Tuesday, July 27, 2010
SYABAS TV3 yang dalam Buletin Utamanya sejak minggu lalu dengan berani membongkar penglibatan Kalimullah Hassan seorang wartawan dan hartawan dalam usaha untuk menggagalkan Datuk Seri Najib dari menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya memburukkan kerajaannya.




Secara profesional Kalimullah telah menafikan penglibatannya dengan Malaysian Insider dan kekayaannya dari bantuan kerajaan Malaysia tetapi siasatan tidak hanya harus ditumpukan di bidang ini sebaliknya mestilah dilihat gerakan bawah tanah yang dilakukannya sejak dia menjadi penasihat kepada NST.

Sebuah Kementerian Dalam Negeri yang cekap tentunya mempunyai simpanan bukti tentang peranan Kalimullah yang menyebabkan ramai wartawan Melayu meninggalkan NST sejak Kalimullah menjadi penasihatnya dan menggantikan mereka dengan wartawan wartawan yang tidak bersifat Malaysian untuk menjalankan usaha menentang dasar-dasar nasional, memainkan isu Dasar Ekonomi Baru, menggugat kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi dan lain lain isu sensitif termasuk kartun Nabi Muhammad.

Yang lebih tahu dalam pekara ini ialah Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin, Pengarah Berita Hal Ehwal Semasa TV3 Datuk Kamaruzzaman, bekas Ketua Pengarang Berita Harian Datuk Hishamuddin dan juga beberapa orang di tingkat empat. Mereka boleh membantu siasatan terhadap Kalimullah.

Kebijaksanaan Kalimullah memainkan jurnalisme untuk mencapai matlamatnya sedikit demi sedikit dalam suasana kebebasan yang diberikan oleh bekas Perdana Abdullah Badawi menyebabkan rakyat tidak nampak sabotaj yang dilakukannya yang telah mencedera parahkan, memporak-perandakan dan meruntuhkan asas pembangunan dan perpaduan negara yang dibangunkan sejak merdeka.

Masa itu kesedaran timbul di kalangan para nasionalis dalam UMNO tetapi teguran mereka tidak berkesan dan tidak dihiraukan.

Lee Kuan Yew gagal untuk melakukan sabotaj terhadap dasar asas negara ini ketika Singapura berada dalam Malaysia tetapi telah berjaya dilakukan oleh Kalimullah dan rakan rakannya yang berjaya menyeludup dan menguasai media di Malaysia. Dengan kedudukan dan pengaruh Kalimullah,NST, The Sun dan The Star telah berkonspirasi melakukan jenayah politik.


Kementerian Dalam Negeri tidak seharusnya hanya menerima bulat-bulat penafian Kalimullah bahawa dia tidak terlibat dengan Malaysia Insider yang ditubuhkian hampir serentak dengan pemberhentiannya dan rakan-rakan wartawannya dari NST dan The Star, Brendranparia meninggalkan NST dan Wong Sulong meninggalkan Star untuk menyertai sebuah syarikat PR kepada Koridor Selatan yang berada di belakang Malaysian Insider.

Kajian terhadap berita dan rencana yang sensitif kepada masyarakat Malaysia dan juga pendekatan NST dalam mempromosikan Malaysian Malaysia mestilah dilihat semula oleh Kementerian Dalam Negeri untuk membuktikan bahawa NST telah menjadi anasir subversif melakukan sabotaj terhadap dasar negara.

Haruslah diingatkan kembali sejarah pendek Kalimullah disingkirkan hanya beberapa hari sahaja selepas beliau dilantik menjadi pegawai akhbar Timbalan Menteri Perdana Ghafar Baba kerana disyaki sebagai ejen Singapura tetapi beliau telah dapat menyusup semula ke dalam kerajaan sebagai ejen Anwar Ibrahim yang bermula dengan membantu Abdulah Badawi pada pilihan raya 2004.

Kita berharap TV3 terus menjalankan tanggungjawabnya kepada bangsa dan negara dengan mendedahkan semua kerosakan yang telah dilakukan oleh Kalimullah ke atas dasar-dasar negara ini yang telah diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga usaha pemulihannya yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib sejak beliau mengambil alih kuasa negara. Peranan licik Malaysian Insider dalam hal ini tidak boleh dinafikan lagi.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin sebagai sepupu kepada Datuk Seri Najib mesti berani untuk membuka fail baru terhadap Kalimullah untuk membasuh dosanya kerana mendengar nasihat Kalimullah untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengangkat keris yang sekali gus telah memberikan impak seolah-olah UMNO menggunakan lambang keganasan.

Hishamuddin mestilah membasuh dosanya sebelum Mesyuarat Agung UMNO yang akan datang jika tidak mahu menerima suatu keadaan yang akan menyukarkannya.
Tuesday, July 13, 2010
MARUAH kepimpinan Noh Omar sebagai Menteri Pertanian dan juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor makin tercabar.Tatkala Noh sedang berdepan dengan kurang berkayakinan kepimpinan UMNO lain di Selangor sehingga tercetus kononya Satim Diman akan melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan, di Kementerian Pertanian,Industri Dan Asas Tani, Noh juga terpaksa berdepan dengan sikap tidak bertanggungjawab pegawai-pegawai yang beliau lantik untuk membantu kerja-kerja sebagai Menteri.

Cakap-cakap kedai kopi, baik di kaki lima ataupun dihotel-hotel besar sudah mula mempersoalkan kewibawaan serta kedudukan Noh sebagai seorang Menteri dan juga ahli poltik, kerakusan pegawai-pegawai beliau membolot segala kerja-kerja atau kontrak kementerian sudah mula menjadi buah mulut ramai.

Pegawai-pegawai Noh dilihat lebih sudu dari kuah,lagak dan gaya masing-masing seolah-olah memperlihatkan bahawa ketua mereka itu akan kekal sepanjang hayat di kerusi Menteri Pertanian itu sedangkan kedudukan Noh ketika ini cukup kritikal.

Kehidupan peribadi mereka rasanya belum waktu dipersoalkan, Mereka mengawal segalanya dari kerja kontrak sebesar hama sehinggalah sebesar gajah. Malah ada kontraktktor sudah tidak malu alah lagi menuding jari bahawa lepas pandang Nohlah yang menjadikan imej dia tercalar sehingga timbul khabar yang Noh akan di sisihkan daripada menganggotai cabinet PM Najib. Noh tahu sebabnya dan terlalu peribadi untuk didedahkan disini.

Soal Noh tahu atau tidak, itu bukan persoalannya tetapi kerakausan pegawai-pegawainya ini bebannya tetap tergantung atas bahu Noh,Noh perlu bertanggunjawab sepenuhnya dan Noh tidak boleh mengekal untuk berkata tidak tahu dalam soal kontrak khemah yang diberikan kepada kawannya untuk setiap program Kementerian termasuklah program MAHA,MINI MAHA dan kontraktor khemah yang dimaksudakn ini cukup kaya raya sehingga menutup peluang kontaktor-kontraktor lain untuk mencari peluang di kementerian itu.Itu belum terungaki cerita Haji Shafie,Haji Malek,Saiful,Habibah,Suhaimi Sahdan dan beberapa orang lagi dan kita ada dokumen untuk membuktikan campurtangan langsung mereka dalam soal yang kita anggap sebagai pengkhianatan kepada amanah yang Noh Omar berikan kepada mereka..

Dan tidak hairanlah bukan sahaja blog ini yang mendedahkan malah sudah ada beberapa blog  lain menyerang kepimpinan Noh yang sedang diperalatkan oleh pegawai-pegawainya ini. Bila timbul sahaja masalah kepimpinan Noh sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, nama-nama inilah yang dikatakan menjadi punca sehingga Noh diloihat gagal memimpin UMNO Selangor dan kegagalan Noh ini juga mahu atau tidak kesannya tetap terpalit kepada PM Najib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Noh juga tidak boleh menolak bulat-bulat untuk mengatakan tidak tahu di atas pemberian kontrak baja,benih padi dan juga beras kerana ianya turut melibatkan pegawai-pegawai Noh sehinggakan ada yang menuding jari mengatakan salah seorang-Ketua Pemuda yang telah pun berhenti berkhidmat dengan Noh menjadikan MARDI seolah-olah agensi milik keluarganya.Kalangan orang-orang tertentu yang hidup disekiling Noh membolot segalanya.Cakap-cakap sebegini makin terus menjejaskan kredibilti dan kedudukan Noh sebagai seorang pemimpin dan kita tidak mahu UMNO Selangor turut terpalit dengan masalkah-masalah yang ditimbulkan termasuklah soal-soal peribadi yang mula hangat juga dibualkan ketika ini.

Kalau Noh mahu dikatakan gagal di Selangor,beban kegagalan itu tidak boleh disandarkan kepada Noh secara sendiri kerana pihak lain juga turut bertanggungjawab membantu beliau untuk mengemudikan UMNO di negeri itu tetapi kegagalan Noh mengawal anak-anak buahnya adalah kegagalan peribadi yang Noh perlu tanggung dan beertindak untuk menyingkirakan mana-mana parasit yang dilihat boleh menjejaskan kedudukan Noh di mata PM dan terutama sekali di mata rakyat.

Hingga ada yang mengatakan mesyuarat tender selesai jam dua belas, jam dua oetang sudah ada syraikat yang menunggu untuk mengambil keputusannya dan ada juga yang mengatakan tender baru dibuka hari Jumaat tetapi hari  Isnin sudah dibuat pembahagian-pembahagian zon untuk tender pembekalan baja.Noh harus bertanggungjawab dan bertindak di atas kerakusan dan penyalahgunaan kuasa serta kedudukan pegawai-pegawainya.

Kita tidak mahu mempersoalkan kemampuan kewangan Setiausaha Sulit Kanannya yang menghawini seorang artis baru-baru ini tetapi selama lebih kurang lapan bulan tidak ada mesyuarat antara pegawai-pegawai Noh termasuklah Susk,Sus,PTTK dan juga pegawai-pegawai khas lain membuktikan wujudnya masalah dalaman yang cukup serius  antara mereka dan memungkinkan Noh menganggap bahawa komunikasi antara pegawai-pegawai ini sebagai satu perkara yang tidak mustahak untuk mengenalpasti kerja-kerja beliau sebagai seorang Menteri.Laporan siapa yang Noh gunapakai?

Ramai juga yang bertanya,apa fungsi ataupun peranan yang dimainkan oleh Setiausaha Politik beliau sehinggakan Noh menjadi sasaran kemarahan yang bukan sedikit daripada Ketua-Ketua bahagian UMNO di Selangro dan juga seluruh malaysiaNor sedang berdepan dengan gerakan-gerakan keterlaluan pegawai-pegawai  beliau di kementerian malah ada yang menyifatkan bahawa sebagai  Menteri, Noh telah gagal untuk menasihatkan sehinggakan terbit kebencian ketara pegawai-pegawai kementerian terhadap kepimpinan Noh.


Tulisan ini tidak berniat setakat ini untuk mendedahkan dengan lebih banyak lagi kepincangan serta penyelewengan dan salah laku pegawai-pegawai Noh Omar namun sekiranya tidak ada tindakan susulan daripada Noh sendiri sebagai seoranag Menteri yang bertanggungjawab, kita akan dedahkan kelompok dan nama-nama orang –orang yang terlibat menguasai sepenuhnya kerja kementerian dan bukan sahaja dalam soal benih padi,beras,baja,kehemah tetapi juga akan mendedahkan secara terperinci lawatan Noh ke Australia yang melibatkan transaksi pembelian lembu ataupun pemajakan ladang-ladang ternakan di sana.
Dalam saat UMNO sedang berhempas pulas untuk mengembalikan Selangor ke tangan Barisan Nasional, semua pihak tidak boleh berbuat silap.Semua pihak harus dilihat bersih dan mampu menggembalikan keyakinan serta kepercayaan kepada rakyat dan Noh Omar harus mengambil tanggungjawab yang cukup bijak serta berhemah dan sekiranya beliau gagal menangani masalah-masalah yang sedang berlaku di kementeriannya, kita bimbang Noh juga akan dituduh sebagai turut bersubahat dengan pegawai-pegawainya untuk membolot dan memamah hasil yang sepatutnya dibahagikan sama rata kepada rakyat di bawah.Terpulang kepada Noh Omar!
Thursday, July 8, 2010
ATAS dasar prinsip,perbezaan fahaman politik dan kepentingan kerajaan serta tanggungjawab moral,Ketua Pegawai Ekskutif Proton, Syed Zainal wajib melepaskan kedudukannya di syarikat yang berkaitan dengan kerajaan itu. Beliau tidak ada pilihan dan dengan pendiriannya yang jelas menyokong gerakan PAS. Syed tidak layak dan jijik untuk terus berada di kerusi itu.

Malah beliau sendiri pernah mengakui bahawa beliau bukan seorang penyokong BN dan kerajaan tetapi dengan terus mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini ternyata menyerlahkan lagi sikap lepas pandang dan tidak bertanggungjawabnya kerajaan  hingga sanggup membiarkan musuh politiknya berkuasa dan bermaharajalela.

Meskipun beliau dikatakan pernah berjanji unjtuk tidak mencampuradukan antara kepentingan politik beliau dengan syarikat tersebut, Proton adalah anak syarikat yang berkaitan dengan kerajaan dan kerajaan ketika ini adalah Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.Seseorang yang bukan menyokong kerajaan bukan sahaja Syed Zainal tetapi semua itu tidak layak untuk berada di dalam kerajaan hari ini.

Tetapi dalam masa yang sama juga beliau telah memperalatkan Badan Kebajikan Dan Dakwah Proton untuk  menyerapkan fahaman serta idealogi PAS apabila pernah mengundang Badrol Amin untuk menyampaikan ceramah dan memperlekehkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin olah PM Najib.Dan ramai lagi tokok-tokoh pembangkang diundang untuk menyampaikan ceramah dan tazkirah di dalam program yang dianjurkan oleh badan itu.

Banyak lagi bukti-bukti lain yang menyokong tulisan ini dan kita percaya,sampai waktunya akan terbongkar atau terdedah wajah  sebenarnya Syed Zainal yang selama ini memunggah rezeki daripada kepimpinan kerajaan yang sering dicerca oleh parti yang beliau dokong.

Dari sudut moralnya ternyata Syed Zainal adalah api besar dalam kepimpinan PM Najib dan tindakan beliau mengetuai syarikat berkaitan kerajaan itu dan dalam masa yang sama menyerang kepimpinan BN secara diam-diam membuktikan betapa tidak bermoralnya CEO ini. Sila PM Najib tunjukan beliau jalan keluar.

Kita mungkin boleh bersetuju apabila beliau mengatakan tidak mencampuradukan fahaman ataupun pendirian politik dengan kedudukannya tetapi  belaiu harus sedar bahawa Proton adalah milik kerajaan, mahu atau tidak beliau perlu mengakui bahawa beliau bukan seorang tokoh tetapi lebih berupakan musang yang berbulu ayam.

Pemilihan beliau sebelum ini pun telah mengguriskan hati ramai tokoh-tokoh yang berkaliber dalam UMNO namun atas nama kepentingan bersama,diterima juga Syed ini seadanya tetapi malang beliau telah memperalatkan Proton serta menjadi nadi kepada penyaluran segala maklumat berkaitan Proton kepada pembangkang.

Tun Dr Mahathir sebagai Penasihat Proton harus mengambil inisiatif untuk menasihatkan kerajaan bagi menggugurkan CEO sebelum ianya menjadi barah yang boleh merosakan seluruh struktur Proton dan kerajaan. Dan kita percaya bukan GLC ini sahaja yang didokong oleh penyokong pembangkang tetapi beberapa GLC lain juga telah dikenalpasti bahawa penerajunya adalah bukan penyokong kerajaan,musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.

Sepanjang Syed Zainal mengetuai Proton ini terlalu banyak kerosakan dan pengaiban diberikan kepada kerajaan yang dipimpin oleh PM Najib ini dan PM digesa untuk bertindak sewajarnya tanpa ada pilihan untuk menyingkirkan Syed Zainal dan digantikan dengan mana-mana tokoh yang berkemampuan untuk memacu Proton dengan lebih jauh lagi.UMNO atau BN tidak kurang tokoh-tokoh hebat lain dan kalau perlukan,kembalikan semula Tengku Mahalel ke jawatan itu.

Malah dengan terus mengekalkan Syed Zainal sehingga ke hari ini pun merupakan satu dosa yang cukup besar kepada orang-orang UMNO atau Barisan Nasional kerana telah terbukti bahawa Syed zainal hanyalah mempergunakan Proton itu semata-mata serta penghinaan kepada ahli-ahli UMNO yang selama ini bertungkus lumus mempertahan parti tetapi yang mendapat keuntungan dan pulangan adalah orang-orang yang tidak pernah tahu bersyukur seperti Syed Zainal ini.

Dengan tindakan beliau yang memecat beberapa kakitangan Proton yang menyokong kerajaan membuktikan bahawa beliau mempunyai agenda tersendiri untuk menguasai pemikiran seluruh kakitangan Proton itu supaya menolak kerajaan dan memberikan sokongan penuh kepada PAS dan pakatan pembangkang yang lain
.
Kita juga menuntut PM Najib membuat rombakan besar-besar terhadap kepimpinan semua GLC  sebelum kepimpinan tertinggi mereka menjadi cacing yang menjolok mata.Cukuplah kerajaan selama ini dikhianati dan membiarkan Syed Zainal ini terus kekal sebagai CEO akan membuktikan bahawa sememangnya kerajaan memang suka dikhianati.


Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers