Thursday, June 17, 2010
KESILAPAN paling besar  Perdana Menteri Najib lakukan adalah melanjutkan kontrak Sidek Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara.Beliau hari  ini dilihat sebagai liabaliti yang cukup membebankan pentadbiran Perdana Menteri apabila pegawai-pegawai dan sebahagian besar kakitangan kerajaan mula mempersoalkan krebiliti dan intergriti beliau sebagai KSN.

Malah beliau yang mengisi kerusi KSN selepas Tan Sri Shamsudin Osman mula dipersoalkan sejauh mana iklhlas dan komitmennya untuk membantu PM Najib mengukuhkan kerajaan dan Barisan Nasional secara consensus dan menyambung semula kontrak beliau sebagai KSN sebaik sahaja PM Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia, semua pihak menganggap tindakan tersebut bukan sahaja tidak menguntungkan Najib malah tidak mampu membantu UMNO dan Barisan Nasional.

Kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang tidak senang dengan corak pentadbiran KSN ini mula memainkan peranan membocorkan banyak rahsia-rahsia kerajaan yang berkaitan dokumen-dokmen penting kerajaan kepada pembangkang dan tidak hairanlah pembangkang memperolehi data-data ataupun maklumat lengkap kerana inya dibekalkan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berpaling tadah.

Tindakan KSN juga yang terlalu mencampuri pentadbiran Menteri-Menteri di semua kementerian juga dilihat sebagai satu campurtangan yang tidak sepatutnya berlaku malah beliau telah meletakkan kedudukan KSU di setiap kementerian kuasa mereka melebihi daripada Menteri yang dilantik untuk mengetuai kementerian berkenaan.Seperti yang pernah dituliskan sebelum ini, KSN menjadikan Menteri hanya selayak budak pencari fail.

KSN dilihat terlalu cenderung menyokong gerakan pembangkang dan maklumat rasmi kerajaan yang dibiarkan keluar terlalu mudah tanpa pengawasan hingga mampu dimiliki oleh pembangkang membuktikan bahawa tatakerja KSN tidak mampu mengawal kakitangannya yang secara terbuka menentang Barisan Nasional,kerajaan yang memerintah ketika ini. Dan penentangan kakitangan ini juga bertitik tolak daripada sikap KSN itu sendiri yang mentadbir mengikut acauannya semata-mata tanpa mahu mempeduikan orang lain.
Ianya bermula dari sikap serta tindak-tanduk Sidek yang banyak mempengaruhi kalangan kakitangan kerajaan dan mereka ini dpercayai adalah antara punca yang akan memusnah legasi kepimpinan BN selepas PRU13 nanti.

Kebencian mereka di atas keputusan Najib mengekalkan Sidek sebagai KSN menjadikan sebahagian besar daripada mereka ini berpaling tadah membenci kepimpinan Najib dan menjadi sumber maklumat kepada pihak pembangkang sekaligus merupakan kumpulan terbaru yang menentang kepimpinan daripada dalam.



Sebab itu kita tidak hairan bila beberapa dokumen-dokumen penting bocor di sana sini dan kerajaan pimpinan PM Najib diselar sebagai kerajaan yang tidak peka kepada kepentingan nasional dengan meletakkan kepentingan perniagaan sebagai asas pentadbiran Negara.Sementelahan pula Sidek Hassan juga berasal dari Pekan dan adakah keputusan mengekalkan ini kerana unsure-unsur kroni yang kononnya mahu dihapuskan oleh PM Najib.

Tidak cukup dengan KSN yang disifatkan sebagai Maharaja Baru dalam kepimpinan PM Najib, keputusan Perdana Menteri mengekalkan Nor Mohamed Yaacob sebagi Menteri juga menjadi kebencian yang amat sangat kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, mereka menyifatkan Nor Yaacob menyuburkan gejala rasuah dalam kementerian dan pembocoron maklumat tentang pembangunan Lapangan terbang Sungai Besi dan Pengkalan TUDM juga datang daripada pejabat beliau.

Dua Pegawainya telah ditangkap kerana disyaki menerima rasuah tetapi dalam masa yang sama, Nor Yaacob dilihat seperti melepaskan tangan enggang mengambil tanggungjawab bahawa keterlibatan mereka dalam gejala rasuah adalah berpunca daripada sikap keterbukaan beliau.Menteri Di Jabatan Perdana menteri ini bukan sahaja ti8dak berguna untuk rakyat di Pulau Pinang tetapi turut tidak berguna untuk seluruh rakyat Malaysia dan mengekalkan beliau dalam kabinet menjadikan beliau adalah sebahagian lagi pemimpin UMNO yang tidak terpuji sikapnya.

Selama ini BN mampu bertahan untuk memerintah Negara kerana mendapat sokongan padu daripada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan tetapi dengan sikap kerakusan kuasa Sidek Hassan yang digunakan kononnya sebagai menyahut arahan Perdana Menteri, sudah terlalu sukar untuk meredakan kebencian mereka terhadap KSN dan mangsa daripada kebencian itu adalah BN, kerajaan yang sedang memerintah Negara ini.

PM Najib harus berbuat sesuatu sekiranya beliau tidak mahu dicatatkan dalam sejarah sebagai Perdana Menteri BN yang terakhir dan sebagi punca kepada musnahnya empayar UMNO dan Barisan Nasional.Kontrak perlantikan KSN ini harus dikaji semula dan masih ramai lagi muka-muka baru yang menghargai,menyayangi serta menyanjungi kerajaan BN boleh diketengahkan daripada terus mengekalkan KSN ini yang kita sifatkan sebagai musang berbulu ayam.

Masa untuk bertindak masih belum terlewat.
Wednesday, June 16, 2010
SIAPAKAH di belakang syarikat 1 Malaysia Development Berhad ( 1MDB)? Nama syarikat ini mula timbul dan hangat diperkatakan apabila PM Najib mengumumkan Lapangan terbang Sungai Besi akan dibangunkan sebagai salah satu hub termoden dalam Negara. Dan syarikat ini katanya telah diluluskan untuk membangunkan kawasan yang lebih daripada 100 ekar itu dengan nilai empat (4) billion ringgit.


( Jho Low- anak Cina yang dikatakan kawan baik anak lelaki Perdana Menteri)

Sudah ramai yang mempersoalkan tindakan kerajaan itu dan ada yang menyifatkan keputusan kerajaan untuk tunduk kepada permohonan syraikat ini kerana ada tangan-tangan ghaib yang menyokong supaya diluluskan kepada syraikat ini meskipun ada tiga syarikat konglemerat Melayu yang turut memberikan tawaran untuk membangunkan kawasan tersebut.

Kita difahamkan bahawa syarikat milik Tun Daim, Syed Mokhtar Bukahry dan TIA pernah memajukan cadangan untuk membangunkan kawasan tersebut tetapi ditolak oleh kerajaan namun kesediaan kerajaan untuk memberikan projek pembangunan lapangan terbang ini kepada 1MDB mula diragui ketelusannya dan menyifatkan langkah kerajaan ini benar-benar mengejutkan serta penuh misteri.

Malah sudah ada yang mendakwa secara langsung dan turut dibahaskan dalam sidang Parlimen bahawa di belakang syarikat ini adalah Teak Jho Low, anak muda Cina yang berumur dalam lingkungan 29 tahun dan tidak pernah mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Namun beliau menggunakan hubungan baik beliau dengan anak lelaki Rosmah dan kisah hidup mewahnya telah dipaparkan secara meluas di media dalam dan luar Negara.

Gerakan yang sedang dimainkan oleh anak muda Cina ini cukup merbahaya dan dengan mempotraitkan dirinya sebagai seorang lelaki mewah yang sedang berdamping dengan anak lelaki Rosmah boleh memberikan serta mengundang fitnah daripada rakyat. Bagaimana anak seorang Perdana Menteri boleh berkawan rapat dengan kaki arak,,playboy dan hidup berfoya-foya sedangkan tidak ada sebarang latar belakang perniagaan di miliki anak muda Cina ini.


( Iklan yang menimbulkan kontraversi dan didakwa telah dibayar oleh Jho Low)

Adakah dia seorang `power broker’ yang sedang memperalatkan anak lelaki Perdana Menteri ini untuk kepentingan peribadi beliau dan rangkaiannya? Untuk ketika ini jawapan kepada persoalan ini masih belum ternoktah.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat 1MDB katanya telah ditubuhkan secara tergesa-gesa bagi mendapatkan projek pembangunan ini dan disebutkan juga bahawa seorang Datuk yang ada hubungan dengan Jho Low ini sebagai penaja kewangan untuk pembangunan projek ini setelah mereka berjaya memperolehi projek untuk pembangunan tanah di tapak bekas Penjara Pudu dan juga KTM.

Persoalan mula timbul,adakah kerana kesan campurtangan pihak keiga sehingga kerajaan meluluskan tanah tersebut untuk dibangunkan sedangkan ada kenyataan daripada Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa lapangan tersebut akan kekal  seperti sediakala tanpa berhasrat untuk membangunkan dengan apa-apa sahaja projek pembangunan dalam masa terdekat ini.

Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat yang tidak mempunyai pengalaman diberikan kelulusan untuk membangunkan tanah tersebut dan kalau benarlah andaian, syarikat ini ditubuhkan hanya untuk mendapatkan projek tersebut, adakah wujud rasuah dan penyelewengan?

Pun bagaimana seorang anak muda seperti JhoLow yang langsung tidak berpengalaman dan tidak pernah terbabit dalam projek-projek seperti ini diberikan peluang untuk memiliki pembangunan yang bernilai empat puluh ribu juta itu dan apakah kerana beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan anak lelaki Rosmah dan pernah meraikan isteri Perdana Menteri di atas kapal mewah dimana pernah terjumpa barangan berharga sebelum ini.maka dia menjadi pilihan untuk membangunkan kawasan itu?

Keputusan yang diumumkan oleh PM Najib diakhir mesyuarat kabinet itu memberikan kejutan kepada banyak pihak dan keterlibatan secara langsung anak beliau dgn Jhow Low sudah mula menimbulkan fitnah bahawa ada kumpulan-kumpulan tertentu di sekeliling keluarga Perdana Menteri ini sedang mengambil peluang untuk mempengaruhi bagi memperolehi sesuatu yang berkepentingan sendiri tanpa mempedulikan sensitiviti rakyat terbanyak.

Kalau benar juga syarikat Malton yang berperanan di sebalik penggunaan hubungan antara Jho Low dengan anak PM ini maka akan membuktikan kepada masyarakat di luar sini bahawa kumpulan ini bukan sahaja berniat untuk mengaut keuntungan peribadi tetapi dalam masa yang sama sedang berusaha untuk mencemarkan nama baik PM dan isteri. Adakah PM Najib terlepas pandang dalam soal ini?

Salah seorang orang kuat syarikat Malton, Dato Desmond dikatakan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan isteri Perdana Menteri manakala Jho Low juga adalah kalangan keluarga beliau dan setiap kali anak cina ini pulang ke Malaysia, beliau dijemput dengan kereta rasmi dan singgah di rumah perdana menteri dahulu sebelum pulang ke Pulau Pinang.Inilah cakap-cakap yang sedang hanta kedengaran ketika ini dan cakap=cakap ini kalau terbukti ada benarnya, maka sekali lagi memberikan tamparan yang cukup hebat kepada keluaga Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan nama Datin Cindy, Mumtaz Jaafar dan terbaru Flora Ong, nama Rosmah diheret dalam semua yang membabitkan keperluan keputusan segera kononnya itu adalah arahan daripada isteri Perdana Menteri sedangkan ada yang mendakwa bahawa isteri Perdana Menteri tidak pun terlibat secara langsung atau tidak dalam sebarang keputusan kerajaan dan Perdana Menteri. Saya pernayh mendedahkan dalam tulisan saya sebelum ini.

Apakah 1MDB ini merupakan syarikat gabungan nama-nama ini dan apakah nama-nama ini sedang mengambil kesempatan atas nama gagasan 1 Malaysia sebagaimana nama Islam Hadhari digunakan sewenang-wenangnya bagi mengaut untung satu pihak?

Masalah pembangunan di tanah Lapangan terbang Sungai Besi dan Pengkalan Tentera Udara ini juga harus ditangani sebaiknya oleh kerajaan dan sebarang keputusan yang silap ianya bukan sahaja memberikan kesan kepada Perdana Menteri malah akan turut menyinggung perasaan rakyat di mana ketika ini sudah ada rakyat memprotes, berapa banyak lagi tanah-tanah yang sepatutnya kekal milik Melayu dan Negara terlepas kepada kaum Cina.

Cukuplah tanah tapak Penjara Pudu dan Keretapi Tanah Melayu terlepas kepada Malton, jangan pula tanah lapangan terbang ini juga terlepas ke tangan orang yang sama sebagaimana tanah Kampung Baru yang sedang diintai oleh SP Setia dan Mah Seng ini.

Kita mohon kerajaan berhat-hati dalam soal ini dan kerajaan kita tuntut untuk tidak berbuat silap bagai kesekian kalinya.Kekalkan sahaja tanah Lapangan terbang Sungai Besi dan pengakalan TUDM ini seperti sediakala dan kalau pun mahu dibangunkan, serahkanlah kepada mana-mana GLC untuk membangunkannya.
Saturday, June 12, 2010
SIAPA Mumtaz Jaafar?Siapa pula Ghazali Saibo yang sering dilihat keluar masuk pejabat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahlan?Kalangan pemerhati politik sudah mula bercakap tentang nama ini.Bisik-bisik kedai kopi sudah mua menjaja nama ini yang dikatakan begitu berpengaruh dalam menentukan tender,penempatan pegawai-pegawai termasuklah sesiapa yang ingin dilantik untuk mengetuai  syarikat-syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC).


Malah ada juga yang menyifatkan mereka ini adalah broker politik yang memainkan peranan cukup licik dan tersingikirnya nama Syed Hamid Albar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji juga dikatakan kerana pengaruh tangan-tangan ghaib yang dimiliki oleh nama-nama yang disebutkan.Pun mereka ini jugalah yang dikatakan menjadi kata pemutus sebelum sebarang keputusan di buat.

Nama ini juga dikatakan telah menjadi satu liabliti baru kepada Perdana Menteri sekiranya beliau tidak bertindak dengan kadar segera bagi menangani  supaya tidak timbul tuduhan yang PM Najib membenrakan orang-orang yang tidak berkaitan mengaut untung peribadi dengan menggunakan nama Perdana Menteri.

Persoalannya, adakah Perdana Menteri  tahu peranan yang mereka mainkan ini? Adakah PM Najib merestui segala tindakan mereka sedangkan Ghazali Saibo hanya dekat dengan SUPOL beliau dan Mumtaz pula mesra gila dengan isteri Perdana Menteri yang kebetulannya ada kaitan dengan Yayasan Kebajikan Athlet Negara (YAKEB)). Dan kenapa tiba-tiba Mumtaz, bekas pelari pecut negara tiba-tiba menjadi satu nama penting di sekeliling Pejabat Perdana Menteri.

Apakah juga SUPOL Perdana Menteri juga turut terlibat dengan percaturan-percaturan yang dimainkan oleh Ghazali Saibo dan juga Mumtaz Jaafar ini?Siapa mereka ini hingga mereka berperanan begitu besar dan penting sehinggakan SUPOL atau Perdana Menteri sendiri terpaksa akur kepada kehendak mereka.

Adakah mereka ini pegawai yang dilantik ataupun jenis-jenis ulat yang mencari peluang dengan bertebaran di pejabat Perdana Menteri itu?Apakah juga SUPOL Perdana Menteri mengetahui dengan lebih jelas peranan yang dimainkan oleh Ghazali ini dan memberikan restu kononnya bagi pihak Perdana Menteri. Dan sesiapa yang pernah berurusan dengan pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri akan sentiasa melihat kelibat Ghazali ini.

Ghazali Saibo ini dikatakan pernah menguasai Aziz Shamsuddin sewaktu bergelar Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan hubungan beliau hari ini dengan SUPOL PM. Dato Sahlan begitu akrab dan di mana sahaja, kelibat mereka dilihat sering bersama. Malah ada yang mendakwa beliau menguasai Pejabat Setiauasa Politik ini dan sentiasa mempengaruhi Pejabat Perdana Menteri dalam membuat sebarang keputusan termasuklah yang melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindak tanduk mereka ini perlu PM Najib bendung sebelum kebencian pemimpin dan ahli-ahli UMNO terhadap kepimpinan PM Najib kerana mereka ini telah dikatakan menggunakan sekatan untuk pemimpin-pemimpin atau bekas-bekas pemimpin UMNO untuk berurusan dengan pejabat Perdana Menteri dan kalau benar apa yang dikatakan mereka ini juga mengambil komisin-komisin tertentu, jelaslah mereka ini sedang ligat memperalatkan hubungan mereka dengan pejabat Perdana Menteri untuk kepentingan peribadi dan secara tidak langsung memberikan tanda buruk kepada kepimpinan PM Najib yang sedang berusaha untuk memulihkan imej di mata rakyat ketika ini.

Walaupun kedengarannya seperti cakap-cakap di kedai kopi namun bak kata orang tua, masakan pokok bergoyang kalau tidak ditup angin dan temu janji beberapa pemimpin ataupun bekas pemimpin dengan Perdana Menteri perlu melalui proses tapisan ataupun saringan mereka ini sebelum kebenaran diberikan dan sekiranya melibatkan keputusan ataupun tender-tender prorek-projek tertentu, mereka ini jugalah yang meguasainya dengan melantik syrarikat-syarikat korni yang ada kaitan ataupun mereka mempunyai kepentingannya.

Mumtaz Jaafar pula dikatakan mengambil kesempatan menggunakan hubungan baiknya dengan isteri Perdana Menteri untuk mengaut keuntungan peribadi dan sering menggunakan nama isteri Perdana menteri itu dalam urusan-urusan yang berkaitan dan apakah tindakan Mumtaz ini diketahui oleh isteri atau PM sendiri ataupun Mumtaz adalah `duta’ yang diutus khas untuk bertindak atas arahan mereka?

PM Najib perlu melihat segala ini dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya benar mereka menggunakan pejabat Perdana Menteri dan hubungan baik dengan SUPOL supaya ianya tidak menjadi virus baru kepada kepimpinan PM Najib dan lebih mengecewakan lagi, ada juga tuduhan yang mendakwa bahawa SUPOL PM juga terlibat dalam pengambilan komisin-komisin ini.

PM Najib harus berlapang dada dan terus berjiwa besar dan jangan sesekali membiarkan nama-nama ini bermaharajalela di pejabatnya.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers