Thursday, May 31, 2012

Biadap dan kurang ajar..!
KEDAULATAN Raja-Raja Melayu yang menjadi payung rakyat di Tanah Melayu ini semestinya dipertahankan bukan sekadar kenyataan media semata-mata tetapi ianya perlu lebih tegas dengan tindakan undang-undang sebagai pengajaran agar ianya tidak menjadi ikutan pada mereka yang suka mengambil kesempatan.

“Janganlah kita terlalu lemah lembut dalam soal ini (penderhakaan) terhadap Raja-Raja kita dan janganlah sampai bukan bangsa Melayu yang tidak tahu adab dan adat turut sama dengan alasan tuu...orang Melayu pun boleh cakap pasal dia punya raja, tarak apa pun...tarak masuk penjara pun...” kata kawan-kawan ketika bersembang dengan Kawan di Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru.

Isunya ialah pembidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan harga RM520,000 dan dikritik secara terbuka oleh bekas Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin melalui twitter yang anggap duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk bantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin.

Kritikan Nizar itu mendapat reaksi Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim yang menempelak Nizar kerana membuat kritikan tanpa kajian.

Isu itu timbul dan menjadi perbualan dikalangan orang-orang politik malah mendapat komen-komen yang agak 'kurang sopan' di laman-laman blog. Facebook dan twitter.

Penulis hanya pasang telinga, kalangan tukang sembang ada yang kata, “kebiadaban dan keceluparan Nizar itu amat keterlaluan, inilah unsur pengajaran yang hendak diajar oleh seorang Melayu pada generasi muda hari ini supaya boleh tegur sapa saja termasuklah Raja-Raja Melayu”

“Kalau tidak ada satu pengajaran untuk mentaati Raja-Raja Melayu maka tidak hairanlah di masa depan akan ada lebih ramai 'Nizar' dan ketika itu nasi sudah jadi bubur”

Semalam juga telah dimaklumkan dah ramai buat 'report' polis pasal Nizar tu dan Kawan juga dah baca kenyataan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dah tubuh pasukan petugas untuk siasat Nizar di bawah Akta Hasutan.

Para sahabat yang mengulas isu itu berharap akan ada satu perlaksanaan tindakan tegas sebagai pengajaran pada semua pihak dan pingat Datuk Seri itu ditarik balik.

Kita hanya boleh tunggu apa rakyat Johor terutama pembesar negara yang berkuasa terutama dari negeri Johor nak buat.
Monday, May 28, 2012

Najib akan diserang dengan berbagai-bagai cara...
ISU Scorpene sengaja ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Pak Lah sebagai senjata terakhir untuk memastikan PM Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau dan setelah gagal mengubah takdir di mana Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau. 

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. 

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di Mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut. 

 Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri. 

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan PM Najib dengan apa jua cara. 

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.  

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.  
  
Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam Scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.  

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.
 
Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.  

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  

Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan. 

Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut: 

-       menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.  

-       Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun.

-       Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 

-       Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 

-       Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.  

-       Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak. 

-       Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. 

-       Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.  

Scorpene kebanggaa negara!
Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas? 

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini. 
 
Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.  

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan PMNajib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  

Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang juga ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut? 

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga. 

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang… 

Bila Nik Aziz diberhalakan!
MARAH sungguh kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis Negara,Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru itu.

Bertempik menggila kalangan mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina ulamak,itu kata mereka.

Ulamakkah Nik Aziz ini?Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai seorang ulamak hingga tidak boleh dihina,diusik dan disentuh langsung sedangkan selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak menyokong parti PAS.

Apakah Nik Aziz sahaja yang boleh menuduh orang lain kafir?Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang PUR13 nanti.

Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan,sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.

Sudah berapa ramai orang yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan syurga ini.

Nik Aziz rasa sakit bila dituduh sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan silu,tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir,iblis dan setan.

Tak reti beza Islam dan kafir..
Yang menentang Islam dijulang,dipuja..
Sami Buddha ke?
Selama ini tidak ada orang yang berani secara terbuka menggelarkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir dan  sebagai bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai berbagai-bagai maklumat serta boleh akses beberapa perkara sulit,Rahim Noor dengan begitu berani serta yakin menoibatkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir.

Nik Aziz dalam usia yang sedang menunggu mati ini,yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid serta zikir tetapi  masih memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah beliau selama ini menimpa mukanya sendiri. 

Dalam saat kubur kata mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.

Baik Nik Aziz ataupun Dewan Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan selama ini.

Mengheret dua tiga kerat anak-anak muda yang belum habis belajar  Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.

Nik Aziz perlu muhasabah diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau sebagai dajjal akhir zaman.
Friday, May 25, 2012

Hassan perlu jawab Konathan Smith!
BUKU dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum.   Seperti yang ditulis sebelum ini  iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran. 
 
Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya.  Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.   

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai.  Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci.   Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA. 

Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun. 
 
Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.  

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental.   Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.  

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri,  barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.  

Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri. 
 
Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT.   Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.

Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia. 

Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran.  Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.  

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.

Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an.  Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa  tertinggi syarikat tersebut pada 1995.  

Tun Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini.  Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound. 
 
Dana dari rangkaian Wahhabi-CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.  

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.  

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?  Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama? 
 
Petronas dan Hassan wajib menjawab kemusykilan rakyat.
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers