Wednesday, November 30, 2011

Analogi TSMY penuh makna tersirat!
GENDANG perang sudah bermula dan ucapan perasmian Timbalan presiden UMNO ketika merasmikan Persidangan tiga sayap iaitu Wanita,Pemuda dan Puteri seharusnya membuka mata dan minda kesemua ahli UMNO bahawa mereka perlu memerangi pembangkang walaupun terpaksa menggadai nyawa demi mengembalikan UMNO dan juga rakyat terutama orang-orang Melayu sedar muslihat jahat yang sedang hebat didendangkan oleh penentang kerajaan serta UMNO ketika ini.

Andainya kepimpinan tiga sayap dan ahlinya gagal menterjemahkan hasrat serta analogi ucapan Timbalan Presiden UMNO hampir satu jam itu maka bodoh sangatlah perjuangan mereka selama ini dan jelaslah perjuangan anak-anak muda yang menganggotai sayap tersebut sudah hilang sahsiah serta jati diri mereka terhadap parti keramat orang Melayu ini.

Mereka telah dituntut untuk berjihad demi menyelamatkan masa depan negara dan umat Melayu.Ini satu cabaran terbuka kepada tiga sayap ini tapi adakah mereka bersedia untuk menyahut cabaran tersebut.

Menyelak maksud kata-kata ini ` Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.’ Sayap ini sudah tiada masa untuk berbalah sesama sendiri.Perhimpunan kali ini jangan sesekali digunakan untuk menjadi jurucakap pembangkang,menelanjangi kelemahan diri sendiri atau menjadi lidah pembangkang yang akhirnya pembangkang tersenyum kerana kerja-kerja mereka telah diambil alih oleh ahli UMNO sendiri

Intipati ucapan-

Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan.  Na’uzubillahi min zalik.

Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa.

Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya  DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti’

Suatu ketika dahulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.  

Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

`PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS.  Bagi PAS, dalam menghadapi lanskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.’

Jihad mereka ini perlu diteruskan
Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?’  

`Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran,  yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.’

`Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan.

`Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.’

`Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.’

`UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi.
`Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri?’

`Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya. Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.’

`Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.’

`Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.’

`Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.’

 Ayuh UMNO..bangkit dan perangi musuh anda...!Dan kalau kena cara juangnya UMNo akan hidup seribu tahun lagi tapi kalau  tersilap langkah,UMNO akan berkubur dan menjadi cemuhan generasi hinggake Hari Kiamat...!





Friday, November 25, 2011

Zul bongkar agenda jahat DAP
PENGUNGKAIAN Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP,parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka darip[ada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi.Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

LKS dalang peristiwa berdarah!
Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..
Thursday, November 24, 2011
Rumah yang dikatakan milik Saifudin bernilai RM73.3 juta di Australia
INILAH gambar sebuah rumah agam yang bernilai RM 73.3 juta yang dikatakan milik Setiausaha Agung PKR dan juga MP Machang Saifuddin Nasution yang terletak di Australia dan kalau benar ianya cukup mengejutkan untuk seorang MP biasa seperti Saifuddin Nasution ini kerana cala-calang orang yang boleh memiliki rumah yang semewah begini malah Saiffudin juga didakwa memiliki simpanan wang jutaan ringgit  yang disimpan diluar Negara(ini kita akan dedahkan kemudian).

Saya terperanjat menerima gambar-gambar yang mendedahkan kekayaan serta kemewahan yang didakwa milik Saifuddin Nasution kerana mana mungkin MP yang melebelkan dirinya bersih bolah terlibat dengan pengumpulan harta dan kekayaan sebegini.Kalau benar ini rumahnya maka jelaslah Saifuddin adalah pemimpin munafik dan sesuai sangatlah berada di dalam parti munafik seperti PKR itu..

Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan rumah mewah milik Saiffudin di Machang yang dibina dengan kualiti kayu bermutu tinggi hingga mencecah harga jutaan ringgit dan sebuah lagi rumah mewahnya di Setiawangsa,Kuala Lumpur malah kemampuan Saifuddin memiliki rumah-rumah sebegini mewah sukar diterima akal kalau bersandarkan kepada gaji ataupun pendapatan sebagai Ahli Parlimen.Dari mana datang wang sebanyak ini?

Saiffuddin sebelum ini cukup ghairah mendedahkan kononnya penyelewengan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional rupanya menyembunyikan kebejatan moral yang cukup tersendiri dan Saifuddin kalau benar merasakan beliau seorang pemimpin yang bermoral,bebas dari rasuah dan penyelewengan,beliau harus tampil untuk menyanggah dan mempertahankan dirinya bahawa itu bukan rumah beliau dan beliau juga tidak mempunyai simpanan ringgit berjuta di luar Negara itu.Dan pendapatannnya hanya cukup makan untuk dirinya serta keluarga.

Sumber wangnya dari mana?
Kita juga terkejut atas dakwaan pemilikan rumah yang sebegini mahal harganya sedangkan rakyat di bawah pimpinannya masih hidup melarat di Machang dan meminum air yang tidak bersih dan berpenyakit.Namun Saifuddin hidup mewah dan membina kekayaan serta nama atas kemelaratan rakyat yang beliau jadi wakil rakyatnya.

Kalau dakwaan ini benar,kita boleh membuat kesimpulan bahawa Saifuddin yang selama ini terkenal dengan imej Islamik enggan meninggalkan parti PKR yang tidak bermoral itu kerana beliau memperolehi kekayaan yang cukup luar biasa dan tujuh keturunan keluarganya tidak akan kebulur ataupun merempat walaupun satu hari nanti beliau bukan lagi sebagai MP ataupun Setiausaha Agung PKR.

Mungkin kerana pengorbanannya untuk terus bersama PKR di saat rakan-rakan beliau seorang demi seorang meninggalkan parti itu,Saifuddin tetap bertahan dan Saifudin diberikan ganjaran sebesar ini.Dan hebatnya semua pemimpin PKR ini dilihat terlalu banyak sumber kekayaan mereka.

Rumah di Machang...
Malah kalau dikaji orang-orang yang berada di sekeliling Anwar selain daripada Saifuddin termasuklah Rahim Ghaouse dan beberapa orang lagi sanggup menjadi hamba abdi kepada pemimpin PKR itu kerana mereka memperolehi kekayaan dunia dan berbaga-bagai lagi kemudahan.

Malah anak Anwar sendiri Nurul Izzah mempunyai simpan tetap di salah sebuah Bank di Israel dan sehinggga kini Nurul Izzah berdiam diri dan tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap laporan simpanan kewangannya itu yang didedahkan.
Wednesday, November 23, 2011

KITA bersetuju dengan pandangan Ahmad Zahid Hamidi,Naib Presiden UMNO yang mahu semua pihak dalam UMNO menghentikan sengketa sesama sendiri demi menjamin kemenangan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan dating dan sekaligus bersetuju untuk gencatan senjata,melupakan pertelingkahan dalaman ataupun di peringkat bahagian.

Beliau mahu semua masalah dalaman parti  diselesaikan sebelum parti bersedia menghadapi pilihanraya umum ke 13 bahkan semua hulubalang di peringkat akar umbi perlu memastikan bahawa bukan saja pedang mereka tajam tetapi juga mempunyai bala tentera di belakang.

Selain itu, untuk berdepan dengan pilihanraya umum paling getir ini, kata Menteri Pertahanan itu, unsur sabotaj seperti yang berlaku pada pilihan raya umum lepas perlu dihentikan bagi memastikan calon yang ditampilkan Umno untuk bertanding menang.

Sambil menegaskan Umno perlu berada dalam keadaan "cacat sifar" sebelum pilihan raya umum, beliau berkata perbuatan sabotaj boleh dihindari sekiranya setiap anggota Umno bersatu padu dengan segera menyelesaikan setiap permasalahan di peringkat cawangan dan bahagian.Menurutnya, memegang jawatan tinggi di mana-mana peringkat bukan jaminan bagi individu itu dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

"Namun yang agak menggusarkan kepimpinan atasan adalah permasalahan daripada segi kepimpinan di peringkat bahagian yang istilah politiknya dipanggil warlord (hulubalang) yang mahu terus memberikan penekanan bahawa mereka telah mengasah pedang begitu lama... hendak tajamkan (memperkukuhkan) kuasa dan mencengkam pengaruh di kawasan masing-masing, maka akan berlakulah masalah 'intra-party'.

"Kalau tiada tentera di belakang, hanya kita sebagai jeneral (sahaja) yang ada pedang yang tajam, kita akan kalah dalam perang. Oleh sebab itu kita perlu mempunyai bala tentera yang berada di belakang dan mendapat sokongan semua," katanya.

Ahmad Zahid berkata perkara itu adalah antara mesej penting yang akan disampaikan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2011, yang bermula Selasa depan.

"Ini memandangkan pengalaman kita pada pilihan raya umum ke-12 memperlihatkan bahawa permasalahan dalaman yang tidak diselesaikan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan banyak calon Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu sidang media khas.
.
Katanya satu kajian akademik mendapati pemilihan calon yang baik mampu menyumbang sebanyak 31 peratus kemenangan parti manakala jika permasalahan dalaman dapat diselesaikan, ia boleh menyumbang lebih daripada 50 peratus.

Naib Presiden Umno itu menegaskan selain perlu memberi sokongan padu pada calon yang dipilih pucuk pimpinan, anggota parti hendaklah melupakan segala kepentingan peribadi bagi memberi kemenangan kepada calon.

"Saya hampir pasti Presiden dan Timbalan Presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tentunya akan memberi penekanan bahawa kita tidak boleh berkompromi dengan aspek kekalahan mana-mana calon hanya disebabkan oleh masalah yang tidak dirungkaikan di peringkat bahagian," katanya.

Ahmad Zahid berkata anggota parti juga perlu melipatgandakan usaha untuk menawan negeri yang dikuasai pembangkang -- Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang -- serta kembali menguasai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Kepada soalan mengenai pengaruh yang dimainkan media baru seperti blog, Twitter dan Facebook, Ahmad Zahid berkata pada pilihan raya umum yang lepas, media baru itu dilihat penyumbang terhadap penolakan rakyat terhadap calon BN.

"Media sosial telah menjadi satu faktor yang menyumbang kepada hakisan pengaruh politik kerana media sosial adalah satu pengantara media yang dianggap cukup berwibawa sehingga meminggirkan media arus perdana.

"Pihak antagonistik mengambil peluang kredibiliti media sosial tetapi selepas berada di khalayak lebih lima tahun, banyak maklumat dalam media sosial tidak mencapai tahap kredibiliti dan tidak berdasarkan fakta tetapi lebih kepada spekulatif, imaginatif dan hentam keromo menyebabkan kredibiliti pengamal media sosial menurun," katanya.

Beliau berkata inisiatif Perdana Menteri mewujudkan blog serta mempunyai akaun Twitter serta Facebook adalah tepat bagi menarik sokongan rakyat termasuk golongan belia yang mudah terdedah dengan pelbagai maklumat tidak tepat di Internet.

Menyentuh hasrat pembangkang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya umum, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datoh berkata ia adalah sesuatu yang baik.

"Ini kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN. Apabila semua pilihan raya di setiap negeri selesai, kita akan memberi tumpuan penuh kepada negeri yang dikuasai pembangkang dan sekaligus merampas semula negeri tersebut.

"Saya tidak fikir mereka akan menang kerana kebanyakan janji mereka dalam manifesto 2008 gagal ditunaikan dan rakyat tidak boleh lagi dibutakan dengan janji retorik mereka," katanya.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers