Thursday, November 25, 2010
SELAIN Johor,Sabah dan Sarawak  yang menyumbangkan kerusi terbanyak untuk Barisan Nasional , Pahang juga merupakan negeri yang menjadi kubu kuat  dan dianggap benteng agam yang terlalu sukar untuk ditawan oleh pembangkang dan Pahang juga merupakan Negeri yang melahirkan dua Perdana Menteri Malaysia.


Namun kesempatan yang diberikan untuk berada dalam Dewan Undangan Negeri Pahang untuk mendengar pembentangan Bajet Belanjawan Negeri Pahang untuk tahun 2011 seperti berada di dalam satu ruang yang cukup sempit dan menyesakkan, suasana yang cukup tidak kondusif dengan dewan persidangan yang mungkin sama besar ataupun lebih kecil daripada dewan sekolah rendah.


Dewan yang menempatkan wakil-wakil rakyat Negeri Pahang itu terlalu kecil dan jarak antara wakil pembangkang dan juga kerajaan hanya dipisahkan oleh satu laluan yang mungkin boleh menyentuh bahu antara satu sama lain dan juga menempatkan tempat duduk pemerhati yang terlalu kecil jumlahnya untuk diisi oleh mana-mana pemerhati yang berhajat untk turut serta mendengar perbahasan.

Kedudukan kerusi-kerusi antara satu sama lain cukup rapat. Antara wakil kerajaan dan pembangkang terlalu dekat dan terhad.Mereka boleh meninjau nota antara satu sama lain cuma nasib baik wakil-wakil rakyat Pahang ini berdisiplin serta mampu mengawal emosi masing-masing sewaktu berhujah.

Malah ada pemerhati yang datang terpaksa berada di ruang tamu berdekatan dengan meja pengawal yang mengawal pintu masuk di Wisma Sri Pahang itu untuk mendengar perbahasan yang melibatkan wakil-wakil rakyat mereka.Zaman sudah berubah, dari era kemiskinan sudah menjadi era transformasi.Dari bercakap tentang DEB, hari ini kita sudah bercakap tentang GTP,MEB, NKRA,MKEA dan sebagainya. Pahang juga kita tuntut untuk berubah.

Kita setuju dewan yang kecil tidak semestinya mutu perbahasan itu tidak baik  ataupun masalah rakyat tidak dapat disempurnakan dengan baik tetapi sekurang-kurangnya dewan yang selesa akan turut menjadikan wakil-wakil rakyat lebih selesa dan berkeyakinan untuk membahaskan ataupun  melontarkan hujah-hujah demi kebaikan rakyat negeri.

Kalau mahu dibandingkan dengan Dewan Undangan Negeri lain seperti di Sarawak,Sabah dan Johor, Pahang ternyata ketinggalan jauh daripada sudut infrastruktur dan prasarananya. Dewan yang dibina awal tahun 70an itu sepatutnya sudahpun dinaiktarafkan sebagai sebuah dewan yang menepati ciri-ciri serta kekemasan sebagai sebuah Dewan Undangan Negeri .

Lihat sahaja Dewan Undangan Negeri Sarawak sebagai contoh, Dewan Undangan Negeri mereka tersergam indah apabila dibangunkan dengan kos yang menelan berjuta ringgit begitu juga di Sabah dan sebagai sebuah negeri  kebanggaan rakyat, kerajaan Negeri Pahang harus mengambil langkah susulan untuk mereka  seiring dan seganding dengan negeri lain mempunyai sebuah Dewan Undangan Negeri yang baru dan menepati ciiri-ciri sebuah dewan undangan negeri yg ada prestijnya.

Bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Pahang juga turut tidak menyentuh ataupun memperuntukan belanja tambahan bagi menaiktarafkan Dewan Undangan negeri Pahang itu dan seolah-olah Kerajaan negeri lebih selesa berada di dalam Dewan sebesar itu  dan juga hanya menjadikan tempat letak kereta dengan menyewa beberapa buah khemah sebagai dewan makan ADUN-ADUN Pahang Darulmakmur.

Mungkin kerajaan Pahang mengambil pendekatan untuk berbelanja kepada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tetapi  segala keputusan adalah bermula daripada dewan ini sebagai mercu tanda demokrasi yang hidup subur dan segar bugar di Pahang.

Berikan keselesaan untuk melaksanakan agenda rakyat kepada YDP Dewan hinggalah kepada Ahli-ahli Dewan dalam keadaan yang tenang dengan persekitaran dewan menarik serta terkini.DUN Pahang besar sedikit sahaja daripada dewan mahkamah yang  bersidang..!

Andainya peruntukan untuk membaikpulih DUN Pahang ini datang daripada Kerajaan Pusat, jelaslah Pahang dianaktirikan serta dinafikan hak untuk berubah dan mengubah dewan itu seperti DUN-DUN negeri lain dan seandainat peruntukan kewangan itu harus diluluskan oleh kerajaan Negeri Pahang, ternyata juga mereka mungkin lebih selesa berada di dalam dewan sebesar itu serta tega menikmatri suasana yang dimaksudkan.Maknanya ADUN-ADUN Pahang lebih suka bernostalgia dengan dewan yang dibina tahun 70an dulu.
Thursday, November 18, 2010

TIBA-TIBA MARDITECH dipersoalkan peranannya.Agensi di bawah Mardi ini yang septautnya bertrnggungjawab sepenuhnya untuk mengetuai badan kajian agensi itu tiba-tiba bertukar arah menjadi penganjur kepada program MAHA yang diadakan setiap tahun dan tahun ini berlangsung di Serdang,Selangor.MAHA dikatakan menelan kos penganjuran hingga RM 20 juta pada setiap kali pengajurannya.

MARDITECH hilang punca dan lari daripada tanggungjawab asal penubuhannya yang sepatutnya memfokus kepada penyelidikan pertanian dan perternakan di mana hasil kajian tersebut akan diimplementasi oleh MARDI dan juga FAMA namun hari ini badan itu menjadi promoter atau tauke funfair.Kerja-kerja yang Marditech lakukan ini tersasar jauh daripada fungsi penubuhan asalnya.

Mengapa Marditech jadi begini?Apakah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani tidak mampu menganjurkan sendiri ataupun melantik mana-mana syraikat lain yang berpengalaman serta mempunyai kepakaran supaya peranan agensi  ini tidak diperlekehkan dan Marditech kekal dalam struktur asas penubuhannya yang tidak mencampur aduk perniagaan dan kaji selidik.

Berapa banyak pula untung yang dikaut oleh Marditech dan siapakah yang mencatur untung rugi dalam kos pengiklanan yang melibatkan berbagai-bagai seperti pamplet,banner,flyers dan iklan-iklan lain yang  berkaitan.Tangan siapa yang menggerakan Mareditech ini hingga Kementerian sanggup memperkecilkan peranan serta menyeleweng daripada asas penubuhannya?

Apakah penubuhan Marditech ini juga merupakan satu lagi silap mata Kementerian Pertanian Dan Indsutri Asas Tani  kerana agensi ini juga dilantik  seorang Ketua Pemuda Bahagian yang dikatakan cukup rapat serta dilihat seperti anak emas kepada Menteri terbabit sebagai Ahli Lembaga Pengarah.Apa peranan Ketua Pemuda ini sedangkan beliau langsung tidak mempunyai kepakaran seperti yang dimahukan untuk menganggotai agensi tersebut?

Ketua Pemuda Bahagian ini pula langsung tidak ada pengalaman dan kepakaran dalam bidang pengkajian pertanian dan perternakan.Bagaimana kumpulan yang dilihat mempunyai kepakaran boleh menerima masuk beliau sebagai ahli Lembaga Pengarah ataupun beliau hanya berselindung sebagai Lembaga Pengarah tetapi melaksankan kerja-kerja Pengerusi seperti Nalakaruppan walaupun hanya seorang Pengurus Besar tetapi beliaulah yang membuat keputusan segalanya.

Lebih malang lagi, sekiranya campurtangan politik untuk menghalalkan segala tindakan sumbang dalam agensi berkenaan ianya secara tidak langsung mencerminkan wujud penyalahgunaan matlamat dan tujuian Marditech ditubuhkan.

Agensi ini semakin jelas dan boleh dilhat telah dijadikan alat oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dan menjadikan MAHA sebagai satu lagi tempat mengumpul wang untuk kepentingan peribadi walaupun kikta tidak menafikan MAHA ini banyak memberikan peluang kepada usahawan-usahawan untuk mengembangkan hasil pertanian mereka.

Namun yang kita persoalkan adalah kewajaran MardiTech mengambil peluang menguruskan penganjurannya kerana kita sudah melihat ada ciri-ciri penyelewengan apatah lagi isteri Ketua Pemuda Bahagian yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah MardiTech ini mempunyai syarikat pengiklanan dan percetakan yang beroperasi di Bandar Baru Selayang.Apakah tidak wujud kepentingan peribadi dalam soal ini?Adakah ketua Pemuda Bahagian itu tidakj menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi pengurusan MardiTech supaya segala promosi dilaksanakan oleh syarikat milik isterinya itu?

Menurut sumber, MardiTech menguruskan segala bentuk promosi termasuklah khemah-khemah gergasi yang dikatakan menelan kos beratus ribu ringgit dan segala keputusan penganjuran ini terletak sepenuhnya di tangan MardiTech itu sendiri dan kita berkeyakinan beliau menggunakan hubungan intimnya dengan Menteri terbabit untuk menguasai agensi tersebut dan menjadikan kedudukannya lebih berkuasa daripada Pengerusi MardiTech itu sendiri.Bohonglah dan satu penipuan besar dilakukan andainya kalau Menteri tidak tahu ini semua!

Pengurusan MARDI sendiri jangan sampai dilihat turut bersekongkol melaksanakan agenda jahat dan berkepentingan daripada orang-orang tertentu yang sedang galak mempergunakankan MardiTech ini dan mereka harus bangun nertindak untuk menyelamatkan agensi itu daripada jadi kuda tunggangan pemimpin yang buta tentang fungsi penubuhannya.

Dalam perkembangan lain, gelagat dan karenah Ketua Pemuda Bahagian ini semakin hangat diperkatakan.Malah sudah ada pihak yang menggambarkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang begitu berkepentingan dan amat rakus menggunakan kuasa,ruang dan peluang yang diberikan bagi mengkayakan diri sendiri serta kroni.Pun ada yang begitu sinis mempersoalkan kewajaran hubungan beliau yang terlalu intim dengan Menteri seolah-olah segala tindakannya dihalalkan oleh Menteri terbabit dan Menteri langsung tidak berani bertindak di atas salah laku dan penyelewengan yang beliau lakukan.

Noh Omar juga sebagai Menteri dilihat mengundang nasib malang apabila beliau dikelilingi oleh keparat-keparat politik yang rakus dan tamak kuasa mempergunmakan kedudukan beliau dan ada yang menyimpulkan sekiranya terjadai apa-apa di atas kedudukan Noh sebagai Menteri, keparat-keparat politik inilah orang yang pertama akan meninggalkan Noh sendirian merenung nasib malangnya.

Sejarah Tan Sri Rozali Ismail seharusnya Noh mengambil iktibar apabila budak kesayangannya itu sanggup meninggalkan Rozali yang pernah menyuapnya RM10,000 sebulan dan sejarah yang sedang berlaku dalam diri Ahmad Bhari juga patut dijadikan teladan apabila Ketua Pemuda ini langsung tidak menghormatinya walaupun bekas Ketua Bahagian Selayang itu adalah orang yang memperkenalkanya kepada Noh Omar.Ketua Pemuda UMNO ini akan menggunakan apa sahaja cara asalkan matlamatnya tercapai walaupun terpaksa menggunakan wang ringgit untuk mendapatkan jawatan dan kuasa.

Jelas selain keparat politik,ini juga wajah-wajah dedalu politik yuang menumpang ranting tetapi meninggalkan ranting itu setalah merlihat cabang lain yang cukup kukuh dan mampu memenuhkan tembolok kerakusan politik,harta dan kuasa.

Dalam soal isu baja sebagai contoh, Ketua Pemuda UMNO ini menafikan beliau terlibat menyusun semua syarikat tetapi dalam masa yang sama, beliau sendiri yang membayar bon jaminan tiga syarikat ke atas projek itu walaupun jelas ianya sudah melanggar peraturan ataupun syarat-syarat Kementerian.Nampak sangat Kementerian tunduk kepada desakan walaupun jelas syarikat-syarikat tersebut tidak memeunhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian.

Ketua Pemuda ini juga sedang ditunjuk untuk mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan kita melihat Pergerakan Pemuda Selangor akan mengundang petaka yang maha besar dalam pergerakan mereka sekiranya Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO Selangor bersetuju dengan perlantikan tersebut. Sudahlah negeri dijajah PKR, dilantik pula Ketua Pemuda bahagian yang tidak ada jati diri dah sahsiah perjuangan UMNO dalam dirinya.

UMNO yang sedang bergelut dalam proses menggembalikan Selangor ke tangan Barisan Nasional seharusnya mempunyai pemimpin yang sanggup berjuang tanpa mengira ganjaran dan kita percaya untuk mendapatkan sokongan bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Selangor, sebagai orang muda, akan ada yang gelap mata apabila ditawarkan ganjaran untuk menyatakan sokongan terhadap perlantikan itu.
Kalau Menteri sendiri boleh tutup mata dengan segala karenahnya apa sangatlah dengan kekuatan jati diri yang ada dalam diri Pemuda yang semakin terumbang ambing ketika ini.Dan Pemuda UMNO Selangor tidak memerlukan ahli perniagaan yang banyak duit tetapi mereka memerlukan pemimpin yang sanggup berjuang untuk parti mereka dan bukan kerana kepentingan peribadi.Pemuda UMNO Selangor harus memiliki seorang pemimpin yang sanggup berjuang untuk menjuarai isu demi kepentingan parti dan rakyat negeri itu. Jadi kalau UMNO Selangor berpendirian, jawatan Ketua Pemuda UMNO Negeri itu perlu seorang pemimpin yg berwang bertimbun, tenderkan sahaja.
Tuesday, November 9, 2010

KONTRAK baja untuk petani-petani di seluruh Negara sekali lagi menimbulkan kontraversi.Baja yang sepatutnya dihantar kepada petani-petani pada awal bilan Oktober lalu sehingga kini gagal dilaksanakan walaupun Kementerian Pertanian Dan Industrri Asas Tani telah meluluskan tender tersebut kepada enam buah syarikat iaitu tiga dari semenanjung dan tiga lagi dari Sabah dan Sarawak.

Kegagalan syarikat yang bertanggungjawab setelah diberikan tender ini sepatutnya diambil tindakan oleh kementerian dengan membatalkan tender tersebut tetapi syarikat-syarikat ini masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan penyaluran baja yang dimaksudkan kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Sikap dan pendirian kementerian di atas kegagalan syraikat ini memenuhi syarat-syarat penghantaran mengelirukan serta menimbulkan tandatanya dan adakah kerana kontrak baja ini membuatkan KSU Kementerian tersebut tidak dilanjutkan kontraknya?Dan apa pula istimewanya syraikat-syarikat yang memperolehi tender ini tidak dibatalkan walaupun mereka gagal mematuhi syarat-syaratnya?

Rupanya kelulusan tender kepada syarikat-syarikat berkenan penuh dengan rahsia tersembunyi.Ada sesuatu yang tidak kena apabila syarikat-syarikat yang diluluskan itu adalah syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman,ada syarikat yang baru sahaja ditubuhkan khusus untuk mendapatkan tender tersebutS dan juga tidak mempunyai kilang baja seperti yang disyaratkan sewaktu mahu menender projek penghantaran baja-baja untuk petani di seluruh Negara.

Ada tangan ghaib di sebalik semua tragedi yang sedang meresahkan petani-petani di seluruh Negara ketika ini.Tangan-tangan ghaib ini berselidung di sebalik syarikat-syarikat TRR Heritage, Anjung Pelangi dan Ejuara Baja yang mempunyai kaitan secara langsung dengan salah seorang Ketua Pemuda UMNO di Selangor yang sedang memasang cita-cita untuk menjadi seseorang yang cukup penting di negeri itu 
.
Gelagat dan kerakusan ketua Pemuda ini pernah didedahkan sebelum ini dan turut didedahkan oleh RBF tetapi barangkali yakin yang beliau akan sentiasa dilindungi oleh pihak-pihak tertentu, beliau tetap meneruskan kerakusan dan kegilaannya untuk mengumpul kekayaan demi kekayaan.Tindakannya memasang kain rentang untuk menonjolkan dirinya juga dilihat menyiratkan nafsu besarnya dalam politik tanahair.Tidak ada lagi Ketua Pemuda Bahagianyang memiliki kekayaan luar sehingga mampu memiliki kereta Ferarri...

Kita juga mahu kementerian dedahkan siapakah lelaki bernama Izad yang diperalatkan di sebalik penjualan  kontrak-kontrak ini selain daripada Ketua Pemuda yang dimaksudkan itu dan adakah sistem broker ini memang digunapakai dalam kementerian dan ada yang mendedahkan lelaki ini adalah orang perantaraan Ketua Pemuda antara kontrak tersebut dengan syraikat lain yang bakal membeli tender-tender itu.

Persoalannya bagaimana syarikat-syarikat ini memperolehi tender tersebut sedangkan mereka langsung tidak ada pengalaman dan kilang baja?Apakah ada campurtangan politik atau Ketua Pemuda ini yang memberikan tekanan kepada pihak kementerian dan apakah sebabnya Kementerian harus tunduk kepada seorang Ketua pemuda yang dilihat memperolehi kekayaan yang cukup luar biasa  untuk meluluskan tender itu ataupun pegawai-pegawai atasan MARDI turut terlibat menyokong penyelewengan ini.

Kenapa proses penghantaran baja tersebut gagal sehingga ke hari ini? Jawabnya cukup mudah, syarikat yang memperolehi tender-tender ini sedang berusaha untuk mencari untung dengan menjaja tender inji kepada syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran dan pengalaman. Untuk tiga syraikat di Semenanjung ini mereka menuntut komisyen sehingga berjumlah RM 8.8 juta dari jumlah kesemua nilai projek yang diperolehi.Mudahnya kaut untung-dapat projek, jual!

Dua syarikat yang memperolehi tender baja Organik dan satu syarikat berjaya memperolehi tender baja Liquid iaitu baja air dan mencari untung secara mudah ini dilakukan oleh orang kanan kepada Ketua Pemuda ini malah semua orang melihat bahawa ketua Pemuda ini mencatur segala bentuk permainan projek dan tneder di kementerian itu tanpa pengetahuan khusus Menteri terbabit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah atau mana-mana badan dan agensi berkaitan harus menyiasat dan mengambil tindakan ke atas penyelewengan dalam pemberian tender kepada syarikat-syarikat ini  dan juga menyiasat secara mendalam kekayaan luar biasa yang diperolehi oleh Ketua Pemuda bahagian di Selangor ini kerana kesan daripada pemberian kontrak baja tanpa menyelidiki latar belakang syarikat akan meberikan kesan buruk terhadap nasib dan masa deopan petani apatah lagi baja-baja hibrik yang perlu dikuarantin sebelum di salurkan kepada petani-petani di seluruh Negara. Sebab dan kesannya hanya MARDI dan petani-petani sahaja yang mengetahuinya. 

Mungkin baja-baja daripada sumebr binatang yang haram seperti babi atau sebagainya dan kontena baja siapakah yang tersadai di pelabuhan ketika ini?

Kita juga menuntut Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani menyiasat dan turut mengambil tindakan sekiranya benar berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian tender baja ini kepada syarikat-syarikat yang berkaitan dan kegagalan mengambil tindakan mungkin bolah kita sifatkan sebagai stau persekongkolan terancang oleh pihak-pihak tertentu yang sedang menjaja nama Noh Omar untuk mengutip kepentingan peribadi walaupun ada syarikat lain yang lebih layak dan lebih rendah nilai tender mereka sebelum ini..


Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers