleh PAS,parti yang sedang memperalatkan Arbaiyah ini langsung tidak menegur keceluparan serta kebiadapan penyanyi serta pelakon yang bertahun-tahun terlibat dalam seribu satu macama kemaksiatan apabila Abby yang asalnya terpekik terlolong di pentas nyanyain maupun lakonan sedang menyundalkan agama Islam yang mungkin dia tidak tahu apa-apa namun demi meraih sokongan,janda kepada Norman Hakim ini langsung tidak dihalang walaupun keceluparannya itu secara tidak langsung merendahkan maruah serta martabat agama Islam itu sendiri.

Taubatlah kerana Allah dan bukan kerana PAS!
Bacalah Tweeternya dan lihatlah bagaimana manusia yang tiba-tiba bertudung ini menghukum orang itu dan orang ini malah keceluparan beliau sendiri sebenarnya mempersendakan agama Islam,mempersendakan Allah  tapi mungkin dalam PAS segalanya ini dibenarkan sementelahan  pula guru-guru songsang sebagaimana songsangnya Arbaiyah ini mempertahankannya maka Arbaiyah ini langsung tidak takut dengan petaka yang bakal Allah turunkan pada beliau.Perubahan beliau bukan kerana takut azab Allah tapi perubahan ataupun taubat beliau ini hanya untuk mencari makan.

Kitab mana yang makhluk ini rujuk?Kalam Allah mana yang beliau gunakan?Sumber hadis dan sunnah mana yang beliau belajar hingga beliau sewenang-wenangnya menuduh orang itu dan orang ini sebagainya?Saya kenal beliau secara peribadi dan untuk peringkat ini masih beluam mahu membongkar wajah sebenarnya beliau yang sedang dilitupi dengan tudung-tudung percuma selama ini.

Kita tidak kisah Arbaiyah ini mahu berubah daripada apa sekalipun baik dari setan menjadi iblis,itu adalah hak beliau tetapi apabila Arbaiayh ini dangkat lebih tinggi daripada tokoh-toko agama dalam PAS  dengan sendiri membuktikan PAS sedang melacurkan agama dengan Arbaiyah ini menjadi perkakasnya.

Kasihan janda yang tidak tahu apa-apa ini tetapi beliau sebenarnya sedang menjahanamkan dirinya sendiri apabila membenarkan PAS `menjual;nya hanya untuk meraih undid an Arbaiyah memilih jalan berdosa yang maha panjang senadinya beliau tidak keluar daripada kumpulan yang sedang menunjukan jalan belau ke neraka jahanam.

Arbaiyah ini dimunculkan seolah sebagai guru agama yang mursid,pemimpin muda yang zuhud dan tarafnya mungkin seiring ataupun sebaris dengan Nik Aziz,Hadi Awang,Haron Din dan beberapa orang lagi yang mengaku ulamak besar dalam PAS malah keghairahan Arbaiyah ini bakal mengundang padah apabila di kalangan artis sendiri pun sudah mula berbisik kononnya Arbaiyah bukan memilih untuk berubah tetapi kerana sudah tidak laku dalam dunia nyanyian dan lakonan maka demi mahu meneruskan kehidupan glamer serta mengejar wang,beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menjadi Ustazah Segera.

Ustazah Mee segera-Bertudung bukan tiket hina orang lain
Perlu ada orang untuk memimpin  dan martabiyah Aarbaiyah ini keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa sekiranya Arbaiyah ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu kerana Arbaiyah hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.

Arbaiyah barangkali lupa atau pun bodohnya tahap melampau hingga tidak boleh bezakan parti politik dan agama.PAS itu sebuah parti semata-mata,tidak lebih dari itu,parti yanf sedang gila mahu berkuasa,mereka akan jual apa sahaja dan bukan sahaja anak-anak dara atau isteri orang di jaja ataupun dijual,janda muda seperti Arbaiyah ini pun akan dijual atau dijajanya selagi laku.

Artis lain pun ada yang bertudung tetapi mereka ini tahu menjaga mulut,adab serta sopan seorang wanita kalau mahu dibandingkan dengan Arbaiyah ini. 

Malah ada yang mendakwa elok jugalah Arbaiyah ini diceraikan oleh Norman dan dikutip oleh PAS  kerana wanita yang disangka lemah lembut ini rupanya ada dua wajah.Kalau zaman dulu-dulu pasti mulut Arbaiyah ini kena cabai!

Jangan bermain-main dengan hukum atapun ayat-ayat Al-Qur`an kalau Arbaiyah baru setahun jagung mengenalinya dan jangan sesekali menjadi Ustazah Google ataupun Ustazah Yahoo kerana dalam mendalami ilmu agama serta melengkapkan perubahan,guru sebenarnya perlu dicari dan menuntut ilmu melalui pembacaan semata-mata kita bimbangi akhirnya Arbaiyah menjadi gila isem,duduk tepi tiang letrik ataupun stesen bas bercakap sendirian.

Ingat betudung bukan tiket untuk menghina orang lain.Sertai PAS bukan modal untuk masuk syurga.Ulamak-ulamak dalam PAS pula sudah jadi macam tunggul kayu mati hingga tidak berani menunjukkan jalan Islam sebenarnya kepada bekas artis yang sedang jadi seperti ubat tamat tempoh ini.

Apa khabar Normala Sudirman bekas calon PAS DUN Tenang?Sejak ada Abby Abadi ini,bekas cikgu ini dah jadi kain alas kaki ke?

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers