Wednesday, April 28, 2010
ZAID IBRAHIM tidak puas hati bila beliau kalah dalam Pilihanraya kecil Hulu Selangor di tangan calon BN P.Kamalanathan.Beliau nekad mengambil tindakan mahkamah untuk membatalkan kemenangan calon BN  atas  alasan Barisan Nasional menggunakan poltik wang untuk memancing undi.

Itu adalah alasan yang sering digunakan terutama oleh pembangkang apabila mereka kalah. Terlalu sukar untuk mereka menerima kekalahan dengan berlapang dada dan bermuhasabah diri.Suara rakyat ygan keramat akhirnya memakan diri sendiri.

Itu kata Zaid tapi barangkali Zaid juga lupa bagaimana kerajaan Selangor yang diketuai oleh PKR menggunakan segala kemudahan Kerajaan Negeri untuk menentang calon yang baru setahun jagung dalam politik tetapi akhirnya berjaya menumbangkan calon import yang telah ditolak oleh pengundi di Kota Bharu .

Semua orang boleh melihat dengan jelas segala kemudahan kerajaan disalahgunakan oleh PKR termasuklah ugutan kepada pengundi di Hulu Selangor bagi menyokong calon mereka.

PKR menggunakan masjid walaupun Sultan Selangor telah bertitah supaya masjid tidak digunakan sebagai medan memancing undi.Kerajaan Selangor menggunakan Stadium Mini di Kuala Kubu untuk menempatkan Bilik Gerakan mereka, merekajuga menggugut dengan menggunakan Borang 5A termasuklah mahu menarik balik bantuan kewangan yang diberikan kepada keluaraga miskin sekiranya mereka tidak mengundi PKR.PKR lebih buruk daripada yang disangkakan.

Malah ada beberapa buah kawasan mengundi,pengundinya dikatakan telah disogok sebanyak RM 500 setiap sebuah rumah bertujuan untuk memancing undi.Jadi siapa sebenarnya yang main politik wang?

Apakah salah sesebuah kerajaan yang memerintah menjanjikan kesenangan kepada rakyatnya?Apakah politik wang yang harus dilabelkan apabila dibangunkan sesuatu kawasan dengan segala kemudahan infrastruktur yang sepatutnya dilakukan oleh Kerajaan Selangor sebagaimana yang meraka janjikan dalam manifesto PRU 2008 lalu? Ini mereka harus akui kerana sepanjang 2 tahun memerintah Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat tidak melakukan apa-apa pun untuk membangunkan rakyat Selangor selain bercakaran sesama sendiri dan berpolitik sepanjang masa sehingga segala masalah rakyat terabai.

Apakah PKR tidak menggunakan poltik kebendaan untuk memancing pengundi apabila mereka menurap jalan-jalan dan selepas itu memacak sepanduk memberitahu `ini projek Pakatan Rakyat’.Adakah ini tidak menyalahi peraturan pilihanraya?. Benarlah kata orang,mereka ini rupanya jenis yang susah untuk menerima kekalahan dan menyalahkan itu dan ini sebagai puncanya dan menganggap kemenangan mereka sahaja yang adil dan saksama.

Tindakan mahu mengheret SPR ke mahkamah merupakan taktik yang paling mudah dibaca kerana ianya secara jelas mahu menutup segala salah laku pilihanraya yang dilakukan oleh PKR sepanjang tempoh kempen dan keghairahan PKR semakn terserlah apabila sanggup melanggar arahan SPR supaya tidak mendirikan pondok panas atau barung berdekatan dengan kaunter semakan pemilih SPR.

PKR juga terus membudaya dan menghidupkan semangat gansterisme di kalangan penyokong-penyokong mereka kerana sepanjang tempoh bermula dari hari penamaan calon sehingga ke hari mengundi, berbagai-bagai provokasi termasuklah provosasi berdarah dilakukan oleh penyokong-penyokong fanatik parti ini. Pertembungan PKR dan BN tidak sama dengan pertembungan PAS dengan UMNO kerana tindakan-tindakan penyokong masih lagi dibataskan dengan santun  dan ada tata susilanya.

Tindakan zaid Ibrahim ini juga secara tidak langsung menghina pengundi di Hulu Selangor walaupun tindakan tersebut dibenarkan oleh undang-undang tetapi menuduh BN mengamalkan poltik wang merupakan satu tindakan terdesak Zaid untuk menjadi wakil rakyat dan membuktikan kononnya dia lebih baik daripada P.Kamalanathan seperti yang sering dia hamburkan dalam setiap ceramah poltiknya.

Zaid harus mencerminkan dirinya.Mencari kesilapan diri sendiri sebelum menuding terhadap orang lain.Zaid harus gentlemen, menerima kekalahan tersebut dengan hati yang besar, itupun kalau benar beliau seorang pejuang serta berprinsip seperti yang sering beliau sebutkan. Zaid harus akur selera masyarakat yang diperdayakan pada PRU 2008 dulu telah berubah sebagaimana perubahan yang mereka buat sebelum ini dengan menolak calon BN.

Dalam poltik, ada sepak terajangnya.Dalam politik ada kilas dan kiasnya.Ternyata PKR kali ini tidak mampu lagi mengulangi segala janji  bulan dan bintang kepada pengundi di Hulu Selangor sebagaimana kempen mereka sebelum ini terutama sekali kepada pengundi di tiga kawasan Felda iaitu Sungai Buaya,Sungai Tengi dan Gedangsa. Pengundi di sini sudah tahu tembelang dan pembohongan PKR kalau mahu dibandingkan dengan BN.PRU 2008 mereka ini dijanjikan segalanya oleh PKR tetapi selama 2 tahun PKR memerintah Selangor, rakyat hanya jadi umpan kepada segala janji-janji manis mereka.

Rakyat Hulu Selangor mula sedar bahawa selama ini mereka telah terperangkap dengan segala dakyah dan janji-janji kosong daripada Pakatan Rakyat dan peluang PRK Hulu Selangor ini dijadikan medan untuk menebus kesilapan mereka walaupun 22 ribu pengundi masih terpedaya dengan segala helah PKR sehingga mereka memberikan undi itu kepada Zaid Ibrahim. 22 ribu lebih ini mungkin masih lagi terpesona dengan retorik politik mainan Anwar Ibrahim dan juak-juaknya.
Thursday, April 1, 2010
PILIHANRAYA Kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal diadakan hujung bulan  nanti menjadi medan penting untuk membutikan penerimaan masyarakat semada mereka akan memilih parti yang mendokong pendekatan serta penghayatan politik fitnah, caci  maki,adu domba ataupun memberikan peluang kedua kepada Barisan Nasional sebagai pembuktian masyarakat berbilang bangsa dalam negara ini menerima  atau menolak konsep  atau gagasan 1Malaysia,-Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

PKR akan tetap dan diyakini akan menggunakan pendekatan politik biasa yang sedang meraka amalkan iaitu fitnah dan serangan peribadi terutama sekali kepada Perdana Menteri dan keluarganya.Bagi mereka itu sahaja jalan ataupun manifesto induk mereka bukan sahaja di pilihanraya ini tetapi dalam mana-mana pilihanraya sekalipun dan PRK Hulu Selangor ini mereka akan gunakan untuk mengasah fitnah mereka setajam-tajamnya.

PRK bersama rakan pembangkang mereka seperti PAS dan DAP akan meneruskan tradisi dan misi pembohongan penipuan mereka untuk mengabui mata rakyat,menghasut serta menipu dan menyalakan api kebencian terhadap kaum-kaum tertentu terutama sekali orang Melayu di tiga DUN iaitu Kalumpang,Batang Kali dan Kuala Kubu Bharu.

Mereka tidak ada pilihan,- mahu menjanjikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat kerajaan Selangor yg dipimpin oleh pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa walaupun sudah diberikan peluang mentadbir negeri itu dan mereka lebih berminat untuk bermain politik daripada mahu memikirkan masalah rakyat atau menyatukan semula masyarakat yang sedang berpecahbelah kerana kerakusan politik sempit mereka ini.

Bagi menutup kegagalan inilah, kita percaya PKR akan menggunakan modus oprendi yang sama iaitu mencerca calon BN serta memutarbelit fakta dengan menggunakan ramai `spin doctor’ yang mereka upah yang berada dalam parti itu.

Dalam saat Anwar sedang bergelut dengan masalah moral, kita percaya beliau akan menggunakan serta memutarbelitkan syarikat APCO Worldwide dan gagasan 1Malaysia bagi menutup mata rakyat daripada memebicarakan soal moralnya. Sistem kehakiman dan plis lagi sekali akan dijadikan alat oleh juak-juak Anwar kononnya sedang tidak berlaku adil kepada `tokoh pujaan’ mereka ini.

Tindakan provokasi-provokasi melampau akan mereka guna supaya wujud ketegangan antara kaum bagi tujuan memnacing undi dan terbukti dalam siri beberapa PRK sebelum ini, meraka tidak segan silu melakukannya kerana mereka merasakan undang-undang berada di tangan mereka.Malah dalam masa yang sama, mereka akan menuding jari kepada BN sebagai kononnya yang merancang segala-galanya itu.

Taktik-taktik kotor pembangkang cukup mudah dibaca namun walaupun begitu BN tidak boleh mengambil mudah PRK ini apatah lagi PM sendiri sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor perlu memastikan dalam apa sahaja keadaan, BN perlu menang dan untuk kali ini semua anggota komponen BN perlu bersatu hati dan mempunyai cita-cita bersama untuk merampas kembali Parlimen Hulu Selangor yang telah jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12 lalu.

Marauh UMNO,maruah BN dan paling penting maruah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor harus dibuktikan melalui PRK ini dan inilah juga saatnya untuk membuktikan UMNO dan BN Selangor sesungguhnya telah bersatu hati dan bersedia untuk merampas kembali Selangor pada PRU13 nanti dan Hulu Selangor harus menjadi titik permulaan kepadfa kebangkitan ini.

BN Selangor terutama sekali UMNO perlu membuang keangkuhan mereka dan kembali sedar bahawa mereka akan terus bernasib malang dan hanya memasang impian yang kosong untuk menawan kembali Selangor sekiranya mereka tidak buktikan komitmen itu dalam PRK Hulu Selangor ini.

Kegegalan BN dalam PRK ini juga merupakan penanda aras kepada kejayaan ataupun kegagalan gagasan yang telah diperkenalkan oleh PM  malah seandainya BN tumbang sekali lagi,, gagasan PM ini masih tidak lagi mencapai sasaran ataupun tidak difahami oleh rakyat dalam Negara ini terutama seklai di Hulu Selangor.

UMNO BN harus melihat PRK Selangor ini sebagai sesuatu yang cukup penring dalam calendar politik parti ini.Semua biro dan jentera harus digerakkan dan paling penting UMNO BN tidak boleh lagi bersandarkan kepada pendekatan politik lama sedangkan masyarakat sudah semakin dekat dan menghayati politik kontemporari.

PKR telah mengambil dan mendahului dalam ruang yang cukup banyak untuk mengalahkan segala strategi UMNO BN apatah lagi dengan kehadiran rakan kongsi mereka PAS dan DAP, pembangkang dipercayai akan menggunakan segala ruang serta kesempatan untuk mengelirukan rakyat sedang mamai diperbodohkan oleh golongan politik oportunis ini.

Lebih 60,000 pengundi akan menentukan untung nasib serta masa depan BN. Benarkah BN berubah ataupun BN bakal rebah sekali lagi?
Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My Photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers