Thursday, December 31, 2009

TIRAI 2009 bakal dilabuhkan menjelang tidak berapa lama lagi namun politik UMNO Wilayah Persekutuan masih suram.Kuala Lumpur yang sering dilabelkan sebagai jendela kepada mana-mana parti yang ada dalam Negara ini masih belum menemui sentuhannya.Perlantikan TSMY sebagai Pengerusi badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak banyak membantu, UMNO Wilayah Persektuan masih berada di landasan yang sama tanpa apa-apa perubahan ke arah menjuarai suara rakyat.

(Gambar: Bayangkan bagaimana UMNO WP hari ini tanpa Syed Ali-namun mampukah beliau mengemudikan UMNO WP dengan sikap pemimpin lain sepeti enau dalam belukar-melepaskan pucuk masing-masing?)

Kecuali Umno Bahagian Cheras, walaupun disedari umum bahawa UMNO tidak pernah bertanding di kawasan itu dan BN tidak pernah menang di Parlimen tersebut namun  UMNO Bahagian ini sentiasa tidak reda dengan berbagai-bagai program dan seandainya Cheras juga mengikut segala gerakan di bahagian-bahagian lain, maka UMNO Wilayah Persekutuan sudah boleh dilihat pupus ataupun melalui sindrom `manopouse’.

Amat malang, dalam UMNO memerlukan kebangkitan semula untuk menawan beberapa buah kawasan yang jatuh di tangan pembangkang pada PRU 12 lalu, masih ada kalangan pemimpin di peringkat bahagian masing-masing sedang lena di ulit mimpi, yang baru menang Ketua Bahagian sedang mengisi kemenangan itu bukan untuk kepentingan parti, yang kalah bertanding di peringkat Bahagian makin mula menjauhkan diri-mengharap kiambang bertaut setelah biduk berlalu rupanya tidak semudah kata-kata di Wilayah Persekutuan ini.

Hari ini sudah ada yang mula bercakap dalam nada yang berbeza-beza.Sudah ada yuang mula membuat perbandingan antara orang itu dan orang, antara pemimpin itu dan pemimpin ini. Sudah mula kedengaran suara-suara mencerca terhadap kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan tetapi suara-suara ini akan dianggap sebagai suara orang-orang kecewa oleh pemimpin yang tidak mahu mengakui kesilapan namun hakikatnya melihat kepada mempersiakan amanah dan tanggungjawab ahli UMNO di semua peringkat, kepimpinan UMNO Wilayah Persekutuan harus mula mencerminkan sejauh mana komitmen mereka untuk mengembalikan semula kegemiliangan UMNO dan Barisan Nasional di Wilayah Persekutuan ini.

Syed Ali, Ketua Bahagian Cheras yang dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan sedang dibebani dengan harapan serta tanggungjawab besar untuk merakyatkan UMNO terutama di Wilayah Persekutuan ini tetapi dalam masa yang sama, beliau dilihat berdepan dengan karenah beberapa corak kepimpinan yang lain dimana lebih meletakkan kepentingan peribadi melebihi daripada kepentingan parti dan Setiausaha Badan Perhubungan itu seolah-olah dijadikan simbol semata-mata dan Mesyuarat Badan Perhubungan pula hanya digunakan bukan untuk bermuhasabah diri dan parti tetapi lebih kepada memperkecilkan siasah parti itu sendiri.

Ada yang melihat mereka  meletakkan diri mereka itu lebih penting daripada ahli dan rakyat lain, malah ada yang berkerja seolah-olah yakin bahawa UMNO BN tidak akan memerintah lagi selepas PRU 13 nanti. Bangga dan bongkak dengan kedudukan dan jawatan.Oleh itu corak kerja yang mereka lakukan adalah memanipulasikan atau memperalatkan secukupnya jawatan yang ada untuk memperkayakan diri sendiri dan orang-orang sekeliling.

TSMY harus menggunakan ruang dan peluang yang ada memperbetulkannya dan mengangkat kembali kegemilangan UMNO Wilayah Persekutuan ini dan kita percaya kesibukan TSMY dijadikan alasan oleh beberap pihak untuk tidak memacu UMNO dengan alasan tidak ada arahan daripada p[ucuk pimpinan tasan. Apakah untuk memartabatkan UMNO BN itu perlu arahan?Laksanakan program secara berterusan di peringkat Bahagian itu perlu arahan? Dan tidak salah melaksankan sesuatu demi kepentingan parti dan rakyat, ini rasanya tidak perlu arahan kecualilah pemimpin yang dilantik itu memang jenis yang hanya mahu jawatan tetapi tidak tahu huat kerja Tetapi untuk memartabatkan diri sendiri.tidak perlu pula arahan daripada sesiapa?

Ratah segala yang ada di sekeliling termasuklah di DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu, adakah memang diarahkan? Apakah menggunakan kedudukan dan jawatan untuk mengaut segala keuntungan peribadi, itu juga kerana arahan? Dan bila memerlukan perlaksanaan gerak kerja parti  tiba-tiba ada pula yang berkata, kita sedang menunggu arahan daripada pucuk pimpinan parti di peringkat Wilayah Persekutuan.Rakyat dan ahli UMNO di bawah pula sedang ternganga melihat betapa `hebat’nya pemimpin mereka…
Saturday, December 26, 2009

MENTERI Besar  Terengganu Ahmad Said membuktikan beliau seorang pemberani, seorang ahli poltik dan Menteri Besar yang bertanggungjawab dan sanggup mengambil risiko apabila bersumpah di dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu bahawa beliau tidak pernah melakukan penyelewengan, rasuah termasuklah pemberian kurma dan air zam zam kepada rakyat Terengganu sempena Aidilfitri yang lalu.

Selain daripad Perdana Menteri Najib  yang berani melafazkan sumpah, Ahmad Said juga membuktikan bahawa  beliau juga pemimpin besar dan sanggup berlapang dada bagi membuktikan segala tuduhan,kecaman dan kesangsian yang dilemparkan kepadanya selama ini berunsur fitnah semata-mata dan bertujuan untuk memburukkan nama beliau di mata rakyat Terengganu.


Anwar Ibrahim yang mengaku pemimpin besar dan diangkat oleh sebahagian rakyat sebagai idola mereka pun tidak berani bersumpah..

Secara logiknya sehingga ke hari ini tidak ada lagi  kecacatan berlaku sewaktu Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu kalau mahu dibandingkan dengan pentadbiran sebelum ini yang mana Ahmad  Said terpaksa berdepan dengan berbagaI-bagai keruntuhan hasil dari pemerintahan Menteri Besar sebelum ini.Menteri Besar sebelum ini makan nangka, Ahmad Said yang terkena getahnya..

Sumpah laknat itu dibuat apabila beliau diasak bertubi-tubi oleh dua penyokonng kerajaan kononnya pemerintah Ahmad Said penuh dengan rasuah  dan asakan demi asakan tersebut  di tepis dengan senyuman dan sindiran sinis serta dalam masa yang sama Ahmad  menempelak sikap serta pertanggungjawaban dua ADUN tersebut yang disifatkannya jarang turun ke kawasan serta berbincang dengan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu  untuk mengetahui sebarang projek dan peruntukan untuk diluluskan.

Dua ADUN tersebut dipercayai daripada kumpulan yang sama sebelum ini menentang perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dan juga dikaitkan dengan kumplan bekas Menteri Besar sebelum ini menghujani Ahmad Said dengan seribu fitnah sebagai melampiaskan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan Ahmad.

Walaupun sikap dua ADUN ini dilihat seperti duri dalam daging kerana mereka adalah antara penyokong kerajaan namun kebijaksanaan Ahmad menjawab dan memperincikan segala  tuduhan mereka dengan fakta-fakta telah mengunci mulutu dua ADUN ini dan tuduhan mereka itu memakan diri apabila Dewan Undangan Negeri Terengganui terkejut ,Ahmad Said melafazkan sumpah tersebut dan  mengingatkan jangan menggunakan kebebasan serta kekebalan DUN untuk menabur fitnah.

Malah Ahmad juga bersedia membenarkan dirinya untuk disiasat SPRM dan dalam masa yang sama mengingatkan bahawa yang menabur fitnah boleh juga disiasat oleh suruhanjaya itu. Namun di sebalik sidang dewan yang tegang itu, kenyataan Hishamuddin bahawa kekeruhan dalam BN terutama sekali UMNO Terengganu telah berjaya dijernihkan dan  saf kepimpinan UMNO Terengganu telah dirapatkan  ternyata  belum sempurna apabila masih ada lagi ADUN menyerang Ahmad Said dengan rangkaian fitnah yang disusun begitu rupa.

Persoalan yang timbul, Ahmad Said telah bersumpah tetapi sanggupkah dua Adun ini turut sama bersumpah bahawa mereka bukan jadi alat kepada bekas Menteri Besar sebelum ini, sanggupkah mereka bersumpah bahawa mereka menyerang kepimpinan Ahamd Said  bertujuan untuk memperkecilkan tugasnya sebagai Menteri Besar Terangganu dan memalukan beliau? Dalam masa yang sama mengakui bahawa mereka cuma budak suruhan semata-mata?

Apakah pula sumpah laknat Ahmad Said itu akan dianggap bohong oleh kumpulan ini? Adakah mereka akan tetap menuduh Ahmad melakukan penyelewengan dan rasuah walaupun Ahmad telah menggunakan DUN untuk membuktikan beliau tidak bersalah? 

Kita percaya mereka ini masih Islam tegar dan yakin serta terus memberikan peluang kepada Ahmad Said untuk bertangggungjawab sebagai Menteri Besar Terengganu Darul Iman.
Wednesday, December 23, 2009
ANGKARA siapa dan siapakah yang menyusun agenda sehingga terbongkar isu kehilangan enjin pesawat TUDM. Macam ada sesuatu yang tidak kena, semacam ada usaha berterusan untuk menjadikan Perdana Menteri Najib sebagai sasaran untuk menanggung kecuaian beberapa pihak tertinggi dalam ATM.Kementerian Pertahanan sudah bertindak,Menteri Pertahanan telah pun mengarahkan siasatan dan laporan polis, dibuat individu yang terbabit sudah pun menreima hukuman.
.
Kita terima ini sebagai satu kecuaian dan juga sebagai satu malapetaka dalam sistem perkhidmatan pertahanan malah kita juga mengutuk sekerasnya sesiapa sahaja baik kontraktor ataupun mana-mana pegawai yang terlibat sehingga enjin pesawat ini dicuri sedemikan rupa.

Namun membongkarkannya setelah  beberapa tahun seperti membawa agenda tersurat daripada beberapa pihak.Apakah isu kehilangan enjin ini akan dijadikan sasaran terbaru untuk menyerang kepimpinan Najib? Siapakah sebenarnya dalang dan mengapa Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan begitu bersungguh mendedahkan perkara ini sebagaimana beliau mahukan Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diserahkan kepada UMNO.

Ada pihak sudah mula meragui keikhlasan Zahid dalam soal ini.Benar, ini soal Negara tetapi soal ini harus ditangani sebaik mungkin supaya tidak ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dan adakah beretika menuduh Menteri Pertahanan sebelum ini sebagai puncanya sedangkan semua orang tahu hari ini, kuasa Menteri cukup terhad kalau mahu dibandingkan dengan kuasa-kuasa yang ada pada KSN dan KSU.

Dan apakah setiap kesilapan ataupun kecuaian yang dilakukan oleh mana-mana pegawai kerajaan, yang akan dipersalahkan Perdana Menteri, Menteri ataupun Timbalan Menteri?Oleh situ kita amat berharap tida  ada pihak yang cuba mengadu domba dan menjadikannya sebagai isu politik dan mengangggap ini adalah antara isu yang harus ditangani bersama demi kepentingan Negara.

Meskipun akhbar telah membongkarkannya namun Kementerian Pertahanan telah menyedari lebih awal dan telah pun mengambil tindakan kepada semua pihak terbabit dan apakah akan ada tindakan kali kedua akan diambil terhadap individu terbabit sedangkan mereka telah pun menerima hukuman sebelum ini.

Kalau mahu melihat dari sudut tanggungjawab, Panglima Angkatan Tentera hari ini perlu dipertanggungjawabkan atas kecuaian itu kerana ketika itu beliau adalah Panglima Tentera Udara tetapi untuk ketika ini sasaran kesalahan dan kecuaian ini dituding kepada Najib yang ketika itu menjadi Menter Pertahanan. Dan kalau KPI nya sebagai Panglima Tentera Udara ketika itu, beliau sebenarnya tidak layak memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Kita melihat isu kehilangan enjin pesawat ini telah dijadikan sebagai bahan kempen untuk terus mengasak Najib dan kita pasti isu ini akan digunakan oleh pembangkang untuk terus memperkecilkan Najib dan juga secara jelas mereka akan menggunakan isu ini untuk memberikan tekanan kepada Najib bagi melepaskan jawatan Perdana Menteri, kononnya sebagai bertanggungjawab di atas apa yang telah berlaku.

Ini cabaran terbaru Najib terima selepas cuba dikhianati oleh MP Barisan Nasional,Menteri dan Timbalan Menteri  sewaktu pengundian belah bagi di Parlimen baru-baru ini dan belum reda isu tersebut tiba-tiba angin semilir menerpa membawa isu kehilangan ejin pesawat ini.

Apakah ini mainan broker-broker politik yang sedang mengatur sesuatu tanpa memikirkan kesannya terhadap Negara ataupun ada tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO dan BN mahukan Najib berundur daripada kerusi Perdana Menteri untuk member laluan dan memudahkan mereka mengambil alih tampuk kuasa.Sekiranya ini benar maka jelaslah pembongkaran kes kehilangan dua enjin itu berisyarat poltik
.
Najib perlu lakukan sesuatu sebelum sesuatu yang memudaratkan Negara  dan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri terus tercemar dan kesan daripada kehilangan enjin ini sudah pun ada pihak menjalankan gerakan secara senyap dan sudah mula berkira-kira keuntungan poltik mereka.
Monday, December 21, 2009
BERMULA tahun 2010, Abu Kassim adalah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.Sudah pun ada yang bercakap, tahun depan juga adalah tahun yang akan menyaksikan tangkapan beramai-ramai ahli-ahli politik, pemimpin UMNO dan kemungkinan besar beberapa orang Menteri ataupun bekas Menteri akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan rasuah dan penyelewengan.

Sebelum menjalankan tugas dan tanggungjawab sudah ada suara-suara yang menakutkan.Sudah ada khabar yang disebarkan bahawa Abu Kassim adalah penyokong tegar PAS, lahir dalam keluarga di Pendang, Kedah yang rata-rata adalah aktivis PAS dan dengan kedudukan yang beliau perolehi hari ni, maka adalah amat mudah untuk Abu Kassim menjalankan misi memalukan ataupun memenjarakan pemimpin-pemimpin daripada kalangan UMNO dan Barisan Nasional.

Malah ada juga yang membuat andaian, walaupun Abu Kassim akan bertindak atas dasar profesionalisme namun bukan mudah untuk beliau menolak tanggapan bahawa segala tindakan yang bakal berlaku pasti akan dikaitkan dengan kecendurangan politiknya.Oleh itu bersiap sedialah UMNO dan BN..

Sebelum inpun, di saat Ahmad Said Hamdan mengemudi SPRM telah wujud dua kumpulan di dalam SPRM yang memberikan tekanan supaya siasatan lebih tertumpu kepada kakitangan kerajaan dan pemimpin di kalangan UMNO dan BN daripada memberikan tekanan serta siasatan terhadap mana-mana pemimpin daripada kalangan pembangkang termasuklah yang membabitkan DAP.

Sebab itulah sehingga ke hari ini, tidak ada tindakan secara besar-besaran terhadap pemimpin pembangkang dan kebanyakan bilangan yang dihadapkan ke mahkamah adalah datang daripada penjawaat awamayang berkerja dengan kerajaan Barisan Nasional.

Kalangan pemerhati politik sudah pun membuat andaian dan tanggapan bahawa pasukan yang bakal dipimpin oleh Abu Kassim ini akan dilihat berat sebelah serta sentiasa cuba mencari dan memerangkap pemimpin ataupun ahli-ahli poltik daripada UMNO dan BN. Sasaran serta tumpuan mereka lebih kepada memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk memanipulasikan kes-kes rasuah BN sebagai modal pada PRU13 nanti.

Beberapa kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin pembangkang seperti Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Ronnie Liu dan beberapa orang lagi masih tergantung tanpa sebarang tindakan susulan dan kerana inilah kredibiliti SPRM mula diragui apatah lagi dengan perlantikan Abu Kasim sebagai Ketua Pesuruhjaya yang ditafsirkan olah ramai orang sebagai bonus kepada pakatan pembangkang.

Sejauh mana ketelusan serta ketulusan Abu Kasim menjalankan tugas dengan meletakkan sokongan poltiknya terhadap PAS akan diuji melalui pembaharuan dan tindakan yang akan beliau lakukan.Apakah Abu Kasim akan bertindak sejajar dengan Akta SPRM ataupun meletakkan kepentingan parti yang disokongnya dengan mencari ruang dan peluang untuk mengheret seramai mungkin pemimpin UMNO dan BN.
Saturday, December 19, 2009

PERDANA  Menteri Najib dan rakyat jangan sesekali terperangkap dengan laporan NKRA, Laporan yang ditulis oleh pegawai-pegawai Kementerian masing-masing secara jelas tidak mencerminkan aspirasi rakyat secara keseluruhannya. Laporan yang diangkat seharusnya menyeluruh dan melihat kehendak serta keperluan dan tanggungjawab terhadap rakyat terbanyak telah dipenuhi secara bertanggungjawab dan terkesan.


(Gambar : Tan Sri Sidek Hassan- KSN)
 
Kenyataan Najib yang berpuas hati dengan laporan NKRA  di semua kementerian akan dilihat sebagai  sesuatu yang terlepas pandang dan kemahuan Najib supaya rakyat memberikan respon di sebalik laporan itu juga harus dilihat bukan sesuatu helah yang dicari untuk mengabui mata rakyat.


Tahap yang dikatakan kementerian cemerlang dan memenuhi piawaian NKRA masih lagi bersifat orde lama tatkala fungsi Ketua Setiausaha kementerian masing-masing menggunakan kuasa yang ada sewenang-wenang hinggakan menteri di sesebuah Kementerian tersebut tidak ubah seperti patung semata-mata.Menteri hilang punca di bawa pimpinan KSN yang ada hari ini.


Kumpulan KSU yang boleh dikatakan di semua kementerian mengambil kesempatan di atas keterbukaan Najib untuk menekan dan menindas Menteri dan Timbalan Menteri, mereka langusng tidak mempedulikan kedudukan Menteri dengan melaksanakan arahan daripada Najib itu sebagai arahan terus tanpa merujuk,berbincang dengan Menteri terbabit.

Dalam masa yang sama, mereka juga dilihat mengambil kesempatan menekan kerajaan Barisan Nasional yang mereka anggap sedang bermasalah dan peluang inilah mereka manipulasi untuk menunjukkan kuasa , jenis Menteri yang tidak bertanggungjawab pula membolot segala peruntukan rakyat untuk kepentingan mereka, mengkayakan kroni dan sudah tidak peduli tentang nasib dan masa depan kerajaan yang mereka terlibat.Sebab itulah ada yang sanggup tidak hadir ke parlimen.


Bila kuasa KSN dan KSU dilihat begitu merajai  sesebuah kementerian, kita percaya laporan NKRA yang disediakan hanyalah satu formality untuk menutup beberapa kelemahan yang sepatutnya rakyat ketahui secara jelas.Dan kita percaya akan wujud pembohongan yang direkacipta demi melngkapkan satu laporan yang kononnya telah terlaksana.
 

NKRA tidak harus diukur sebagai kejayaan seseorang Menteri yang menerajui sesebuah kementerian. Bila Menteri bolah dianggap sebagai budak pejabat kepada KSN dan KSU, wajarkah KPI Menteri itu dinilai sedangkan mereka sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam kementerian masing-masing. Mereka cuma jadi tukang angguk ataupun tukang yang menurunkan tandatangan di atas kertas rasmi sedangkan segala keputusan telah pun dibuat oleh KSU masing-masing.Secara jelas, Menteri cuma diletakkan di situ sebagai satu simbol semata-mata.


Kalau dulu kuasa KSU hanya terhadap kelulusan sebanyak RM 10 juta tetapi kini KSU diberikan lebih kuasa untuk meluluskan tanpa persetujuan Menteri ataupun Perdana Menteri sehingga mencecah RM50 juta. Bila kuasa ini diberikan sewenang-wenangnya, apakah mungkin tidak ada ketirisan yang berlaku dan Menteri tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya tunduk serta akur kepada keputusan yang telah dibuat. Dan lebih malang lagi, Menteri akan dituding sebagai bersalah sekiranya berlaku sesuatu yang diluar jangka.


Malang sungguh kepada Menter-Menteri ini, kuasa yang ada kepada mereka hanyalah menerima rayuan tetapi rayuan itu juga mesti disokong ataupun disahkan oleh KSU. Jadi apa kuasa menteri ada? Kalau rakyat memberontak, Menteri ataupun Perdana Menteri yang jadi sasaran, KSU sesebuah kementerian tersebut hanya senyum apabila masalah rakyat baik yang terlibat adalah ahli perniagaan, kontraktor ataupun rakyat biasa menyerang kepimpinan Menteri di peringkat kementerian. KSU bangga kerana KSN menyokong sebarang tindakan mereka.


Kita tak nak menyebut Kementerian mana yang Menterinya macam budak pejabat, kita tak nak menyentuh KSU mana yang begitu hebat menggunakan kuasa mereka tetapi paling jelas tidak ada kombinasi tugas antara KSU dengan Menteri dan antara menteri dengan KSU. 


Persoalannya daripada sudut mana penghasilan NKRA ini digarap? Rakyat di bawah masih merungut, perkhidmatan kementerian melalui slogan Rakyat didahulukan masih begitu juga, tak ada perubahan dan tindak tanduk KSU maupun KSN ini lebih kepada mahu menjerumuskan keburukan BN di mata rakyat.Pendekatan kepimpinan baru yang KSN perkenalkan lebih banyak menyusahkan Menteri untuk berhubung degna rakyat di bawah.


Bila berlaku apa yang disifatkan seperti boikot dalam parlimen baru-baru ini, kita melihat ada sesuatu yang tidak kena di kalangan MP BN, di kalangan Menteri yang tidak hadir. PM Najib harus melihat apa yang berlaku di parlimen dalam sudut yang positif. 


Ada MP yang dinafikan hak mereka, MP menuntut tambahan RM 1 juta untuk pembangunan masyarakat tetapi tidak dilayan dan Menteri yang tidak menjaga kawasan ataupun ada kawasan parlimen bebas menngunakan apa yang mereka perolehi di kementerian yang secara jelasnya dilihat bukan untuk membangunkan rakyat, jauh sekali untuk kepentingan rakyat perbelanjaan yang mereka gunakan. Untung jadi Menteri atau Timbalan Menteri kalau tidak ada tanggungjawab di peringkat kawasan Parlimen, cuma jaga kementerian sahaja.


Rakyat yang memerlukan bantuan mencari MP dan Menteri pula menuding jari kepada MP di kawasan masing-masing bagi menyelesaikan masalah rakyat itu dan inilah menimbulkan satu konflik antara bidang tugas dan peruntukan.


Tindakan menyambung khidmat KSN dilihat bukan satu tindakan yang bijak apatah lagi ada tuduhan yang mengatakan bahawa KSN ini lebih condong kepada penentangan secara senyap kepada kerajaan pimpinan Najib dan menurunkan kuasa sewenang-wenangnya kpeada KSU di kementerian masing-masing dilihat juga sebagai langkah untuk melumpuhkan gerakkerja Menteri  dalam menguruskan kementerian untuk kepentingan rakyat.


Oleh itu rakyat diiingatkan jangan terpedaya dengan laporan NKRA di semua kementerian  kerana yang menyediakan laporan pastinya akan menulis yang baik-baik di kertas sedangkan implement mereka di peringkat bawah masih bertaraf kelas tiga.Mungkin selepas ini tidak akan ada lagi jawatan Menteri itu dan ini di mana-mana Kementerian kerana semuanya telah diurus serta diselenggara oleh KSU dan KSN. Yang menang pilihanraya, buka pusat khidmat di kawasan masing-masing sahaja, tak payah bercita-cita nak berjawatan di peringkat pusat.
Tuesday, December 8, 2009
CINA DAP semakin celupar, semakin kurang ajar dan setiap masa mencipta kebiadapan tersendiri.Mereka yang dulunya diberikan ehsan sebagai warganegara sebagai memenuhi syarat menuntut kemerdekaan sudah mula menunjukkan belang mereka dan semakin kerap kebelakangan ini menyerlahkan tindak tanduk seperti belanda dapat tanah dan mula mahu menggangap serta menjadikan Negara ini sebagai ketuanan mereka.

Insiden memjiak gambar adalah antara kebejatan sikap mereka.Mereka bangga dan angkuh kerana mampu merampas Pulai Pinang daripada Barisan Nasional.Berbekalkan semangat sokongan daripada Melayu bangsat seperti Anwar Ibrahim dan KeADILan serta berjaya memperlatkan PAS untuk sama-sama mendokong gagasan Malaysia Malaysianya, DAP berjaya memporakperandakan penyatuan Melayu dan mereka hari ini mula dilihat semakin kuat untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang didominasikan olah kepimpinan Melayu.

Dengan pengetahuan yang luas tentang kelemahan=kelemahan Melayu, DAP melebarkan jaringan dan sokongan untuk menarik sebahagian besar yang menyokong KeADILan dan PAS untuk menyokong perjuangan mereka dan dalam masa yang sama Melayu mula lalai dan mula mempercayai KeADILan dan PAS adalah parti alternative sebagai menggantikan Barisan Nasional atau UMNO sedangkan hakikatnya mereka sedang terpedaya dan diperdaya dengan label perjuangan parti itu, sebenarnya mereka adalah instrumen penting kepada pacuan DAP dalam merentasi pentas politik Negara
.
Anwar Ibrahim yang tesepit untuk membersihkan kekotoran pada dirinya dengan berbagai-bagai isu seperti isu liwat dan sebaginya serta impian besar berlandaskan nafsu untuk menjadi Perdana Menteri bagi menidakkan segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya sanggup membelakangi tabiat dan budaya bangsa Melayu dengan memilih DAP sebagai batu loncatan sedangkan jelas kedudukan pengagihan kerusi2 politik lebih memihak kepada bangsa Cina dan India.

Anwar dijadikan papan bidak oleh DAP untuk memecahkan undi Melayu dan terbukti di Perak serta Pulai Pinang, yang sebenarnya menguasai kerajaan adalah daripada kaum pendatang ini
.
PAS pula atas dasar kebencian teramat sangat kepada UMNO hingga menolak pelan perpaduan mula tersasar jauh dari asas serta matlamat perjuangan parti itu dengan sanggup memilih DAP untuk bersekongkol sedangkan Karpal Singah pernah mengeaskan bahawa PAS tidak akan dibenarkan sama sekali untuk mendirikan sebuah Negara islam dan meletakkan mayatnya sebagai galang ganti sebelum PAS berjaya dengan usahanya.

Meskipun DAP berulangkali mempersendakan Islam dan bangsa Melayu, PAS tidak berdaya untuk menolak maupun menentang sebarang tindakan yang dilakukan oleh DAP dan sikap PAS ini terutama melalui lidah bercabang Nik Aziz menjadikan DAP semakin berani, semakin rakus dan menganggap mereka telah berkuasa secara majority apabila rakyat memberikan pilihan kepada mereka melalui PRU12 lalu.

Rakyat yang terpinga-pinga, menjadi mangsa dan dimangsai oleh kelompok pimpinan PAS dan KeADILan berada diambang perpecehan yang cukup menakutkan.Sengketa sesama bangsa berpanjangan dek termakan hasutan serta persepsi politik yang dimainkan oleh parti cauvinis Cina ini.

Mereka mula gelap mata apatah lagi bila Anwar dan pimpinan PAS terus menyerang keperibadian dan kepimpinan Perdana Menteri Najib dengan disogokkan kepada rakyat pelbagai cerita-cerita fitnah ytang mereka rekayasakan sepanjang waktu.

Politik perkauman yang DAP mainkan ini bakal mengheret orang-orang Melayu ke lembah perpecahan meruncing apatah lagi sejak akhir-akhir ini orang Melayu dilihat mula hilang pedoman, akal dan fikrah manusia kerana sudah taksub dan melihat Anwar serta Nik Aziz itu sebagai manusia suci yang mampu merubah lanskap politik Negara.

Bagi mereka dan rakyat yang gelap mata serta buta hati dan akal fikirannya Anwar adalah agena perubahan dan Nik Azizi itu mereka umpamakan sebagai Nabi akhir zaman yang mampu melakukan apa sahaja termasuklah mendoakan untuk kemusnahan orang lain.

Ramai pemerhati politik melihat sejarah ketuanan serta keagungan bangsa Melayu ini akan terkubur sekiranya tidak wujud anjakan paradigm baru di kalangan orang-orang melayu dalam Negara ini untuk kembali bermuhasabah diri, melihat dan membela nasib bangsanya yang sekarang ini seperti telur yang berada di hujung tanduk.

Melayu harus bangkit semula dan sekaligus mengenepikan sentimen politik kepartian kerana harga bangsa mereka ini sedang dilelong dengan harga yang cukup murah oleh Cina DAP dan yang memgenag loceng lelongan itu adalah Anwar dan Nik Aziz manakala yang bakal mengaut untungnya adalah bangsa yang diberikan tempat dalam Negara ini.
Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers