Monday, April 30, 2012

Unit apa ini?
MAAF apa lagi yang dituntut oleh Dewan Pemuda PAS kepada pihak yang menuduh bahawa Unit Amal PAS antara yang terlibat sebagai punca mencetuskan rusuhan bersama kumpulan pemberontak negara dan pengkhianat seperti Anwar dan Ambiga itu hingga melumpuhkan segala aktiviti di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Gambar-gambar ditempat kejadian cukup membuktikan bahawa unit inilah yang memulakan provokasi melampau dan mereka mulainya di depan KLCC dengan merempuh benteng yang dibuat oleh pihak polis hingga ada polis yang tercedara dengan tindakan tersebut.

Ketua Dewan Pemuda PAS itu sebenarnya yang harus memohon maaf kepada pihak polis dan seluruh rakyat Malaysia sebagai tanda kesal dan insaf atas sikap biadap serta kurang ajar anggota unit tersebut yang tidak ubah seperti segerombolan anjing yang dilepaskan dari kandang untuk menyerbu apa sahaja yang berada di depan mereka.

Disinilah mulanya keganasan melampau!
Kerajaan juga dituntut untuk menyiasat Unit Amal ini kerana mereka dilihat berpotensi untuk menjadi gerakan radikal dan mungkin hingga ke sampai peringkat membunuh lawan mereka  sekiranya perkembangan Unit Amal PAS ini dbiarkan seolah-olah mereka itu adalah alternatif kepada pihak keselamatan lain.

Ketua Pemuda PAS,Nasharudin Tantawi tidak perlu menjadi telunjuk lurus dengan kelingkingnya berkait dengan menyalahkan pihak polis dan menggaanggap rempuhan yang dibuat oleh Unit itu sebagai satu pembuka lorong untuk memudahkan para penderhaka dan pengkhianat negara ini menyerbu untuk meneruskan perjalanan mereka hingga ke Dataran Merdeka.

Beliau tidak perlu memberikan kata dua kepada mana-mana pihak supaya meminta maaf atas kecelakaan yang dicetuskan oleh Unit Amal ini dan beliau tidak perlu mengucapkan tahniah kepada unit ini kononnya berjaya mengawal penyertaan penderhaka serta pengkhianat lain kerana jelas Unit Amal yang berbaju merah ini adalah antara penyumbang besar kepada keganasan yang berselindung di sebalik nama Bersih tapi jijik serta memualkan ini.

Bukan sahaja Anwar ataupun Ambiga yang perlu bertanggungjawab terhadap segala kemusnahan yang berlaku di sebalik demontrasi Bersih 0.3 ini tetapi PAS juga perlu dipertanggungjawab sepenuhnya kerana mereka juga turut sama menjadi pemberontak serta penderhaka kepada agama,bangsa dan negara dengan bersekongkoi bersama menganjurkan Bersih 0.3 ini.

Mereka bagai sekawan anjing terlepas kandang!
Kalau Bersih 0.3 berniat jahat terhadap SPR, kumpulan penderhakaan ini oula berniat untuk menggulingkan kerajaan dan tindakan mereka untuk menyerbu masuk ke Dataran Merdeka bagi menjadikan dataran itu seperti Dataran Tahrir di Mesir malah bila kita mendengar ucapan-ucapan yang dibuat oleh Anwar,Mat Sabu ataupun Azmin Ali dan juga Dzulkifli Ahmad,niat mereka jelas menghasut rakyat untuk meruntuhkan demokrasi yang terbina sekian lama di negara ini.

Isu SPR sebenarnya bukan agenda mereka.Bersih mendokong isu Lynas,Bersih dijadikan medan untuk mencerca kerajaan dan pemimpin UMNO malah PM Najib serta keluarga dijadikan sasaran maki hamun oleh anak-anak muda yang baru kenal dunia dan merelakan diri mereka diperalatkan ini.

Nasharudin harus melihat keterlibatan semua pemimpin pembangkang ini dan juga Unit Amal PAS dalam skop yang lebih luas dan PAS sendiri menjadikan demontrasi sebagai taktik baru mereka bagi mengecam kerajaan serta lawan mereka dan demontarsi sering dikaitkan sebagai ajaran puak-puak syiah dan adakah ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya mendokong fahaman itu.

Sebahagian anak-anak muda yang berada dalam Unit Amal PAS itu telah diajar untuk menjadi biadap dan kurang ajar.Mereka diajar untuk menjadi pengkhianat serta penderhaka kepada agama,bangsa dan negara malah anggota unit ini kalau dilihat secara rambang,mereka umpama lembu yang dicucuk hidung dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan tuannya.

Mereka seperti dirasuk syaitan!
Malangnya mereka ini bertuankan pemimpin yang tidak bermoral.Tuan mereka adalah pendokong gerakan seks bebas,tuan mereka adalah pemimpin yanfg paling jijik serta keji yang dilahirkan dalam sejarah kemerdekaan negara dan PAS telah melacurkan segala perjuangan mereka hanya kerana mahukan kuasa.

Nasharudin harus menyekolahkan anggota Unit Amal ini.Sebagai Ketua Dewan pemuda PAS,Nasharuddin harus bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang berlaku dan beliau harus mengakui bahawa beliau telah gagal mentarbiahkan anak-anak muda yang jelas datang dari pendidikan PASTI untuk menjadi anak muda yang berbudi bahasa serta mempunyai akal budi yang tinggi.

PAS bersalah dan Nasharudin lagi besar salahnya sama besar kesalahan yang dilakukan oleh Ambiga dan Anwar malah kerajaan juga dituntut untuk menyiasat Unia Amal ini kerana mereka dilihat berpotensi untuk menjadi gerakan radikal dan mungkin hingga ke sampai peringkat membunuh lawan mereka
Saturday, April 28, 2012

BERSIH 0.3 mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya tetapi malangnya mereka hanya mampu mengumpul sekitar 20,000 yang berlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah serta memprovokasi pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang.  

Justeru, apakah ertinya angka-angka ini?  

·         Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi.  

·         Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.   

·         Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.   

·         Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.   

Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya.  Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.   

Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka.  

Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau.  

Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan.  

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan. 

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam.  

Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH.  DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam.  

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional.  

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru.  Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?   

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin.  

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini.  

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru.  Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.  

Friday, April 27, 2012

ESOK akan berlaku satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0.  Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.   

Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh.   Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.   

Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana kita yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih.  Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia.   Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya.  

Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.   Ini semua orang tahu.  Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar seperti BERSIH.

Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama.  Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak?  Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta?  Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit.  Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain.  

Justeru, dari mana datangnya dana ini?

Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, “BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”

Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa?  Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya.  Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga?  

Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH?  

NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy.  Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.


Siapa atau apakah NED?  

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983.  Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif.  Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga.  

Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa.  

Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.

NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008.  Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.

Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.  

Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH?  

Tidak lain tidak bukan ialah untuk  menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.  

Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH.  

Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu ‘mengganggu’ Malaysia, jawapan penulis ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.


MANUSIA  belajar dari kesilapan tetapi malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi dan kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak. 


Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan.  Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat.  

Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi.  

Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan.  Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.   

Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut.  Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika.  Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu.   

Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi.  

Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA.   Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita.  

Penulis enggan menyentuh lebih jauh tentang Modus Operandi CIA kerana ia boleh dibaca sendiri dalam buku Phil Agee, Inside the Company: CIA Diary.  Apa yang penting untuk kita renungkan ialah apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya? 

Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang ‘berjangkit’ dari Tunisia.  Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip mata dan kemudiannya, keganasan.  Seperti yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan pendedahan Phil Agee.  

Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.   

Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir yang lebih baik?  TIDAK!!!

Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara mereka dari bawah.  Kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat kesilapan?  

Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati.  Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat, kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah.  Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga sukar didapati.  Pemberontak dan rakyat yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan.  

Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.    

Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam.   Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih teruk dari sebelumnya.  

Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir mengalami krisis ekonomi yang amat buruk.  Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan hutang negara meningkat.  

Kerajaan Mesir kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan.   Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik.  

Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.  

Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa itu adalah kewajiban kerajaan atau menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan dunia.  Penarikan subsidi ini tentunya menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada siapa kemarahan tersebut harus ditujukan.  

Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya.  Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa depan.  

Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini berada di tahap 12 – 24 peratus berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi.  Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran berada di tahap 9 – 12 peratus yang mana menjadi faktor utama pemberontakan bermula.  Ini adalah tanda jelas bahawa keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya. 

Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat.  Justeru, bagi melepaskan kemarahan, pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya menggulingkan kerajaan sebelumnya.  

Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan.  

Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih susah.  Jika dulu rakyat secara puratanya membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya mampu membelanjakan sekitar USD100.  Jika dulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi.  Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut untuk makan.  Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan.  

Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian dan sifat tidak tahu bersyukur.   Maka benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah adalah perjuangan yang diilhamkan oleh iblis.  

Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki hari ini.  Sebelum kita memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan fikiran sendiri.  


MEMANG kita  mengharapkan PDRM mengambil tindakan terhadap penganjuran Bersih 0.3 dan semua rakyat yang cintakan kedamaian,keharmonian serta ketenteraman awam sedang menanti apa sahaja tindakan daripada pihak berkuasa terhadap kumpulan yang diketuai oleh Ambiga.

Dalam kita mengharapkan begitu,kumpulan ini juga mengharapkan polis bertindak terhadap kedegilan mereka itu.Mereka memang mahu  merusuh.berdemontrasii dan polis membuat tangkapan dan mereka sememangnya mahu  malah bersedia untuk ditangkap,mereka mahu FRU pancut air,mereka mahu polis bertindak dengan apa cara sekalipun termasuklah membelasah kumpulan yang bebal dan tuli ini.

Sebab itulah mereka begitu sekali mencabar polis dan polis pun memang tahu perancangan mereka  sebab itulah Ambiga dan kumpulannya menolak segala arahan,amaran yang pihak berkuasa berikan termasuklah tawaran tempat lain selain dari Dataran Merdeka yang ditawarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Ambiga sudah merancang dengan teliti dan kita tidak terkejut selepas ini akan ada orang menipu mati kerana kekasaran polis,Anwar akan masuk hospital sekali lagi kerana terkena gas pemedih mata dan Suhakam pula akan terpekik terlolong kononnya polis telah melanggar hak asasi manusia.Malah kita percaya kumpulan ini telah merancang dengan teliti untuk membunuh anggota perusuh ini bagi menyalahkan pihak polis dan juga kerajaan.

Lakonan- esok apa pula?
Mereka mahu polis bertindak begini...
Mereka mahu beritahu dunia Polis zalim..
Kita juga percaya kumpulan ini akan bertindak lebih ganas termasuklah membakar kenderaan ataupun bangunan dan mereka hanya berselindung di sebalik nama Bantah Dan Duduk..itu hanyalah retorik bagi menghalalkan tindakan mereka.

Ada individu yang mendapat latihan di luar Negara melalui pembayaran kumpulan ataupun agensi tertentu dari Negara luar terbabit bagi menggerak atau mengepalai provokasi.Kumpulan individu inilah yang akan menjadi iblis dan syaitan untuk menghasut rakyat keesokan hari (Sabtu) bagi menjahanamkan seluruh system maupun institusi dalam Negara ini.

Semua orang bercakap bahawa kumpulan ini,gerakan mereka mendapat bayaran dari pertubuhan luar Negara yang berkemungkinan besar di belakang mereka adalah Yahudi Nasrani yang begitu bencikan islam apatah lagi Malaysia adalah satu-satunya Negara islam yang begitu aman damai kependudukannya.

Kerana cemburu dan sakit hati inilah yang menjadikan mereka memperalat serta menggunakan Ambiga dan kumpulannya  untuk melakukan kemungkaran dan kerosakan dalam Negara  dan mahu Negara menjadi seperti Mesir ataupun Libya.Dan besar mana sangat Negara ini kalau mahu dibandingkan dengan dua Negara itu yang akhirnya kerajaan mereka jatuh kerana campurtangan kuasa-kuasa asing.

Bila keadaan dalam Negara menjadi tidak terkawal serta kucar kacir,saat inlah kuasa asing akan memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia untuk tunduk kepada segala desakan yang dibuat oleh kumpulan minoriti Ini sekaligus meletakkan Negara diambang kemusnahan dan memungkinkan perang yang lebih besar berlaku di Malaysia.

Anjing yang diupah untuk menyalak dan menggigit..
Sedihnya kita apabila PAS yang kononnya sebuah parti memperjuangkan Islam turut menjadi najis untuk sama membusukan Negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan kita tidak menjangka walaupun berbeza fahaman politik,pemimpin mereka sanggup bersekongkol dan menjadi alat untuk kepentingan bangsa asing.Mereka ini terus menghasut rakyat untuk sama-sama membenci kerajaan.

Kita tidak menduga bagaimana boleh pimpinan PAS dan ahlinya boleh menrima untuk bersekongkol dengan Ambiga yang dikenali sebagai pendokong kuat gerakan LGBT,Anwar yang pro Israel serta kebebasan agama.Apakah hanya kerana mahu berkuasa mereka yang selama ini mengaku Melayu beragama Islam sanggup memasang nait untuk memusnahkan Negara ini?

Sikap keterbukaan kerajaan selama jnilah yang barangkali menjadikan mereka besar kepala.Mereka ini menjadi angkuh dan hanya kerana mahu kaya mereka sanggyp menjual kemerdekaan Negara ini untuk bersama-sama kuasa asing memusnahkannya.

Terlepasnya banduan bernama Anwar Ibrahim dari penjara menjadikan sebahagian rakyat keliru dan sanggup menjadi Pak Turut serta penjilat tegar kepada pengamal seks bebas ini.Kerajaan dilihat bermasalah kerana sebelum ini membiarkan anjing-anjing ini bebas menyalak tidak kira siang atau malam dan signifikan kepada anjing-anjing ini adalah sebahagian rakyat yang sanggup menjadi babi untuk terus disalak oleh anjing-anjing ini.

Kita amat yakin kumpulan ini akan mengganas hari esok (Sabtu) dan mereka akan mencabar malah tidak takut untuk berdepan dengan sebarang tindakan penguatkuasaan.Mereka telah pun dibayar,ada yang dibayar jutaan ringgit,ada juga yang dibayar ribuan ringgit tetapi yang bodohnya hanya kerana RM100 ataupun RM50,rakyat lain yang turur serta dalam demontarsi ini sanggup diperbodohkan tanpa mengetahui tujuan sebenar Bersih 0.3 ini.

Murahnya harga rakyat itu. Pelacur lagi mahal maruah mereka kalau mahu dibandingkan dengan harga maruah perusuh,pelesit dan pengkhianat Negara ini.Seperti biasa sekiranya berlaku penguatkuasaan dan spin luar biasa dari pembangkang,episode Bersi 0.2 akan berulang lagi iaitu menuntut PM,IGP dan semua orang meletak jawatan..
Monday, April 23, 2012

RIUH rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima sabtu lalu pun begitu hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang.

Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.

Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa ipt memohon pinjaman PTPTN.

Lagipun rata-rata pelajar yang berdemo tempohari termasuklah yang masih berkhemah di Dataran merdeka sekarang kelihatan seperti tidak memerlukannya untuk tujuan pengajian.
Lihat sahaja kepada gaya mewah mereka yang memiliki gadget berharga ribuan ringgit seperti iPhone, iPad dan Galaxy Tab tidak sukar kita jangkakan ianya dibeli menggunakan wang pinjaman PTPTN.

Di sinilah terletaknya kewajaran untuk pihak PTPTN menarik balik pinjaman yang diluluskan untuk mereka supaya ianya dapat dimanfaatkan oleh pelajar lain yang lebih memerlukannya.

Tapi jika masih ada saki baki wang pinjaman di tangan mereka, tidak salah untuk PTPTN menuntutnya kembali dan di masa yang sama mengeluarkan satu pekeliling meminta mereka segerakan pembayaran semula wang pinjaman yang telah digunakan. Hutang wajib di bayar, jika gagal atau sengaja dilambatkan pembayarannya takkan pula mereka mahu membawanya hingga ke liang lahad. 

Soal bagaimana mereka mahu mencari pembiayaan bagi meneruskan pengajian di ipt selepas ini terpulang pada mereka sendiri untuk memikirkannya. Mereka sendiri yang menolak PTPTN jadi tentu sahaja mereka ada caranya untuk mencari galang ganti, tak begitu?

Biarkan saja mereka belajar berdikari sendiri mencari wang ringgit untuk menampung pembiayaan seterusnya atau jika bernasib baik barangkali kerajaan PKR Selangor ataupun Anwar Ibrahim sendiri begitu bermurah hati untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka hingga tamat, itupun kalau tamatlah.
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers