Saturday, December 31, 2011

Sebab Jamil Khir UMNO!
PEMBANGKANG dalam saat kehabisan modal poltik mula bercempera melemparkan fitnah dengan wewenangnya dan mangsa terbar kepada politik fitnah yang dbuka atas nama kilang pembangkang ini adalah Jamil Khir Baharom.

Pembangkang menyerang Jamil Khir kononnya menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman sedangkan segala bayaran adalah dating dari dana khas kerajaan yang memang disediakan untuk pembayaran segala kos guaman membabitkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pembangkang cuba setiap masa mencetuskan fitnah-fitnah terbaru baru bagi menghasut serta mengelirukan rakyat dan taktkit-taktik sebegini akan mereka terus daya usahakan sehingga PRU13 nanti malah sebelum ini mereka menyerang rumah Jamil Khir yang dikatakan sebuah rumah yang diubahsuai dengan nilai jutaan ringgit.

Jamil Khir memberikan mesej yang cukup jelas menafikan sebarang penglibatan beliau dalam isu wang zakat itu dan sekalgus menafikan segala fitnah yang dilempatkan terhadap dirinya.

`Jangan main tuduh-tuduh tanpa bukti, sebab kita bukan sahaja hendak hidup atas dunia, tapi kena menjawab di akhirat sana, itu,’ itu mesej Jamil Khir yang amat jelas bagi menafikan segala laporan songsang pembangkang terhadap dirinya.

Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dari dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman tersebut.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan serta fitnah  penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf tersebut.
.
Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.Mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya anggoata pentadbiran kerajaan boros,rasuah dan sebagainya.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim memfitnah sedemikian rupa dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya lagi.

Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf dan kes liwat Anwar yang sedang menunggu keputusan ketika ini
.
Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai Menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu Mejar Jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.

Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar serta tidak terus memburukakan dirinya bagi meraih untung politik.


PILIHAN Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin hampir. Semakin sibuk parti politik mengatur strategi menawan hati rakyat. Pengundi yang dinamakan 'akar umbi' nampak semakin penting. Ramai juga wakil rakyat mula bekerja dan sedar serta memahami slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri iaitu 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. 

Apa jua perkara yang didahulukan kepada rakyat dan harus diberi kepada rakyat, tentulah setiap wakil rakyat mengetahui tugas masing-masing.

Kepada 'pemimpin' yang sedang melobi untuk menjadi calon, serta yang masih mahu kekal jadi calon, atau apa yang disebut sebagai winnable candidate (calon boleh menang), seharusnya sudah merangka usaha untuk berbakti kepada rakyat. 

Ada beberapa wakil rakyat sudah mula memperbanyakkan walk about atau datang terus kepada pengundi di kawasan masing-masing. Tidak kurang juga yang berusaha menyediakan 'profil' diri sebagai calon kepada 'agensi kerajaan' yang ditugaskan untuk menilai senarai calon-calon yang berkelayakan.

Amalan turun padang serta melawat kawasan-kawasan pengundi amat baik. Bertanya khabar dan mendekati pengundi 'akar umbi' seharusnya dibuat sejak mula memegang tugas wakil rakyat lagi dan tentulah ia salah satu cara 'pengundi' melihat wakil rakyat mereka bekerja. 

Tidak kiralah dengan apa cara sekalipun, berjalan kaki, naik basikal, bas, kereta api dan lain-lain lagi yang disebut 'merasai denyut nadi rakyat', susah senang rakyat dirasai bersama. Rakyat tentu lebih tahu menilai siapa wakil rakyat 'sejati' atau yang datang bermusim penuh kepura-puraan. 

Bagi wakil rakyat sejati mereka tahu sasaran mereka. Mereka kenal pengundi dan pemimpin tempatan di kawasan mereka. Biarlah sedikit yang datang mendengar ucapannya asalkan sasaran yang datang adalah memang pengundi 'akar umbi' yang memang berada di kawasan yang dilawatinya. 

Apalah ertinya dapat mengumpul sehingga 10,000 orang dalam sesuatu majlis program pemimpin tetapi yang datang adalah pengundi luar atau tetamu 'import' yang datang meramaikan majlis.

Pernah penulis melihat 'si penganjur' majlis terpaksa mengumpulkan mahasiswa-mahasiswa universiti atau pelajar-pelajar sekolah untuk meramaikan majlis. Bukankah lebih baik bertemu dengan lima orang penduduk tempatan dalam sesuatu kawasan berbanding dengan jemputan 10,000 'orang luar' yang datang ke tempat kita? Berjumpa dengan 'sasaran yang tepat' tentu boleh mencipta sesuatu atau dapat mendekati pengundi.

Bagi wakil rakyat sejati, mereka nampak lebih 'semula jadi'. Cara mereka berbakti dipenuhi dengan keikhlasan dan mereka benar-benar berusaha memimpin dan mendekati rakyat. Ciri-ciri inilah yang menguatkan mereka di akar umbi. Ada 'parti' atau 'tiada parti', wakil rakyat seperti ini tetap kuat dan kukuh. Bertanding atas kerusi mana pun mereka mungkin akan menang. Barisan nasional (BN) tentu memerlukan wakil rakyat seperti ini untuk kekal menang. 

Wakil rakyat sejati adalah wakil rakyat pencetus. Mereka tidak perlu terikat dengan sesiapa. Rakyat di akar umbi dalam kawasannya sentiasa memilihnya menjadi pemimpin. Tidak mencalonkan mereka dalam pilihan raya bermakna satu kesilapan. 

Mereka menentukan hala tuju. Jika mereka melompat parti atau menjadi calon bebas bermakna secara langsung ia memberi kesan kepada sesebuah parti. Itulah hebatnya penangan wakil rakyat sejati.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan calon yang akan bertanding nanti adalah calon yang diterima rakyat atau winnable candidate maka berlumba-lumbalah semua wakil rakyat menggelar diri sebagai calon winnable candidate

Ada yang berpura-pura rela digugur dan tidak dicalonkan untuk mendapat simpati rakyat. Tidak kurang yang merasa dirinya menjadi calon sudah memulakan operasi melobi pelbagai pihak. Itulah adat resam politik yang ada sandiwara dan permainan.

Ada pula pengerusi perhubungan negeri sudah berkira-kira menyusun semua pengikutnya menjadi calon yang dikira winnable candidate tanpa kajian mendalam terhadap bakal calon kerana jika tersilap gaya boleh meruntuhkan penguasaan parti dalam PRU13 nanti. 

Di Sabah misalnya, sudah terdengar spekulasi bertiup kencang mengenai penubuhan parti baru, lompat parti, perebutan kerusi dan perpecahan parti. Kita akan sama-sama saksikan sama ada BN masih mampu mempertahankan rekod cemerlangnya (24 Parlimen, 59 Dewan Undangan Negeri) atau dikuburkan oleh 'pihak lain.' 

Pergilah ke kawasan di seluruh negeri Sabah dan buatlah kajian secara mendalam serta dengarlah suara-suara dari akar umbi sebelum memberikan keputusan untuk memilih calon yang winnable candidate.
 
Mungkin akan ditemui masalah sebenar rakyat dan kritikan-kritikan yang pelbagai daripada mereka terhadap wakil rakyat yang menjaga kawasan tersebut. Malah para pengundi ini boleh memberikan pandangan, siapa yang layak atau tidak layak menjadi wakil rakyat mereka nanti. 

Calon winnable candidate yang diharapkan bukan muncul di atas meja atau laporan agensi (yang terdedah kepada ketirisan) tetapi apa yang dimahukan oleh rakyat sebenar. Inilah cabaran sebenar Perdana Menteri dan pengerusi perhubungan negeri. 

Di atas kertas, sesiapa saja boleh memenangi 222 kerusi Parlimen. Bagi BN, pencapaian kemenangan majoriti mudah dan dua pertiga adalah sangat diperlukan untuk meneruskan survival parti dan pemerintahan di negara ini. 

Begitu juga bagi parti pembangkang yang memenangi 83 kerusi Parlimen sekarang, adalah tidak mencukupi untuk menubuh kerajaan dan berharap pada PRU13 nanti, kerusi mereka akan bertambah. Tentulah harapan pada PRU13, sejarah dicipta oleh setiap parti masing-masing. 

Bagi BN Negeri Sabah, 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN tentu tidak mudah dipertahankan hanya dengan laporan pihak yang menyedapkan rasa kepada pucuk pimpinan. Analisis strategi berikut mungkin boleh membantu setelah dipadankan dengan calon winnable candidate BN iaitu;

(i) Tawan dan Tahan (T&T)
Tumpu kawasan yang sedia menang. Mempertahankan kemenangan.
(ii) Tawan dan Ambil (T&A)
Tawan semula kawasan yang dulu pernah menang dan diyakini boleh menang semula dalam PRU13
(iii) Tawan dan Rampas (T&R)
Tawan kawasan yang tidak pernah menang tetapi boleh diyakini menang sehingga 70 peratus sokongan.
(iv) Tinggal Terus (T&T)
 Tidak perlu menawan kawasan yang jelas 'hitam' dan memang tidak boleh menang.

Persoalannya apakah BN Sabah sudah bersedia? Sudahkah ada calon winnable candidate yang diterima rakyat dan memuaskan hati semua orang? Apakah BN sudah bersedia untuk menghadapi pembangkang dengan banyak isu dalaman yang tidak diselesaikan sebelum PRU13? Dan begitu banyak persoalan lagi. Paling pasti rakyat akar umbi akan menjadi penentu.-UM

Friday, December 30, 2011

KITA perlu beritahu Badrul Amin yang mengaku Ustaz itu bahawa Imam Mahdi bukan perlakuannya seperti dalam gambar-gambar di bawah ini. Pemuda yang datang dari Timur pun banyak jenis Timurnya dan mungkin Timur yang jauh dan kalau beliau mahu menghasut rakyatnya pun untuk taksub kepada Anwar,janganlah paparkan sangat bahawa beliau sebenarnya Ustaz yang masih belum cukup akal cerdiknya.

Kita pun pelik makin hari makin ramai Ustaz atapun yang mengaku Ustaz cacat akal mereka.Mudah benar gelap mata hati dan kita tidak tahu mereka ini sebenarna ustaz jenis apa.Sepatutnya Ustaz ataupun yang mengaku Ustaz ini lebih takut daripada orang lain tentang dosa dan neraka tapi sejak akhir-akhir ini mereka inilah yang semakin hari semakin ramai dekat dengan siksaan kubur dan api neraka.

Hassan Ali itu bukan Ustaz dan beliau mengaku beliau adalah sekular dan masuk menyertai PAS kerana pada awalnya tertarik dengan kepimpinan Ulama tapi bila beliau sedar perjuangan PAS itu telah tergelincir dari landasan awal yang terbina,beliau tegur tapi malangnya teguran beliau di tolak dan hari ini beliau di cerca oleh golongan yang mengaku ulama,ustaz ataupun yang tahu urusan agama ini.

a
Imam Mahdi tidak langgan pelacur
Imam Mahdi tidak gila menari begini...
Perangai Imam Mahdi bukan begini!
Imam Mahdi tidak ada kes liwat..
Ada juga jenis ustaz ataupun ulamak ini suka keluarkan fatwa ikut musim.Kalau musim pilihanraya akan keluarlah fatwa mengundi itu dan ini adalah haram dan neraka tempatnya dan ustaz-ustaz yang seperti Badrul Amin ni akan tumbuh seperti cendawan di musim hujan mengepalai kilang-kilang fitanh dan merekalah pengasasnya.

Ada juga jenis ustaz ataupun yang mengaku ulamak ini pantang bertemu dengan pihak media ataupun dapat peluang berceramah.mereka ini akan gunakan peluang itu untuk cari glamour dan bukannya konsisten mempertahankan hukum seperti yang terdapat dalam Al-Qur`an dan sunnah.Ustaz begini pun banyak juga bilangannya.

Lagi gila bila ramai jenis ustaz-ustaz gila ini bila mereka menyokong gerakan memurtadkan orang Islam.Bertambah gila bila mereka menyokong kalimah Allah digunakan gereja dan ramai lagi Ustaz gila macam Badrul Amin yang menghina ilmu yang mereka pelajari.Lagi hina mereka ini bila menyokong orang bukan Islam merobohkan masjid atau surau kononnya untuk pembangunan.

Bertambah gila lagi ustaz-ustaz ini bila mereka boleh bersekongkol dengan peliwat dan penzina di mana merekalah yang sepatutnya mengajak yang sesat ini kembali ke jalan benar.

Bila ustaz ataupun yang tahu ilmu agama ini bersahaja menipu dan memutarbelitkan fakta serta bukti,dimana lagi rakyat yang mahu menambah ilmu agama mahu menambahkan ilmu agama mereka kalau hari ini dalam Negara ini semakin ramai ustaz yang gila serta sesat dan menyesatkan.

Ataupun mereka ini sebenarnya tidak beragama dan hanya menggunakan serba,kopiah serta jubah sebagai alat untuk mengkelabukan mata rakyat kononnya mahu yakinkan rakyat bahawa ilmu agama mereka tinggi?Wallah hu alam…!
Wednesday, December 28, 2011

Imam Mahdi atau Dajjal?
DULU Wan Azizah kata,anugerah  Tuhan dan disambut pula oleh anaknya sebagai Papa Hebat dan terbaru Badrul Amin yang mengaku Ustaz mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi dan kita tidak tahu selepas ini apa lagi kegilaan para manusia yang taksub dengan Anwar ini akan labelkan beliau.

Kita akui Anwar memang anugerah Tuhan kerana tidak ada orang Melayu seperti beliau yang sanggup berbohong dan menipu,enggan bersumpah,bijak mengalih isu,petah berbicara untuik memukau bagi mengeliru serta menghasut rakyat hingga orang ramai yang mendengar ceramah ataupun kata-katanya boleh terlopong mengangguk benar dan mengiyakan segala kata-kata Anwar.

Kita akui Anwar memang seorang Papa hebat seperti yang Nurul Izah katakan itu kerana tidak ada lelaki yang seusia Anwar masih ghairah untuk meliwat dan bukan satu lelaki yang diliwatnya malah setakat yang kita tahu lebih dari seorang dan mungkin Anwar sahaja yang boleh mengesahkan bahawa ada lelaki lain yang tidak tampil kerana suka sama suka.

Memang Anwar Papa yang Hebat kerana dalam usianya begitu beliau masih mampu melanggang pelacur dari China hingga perlakuan seksnya dirakam dalam video dan boleh dilihat sehingga hari ini baik dalam youtube ataupun sudah ada yang menyimpan untuk keloksi peribadi tentang  kehebatan papa ini.

Tapi kita tercari-cari dimana letaknya taraf Imam Mahdi seperti yang dinyatakan oleh Badrul Amin yang mengaku ustaz itu. Ada yang konfius,Imam Mahdi kah atau Dajjal?Imam Mahdi boleh diertikan secara bebas yang memberik makna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk".Ini mungkion betul kerana Anwar sejak berpolitik beliau sering mendapat petunjuk yang salah.Mengangkat yang bathil sebagai hak dan menolak segala bukti dan kebenaran.

Bebalnya Badrul Amin yang mengaku ustaz ini dan sedang menyalahgunakan ilmu agamanya kerana di atas dunia ini tidak ada seorang pun yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan cirri-cirinya kecuali Rasululullah s.w.a.Rasululullah dibimbing oleh wahyu sedangkan Badrul yang mengaku ustaz ini dibimbing oleh nafsu serakah

Rasulullah s.a.w bersabda, “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim).Sabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Badrul Amin sedang memutarbelitkan sabda ini.Anwar perlekehkan keadilan,Anwar khinati kemakmuran yang sedang rakyat kecapi dalam Negara ini dan sebenarnya Anwar menzalimi batang tubuhnya sendiri tetapi menuding kea rah orang lain kononnya berlaku zalim pada dirinya. Inilah Anugerah Tuhan yang disebutkan di atas tadi.

Badrul Amin cuba menyeleweng dari fakta dan sejarah. Kita tidak pelik dan hairan kerana pembangkang untuk menghalalkan segala ceritera politik mereka, mereka bukan sahaja sanggup berbohong dan menipu malah sirah Rasulullah S.A.W pun mereka sanggup selewengkan dan demi Papa hebat ini,mereka sanggup cipta sendiri hadis dan sunnah.

Kita yakin Imam Mahdi tidak berzina,tidak melanggan pelacur Cina,bukan gay atau homoseksual,bukan menipu isteri dan anak-anak,tidak berbohong kepada rakyat dan sentiasa mengangkat agamanya lebih tinggi dari segala-galanya tapi Imam Mahdi yang Badrul Amin maksudkan ini penuh dengan skandal serta kebejatan moral.

Jika diteliti secara tersirat pada maksud Imam Mahdi itu sendiri, ia tersimpan seribu satu rahsia yang disembunyikan oleh Allah dan Rasul-Nya kerana seperti mana kitab Al-quran yang tersimpan seribu satu macam rahsia dan ilmu. Maka, begitu juga pada Imam Mahdi sendiri. Ini adalah kerana Allah hendak memelihara agama-Nya dan hamba-Nya yang taat.

Imam Mahdi adalah golongan atau kelompok manusia yang mendapat petunjuk dari Allah melalui Kitab-Nya(Al-quran) dan mereka menyebarkan kebaikan atas muka bumi ini mengikut tiap kehendak ayat-ayat dari Al-quran. Mereka juga mengajak dan memimpin manusia ke arah melaksanakan Titah Perintah Allah seperti yang dilaksanakan oleh Rasullullah. Seperti mana yang terkandung di dalam Surah Ibrahim ayat 1:

Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka,(yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji

Itu sirah Imam Mahdi tapi jauh bezanya dengan cerita berkaitan Anwar.Anwar mengkhianati agama,menganjurkan perpecahan dan perbalahan,menyokong gerakan Lesbian,gay,biseksual dan transesksual malah l;ebih celaka lagi bila Anwar cukup tega menghina Al Qur`an dan sunnah.Anwar tidak pernah malu untuk berbohong,tidak pernah rasa malu apabila kegiatan seksnya diketahui umum.Anwar langsung tidak ada perasaan malu terhadap anak-anak dan isterinya.

Tuhan baru PKR?Ini isteri,anak atau penyedap?
Anwar cuma percaya pada keadilan andainya ada kena mengena dengan dirinya dan tindakan terbaru Badrul Amin ini akan sekali lagi menimbulkan perdebatan dan boila wujud perdebatan akan menimbulkan perpecahan.Jadi tidak cukiup dengan PAS yang memperolokkan agama kini muncul pula lelaki dari Sabah yang mengaku Usraz ini menobatkan Anwar sebagai Imam Mahdi.

Jelas depan mata,Anwar menggunakan PAS berjaya memecahbelahkan umat Islam semula dan seolah-olah keadaan hari ini telah kembali di masa sebelum Nabi Muhammad S.A.W di angkat menjadi Rasulullah. Masa itu kaum Arab berpuak-puak dan mereka sangat bangga dengan puak mereka sendiri dan mereka  tidak pernah boleh bersatu untuk menyelesaikan masalah.Inilah juga yang sedang berlaku dalam Negara kita,Anwar menggunakan anugerah dan kehebatannya untuk memecahbelahkan umat.

Gila Badrul Amin ini bukan baru.Gila orang yang mencari makan dengan jualan kaset-kaset ceramah ini sudah lama.Sebelum ini beliau pernah mendoakan supaya PM Najib ditimpa bala kerana kononnya Najib menzalimi Anwar tetapi kegilaan beliau yang paling dicipta kerana cuba menjadi Tuhan. 

Ustaz gila ini perlu tahu bahawa kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah malah Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah S.W.T. mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dnukilkan dalam sebuah hadis :

Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah).

Pemimpin yang mendapat petunjuk dari Allah harus dan sentiasa berusaha menyatukan kembali perpecahan ini tetapi Anwar yang badrul Amin maksudkan itu tidak ada apa-apa.Hanya manusia biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama. Bukan sahaja Anwar perlu bertaubat, Badrul Amin juga perlu bertaubat.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers