Friday, May 28, 2010
BARISAN NASIONAL terutama sekali UMNO yang menjadi parti tunjang atau tulang belakang komponen ini sudah tidak boleh berlembut lagi dengan karenah kepimpinan MIC terutama sekali Samy Vellu. BN sudah tidak boleh terus membela biawak hidup dalam komponen tersebut apatah lagi  dalam saat satu lagi komponen BN iaitu MCA sedang berdepan dengan krisis keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu
.

Kemelut baru yang dicetuskan oleh Samy Vellu ini tidak boleh dipandang ringan.Kesan kepada pengukuhan BN yang juga sedang berdepan dengan krisis  keyakinan rakyat ini, tingkah laku pemimpin MIC ini harus dibendung supaya ianya tidak menjadi virus yang boleh  menambahkan luka Barisan Nasional yang akan berdepan dgn PRU 13 nanti.

Samy Vellu dilihat tidak mungkin berganjak daripada kerusi Presiden MIC meskipun beliau telah memberikan janji akan berundur pada 2012 dan apa gunanya beliau berundur dengan secara sukarela seandainya ketika itu BN sudah hjlang segala-galanya.Bentuk politik konvensional Samy Vellu ini terlalu mudah dibaca dan penyingkiran beberapa orang ahli CWC termasuk Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan secara jelas memperlihatkan Samy telah mempelopori pemerintahan kuku besi dala m MIC dan semua kepimpinan lain seakan tunduk dan tidak berani menentang sebarang keputusan yang beliau laksanakan.
Kemunculan anak beliau yang ternyata biadap serta kurang ajar memberikan signal yang cukup jelas bahawa Samy sebenarnya sedang bercita-cita untuk menabalkan anaknya sebagai Presiden MIC  namun budak hingusan yang baru setahun jagung dalam politik negara ini memilih untuk membela dan mempertahankan bapanya daripada bertanggungjawab terhadap kemerosotan undi India terhadap BN.
Langkah Vell Parri memakan diri dan terpaksa beralas kata kononnya beliau tidak pernah bercita-cita besar dalam politik MIC dan akan berundur diri setelah bapanya tidak lagi memegang jawatan Presiden.Namun sebenarnya setelah bapanya menambah garam ke luka BN, Vell Parri turut mengoyak luka tersebut dengan lebih terbuka.
Kegilaan anaknya dan keceluparan T.Mohan,Ketua Pemuda MIC yang menyerang UMNO boleh diibarat sebagai  mahu mahu menggigit tangan orang yang selama ini memberikan mereka segala kemewahan dan hidup MIC selama ini termasuk pemimpinnya adalah atas ehsan BN sebagai menghormati konsep perkongsian kuasa.Jelas mereka telah menunjukkan belang sebagai sebuah lagi parti yang tidak mengenang budi.
T.Mohan juga memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang pendek akal.Ugutannya untuk membawa keluar MIC daripada komponen di sambut dengan senyuman dan kita percaya sekiranya ugutah itu benar, maka akan ada komponen BN yang menyembelih lembu sebagai tanda penghormatan kepada keputusan yang bakal dibuat nanti.Mereka meraikan saat yang dinantikan.
Ahli-ahli UMNO pasti bersorak riang dengan pengunduran MIC itu selagi Samy menjadi Presidennya kerana selama ini liabaliti yang membahu atas bahu UMNO dan BN telah tiada dan duri dalam daging akhirnya berjaya dicabut keluar. Samy harus mengakui dan insaf bahawa masyarakat India terbanyak sudah mula benci,muak dan mual dengan corak kepimpinan beliau itu dan Samylah yang menjadi punca kepada kemerosotan undi kaum India kepada Barisan Nasional. Tapi Samy tidak mahu menrima hakikat ini.
Samy,Vell Pari dan T.Mohan tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. Mereka ini harus mengakui kelemahan diri dan menginsafi bahawa kepimpinan Samy Vellu sudah tidak relevan lagi kepada masyarakat India dan kepada BN secara keseluruhannya.Menyalahkan orang lain terutamanya UMNO merupakan satu tindakan terdesak untuk menutup kelemahan MIC kerana pengalaman PRU12 2008 seharusnya menjadi penanda aras kepada Samy untuk yakin bahawa dia sebenarnya ikan yang sudah berkepala busuk dalam MIC dan juga BN.
MIC tidak cukup mengharapkan V.Mugilan melalui penubuhan GAS ( gerakan Anti Samy) untuk mendesak Samy meninggalkan kerusi Presiden tetapi seluruh kepimpinan pusat MIC seharusnya berpakat dan berkerjasama untuk memberikan kata dua kepada Samy demi survival parti itu sendiri dalam BN, itupun kalau mereka masih berminat untuk menjadi sebahagian daipaada komponen Barisan Nasional
PM Najib juga seharusnya mempunyai pendekatan  agar Samy ini tidak selamanya menjadi duri dalam daging kepada BN.Beliau seharunya mempunyai mekanisme tersendiri untuk merubah keputusan Samy yang mahu berundur 2011 atau 2012 supaya meninggalkan kerusi itu lebih awal kepada Pemangkunya kerana sebarang cacat yang berlaku kepada MIC, kesannya adalah kepada BN dan padahnya kepada kedudukan PM Najib untuk terus bertahan dan memerintah Negara selepas PRU13 nanti.
Samy sudah tidak ada masa. Bab kata Tun M, berhentilah sebelum orang menjadi benci..eloklah Samy berundur diri atau dipaksa melepaskan kerusi...
Friday, May 21, 2010
KEMANA  arah dan halatuju Barisan Nasional dan UMNO Wilayah Pesekutuan?Setahun lebih sudah berlalu perubahan kepimpinan dalam Wilayah Persekutuan namun sehingga ke hari ini, UMNO BN Wilayah Persekutuan dilihat berada dalam keadaan cukup selesa seolah-olah menyakini UMNO BN Wilayah Persekutuan masih cukup kuat dan sukar untuk ditandingi meskipun pada PRU12 lalu, rakyat telah menghukum mereka.Rakyat sedang menanti perubahan sikap serta paradigma seperti yang Presiden mahukan.

UMNO BN seakan tidak berbuat apa-apa.Meskipun Wilayah Persekutuan sering dilabelkan sebagai jendela politik negara namun kepimpinan masih leka, agenda untuk merakyatkan kembali UMNO BN seperti sebelumnya hanyalah sekadar ungkapan semata-mata sedangkan hakikatnya rakyat  terbanyak masih menanti apakah agenda reformasi UMNO BN di Wilayah Persekutuan ini.

Gandingan Tan Sri Muhyididn dan Datuk Raja Nong Chik  masih belum mampu menterjemahkan asiprasi ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.Kesibukan mereka bagaikan jadi batu penghalang untuk mereka dekat dengan suara hati rakyat.Keoentingan rakyat bagaikan agenda kedua.Rakyat cuma dibiarkan bersendirian, kononnya boleh membezakan antara komitmen kerajaan dan pembangkang.

Malah semakin nyaring kedengaran protes ahli-ahli biasa dan rakyat marhaen di peringkat akar umbi yang mahukan UMNO Wilayah Persekutuan segera berubah bagi menggembalikan semuala zaman kegemilangan UMNO BN seperti dahulu. Rakyat menuntut perubahan yang total daripada kepimpinan baru ini demi survival UMNO BN itu sendiri.

Terlepas beberapa kerusi Parlimen ke tangan pembangkang pada PRU 12 lalu seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada kepimpinan UMNO WP dan sewajarnyalah UMNO BN mempertingkatkan daya juang serta daya saing bagi menyaingi gerakan yang sedang dibuat oleh pembangkang ketika ini dan bukannya  menggunakan segala jawatan yang diperolehi untuk kepentingan diri serta kroni.

Pun apalah ada pada jawatan sekiranya UMNO BN menjadi seperti malukut di tepian gantang di Wilayah Persekutuan ini.Rakyat menolak UMNO BN kerana sikap pemimpinnya. Rakyat menjauhkan diri kerana benci dengan masalah-masalah dalaman yang masih membelenggu parti ini sehingga rakyat merasakan kepimpinan yang ada sekarang ini bukan satu gabungan kepimpinan yang baik  serta mampu menjadi teladan di peringkat akar umbi.Politik adu doma masih lagi dilhat menguasai kepimpinan UMNO di semua peringkat dalam Wilayah Persekutuan.

UMNO juga dilihat seperti tidak berkeupayaan untuk menangkis hujah pembangkang dan dalam masa yang sama masih gagal menyakinkan rakyat untuk kembali ada keyakinan tuntas terhadap  UMNO BN. Masih wujud sikap berpuak dan sikap ini kalau dilihat daripada segi permukaan seperti tidak ada apa-apa namun hakikat sebenarnya sukar disembunyikan apatah lagi sehingga ke hari ini masih belum jelas peranan yang di mainkan oleh pasukan kepimpinan baru untuk memperkukuh serta memperkasakan UMNO.

Meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Muhyiddin Yasin satu beban yang cukup berat kerana beliau sendiri tidak ada tongkat ajaib untuk  mewarnai nilai perjuangan UMNO BN di sini tetapi kepimpinan lain di peringkat Bahagian seharusnya mencari formula tersendiri dan bukannya berbudayakan syok sendiri semata-mata.Proses merakyatkan parti menjadi satu beban yang cukup hebat dan kuat, UMNO Wilayah Persekutuan sudah tidak boleh berselindung di sebalik bayang-bayang dan mereka harus keluar dari kepompong selesa itu untuk berdepan secara nyata dengan kehendak ataupun tuntutan rakyat.

Bukan mudah menggembalikan Segambut,Batu,Bandar Tun Razak, Lembah Pantai,Titiwangsa,Wangsa Maju dan tidak semudah kata untuk mempertahankan Setiawangsa,Putrajaya dan Labuan kerana masyarakat dan rakyat sendiri masih lagi menggunapakai gerakana-gerakan pembangkang yang sentiasa tidak pernah jemu mempengaruhi untuk menyokong mereka dan dalam masa yang sama, UMNO BN terus menggunakan pendekatan konvensional. Rakyat sudah tidak boleh digula-gulakan seperti biasa.

Kita melihat bagaimana terkial-kialnya Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengemudikan pentadbiran sedangkan beberapa pihak tertentu lebih suka menggunakan jawatan untuk kepentingan tertentu tanpa mahu mempedulikan kelansungan perjuangan parti, membantu memperkasa serta merekayasakan parti untuk kembali menjadi bermaruah dan disegani semula. Ada yang sekadar menggunakan jawatan untuk dilihat mewah dan bergaya.

Suara UMNO bagaikan sudah tidak keramat lagi, program UMNO sekadar melengkapkan aturcara, Juara rakyat hanya sekadar dikunjungi ahli-ahli UMNO sedangkan rakyat cuma bertindak memerhati daripada jauh sahaja. UMNO BN Wilayah Persekutuan kena betul-betul berubah kalau mereka tidak mahu tersungkur menyembah bumi pada PRU 13 nanti.Keangkuhan kepimpinan akan terbayar..

Monday, May 3, 2010
TIDAK ada apa lagi yang perlu ditangiskan.Juga bukan sesuatu untuk dikesalkan.Pengundi Cina telahpun memberikan isyarat mereka sudah tidak perlukan lagi Barisan Nasional.Mereka tidak perlukan parti ini bukan sahaja di PRK Hulu Selangor tetapi mereka telah memberikan petunjuk yang jelas sewaktu Pilihanraya Umum ke 12 2008 lalu.

Secara tidak langsung Pak Lah tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya ekoran kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen. Semuanya kerana pengundi dari kaum Cina.Benar BN menang tapi menang yang tidak sempurna.Melayu menangis, Cina terus tertawa.

Merudum sehingga 16 % sokongan kepada BN daripada kaum Cina dalam PRK Hulu Selangor dalam saat PM Najib begitu ghairah menyakini bahawa Gagasan 1Malaysia diterima rakyat tanpa mengira agama,bangsa dan keturunan hanyalah kesungguhan PM  sahaja tetapi dalam masa yang sama pengundi Cina telah bertekad untuk menolak apa sahaja gagasan maupun pembeharuan yang bakal diterapkan kerajaan.

PM Najib boleh berbangga dengan sedikit peningkatan undi orang-orang Melayu tetapi dalam masa menggusari sokongan pengundi Cina, ketaatan pengundi India masih lagi meragukan meskipun pemimpin MIC ada yang tidur di rumah pengundi tetapi masih tidak mampu memenangi hati pengundi India untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN.

Di mana silapnya?Mengapa pengundi Cina tergamak mengkhianati segala sumbangan yang BN dan kerajaan berikan kepada mereka selama ini?Yang jelas pengundi Cina sudah tidak lagi memerlukan BN meskipun BN dan kerajaan bersedia untuk menunaikan apa sahaja permintaan ataupun tuntutan mereka. Mereka sudah mempunyai segala-galanya, mereka sudah menguasai secara majoriti perekonomian Negara.

 Mereka sudah tidak ada lagi kebimbangan tentang masa depan seluruh keturunan mereka dan kini mereka hanya ingin menguasai politik Negara dan meruntuhkan kerajaan Barisan Nasional dengan menggantikannnay dengan satu kerajaan lain. Mereka ingin dilihat sebagai kuasa penentu kepada mana-mana kerajaan yang mentadbir Negara ini.

Pendekatan politik mereka mungkin dilihat bijak tetapi mungkin juga menjadi biadap kerana secara jelas mereka telah menipu ataupun memperdayakan kerajaan dan BN secara terang-terangan. Mereka mempermainkan kesungguhan BN dengan slogan mudah iaitu telunjuk lurus tapi kelingking berkait. Di depan BN mereka bersetuju apa sahaja tetapi di belakang BN, mereka tetap memberikan undi kepada pembangkang sedangkan segala kehendak mereka dipenuhi oleh BN.

Kepimpinan Barisan Nasional tidak boleh lagi bergantung harap kepada golongan ini kerana ternyata mereka telah menjadi bangsa pembohong, mereka telah menjadi besar kepala dan BN sepatutnya melihat kemenangan Chua Soi lek sebagai Presiden MCA sebagai satu isyarat jelas bahawa Cina tidak mempedulikan tentang moral seseorang pemimpin itu, apa yang penting mereka ketika ini sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan BN dalam setiap pilihanraya dan kita percaya mereka ini akan memberikan kejutan pada PRU k3 13 nanti.

PM Najib tidak boleh memasang angan-angan bahawa kononnya gagasan beliau diterima rakyat, Najib sama sahaja dengan Pak Lah yang masing-masing hilang sokongan pengundi Cina tetapi sekurang-kurangnya Pak Lah menang PRU 12 walaupun gagal mempertahankan 2/3 di parlimen tetapi ujian najib paling besar adalah PRU 13 dan isyarat di PRK Hulu Selangor walaupun BN menang harus dikaji sebaiknya apabila undi Cina terus turun sehingga 16 %.

PM Najib tidak boleh mengatakan bahawa beliau mampu menarik kembali sokongan cina sehingga ke tahap 40-50 peratus menjelang PRU 13 nanti hanya untuk menyedapkan hati sendiri sedangkan hakikatnya pengundi Cina semakin hari semakin jauh daripada BN apatah lagi pengundi Cina pun tahu walaupun mereka tidak menyokong BN, kerajaan akan  tetap memberikan sumbangan dan tunduk kepada tuntutan mereka. Ini terbukti di Hulu Selangor.

Secara jujurnya, harus diakui bahawa BN telah dan sanggup menjadi mangsa penipuan sokongan daripada kaum Cina.Meskipun seringkali tertipu kononnya dengan sambutan besar-besaran tetapi BN masih lagi leka dan tidak belajar untuk mengenal hati budi mereka yang sedang membakar jambatan yang BN bina sehingga mereka berjaya menguasai ekonomi negara ini.

Kaum Cina telah jelas memberitahu bahawa mereka bukan seorang kawan yang baik dan MCA juga secara jelas terbukti bahawa mereka bukan lagi sebuah parti yang relevan untuk kaum Cina hari ini. Buatlah post mortem macam mana sekalipun tetapi yang jelas-walaupun tidur malam mereka berlainan tempat tetapi mereka tetap mimpikan perkara yang sama.

PM Najib bakal dilanda mimpi ngeri menjelang PRU 13 dan apakah mimpi Najib tidak ada bezanya dengan mimpi yang akhirnya menjadi realiti kepada Pak Lah?
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers