Monday, October 31, 2011
Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz

PAHAT dengan pemukul? Atau makan gaji buta? Penguatkuasa di MPKB-BRI tidak perlu beri jawapan tetapi perlu terus bertindak.

KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.

Nik Abdul Aziz juga berkata, wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.

“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. – Bernama
Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2.

Nik Aziz mempunyai kekuatan tersendiri di dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada individu-individu yang sangat rapat MB Kelantan itu. Bahkan anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh pernah beberapa penggal menjadi ahli Majlis MPKB-BRI. Peguam Nordin Nor yang juga dermawan untuk Parti PAS dan orang kuat Masjid Muhammadi turut duduk di jawatan itu. Bahkan, ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada aktivis-aktivis penting parti PAS dan antara mereka ialah,
  • Ustaz Abdul Rahman Yunus (Timbalan YDP PAS Kawasan Kubang Kerian)
  • Haji Dr. Izani Bin Husin
  • Wan Azimin Wan Adnan
  • Mohd Nor Bin Mat Yajid
  • Nor Hashiman Binti Deraman
Jabatan Kemasyarakatan MPKB-BRI pula diketuai oleh dua pegawai iaitu
  • Tuan Haji Ropien Bin Hassan dengan jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat.
  • Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa dengan jawatan Penolong Pengarah Pembangunan Insan.
Pada dasarnya MPKB-BRI disandarkan kepada retorik yang hebat.
Visi MPKB-BRI
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam.
Misi MPKB-BRI

Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.
Objektif
  • Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun.
  • Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru.
  • Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan Bandar.
  • Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam.
  • Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan program pembangunan majlis.
  • Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis.
Mengapa saya memilih untuk mengatakan ia satu retorik hebat?

Berikut adalah laporan yang dipetik dari laman sesawang PKB-BRI sendiri,

Operasi bersepadu antara jabatan telah diadakan pada 13/02/2011 jam 8.00 MLM – 2.00 Pagi yang disertai oleh pihak MPKB-BRI, PDRM, Imigresen dan JAHEAIK. Operasi bersepadu ini turut diserti oleh Ustaz Zahiruddin bin Ahmad @ Mohd Zain (Ahli Majlis, MPKB-BRI) , En. Mohd Anis B Hussein (Setiausaha MPKB-BRI), Ustaz Azhar bin Abdul Satar (Pengarah Pelesenan, MPKB-BRI), Ust. Hj. Ropein bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan masyarakat) dan beberapa kakitangan di jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI.

Operasi bersepadu yang telah dilaksanakan bagi mencegah kegiatan maksiat dan pelacuran di kawasan Perumahan terutamanya di limau Manis yang merupakan kegiatan yang selalu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Antara jabatan yang sentiasa mengadakan operasi di kawasan ini iaitu pihak Polis D7, JAHEAIK, MPKB-BRI dan IMIGRESEN.

Walaubagaimanapun kegiatan ini tidak dapat dibendung secara total kerana kebanyakan pelacur-pelacur mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka telah dihantar pulang ke negara mereka di Thailand.

Pihak JAHEAIK juga mengakui telah ramai dikalangan pelacur di kawasan tersebut di tangkap dan dikenakan hukuman, namun mereka tidak serik walaupun telah dikenakan hukuman yang berat oleh pihak Mahkamah Syariah.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam pula sentiasa memantau kawasan ini khususnya pada malam –malam operasi mingguan yang diadakan. Pelacur-pelacur yang ditangkap pernah dibawa ke pejabat Jabatan Pembangunan Islam untuk diberi kaunseling dan nasihat agar mereka menghentikan aktiviti terkutuk ini. Namun ibarat air dicurah ke daun keladi nasihat-nasihat ini tidak diendahkan oleh mereka. Kegiatan maknyah di kawasan tersebut juga pernah ditangkap dan diserahkan kepada pihak JAHEAIK untuk diambil tindakan lanjut.

Untuk membenteras kegiatan ini amat sulit kerana mereka dilindungi oleh tonto yang diupah oleh pelacur itu sendiri dan tidak kurang juga yang melakukan maksiat diluar kawasan ini dimana mereka dibawa oleh pelanggan dengan menggunakan kenderaan peribadi yang amat sukar untuk diekori.

Justeru itu operasi bersepadu yang telah dilaksanakan sebelum ini perlu dipergiatkan kembali pada tahun ini demi memastikan Bandar Kota Bharu benar-benar bersih daripada kegiatan terkutuk ini.

Laporan Operasi Pada 13.02.2011:

-    Pada jam 9.30 malam  – 10.30 malam, anggota operasi telah pergi ke sebuah rumah kayu dua tingkat milik individu yang berlamat No.2660 E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Rumah ini telah disewakan kepada ibu ayam dan bilik-biliknya disewakan kepada pelacur. Anggota operasi telah menjumpai seorang   perempuan   warga Thailand  yang  disyaki  pelacur cuba melarikan  diri tapi berjaya ditahan. Anggota operasi memeriksa bilik-bilik di tingkat bawah dan tingkat atas dan telah menjumpai beberapa kondom yang telah digunakan.

-    Tepat jam 10.45malam, pegawai operasi telah beralih ke D’Relax Station Jln. Zainal Abidin. Anggota operasi memeriksa premis berkenaan dan mendapati tidak ada pelanggan yang beragama islam yang berada di dalam premis ini. Yang ada hanya 20 orang pelanggan yang bukan islam sedang minum minuman beer. Lebih kurang sepuluh minit, Mereka telah meningglkan premis tersebut. Anggota operasi telah membuat pemeriksaan dan telah menyita kerusi, meja dan 1 peti (24 botol) minuman keras jenama Carlsberg kerana premis ini tidak ada lesen untuk berniaga dan menyediakan minuman keras.

-    Jam 11.30malam, anggota operasi telah bergerak ke Cyber CafĂ© PT.266 Tkt Atas, Jalan Merbau Kota Bharu. Premis ini sudah beroperasi selama dua bulan dan masih belum mempunyai lessen sah MPKB-BRI ketika serbuan dilakukan. Terdapat 20 orang pengunjung dalam premis tersebut yang keseluruhannya remaja berbangsa cina. Mengikut maklumat yang diterima, premis ini menjadi tempat perjudian dan telah dikhususkan kepada pelanggan yang tetap sahaja. Pihak MPKB-BRI telah berjaya menyita sebanyak 23 unit komputer.

-    Jam 12.30 malam : Anggota operasi telah berada di Ralphs Laueren Bestro yang beralamat s/9-A-01-06 Pelangi Mall Jalan Pasar Lama Kota Bharu. Tarikh tamat lesen pada 31.12.2010. Anggota operasi telah Berjaya menyita sebanyak 27 unit (shisha) dan telah mengkompaun premis ini atas kesalahan tidak mempunyai lesen yang sah (shisha).

-    Pada jam 1.15pagi : Anggota operasi telah membuat pemeriksaan untuk kali kedua yang beralamat No.2660 D&E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Anggota operasi membuat pemeriksaan di setiap dalam kawasan rumah yang pemiliknya tidak ada.

Cuma yang berada di dalam rumah tersebut hanya ada anak. Anggota operasi melakukan pemeriksaan di setiap bilik dalam rumah tersebut dan telah menjumpai beberapa jenis VCD dan gambar-gambar lucah.  

Selepas itu tiada laporan mengenai sebarang operasi baru oleh MPKB-BRI yang seolah-olah telah melepas tangan dan mengakui bahawa aktiviti tidak bermoral yang ditentang keras oleh Nik Aziz itu pasti akan berulang lagi, maklumlah bak respon penyokong-penyokong mereka, ‘Di Mekah Pun Ada Aktiviti Pelacuran’.

Apakah MPKB-BRI hanya melakukan operasi bersepadu setiap kali blog Kickdefella membuat pendedahan?  Ini kerana operasi pada 13 Februari 2011 adalah respons kepada pendedahan aktiviti maksiat yang didakwa oleh pihak yang terbabit sebagai ‘aktiviti yang dilindungi oleh MPKB-BRI’. ‘Dilindungi’ itu cukup subjektif maknanya. Adalah mustahil mempercayai bahawa MPKB-BRI tergamak melindungi aktiviti tersebut.

Tetapi ini tidak semestinya MPKB-BRI tidak perlu mencari siapakah yang terbabit ‘melindungi’ aktiviti tersebut atau menggalakkan amalan ‘tutup sebelah mata’.
Atau mungkin kerana sikap pahat dengan pemukul di MPKB-BRI?

Pada hari Isnin akan datang, blog Kickdefella akan mendedahkan video Operasi Johnson II yang membuktikan MPKB-BRI telah gagal mengurangkan kegiatan pelacuran di Kelantan, sejak pendedahan pada Februari yang lalu.

Bukti Pelacuran Terus Pesat di Kota Bharu : Ops Johnson II

Ternyata sebelum Februari 2011, ramai diantara kita tidak pernah dengar bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Tetapi apabila blog ini mendedahkan aktiviti pelacuran di Kelantan, ramai penyokong tegar PAS yang mahu menutup malu memberitahu kita bahawa terdapat pelacuran di Mekah. Yang pasti, tidak ramai umat Islam ke Mekah mengambil kesempatan meninjau aktiviti pelacuran di sana.

Minggu lepas, agen Johnson dan saya kembali ke Kota Bharu untuk membuat tinjauan susulan terhadap aktiviti pelacuran di bandar itu setelah pendedahan kami memaksa Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam bertindak menyerbu sarang pelacuran di sana. Daripada sumber-sumber risikan kami, tindakan MPKB-BRI yang melepas batuk ditangga itu tidak membawa apa-apa kesan terhadap aktiviti pelacuran di Kota Bharu.

Sumber risikan kami juga melaporkan aktiviti tersebut masih bergiat aktif di lokasi yang sama. Video di bawah adalah bukti yang kami perolehi sendiri hasil Ops Johnson II yang telah menunjukkan kesahihan sumber yang kami terima.

Kami dapati aktiviti pelacuran di Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, yang hanya 400 meter dari Pejabat Menteri Besar Kelantan terus aktif. Aktiviti di situ bermula seawal jam 7.30 malam dan reda menjelang jam sepuluh malam sepanjang 3 hari tinjauan kami.
Operasi kami juga mendapati tindakan MPKB-BRI dan ceramah politik pimpinan PAS setiap malam berserta kempen-kempen ‘Islamik’ PAS Kelantan sebelum ini ternyata tidak berkesan sama sekali. Menerusi temubual dengan ‘bapak ayam’ di situ ternyata mereka tidak terancam langsung. Bahkan aktiviti pelacuran itu terus dibuat secara terbuka.

Pelanggan mempunyai pilihan sama ada untuk menempah pelacur-pelacur yang berdiri di tepi barisan kedai Jalan Hamzah atau masuk ke kawasan perumahan Limau Manis di mana sekumpulan pelacur lagi sedia menanti pelanggan di hadapan kawasan perumahan di situ. Atau anda juga boleh terus memasuki sebuah lorong kecil dan terus ke sebuah rumah kayu yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan perumahan.

Pelacur yang dilanggan dengan harga RM60 untuk ‘satu shot’ ditepi jalan itu akan mengiring anda ke rumah kayu itu dimana terdapat beberapa buah bilik. Memandangkan di dalam operasi yang lalu Agen Johnson sudah masuk ke rumah tersebut, maka kali ini kami menggunakan taktik lain bagi mengesahkan sumber risikan yang kami terima.

Kami bertanya sekiranya pelacur itu boleh di hantar ke mana-mana hotel di sekitar Kota Bharu. Ternyata perkhidmatan itu juga disediakan dengan harga RM150 ‘satu shot’. Pelacur itu akan dihantar dan seorang lelaki akan memastikan bahawa perkhidmatan yang mereka tawarkan itu berjalan lancar tanpa gangguan dengan berkawal di premis yang anda arah agar pelacur itu dihantar.

Video yang kami rakamkan menunjukkan kawasan sekitar Jalan Hamzah, Kampung Limau Manis dan di hotel tempat pelacur itu datang untuk memberikan perkhidmatan.

Pelacuran di Jalan Hamzah terkenal sejak zaman pemerintahan PAS pada era 60an dan 70an lagi. Bagaimanapun, apabila Barisan Nasional mengambil alih Negeri Kelantan pada tahun 1978, kawasan tersebut telah dibangunkan. Tempat yang dulu terkenal dengan pusat ‘Kopi Korek’ telah berakhir. Barisan Nasional kemudiannya mengeluarkan lesen-lesen pusat hiburan dan kebanyakannya tertumpu di dua tiga hotel kecil.

Tetapi apabila PAS menawan semula Kelantan pada tahun 1990, PAS telah memastikan pusat-pusat hiburan tersebut telah berkubur kerana bertentangan dengan konsep ‘Membangun Bersama Islam’ oleh PAS. Tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan penguatkuasaan aktiviti pelacuran jalanan dan pusat-pusat hiburan haram mula tumbuh seperti cendawan.

               Pelacur pondan Kota Bharu di bilik yang disediakannya

Hari ini, selain pusat pelacuran jalanan di sekitar Jalan Hamzah dan Kampung Limau Manis, aktiviti pelacuran juga dijalankan dipremis-premis tertentu yang berselindung disebalik lesen-lesen tertentu yang dikeluarkan oleh MPKB-BRI. Bagaimanapun, apa yang kami difahamkan premis-premis yang menawarkan perkhidmatan GRO yang juga menyediakan perkhidmatan seksual ini hanya boleh dimasuki menerusi ‘invitation’ sahaja.
Sebuah tempat karaoke di berhampiran dengan DUN Chempaka yang diwakili oleh Nik Aziz

Pada malam hari, disebalik pokok-pokok ini menjadi pusat karaoke terbuka dan terdapat juga ‘GRO-GRO Veteran’.

Apa guna penyokong-penyokong PAS membandingkan aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur yang di bawah pentadbiran Kerajaan Pusat dan aktiviti pelacuran di Pulau Pinang dan Selangor yang dibawah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat? Tidakkah mereka sedar peratusan penduduk Islam di Kelantan dan di Kuala Lumpur dan di negeri-negeri tersebut jauh sekali bezanya. Bandar-bandar tersebut juga tidak berstatus Bandar Raya Islam dan tidak diperintah oleh ulama’ PAS dan Ahli Majlis Perbandarannya dipenuhi mereka berkopiah haji?
Thursday, October 27, 2011
PERSIDANGAN Agung Tahunan Kali Ke 2 PERKASA Malaysia yang berjalan dengan jayanya dan dirasmikan oleh mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor serta dihadiri oleh 7,000 perwakilan dari seluruh negara  semakin memperlihatkan dengan jelas hala tuju pertubuhan bukan kerajaan untuk menjadi pemangkin perpaduan seperti yang telah digarapkan dengan tuntas melalui ucapan Presidennya,Dato Ibrahim Ali.

Suara-suara pembahas yang mewakili setiap negeri berjaya menterjemahkan isi perjuangan PERKASA malah ucapan perasmian Rahim Noor juga banyak membuka mata perwakilan dan pemerhati untuk sentiasa berwaspada dengan segala bentuk ancaman asing yang sedang membubuh racun dalam kehidupan masyarakat di negara ini. 

Ibrahim Ali juga berulang kali menegaskan bahawa PERKASA bukan sebuah pertubuhan rasis yang mahu menggugat ekamanan negara tapi perjuangan PERKASA adalah jelas untuk mempertahankan Perlembagaan Negara,kedudukan Raja-Raja Melayu serta agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Berikut adalah sedutan pengisian perjuangan PERKASA yang diterjemahkan melalui Persidangan Agung kali Ke 2 itu :

 PERKASA tiada niat saingi UMNO.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan kekal sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan tidak berhasrat menyaingi atau mengatasi peranan UMNO sebagai tonggak pemerintahan negara ini.

Presidennya, Ibrahim Ali berkata Perkasa tidak akan menukarkan statusnya kepada parti politik, sebaliknya akan berperanan sebagai benteng pertahanan negara daripada ancaman musuh yang cuba menggugat Perlembagaan Persekutuan, keharmonian agama, perpaduan rakyat, kesejahteraan ekonomi, ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Perkasa ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan yang menunjangi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.Justeru,Perkasa tidak boleh dilihat sebagai sebuah pertubuhan rasis, organisasi Melayu ultra atau persatuan perkauman apabila ia hanya bertindak melindungi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera semata-mata," katanya.

Mengenai pilihan raya umum akan datang, Ibrahim berkata Perkasa sudah bersedia dengan jenteranya bagi membantu calon-calon yang mendukung sama prinsip perjuangan PERKASA.

"Di setiap Dewan Undangan (Negeri) terdapat tidak kurang 500 anggota Perkasa manakala dalam setiap kawasan Parlimen pula, anggota Perkasa mencecah 6,000 orang dan mereka ini mampu menentukan landskap politik negara pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ibrahim menggesa kerajaan terutama Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula bantuan pelajaran kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara.

Beliau berkata ini disebabkan kos menghantar seorang penuntut ke luar negara mencecah RM1.2 juta, sedangkan jumlah itu membolehkan tiga yang lain belajar di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.

"Lebih teruk lagi, jika pelajar terbabit enggan berkhidmat di dalam negara selepas mereka tamat pelajaran, dan ini hanya akan merugikan kerajaan," katanya.

Ibrahim juga meminta kerajaan menambah peruntukan kepada sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran kerana jumlah dalam Belanjawan 2012 hanya RM100 juta dan ia tidak mencukupi.

Rahim Nor- awasi gerakan yang berselindung di sebalik hak asasi

Bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor hari ini memberi amaran berhubung kebangkitan gelombang hak asasi manusia yang dibimbanginya akan "merombak dan menghakis dasar yang dipersetujui bersama."

Katanya, penyokong kepada "agama baru human right" ini akan mengemukakan pandangan yang liberal sehingga mempersoalkan institusi raja.

"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu," tambahnya.

Katanya, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi gelombang ini, seperti juga pengalamannya ketika berdepan dengan gelombang Marxist dan komunisme sebelum ini.
Satu contoh yang dapat dilihat dalam kebangkitan gelombang hak asasi manusia ini ialah gerakan BERSIH yang mengadakan perhimpunan kedua pada 9 Julai lalu, dakwa Rahim.

Beliau yang juga bekas Pengarah Cawangan Khas PDRM juga berkata, satu-satunya cara untuk menghadapi perkembangan itu adalah dengan memainkan peranan untuk kesepaduan dan perpaduan Melayu.

"Saya bukan bercakap kerana mewakili Umno atau PERKASA.Pada saya, bersatulah. Inilah yang jadi teras keamanan," katanya lagi dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung PERKASA di Setiawangsa hari ini.

9 Julai- bukan sebab takut!

Ibrahim Ali hari ini menjelaskan bahawa keputusannya supaya pertubuhan itu tidak turut berdemonstrasi dalam perhimpunan 9 Julai merupakan satu tindakan strategik.Katanya, beliau tidak seharusnya mendedahkan kesemua perkara tersebut dalam situasi "perang" pada waktu itu.

"Ada yang boleh beritahu ada yag tidak boleh beritahu. Takkan saya nak cerita semua. Strategi perang takkan saya nak cerita semua," katanya dalam ucapan penggulungannya di persidangan agung PERKASA.Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh  perwakilan Wilayah Persekutuan.

"Kita buat laporan polis sebagai senjata perang saraf. Kalau (BERSIH) nak buat (perhimpunan), kita buat (perhimpunan juga).Sebab itu mereka tak dapat permit, kita pun tak ada permit," katanya mengulas isu yang dibangkitkan perwakilan Wilayah Persekutuan itu.

Zulkifli Nordin dilantik Naib Presiden PERKASA

PERKASA mendapat suntikan baru dalam kepimpinannya menerusi perlantikan Dato Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu sebagai Naib Presiden.

Gandingan Zulkifli dan Presiden sekarang, Ibrahim Ali yang sentiasa vokal dalam sidang Dewan Rakyat akan menjadikan pertubuhan berkenaan lebih mantap.

Perlantikan Zulkifli untuk mengisi jawatan berkenaan dibuat menerusi usul tergempar oleh seorang ahli Dewan Tertinggi Perkasa Zahid Md Arip.Usul itu telah diluluskan sebulat suara. 
.
PERKASA tolak calon hina Melayu-Islam

Ibrahim Ali memberi amaran bahawa anggota pertubuhan itu tidak akan memberi sokongan kepada wakil rakyat tertentu yang dianggap sering membuat kenyataan mengguris perasaan golongan Melayu.

Katanya, PERKASA boleh berbuat demikian dengan mudah melalui kiriman SMS kepada ahlinya yang memberi arahan untuk tidak mengundi calon tertentu.Beliau berkata wakil rakyat yang diperhatikan itu bukan sahaja dari kalangan Pakatan Rakyat.
 
"Jadi pihak yang mahu sokongan PERKASA itu hendaklah dapat mendekati kita," katanya lagi dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama di perhimpunan agung pertubuhan itu di Setiawangsa hari ini.

Ibrahim juga yakin PERKASA akan berjaya menjadi kuasa penentu dalam pilihan raya akan datang apabila keanggotaan pertubuhan itu dijangka mencecah 500,000 orang.

"Nanti lepas pilihan raya baru dia tahu, bila kalah 600 undi sebab orang PERKASA tidak undi.Bagaimanapun, PERKASA sendiri tidak akan meletakkan calon untuk bertanding, malah pertubuhan itu juga tidak akan menjadi parti politik, katanya lagi.

Tuesday, October 18, 2011
Najib perlu bertindak tegas!
PANAS pula di Negeri Terengganu Darul Iman apabila salah seorang Setiausaha Politik yang mengaku sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri sedang mengkacaubilaukan UMNO Terengganu kononnya beliau adalah orang yang terlibat secara langsung untuk memilih dan menentukan siapa calon-calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya Raya Umum Ke 13 nanti.

Beliau yang didakwa secara terbuka menjelaskan bahawa telah  mendapat arahan khusus  daripada pihak atasan untuk mengenalpasti calon-calon yang akan bertanding  dan senarai nama calaon-calon tersebut sudah berada di tangannya,menunggu masa yang sesuai untuk diumumkan semua calon-calon tersebut.

Dalam beberapa majlis beliau dikatakan telah mengumumkan nama-nama calon yang terbabit yang akan bertanding nanti dan nama-nama calon yang akan digugurkan,salah seorang calon yang beliau umumkan adalah untuk Parlimen Kuala Terengganu iaitu Timbalan Ketua Bahagian.

Dalam masa yang sama beliau juga dikatakan sedang mengintai kerusi Batu Rakit yang kini disandang oleh Yb Khazan salah seorang exco dalam kerajaan negeri dan meletakkan beliau kononnya adalah calon untuk memegang jawatan Menteri Besar bagi mengenepikan Ahmad Said,kononnya kedudukan Ahmad said selepas ini belum menjamin untuk beliau terus kekal sebagai Menteri Besar.

Tindakan beliau ni dilihat telah membelakangi apa yang Presiden UMNO mahukan dan amat mustahil kerja-kerja sebegini diarahkan oleh Perdana Menteri kepada kakitangan beliau  dan menunjukkan seolah-olah beliau berkuasa penuh di Terengganu mengatasi amanah serta tanggungjawab yang dipegang oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Kegilaan beliau ini boleh menyusahkan kerja-kerja  parti malah dengan mengaku sebagai Setiausaha Politik PM sedangkan beliau sebenarnya hanyalah salah seoarang Setiausaha Politik yang dilantik untuk bertanggungjawab kepada salah seorang Penasihat PM yang bertaraf Menteri.

Jailani Ngah(kanan) SUPOL Abdullah Zain!
Beliau patut sedar diri dan tidak membohongi rakyat terutama sekali orang Terengganu tentang fungsi tugas beliau di Jabatan Perdana Menteri dan tindakan beliau menjaja nama PM itu juga satu tindakan desparate,mencari tung untuk diri sendiri tanpa mempedulikan tentang masalah yang timbul di sebalik kerakusan,,.

Kalaulah alasan hanya kerana mengangkat sumpah jawatan di depan PM dan itu tiket untuk mengaku maka ramailah Setiausaha-Setiausaha Politik Perdana Menteri kerana kesemua Setiuasa Politik wajib angkat sumpah jawatan itu di depan PM.Kalaulah mahu menipu pun,tipulah orang lain..!

Apa tujuan beliau jual nama PM sedangkan semua orang  tahu apa sebenarnya tugas beliau?Apa kelayakan yang beliau ada sehingga kononnya beliaulah orang bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan menapis calon-calon untuk pilihanraya akan dating dan tindakan beliau ini juga jelas menghina kuasa dan tanggungjawab Ahmad said sebagai Pengerusi UMNO Terengganu dan juga Menteri Besar.

Tindakan dan karenah beliau ini juga boleh menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak terutama sekali kalangan pemimpin UMNO baik yang berjawatan dalam parti atau sedang memegang jawatan malah sikapnya lebih sudu dari kuah serta dilihat ada atau sedang menyusun agenda peribadi sambil menjaja muka dan nama Najib Razak 

Kita telah lama mengikuti perkembangan karenah beliau ini dan bila beliau dilihat sedang menjadi broker politik di Terengganu,karenah ini kena dibendung kalau mahu memastikan UMNO Terengganu dan UMNO-UMNO negeri lain berada dalam keadaan stabil dengan tidak membiarkan beliau menjadi seperti tikus membaiki labu.

Bodoh sangatkah PM atau UMNO Terengganu hingga terpaksa menyerahkan pemilihan calon-calon pilihanraya kepada kaduk yang sedang naik junjung ini?Dan apakah kuasa memilih atau mengenalpasti calon-calon pilihanraya hanya diserahkan kepada seorang individu yang langsung tidak ada kelayakan.

Apakah agensi-agensi yang selama ini terlibat secara langsung atai tidak langsung bagi membantu PM mengenalpasti calon-calon sudah tidak berguna?Dan apakah winnable candidate yang Najib laungkan itu bersandarkan kepada pemilihan yang dibuat oleh pegawai-pegawai beliau aatau pegawai-pegawai Penasihat beliau?

Kalau beginilah kaedah yang PM atau UMNO Terengganu gunapakai,maka tidak hairanlah  UMNO Terengganu itu dilihat ramai orang masih kalut ribut dan kalaulah kaki lebong ini terus dibiarkan berleluasa menjaja nama PM maka bertambah runcinglah keadaan dan kedudukan UMNO Terengganu.

Najib Razak sebagai Presiden UMNO seharusnya mengambil tindakan segera menghentikan kegilaan salah seorang pegawai Penasihatnya dan sekiranya Najib berdiam diri maka ini akan dilihat sebagai sokongan kepada apa yg Setiausaha Politik ini sedang lakukan. Malah kita percaya bukan beliau sahaja yang menjadi broker politik seperti ini dan mungkin ramai lagi yang bersikap seperti ini.
Friday, October 14, 2011

SEMAKIN banyak penyelewengan kerajaan Negeri Selangor didedahkan dan intergriti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar semakin hari semakin dipersoalkan dan dalam saat kepimpinan Negeri mahu memperbodohkan rakyat,rakyat Selangor pula semakin cerdik untuk menilai wajah-wajah sebenar Khalid dalam mentadbir kerajaan negeri.

Tindakan Khalid yang banyak berdolak dalik sejak kebelakangan ini memperlihatkan beliau sudah tidak mampu untuk mentadbir urus Selangor sebagai sebuah negeri yang kaya dan boleh memberikan faedah kepada rakyat secara keseluruhannya malah sikpa Khalid  sejak kebelakangan ini boleh diibaratkan hanya berusaha  mengumpul dana untuk kepentingan peribadi dan partinya semata-mata tanpa mempedulikan masalah-masalah rakyat yang setiap hari berbangkit di negeri itu.

Khalid barangkali lupa bahawa banyak mata sedang memandang kegilaannya menggunakan kuasa yang ada dan beliau mungkin sedcar saat kepimpinannya dibayangi oleh DAP serta desakan bertali arus supaya beliau meletakkan jawatan oleh ahli partinya sendiri memungkinkan karier politiknya sebagai Menteri Besar tidak akan panjang umurnya.
Hubungan Khalid dengan pegawai kerajaan negeri mula renggang,mesra dan akur kepada perintah Tuanku Sultan Selangor bagaikan dibuat-buat secara terpaksa demi tugasnya sebagai Menteri Besar dan mesyuarat Cabang Keadilan Kuala Selangor pimpinannya mula berkecamuk dengan penyalahgunaan kuasa untuk menutup segala kepincangan belanjawan parti itu.

Dan terbaru UMNO Selangor  Khalid Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan penyelenggaraan infrastruktur sebanyak RM315 juta yang diberi Kerajaan Pusat pada 2009.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, berkata ini kerana berdasarkan laporan diterima, sebanyak RM55 juta ‘hilang’ begitu saja kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing menerima RM183 dan RM76 juta, manakala sebanyak RM900,000 bagi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Katanya, tindakan kerajaan negeri itu jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan infrastruktur selesa.

“Jika dihitung semuanya, terdapat baki RM55 juta dan saya ingin bertanya, ke mana perginya duit peruntukan diberi Kerajaan Pusat. Jika ia dimasukkan dalam tabung wang amanah negeri, sila jelaskan tujuannya,” katanya.

Mohd Zin berkata, rakyat berhak tahu mengenainya kerana peruntukan itu bukan untuk disimpan atau digunakan bagi kepentingan pihak lain, sebaliknya untuk keselesaan rakyat.

"Banyak lagi jalan rosak perlu diperbaiki dan diselenggara, tetapi kenapa ia tidak digunakan sepenuhnya. Jika Kerajaan Pusat tidak bagi duit, kerajaan negeri cakap macam-macam tetapi bila dapat duit, jadi macam ini pula," katanya.

Sementara itu dalam masa yang sama beliau sudah mengarahkan UMNO Selangor membuat laporan polis terhadap Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, tindakan memburukkan institusi raja satu hasutan amat serius dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya oleh polis.

"Ia tidak harus dipertikai kerana jelas Sultan ada kuasa dalam hal ehwal agama dan Abdul Aziz sepatutnya tahu. Selain itu, tindakan kerajaan negeri mempertikaikan prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga tidak wajar.

"Badan pemantau yang ditubuhkan menyebabkan JAIS tidak ada kebebasan dalam membuat kerja dan jika hendak kaji semula SOP, kita boleh bentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya
Monday, October 10, 2011

SAYA tidak mahu mengulas apa-apa.terserah kepada kita untuk mentafsirkannya.Cuma kita tidak tahu berapa lama lagi rakyat akan menerima pembohongan demi pembohongan sedemikian rupa ini. Video ini hanya sebahagian daripada keseluruhan video yang p[asti akan terbongkar tidak lama lagi..

Anwar memang `sakti'.beliau boleh berada di mana mana dengan wajah yang berbagai-bagai.Anwar boleh membaca khutbah,hafal ayat-ayat Al-Qur`an dan kesaktian Anwar lagi ialah boleh meliwat Saiful walaupun sakit belakang.Boleh menyetubuhi amoi Cina dan video terbaru ini memaparkan lagi kesaktian Anwar.

Terserah kepada anda untuk menilai dalam bentuk apa sekalipun.
TITAH  penuh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor.

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis ‘Thanksgiving Dinner’ yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. 

Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain. Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988  yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.

Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan. Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam. Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.

Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.
 
Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.

Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.

Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS. 

D.Y.M.M. Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Sultan Selangor
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers