Saturday, March 31, 2012

MENGAPA  Anwar Ibrahim mengelak untuk hadir ke mahkamah dan dilihat begitu takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu?

Apakah ada rahsia yang beliau bimbangi akan terbongkar apabila beliau bersetuju untuk jadi saksi dan sekali lagi menelanjangi kerakusan serta kebejatan moralnya sebagai bekas pemimpin kerajaan yang kononnya bersih dari rasuah serta penyelewengan?

Apakah kes ini akan membongkar hubungan serta perancangan Anwar untuk mengguling Tun Dr Mahathir satu ketika dulu atau adakah kes ini akan membongkarkan bahaw Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim dan  sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangi?

Adakah kes ini akan membongkar bahawa kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad dengan satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangkan?

Adakah kes ini akan membongkarkan  pinjaman pada awalnya bertujuan untuk membeli saham dalam Inchcape Timuran dan untuk pembelian Kewangan Bersatu Berhad ( KBB), yang mempunyai lesen kewangan hanyalah satu 'diversion'?.

Adakah kes ini akan membongkarkan tentang syarikat kewangan KBB ini diterajui oleh Ishak Ismail, kroni Anwar Ibrahim dan Bendahari Umno Pulau Pinang yang turut menguasai Idris Hydraulic sewaktu Anwar Ibrahim bertindak sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang?

Sedangkan pembelian KBB tidak berlaku sebaliknya wang ratusan jutaan ringgit ini digunakan untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan  politik wang paling kotor dalam sejarah Umno didakwa dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menabur RM 200 juta untuk melobi perwakilan dan kroni-kroni untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Dan adakah akan membongkarkan bahawa Quek Leng Chan yang mendapat kembali MUI bank hasil kerja Anwar Ibrahim, bertindak sebagai pelobi dan pembiaya terbesar dalam usaha menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari jawatan Presiden Umno.

Adakah kes ini juga bakal membongkarkan betapa Warlord terbesar Anwar Ibrahim, Nazri Abdullah bersama warlord Quek Leng Chan, Seow Lun Hoo bertindak sebagai penyelaras projek untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari kerusi Presiden Umno?

Dan dengan tersingkirnya Tun Dr Mahathir ,projek yang bakal diterima oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim adalah tanah RRI (Rubber Research Institute) di Sungai Buloh berjumlah RM 625 juta dan kalau tiada kes mengapa kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta timbul kembali setelah 14 tahun berlalu?

Adakah kesini bakal dijadikan peluang terbaik Quek Leng Chan mendedahkan dalam mahkamah kesemua ini adalah rancangan Anwar Ibrahim dalam keghairahan untuk menjadi Perdana Menteri apabila Quek Leng Chan sudah tahu Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila sekalipun.
Anwar bersama Vincetn Tan..

Quek Leng Chan tahu dan menyedari bahawa Pakatan pembangkang tidak akan menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan adakah Quek akan menggunakan  kes ini akan membuktikan Anwar Ibrahim adalah dalang dan perancang utama mengapa pinjaman bersindiket berjumlah ratusan juta ringgit dikeluarkan hanya untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari menjadi Presiden Umno.

Tindakan Anwar yang enggan menjadi saksi (bukan beliau yang dituduh)menimbulkan banyak perssoalan malah Anwar menggunakan pasukan Peguamnya untuk menghalang sapina diserahkan kepada beliau sehingga Peguam dikatakan akan menggunakan kuasa mahkamh untuk membawa Anwar ke kadang saksi. Ini episod terbaru yang semua rakyat nantikan.

Abu Bakar dimangsai!
KALAU benar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Abu Bakar Abdullah bakal meletak jawatan kononnya  sebagai tanda kebertanggungjawab beliau terhadap isu SBPA yang menimbulkan kontraversi tidak lama dulu maka ianya merupakan satu kemenangan kepada pihak-pihak tertentu yang mendalangi usaha mencemarkan imej KPPA.

KPPA memang berbuat silap apabila tersalah memilih pegawai untuk menyelaras SBPA dan tidak silap memilih pegawai untuk menyelaraskan gaji melibatkan pasukan polis dan juga tentera kerana untuk pasukan polis dan juga tentera tidak ada masalah yang timbul.Maknanya ada ada agenda tersembunyi dan nasib baik PM Najib cepat bertindak.

Namun kerana KPPA berkeyakinan tinggi terhadap pegawai yang beliau lantik tanpa menyedari bahawa kumpulan tertentu dalam Perkhidmatan Awam berusaha untuk menyekat beliau ke jawatan yang lebih tinggi maka terjadilah kontraversi yang bukan seidikit sehingga memaksa PM Najib campurtangan dan membatalkan SBPA dan dalam masa yang sama memperkasakan semula SSM.

Dalam Perkhidmatan Awam dilihat ada pegawai yang cukup kebal dan kekebalan ini diberikan oleh orang tertentu sehingga mereka berani bertindak menyelaras kepentingan penjawat awam tanpa merujuk kepada arahan sebenar KPPA dan juga mekanisme seperti yang PM Najib mahukan sewaktu membentang Bajet dulu.

Memang kesalahan wajar diletakkan terhadap KPPA tetapi dalam masa yang sama,kerajaan harus melihat dan mengkaji bagaimana punca kejadian kontraversi SBPA itu sebelum mengorbankan pegawai-pegawai yang sepatutnya dipertahankan kerana iltizam mereka mempertahankan dasar yang PM Najib mahukan.

Andainya KPPA dihukum kerana kesilapannya sendiri memang wajar tetapi kalau hukuman itu diberikan kerana pengkhianatan pegawai-pegawai tertentu baik di Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun di bahagian lain,adalah tidak adil sekiranya seorang sahaja individu dikorbankan sedangkan yang mempunyai niat jahat terhadap kepentingan penjawat awam dan juga dasar PM Najib terus dibiarkan berleluasa mengatur agenda mereka sendiri.

PM Najib tidak haruis mengorbankan pegawai atau Ketua maupun Pengarah  yang seiring dengan denyut nadi PM Najib untuk turut sama merasai denyut nadi rakyat tetapi PM Najib harus mengenal pasti dalang-dalang ataupun parasit yang berada dalam jabatan kerajaan yang sedang berusaha menggigit usaha Najib dan mengambil kesempatan untuk mengambil mana yang sempat.

KSN bakal pergi dan Abu Bakar dikhianati...!
Mereka ini harus dinyahkan ataupun dibersara awal supaya agenda pembangunan Negara dan rakyat tidak terbantut kerana sikap ketamakan mereka mengejar jawatan tinggi dan dalam kontraversi SBPA ini sudah kedengaran bahawa KPPA menjadi mangsa kepada sikap pegawainya sendiri yang bersifat musang berbulu ayam dan tunduk kepada arahan penjaga reban yang paling tinggi jawatannya.

Sikap bersangka baik dan berkeyakinan kepada pegawai yang dilantik akhirnya menjadi duri yang amat tajam menikam wibawa KPPA dan sekaligus menjaid racun yang cukup berbisa untuk beliau telan kerana akhirnya pegawai yang beliau percaya untuk menyelaraskan SBPA itu menikam dari belakang dan gagal diambil tindakan kerana mereka kebal apabila dilindungi tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat kerjaya KPPA melangkah lebih jauh.

Bagi pihak rakyat,mereka boleh menerima apa sahaja keputusan yang PM Najib lakukan asalkan menguntungkan rakyat dan bagi pihak penjawat awam mereka boleh menerima sesiapa sahaja Ketua pengarah sekiranya Ketua Pengarah memahami nasib dan masa depan mereka baik di peringkat kumpulan sokongan maupun pengurusan tertinggi.

Kita tidak tahu mengapa ada kalangan pegawai-pegawai sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menggagalkan usaha menyelaras gaji SBPA ini?Dan kita tidak tahu apakah sebabnya sehingga ada pihak yang begitu bimbang seandainya KPPA ini dilihat calon yang sesuai untuk menggantikan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang bakal bersara April nanti?

Atau ada dendam tersirat antara KSN dengan KPPA?



Tuesday, March 27, 2012

Ishak Surin YDP PAS WP

UNSUR-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.

Bagaimanapun, kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja. Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.

Itulah yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.

Ishak Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran  WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00 pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Bandar Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.Kesemua ahli-ahli rombongan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR.

Tindakan Ishak Surin yang kemudian membaca dan mengaminkan doa agar Tanah Warisan Bangsa termasuklah Tokong Mee Thor Gan di Ampang, dilihat sudah amat keterlaluan.

Memang benar, tidak salah berdoa di dalam tokong, bahkan di mana-mana termasuklah di dalam tandas dan bilik air apatah di kandang babi. Tetapi berdoa di dalam Islam, mempunyai tatacara dan disiplin yang sangat tersendiri, sekaligus menunjukkan betapa hambanya mereka yang memohon munajat serta berdoa kepada Khaliq yang Maha Mengetahui. Permohonan munajat atau doa seringkali disunatkan dengan cara-cara atau kaedah yang lebih bersopan kerana doa tersebut diharap dapat dikabulkan oleh Allah Taala.

Kalau Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang menyengutukan Allah Taala dengan pelbagai patung dewa?

Manhaj manakah yang dituruti oleh Ishak Surin dan PAS?
Sunday, March 25, 2012

SETELAH Noh Omar membongkar satu persatu segala dosa-dosa yang Kerajaan Selangor lakukan terhadap rakyat negeri itu,pembangkang mula panas punggung dan blog-blog maupun media maya lain milik pembangkang ini mula menyebarkan gambar Noh Omar sedang berdansa  dengan seorang wanita kononnya untuk menunjukkan Noh ada skandal.

Tindakan kumpulan pembangkang ini cukup terdesak dan paling tidak bermoral.Mereka mula tidak tahan dengan segala yang Noh bongkarkan termasuklah 32 dosa-dosa yang kerajaan Selangor lakukan terhadap rakyat dan dalam mahu menangkis serangan demi serangan dari Noh Omar ini m,ereka terpedaya barangkali dan membayar harga yang mahal untuk mendapatkan beberapa keping gambar Noh sedang bemesraan dengan seorang wanita dalam satu majlis.Mereka ingat itu adalah senjata baru untuk mengunci mulut Noh Omar,

Setelah gagal menjawab cabaran yang Noh Omar lemparkan kepada mereka termasuklah menubuhkan Inkuiri Awam bagi menjawab segala bukti yang Noh Omar lemparkan,pembangkang cuba mengalihkan isu dan menjadikan gambar-gambar romantik Noh Omar ini sebagai senjata baru mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap pendedahan serta penyelewengan yang mereka lakukan sewaktu memerintah Selangor ketika ini.

Memang tidak dinafikan bahawa gambar tersebut adalah gambar Noh Omar tetapi teman tarinya adalah isteri beliau sendiri malah Noh Omar boleh berbuat apa sahaja terhadap wanita itu  kerana hubungan mereka halal dan moral  Noh Omar lebih tinggi kalau mahu dibandingkan dengan  Penasihat Ekonomi Serlangor,Anwar Ibrahim (lihat gambar) yang berpelukan serta berdansa dengan isteri orang.

Anwar lebih rela berpelukan ataupun bermesraan dengan isteri orang dari Wan Azizah.Anwar lebih rela berzina dengan China Doll daripada bersetubuh secara halal dengan isterinya sendiri.

Gambar ini tidak pula dipertikaikan..Wan Azizah ke tu?
Noh Lebih terpuji sikapnya kalau mahu dibandingkan dengan Anwar yang didakwa oleh ramai orang telah meliawat kaum sejenis mereka dan Noh Omar juga seorang suami yang tidak dayus kalau mahu dibandingkan dengan Azmin Ali yang dikatakan mengetahui hubungan isterinya dengan Anwar Ibrahim.

Noh Omar juga lebih terpimpin sifatnya kalau mahu dibandingkan dengan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor Badrul Amin yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang malah Noh Omar juga lebih baik dartipada Khalid Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan pegawai wanitanya sendiri sewaktu di Guthrie.

Nampak jelas pembangkang semakin hilang punca hingga gagal membezakan isteri orang dengan China Doll yang dilanggan oleh Anwar ataupun isteri  seorang guru yang ditangkap berkhalwat dengan Badrul Amin dan tindakan pembangkang menyebarkan gambar Noh Omar bersantai dalam majlis bersama isterinya ini adalah satu cubaan terbaru pembangkang untuk memfitnah pemimpin UMNO.

Bini orang ok..isteri sendiri salah!
Kita tidak terkejut kerana budaya fitnah adalah budaya mereka tetapi kali ini jerat yang mereka pasang terkena mereka sendiri.

Mereka barangkali geli gelaman dengan kemesaraan Noh Omar bersama isterinya itu dan lagi geli geleman bila Noh Omar setiap hari mendedahkan kebajatan moral serta penipuan dan penyelwengan Kerajaan Selangor terhadap rakyat negeri itu.

Barangkali dengan tindakan menyebarkan gambar ini mereka bioleh membunuh karekter Noh Omar walaupun semua orang tahu itu adalah isteri kedua Noh Omar tetapi daripada segi hukumnya Noh tidak berdosa seperti dua tiga musibat yang mengaku pemimpin dalam pakatan pembangkang.

Kita tidak tahu apa tujuan mereka menyebarkan gambar ini.adakah mereka ingin memberitahu bahawa Noh bersiteri lebih dari satu ataupun mereka tidak tahu bahawa yang dipeluk Noh Omar itu adalah isterinya yang sah dan kalau mereka tidak tahu terbukti niat jahat mereka ini memakan diri.

Noh atau Anwar lebih bermoral?
Untuk menutup dosa yang mereka lakukan. Pimpinan Kerajaan Selangor sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menabur fitnah sebegini sedangkan maksiat yang bermaharajalela waktu mereka memerintah ketika ini gagal dibendung.Pertumbuhan segala pusat maksiat makin ketara di Negeri Selangor kalau mahu dibandingkan denagn pemerintah sebelum ini kerana barangkali pemimpin pembangkang menjadikan maksiat sebagai idola kepimpjnan mereka

Malah sehingga ke hari ini.kita tidak pernah mendengar lagi pemimpin BN di Selangor ditangkap berkhalwat ataupun bersekududukan dengan isteri orang dan tindakan pembangkang ini membuka satu lembaran baru bagi membolehkan kita menelanjangi setiap inci maksiat yang mereka lakukan selama ini.

Pembangkang silap langkah.Fitnah mereka tidak menjadi.Mereka patut jawab ataupun saman kalau segala pendedahan yang Noh Omar lakukan itu palsu dan bukannya terus membudayakan politik sejijik ini.Isu dijawab dengan isu.

Thursday, March 22, 2012

Kamilia ada agenda!
AKHIRNYA Kamilia Ibrahim menunjukan wajah gelojohnya dan betapa tidak sabarnya beliau untuk memangku jawatan ketua Wanita UMNO Malaysia apabil mendesak Shahrizat Jalil supaya meletak jawatan dan sekaligus membuktikan bahawa beliau bukan seorang Naib Ketua yang baik yang sepatutnya tidak mengocak penyatuan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Kita tidak tahu idea mendesak supaya Sharizat ini dating dari siapa tapi nampak macam ada kesinambungan apabila Rafidah Aziz,Sharipah Norli dan Maznah Mazlan mengungkap desakan yang sama walaupun esok (Jumaat) Presiden UMNO akan bertemu dengan seluruh pimpinan Wanita UMNO dari semua peringkat.

Semua orang tersenyum apabila Kamilia memberikan alasan bahawa beliau mendapat petunjuk dari akar umbi Wanita UMNO yang mahu Shahrizat mengosongkan kerusi itu sedangkan semua orang tahu bahawa Kamilia berada di luar Negara hampir empat bulan dan mula mempersoalkan statistic mana yang dipakai oleh beliau bagi mendesak Shahrizat untuk mengikut telunjuknya.

Cara Kamilia ini macam mahu mengajar Presiden dan seolah-olah mahu menunjukan dia lebih bijak untuk membuat keputusan walaupun setakat ini kita belum Nampak pun apa jasa serta sumbangan beliau kepada parti termasuklah di negerinya sendiri.

Budaya memijak pemimpin dan kawan masa dalam kesusahan ini menular di kalangan pimpinan Wanita UMNO dimana sepatutnya dalam keadaan Ketua mereka sedang berdepan dengan masalah perniagaan suami, sepatutnya semua pimpinan Wanita terutama Kamilia sebagai Naib Ketua harus berdiri menyokong Ketua mereka dan bukannya menongkah arus.

Kita yakin bahawa Shahrizat amat kecewa dengan Naib Ketuanya ini malah suara Kamilia itu boleh kita anggap bukan suara akar umbi kerana Shahrizat menang ketua Wanita kerana mengalahkan Rafidah Aziz sedangkan Kamilia mendapat jawatan Naib Ketua tanpa bertanding,hanya ihsan perwakilan kerana menyedari kuasa Naib Ketua hanyalah dua perkara iaitu membantu ketua dan mempengerusikan mesyuarat semasa Ketua tiada.Itu sahaja,tiada lebih dan tiada kurang.

Manis bersama,pahit sendirian!
Namun Kamilia menjadi duri dalam daging kerana mungkin selama ini kepimpinan ataupun kedudukannya sebagai Naib Ketua Wanita gagal menyaingi ataupun membantu Shahrizat dan peluang yang ada di depan mata hari ini,Kamilian guna semaunya untuk mengasak Shahrizat hingga ke dinding.

Kamilia cuba mengambil alih kuasa Presiden parti dan tangan ghaib manakah yang memberikan jalan kepada Kamilia hingga beliau menjadi begitu berani dan  biadap walaupun beliau tahu Presiden parti akan bertemu dengan Wanita UMNO esoknya.

Soalnya,adakah apabila Shahrizat meletak jawatan,Kamilia mampu mengemudikan Wanita UMNO untuk berdepan dengan PRU13 nanti?Ataupun Kamilia juga berpendirian seperti ketam batu?

Kita tidak menyangka di sebalik pendiamnya Kamilia beliau bercita-cita besar untuk memangku jawatan itu dan adakah Kamilia yakin bahawa beliau akan mendapat sokongan penuh daripada semua Wanita UMNO  sekiranya Shahrizat terpengaruh dengan desakan itu.

Kamilia boleh kita sifatkan sebagai pengkhianat yang sedang menyalakan api ataupun sedang menebuk kapal UMNO  untuk mengkaramkan gerakan sedangkan beliau tahu untuk berdepan dengan PRU13 yang bila-bila masa akan diadakan ini,penyatuan serta pengukuhan Wanita serta sayap lain harus berada dalam keadaan siap siaga dan semua pemimpin serta ahli harus fokus untuk satu matlamat,menang besar dalam PRU13 nanti.

Dalam keadaan semua orang bersetuju Shahrizat melepaskan jawatan Menteri,atas nama parti seharusnya semua pihak menyerahkan kepada Presiden untuk mebuat keputusan dan bukannya memandai-mandai kerana jawatan Naib Ketua  bukan tiket untuk berlagak bijak ataupun pandai.

Untuk Kamilia,jangan `makan’ daging kawan yang sedang cedera malah kita sepatutnya harus bertanggungjawab untuk sama-sama mengubatinya dan bukan terus menambahkan luka atau menyimbah garam pada cedera yang sedia ada.

Dalam keadaan semua pihak dituntut bersatu, Kamilia dilihat memilih jalan berbeda.Sakitkan Kamilia ini?
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers