Thursday, December 23, 2010

Shagul Hamid dikatakan akan bersara pada Februari nanti..
SEMUA mata sedang memandang ke arah Biro TataNegara.Kontrak Dato Saghul Hamid Bin Abdullah sebagai Ketua Pengarah biro akan tamat tidak berapa bulan sahaja lagi.Sudah ada pihak yang mula melobi untuk ke jawatan yang banyak menimbulkan sensasi serta kontraversi sejak akhir-akhir ini.Sudah ada pihak yang merancang dan sudah ada calon yang merasakan merekalah orang terbaik untuk mengisi jawatan itu dan menggantikan Ketua pengarah yang bakal bersara ini.

Malah biro ini sendiri seperti menjadi bayang-bayang hitam yang cukup menakutkan kepada orang-orang bukan Melayu.Biro ini dituduh secara melampau kononnya terlalu menjaga kepentingan dan hak-hak orang Melayu.Biro ini dituding sebagai biro yang rasis.Biro ini dikatakan menjadi alat kepada orang-orang Melayu di Negara ini yang diberikan latihan secukupnya untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Kerajaan Selangor menyerang biro ini, DAP, PKR malah MCA sendiri memberikan berbagai-bagai tafsiran yang negatif terhadap kewujudan serta peranan yang biro ini mainkan selama ini.Hingga biro ini dituduh berniat jahat terhadap bangsa-bangsa lain
.
Kita tidak berniat untuk memberikan huraian secara terperinci apa peranan dan matlamat yang biro ini dipertanggungjawabkan kerana kepada sesiapa yang pernah mengikuti perjalanan Biro TataNegara ini meraka akan tahu tujuan dan matlamatnya namun yang menjadi perhatian buat masa ini adalah kekosongan kerusi Ketua Pengarah yang akan dilepaskan oleh Saghul Hamid apabila kontraknya tamat tidak lama lagi.Jawatan ini dilihat sedang jadi rebutan ramai.

Biro TataNegara adalah aspirasi kerajaan dan seseorang Ketua Pengarah yang akan dilantik seharusnya mendokong kemas dan erat aspirasi kerajaan itu terutama sekali aspirasi Perdana Menteri dan kecuaian mengenalpasti calon terbaik untuk dilantik ke jawatan tersebut akan lebih mendatangkan kontraversi ataupun memungkinkan biro ini hilang peranan serta halatujunya.

Jawatan Ketua Pengarah biro ini bukan jawatan yang main-main.Bukan jawatan yang perlu diserahkan hanya kerana seseoarang itu kawan baik atau dilonjakkan oleh orang-orang tertentu yang memungkinkan menyirat pelbagai agenda peribadi ataupun calon yang hanya ingin makan gaji.

Calon terbaik adalah calon yang menyintai perjuangan agama,bangsa dan negaranya.Calon yang menjunjung tinggi prinsip dan falsafah Rukun Negara, calon-calon yang tidak pernah mengkhinati pemimpinnya,agama, Negara serta bangsa nya dan mendokong tanpa rasa gentar Perlembagaan Persekutuan.

Rozai seangkatan dengan Shagul di Romania
Kita sedar selain Saghul Hamid yang pernah mendapat didikan ataupun latihan ketatanegaraan di Romania, ada beberapa calon lagi yang masih mampu dan mempunyai siasah serta jati diri yang kuat,kental dan agam untuk mempertahankan modul biro ini iaitu Aziz Shamsuddin dan juga Rozai Shapian. Mereka ini telah membuktikan dengan meletakkan kepentingan Negara dan pemimpin mereka mengatasi kehendak nafsu peribadi mereka.Mereka ini tidak pernah tunduk kepada tekanan dan desakan.Mereka betul-betul mengaplikasi kebolehan,ilmu dan latihan mereka untuk kepentingan pemerintah.

Kita menyedari ada calon-calon yang begitu hebat sedang melobi untuk mengintai jawatan ini seperti Raja Arif yang sedang berusaha untuk mendapatkan jawatan itu dengan bantuan Setpol Perdana Menteri dan juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan  dan Ahmad Fairuz Othman juga mempunyai keinginan yang sama dan turut menggunakan bantuan  Setpol Perdana Menteri itu  tapi  melalui  orang tengah Mokhtar Sulaiman,bekas pegawai BTN sebelum ini.

Ahmad Fairuz sebelum ini pernah dikatakan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Melaka dan ahli UMNO Putrajaya malah pernah mencabar Tengku Adnan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian namun gagal kerana tidak cukup pencalonan dan kita percaya ada kemungkinan beliau akan melalakukan gerakan sulit menggunakan kedudukannya sekiranya dilantik Ketuan Pengarah Biro  untuk sekali lagi mengkucar kacirkan UMNO Putrajaya.

Manakala Raja Arif yang difahamkan bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Pegawai Khas kepada Dato Tengku Mahmood dan sekarang ini adalah AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam DUN Bukit Tunggal serta bercita-cita untuk menjadi calon pilihanraya.

Pandangan Tuanku Mizan perlu diambil kira dalam soal ini malah ada sumber yang mengatakan salah satu daripada punca kemurkaan Suktan terhadap Idris Jusuh ialah kerana melantik Raja Arif di syarikat Top It salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apakah Raja Arif ini tidak boleh kita kategorikan sebagai orang yang pernah menderhaka kepada Sultan sedangkan antara prinsip serta modul biro ini adalah mendaulat serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.Adakah Perdana Menteri  akan menyokong perlantikan calon yang berlatar belakang seperti ini?.

Dato Nasiruddin bekas pegawai BTN yang berasal daripada Perak juga sedang memohon jasa baik Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya ke jawatan itu tetapi calon ini dkatakan pernah mempunyai kes mahkamah.

Bekas SUSK Anwar Ibrahim. Annuar Shaari juga dikatakan berminat untuk jadi Ketua Pengarah dan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan isteri Perdana Menteri untuk menyokongnya ke jawatan itu dan dalam masa yang sama ada suara-suara yang mula mendedahkan bahawa Biro TataNegara terlalu banyak sangat memberikan peluang dan ruang kepada bekas penyokong Anwar Ibrahim tetapi mereka ini walaupun bekas namun bersimpati terhadap perjuangan bekas banduan itu.Adakah ada agenda lain tersembunyi?

Malah Shukur Desa, bekas Pegawai BTN dan keluar daripada BTN untuk bersama-sama Anwar Ibrahim dan pernah katanya ditangkap kerana mengsabotaj kerajaan turut berminat untuk mendapatkan jawatan tersebut manakala Hamsan, bekas Pengarah BTN Johor dan satu bahagian UMNO dengan Ahmad Maslan turut bercita-caita sama.

Kita tidak tahu mengapakah jawatan ini cukup menjadi rebutan sejak akhir-akhir ini sedangkan jawatan Ketua Pengarah Biro TataNegara adalah satu tanggungjawab yang cukup besar demi menjayakan aspirasi Perdana Menteri dan orang-orang Melayu secara keseluruhannya dan bila kita melihat kepada latar belakang calon-calon yang sedang hebat melobi menggunakan orang itu dan orang ini, mereka  tidak terbukti kesetiaan mereka kepada perjuangan dan aspirasi biro itu sendiri.Adakah mereka ini sebenarnya layak untuk jawatan itu atau bakal menjadikan duri dalam daging kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional?

Perdana Menteri diharapkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk melantik sesiapa sahaja ke jawatan ini seharusnya mengambil kira pandangan semua pihak dan jangan menelan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh orang-orang sekeliling beliau.Kesilapan melantik Ketua Pengarah akan membawa padah yang maha besar terhadap perjalanan serta organisasi Biro TataNegara ini. Biro TataNegara adalah wajah dan suara hati Perdana Menteri.Kita tidak takut untuk bermain dengan api tapi yang membimbangkan kita sekiranya mereka ini adalah api dalam sekam.
Thursday, December 16, 2010

Speaker Dewan Rakyat- tenang dan berwibawa
SEJARAH hitam Parlimen Malaysia hari ini tercatat.Kebiadapan serta sikap kurang ajar pembangkang Malaysia dibuktikan apabila Dewan Rakyat telah dijadikan pasar malam dan juga sarkas bilamana Dewan yang seharusnya dimuliakan oleh semua Wakil2 Rakyat dijadikan satu medan untuk diisi oleh manusia-manusia geladangan daripada pembangkang bagi menampikan kebiadapan masing-masing.

Semua bermula apabila ada usul mahu menggantung Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan satu lagi usul untuk menggantung tiga MP pembangkang iaitu S.Sivarasa,Azmin Ali dan Karpal Singh di atas kesalahan yang mereka lakukan melibatkan peraturan, kepentingan dan kemuliaan Dewan Rakyat. 

Kita percaya baik Anwar dan tiga MP yang lain menyedari serta mengetahui bahawa  mereka telah melakukan kesalahan dan meletakkan Dewan Rakyat itu dipandang hina hasil dari tindakan mereka sebelum ini namun untuk memperlihatkan bahawa mereka itu benar dan bersih di kacamata rakyat, mereka tetap  mengguna serta memperalatkan Dewan Rakyat untuk kepentingan agenda sempit politik mereka daripada mempertahan institusi serta intgeriti Dewan itu sendiri.

Mereka menyerang Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara peribadi dan apa yang pernah berlaku di DUN Perak mereka ulangi dalam bentuk dan perbuatan sama di Dewan Rakyat.Mereka terpekik, terlolong dan menjerit bagai orang hilang akal hanya kerana mahu mempertahankan MP yang disebutkan di mana mereka ini sepatutnya lebih meletakkan martabat dan maruah dewan itu mengatasi segala-gala yang lain.

Baik Anwar,Azmin, Yusmadi (Balik Pulau),Gobalakrishnan ( Padang Serai), Khalid Samad ( Shah Alam), Dr Zulkifly Ahmad ( Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan hampir kesemua pembangkang bangun berdiri mempersendakan segala Peraturan Mesyuarantyang sepatutnya mereka dokong dan pertahankan sebagai ahli Dewan Rakyat tetapi berlaku sebaliknya, mereka mencemarkan Dewan Rakyat semau-maunya dan mengikut segala skrip songsang yang telah mereka rencanakan dari awal lagi.

Sepanduk dan kata nista terhadap Parlimen disediakan awal..
Sesungguhnya mereka telah merancang lebih awal untuk menghuru harakan keadaan dengan menyediakan sepanduk-sepanduk bagi menghina dan memperlekehkan Dewan Rakyat. Medreka sudah ada niat itu dan terbukti sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak Dewan Rakyat bersidang bermula tahun 1959, mereka jadikan hari ini warna hitam menyelubungi Dewan Rakyat. Mereka mengkhianati dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya adalah petualang rakyat yang berselindung di sebalik sistem demokrasi Negara.Petualan yang rakyat mahu angkat sebagai pemimpin masa depan.

Bagaimana buruk lakunya manusia bernama Azmin Ali bangun menuding jari ke Speaker Dewan Rakyat dan mencabar Spekear supaya meletakkan jawatan dan bagaimana biadapnya Yusmadi terpekik terlolong macam orang hilang akal demi mempertahankan pemimpin yang banyak membawa masalah kepada rakyat dan Negara ini iaitu Anwar Ibrahim.Patutlah Azmin menolak Ketuanan Melayu, rupanya dia ingin menjadikan kebiadapan itu sebagai satu sifat barunya.

Bukan 6 bulan tapi sepatutnya digantung seumur hidup?
Antara mereka bagaikan mahu berebut kasih sayang Anwar tetapi kelakuan mereka seolah-olah  masih berada di zaman jahilah dan menjadikan politik munafik dan pura-pura sebagai latarbelakang perjuangan mereka selama ini.

Ruang di dalam Dewan Rakyat umpama Wad Gila dan kegilaan demi kegilaan yang ditunjukan oleh MP Pembangkang turut menjadikan Dewan Rakyat antara institusi tertinggi dalam Negara umpama kandang sarkas yang penuh dengan bintang-binatang liar yang tidak ada sebarang disiplin ataupun peraturan.Tubuh badan sahaja manusia tetapi sifat dan perilakunya mengalahkan segala jenis bintang dalam dunia ini.

Mereka tidak menyerang MP BN tetapi lebih menajdikan Speaker sebagai sasaran mereka dan ketenangan Tan Sri Pandikar Amin menjadikan gila mereka itu kendur selepas satu setengah jam dan kita percaya kegilaan yang mereka tunjukkan di Dewan Rakyat ini akan mereka teruskan di pentas-pentas ceramah dan kita juga percaya rakyat yang juga gila akan mengangkat orang-orang gila ini sebagai pejuang tulen mereka.

Apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari secara jelas mencerminkan manifestasi sempit perjuangan pembangkang. Malang bagi rakyat Malaysia dan negara ini memililih mereka ini sebagai pemimpin namun persoalan timbul bagaimana rakyat harus didedahkan segala buruk laku dan penyelewengan pembangkang selama ini sedangkan mereka di luar, di pentas-pentas ceramah memutarbelitkan segala fakta dan isu untuk memperkuatkan segala teori politik mereka sedangkan selama ini, mereka berbohong dan menipu semata-mata untuk mengeliru serta mengalihkan perhatian rakyat daripada menyedari serta mengetahu perkara sebenar.Mereka inilah pemimpin bangsat yang perlu dikenang untuk dijadikan tauladan di masa akan datang.

Kerajaan ataupun Barisa Nasional harus menggembelingkan segala tenaga dan usaha untuk berdepan dengan rakyat bagi memperjelaskan dan membongkar segala keburukan dan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang. Selama ini rakyat hanya terdedah kepada penerangan sebelah pihak sahaja dan peluang inilah yang mereka gunakan untuk menyalahkan kerajaan ataupun Dewan Rakyat, kononnya mereka dizalimi dan dinafikan hak, demokrasi telah mati dan sebagainya.

Kalau rakyat terbanyak melihat apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari, kita percaya dan penuh keyakinan mereka tidak akan berfikir banyak kali untuk membuat keputusan bahawa pembangkang yang mereka sanjung dan puja selama ini hanyalah tin-tin kosong dan yang cakap berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi.Kalau telur tembelang itu busuk, mereka ini lebih busuk daripada telur itu.

Meskipun akhirnya empat empat jenis MP yang bersikap seperti haiwan belaan ini dgantung menghadiri sidang Dewan Rakyat dan hilang segala hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan tetapi sikap biadap dan kurang ajar yang mereka palitkan ke Dewan Rakyat tertinta sebagai satu sejarah yang sukar dipadamkan.
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers