Tuesday, February 9, 2010
TIBA-TIBA  Nik Aziz bercakap soal moral.Marah sungguh Nik Aziz bila ada satu laman blog mengilustrasikan gambarnya bersama dengan Anwar Ibrahim. Dituduhnya penulis blog itu berniat jahat, pemfitnah dan mempunyai moral yang rendah kerana menghina beliau sebegitu rupa.

Nik Aziz akhirnya sedar bahawa beliau juga boleh terguris dengan gambaran sedemikian rupa tetapi Nik Aziz mungkin tidak sedar ataupun buat-buat lupa betapa selama ini sikap dan kata-katanya telah lama mengguris perasaan orang-orang Melayu  terutama sekali ahli-ahli UMNO.

Kalau soal moral yang mernjadi pertikaian Nik Aziz, kalau soal fitnah yang menrungsingkan beliau hingga puak-puak penjilatnya membawa isu penulis blog itu ke balai polis, sebenarnya apa yang dilaporkan dan diilustrasikan oleh penulis blog itu terlalu sedikit kalau mahu dibandingkan dengan apa yang Nik Aziz lakukan terhadap orang-orang Islam dalam UMNO dan terhadap agama secara keseluruhannya.

Apakah bukan buruk lagi moralnya apabila Nik Aziz menuduh UMNO itu kafir?Apakah bukan fitnah daripada Nik Aziz apabila beliau menegaskan bahawa sesiapa yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan banyak lagi kesalahan moral yang menunjukkan betapa Nik Aziz juga tidak bermoral dalam mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz memandang orang lain yang bukan menyokong PAS itu dengan berbagai-bagai gelaran yang buruk dan jijik.

Apakah bezanya moral Nik Aziz dengan penulis blog yang Nik Aziz anggap tidak bermoral  itu apabila kerajaan yang beliau terajui di Kelantan sedang menutup segala salah laku rasuah termasuk menantunya sehingga hampir tergadai bazar yang sepatutnya menjadi milik penjaja. Bermoralkah Nik Aziz apabila kerajaan pimpinan beliau dikatakan sedang menjual satu persatu harta yang ada di Kelantan seperti penjualan Hotel Perdana, Pasar Siti Khadijah dan beberapa harta yang ada di luar Negeri Kelantan.

Bermoralkan Nik Aziz apabila beliau mengukur kemajuan Kelantan hanya kerana adanya pasaraya Tesco dan Parkson? Tinggi sangatkah moral Nik Aziz hingga kerajaan pimpinannya diarahkan membayar RM800 juta kepada satu syarikat balak?

Apakah moral Nik Aziz itu baik dan sangat tinggi moralnya apabila dengan angkuhnya mendakwa bahawa ada yang berebut seliparnya hanya untuk mendapatkan berkat? Apakah Nik Aziz ini juga bermoral sehingga menguar-uarkan kononnya beliau dan keluarganya akan mengerjakan ibadah haji menggunakan wang tajaan dan sebagai orang yang dikatakan tahu urusan agama, pengerjaan Haji pasti ada syarat-syarat tertentu.

Kalau Nik Aziz terluka dan kecewa dengan ilustrasi itu, Nik Aziz juga perlu sedar bahawa dalam permainan politiknya yang berbelit-belit macam lidah biawak itu telah ramai yang terluka,kecewa,sakit hati dengan segala fitnah dan kesombongan kata-kata yang Nik Aziz lemparkan kepada yang menentangnya.

Apakah menyokong Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi masalah moral ini juga sesuatu yang bermoral ataupun bagi menepati kata orang, hanya orang yang tidak bermoral sahaja yang kenal orang lain yang  juga tidak bermoral.Mulut Nik Aziz lebih busuk dari penulis blog yang dia maksudkan.

Permianan politik Nik Aziz lagi tidak bermoral dan jauh sekali mahu menepati ciri-ciri kepimpinan islam apabila beliau dengan sewenang-wenangnya memperalatkan Al-Qur`an dan hadis bagi menghalalkan segala tindakan beliau untuk menyelamatkan kedudukan politiknya.

Menelusuri sejarah panjan perjuangan politik Nik Aziz, beliau kena mengakui bahawa apa yang diterjemahkan oleh penulsi blog itu terlalu kecil kalau mahu dibandingkan dengan kesalahan moral yang Nik Aziz lakukan sepanjang 20 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan.

Berapa banyak fitnah yang Nik Aziz taburkan hanya kerana mahu memancing undi? Berapa ramai hati orang-orang Melayu terluka dengan tindak tanduk Nik Aziz apabila mengatakan Tuhan pun boleh berkawan dengan syaitan? Berapa ramai lagi hati orang melayu terguris apabila Nik Aziz menyetujui bahawa DAP  boleh dimaafkan walaupun mereka menghina agama Islam?

Apakah ini bukan kesalahan moral melampau? Apakah ini tidak buruk sifatnya yang menjadi punca Nik Aziz memfitnah sesama Islam? Nik Aziz harus menerima hakikat, bila dia berani ataupun dengan angkuhnya menuding ke arah orang lain termasuklah menggunakan perkataan celaka, tidak masuk syurga dan sebagainya, orang lain juga berani meludah ke muka Nik Aziz kerana Nik aziz dengan orang lain tidak ada bezanya. 

Nik Aziz tidak maksum..Kalau penulis blog itu dianggap oleh Nik Aziz sebagai individu yang tidak bermoral, apa kurangnya dengan Nik Aziz sebagai orang politik yang turut tidak bermoral dan berniat jahat terhadap UMNO dan musuh politiknya.


Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers